CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1094|Reply: 1

Murray enggan mengalah

[Copy link]
Post time 16-9-2021 08:31 AM | Show all posts |Read mode
Rennes: Selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Amerika Syarikat (AS), Andy Murray mahu segera bangkit di Cabaran Rennes, dengan mahu terus beraksi sebanyak mungkin dan meningkatkan ranking.

"Seboleh-bolehnya saya mahu mencuba dan memenangi kejohanan ini. Paling penting buat saya adalah untuk mendapatkan perlawanan.

"Saya mahu terus bermain, bersaing dan mahu mempersiapkan tahap fizikal yang mampu mengharungi dua atau tiga atau empat perlawanan dalam tempoh seminggu," katanya selepas menumpaskan wakil Jerman, Yannick Maden 6-3, 6-1 di pusingan pertama di Rennes.

Murray, yang menjalani pembedahan di bahagian pinggul kanan pada 2017 dan 2019, tumpas dalam aksi lima set kepada pemain ranking ketiga dunia, Stefanos Tsitsipas di pusingan pertama di New York.

"Salah satu daripada sasaran saya sekarang dan hingga hujung tahun ini adalah cuba untuk melakukan peningkatan mendadak dari segi ranking. Bagi merealisasikan impian itu saya harus kerap beraksi.

"Saya masih rasakan mampu beraksi pada tahap tertinggi tapi ketika bermain di kejohanan besar saya perlu berdepan pemain kelompok teratas di awal saingan, ia bukannya mudah.

"Kejohanan seperti ini sentiasa membariskan pemain terbaik. Terdapat tiga pemain yang pernah berada di kelompok 10 terbaik dunia.

"Ia sangat pelik. Jadi sudah pasti akan wujudnya aksi yang berkualiti dan ia sangat baik buat penonton untuk datang dan memberi sokongan kepada pemain Perancis," katanya yang sekarang ini menduduki ranking ke-116 dunia. - HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2021 08:46 AM | Show all posts

MURRAY tekad memperbaiki ranking agar tidak berdepan kelompok teratas di kejohanan besar. FOTO Agensi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.264284 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list