CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1786|Reply: 3

Bersatu Tak Sokong Ahmad Maslan Sebagai Timbalan Speaker

[Copy link]
Post time 17-9-2021 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Bersatu dilaporkan tidak menyokong Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana ia bertentangan dengan prinsip parti untuk tidak bekerjasama dengan mereka yang ada kes mahkamah.


Sinchew Daily melaporkan, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan nama Ahmad untuk dicadangkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, tetapi cadangan itu boleh ditarik balik.


Dalam pada itu, sebanyak 31 wakil rakyat Bersatu menerima “arahan” daripada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak memberi sokongan kepada Ahmad.




Kredit foto: MalaysiaKini




“Ya, Bersatu tidak akan menyokong Ahmad sebagai Timbalan Speaker, kerana beliau ada kes mahkamah.


“Sebelum melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin telah menyatakan untuk tidak bekerjasama dengan kleptokrat.


“Kami berpendapat bahawa Perdana Menteri akan menukar nama Ahmad, tetapi kami setakat ini tidak tahu siapa yang akan menggantikannya,” kata sumber kepada Sinchew Daily.


Sebelum ini, Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO dilaporkan akan berebut jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming daripada DAP.


Memandangkan Pakatan Harapan menamakan Kor Ming sebagai calon tunggal mereka, kerajaan justeru bimbang kedudukan Perdana Menteri akan dipertikaikan sekiranya calon mereka terkandas jika ada apa-apa berlaku ke atas pencalonan Ahmad.




Kredit foto: IG Ahmad Maslan




Keadaan itu dilaporkan mungkin mendorong Ismail Sabri untuk mempertimbangkan calon lain untuk jawatan Timbalan Speaker.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2021 03:34 PM | Show all posts
Takde calon lain dah ke?
Nanti dia memekak cgpa dia kalau orang xnak dgr ckp dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
yihhhhh
muka mintak penunjuk sangat laa heol ni
rasa nak tarik hairline dia sampai botak
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka ko Bersatu x sokong
Hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 14874 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 39953 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59
Puteri Balqis tertekan hingga rambut beruban
tatodPuteri Balqis tertekan hingga rambut ber
Views : 5813 Replies : 43

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.363168 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list