View: 13307|Reply: 110
|
[Tempatan]
KJ buat lawatan mengejut tgh hari tadi ke Hospital Kajang. FB dpt 2,400 reaksi,
[Copy link]
|
|
KJ buat lawatan mengejut ke Hospital Kajang
Saiful Haizan Hasam - September 18, 2021 @ 6:27pm
Khairy meluangkan masa selama kira-kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang, tengah hari tadi. - Foto Facebook Nik Aminudin Nss
KAJANG: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tengah hari tadi meluangkan masa selama kira-kira sejam mengadakan lawatan secara mengejut di Hospital Kajang di sini.
Beliau yang tiba jam 1.30 tengah hari bertemu dengan doktor, jururawat dan petugas kesihatan untuk mendapat gambaran sebenar keadaan di hospital terbabit.
Maklumat dan gambar tinjauan mengejut itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, Nik Aminudin NSS yang memuji Khairy kerana datang secara diam-diam pada hari Sabtu bersama seorang pegawai saja.
Aminudin dalam statusnya mendakwa, pada hujung minggu kebiasaannya pengurusan tertinggi tiada di hospital dan dengan kaedah tinjauan mengejut, barulah Menteri Kesihatan dapat tahu keadaan sebenar di hospital berkenaan.
"Harap Bajet 2022 dapat lebih la Hospital Kajang ya. Terbaik Chief Khairy Jamaluddin," katanya dalam status Facebook.
Perkongsian Aminudin menjadi tular dan setakat jam 5.40 petang tadi, status itu mendapat 2,400 reaksi, 238 komen dan di konsgi semula lebih 1,600 kali.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengalu-alukan tindakan Khairy dan berharap menteri lain turut membuat perkara yang sama.
Seorang pengguna Facebook, Ismail Zainal mengucapkan tahniah kepada Khairy dan berkata: "Harap dapat buat perubahan atau bantuan ke Hospital Kajang,".
Pak Usu AG Aziqmuqriafiq pula berkata, semua menteri lain perlu menggunakan kaedah tinjauan mengejut sebagaimana yang dibuat Khairy.
"Baru tahu keadaan sebenar di sesuatu tempat, biar nampak sempoi, ada masa dan ketika tak perlu protokol," katanya.
Sementara itu, seorang pegawai Khairy memberitahu BH lawatan berkenaan memang tidak dirancang dan Menteri Kesihatan itu yang kebetulan ada kelapangan mahu bertemu sendiri petugas kesihatan untuk mendapatkan gambaran sebenar di lapangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm ni bagus.
Pening kepala tengok lawatan menteri2 ke sekian2 tempat.. punya ramai entourage.. penyambut tetamu penyambut pintu.. menyambut lif/ tangga... meriah.. kena ubah cara kot sambutan rasmi.. go for cekap pantas padat dan jimat kos... janji misi terlaksana. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap lepas nie ramai lah ahli parlimen ke adun kawasan jejak kawasan..jangan sampai tau kawasan pada peta tapi jejak kki Tak pernah.. |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 18-9-2021 07:04 PM
wah uncle kj
semoga bebetul ikhlas la ye...heols x ajak akk nurse amik gmbo ke..i dulu ...
Serius ke…he so friendly and humble |
|
|
|
|
|
|
|
Keta pun parking kat tempat marhaen je yela nama pun lawatan mengejut. Elok je menapak g melawat wad.
Banyak gambar orang share kat fb tadi, tp sabtu nih pesakit klinik pakar pun takde appointment so taklah serabut sgt.
Tp sepital kajang tu tetap sibuk dan padat je maklumlah sepital lama lebih 100 tahun.
|
|
|
|
|
|
|
|
azahan replied at 18-9-2021 07:21 PM
Serius ke…he so friendly and humble
yg ajak amik gambo tu bethol..sbb masa tu dia baru lps kena terkam ngn acik pekerja kt airport..dia tnya sambil senyum bergurau gituh..i pulak bbnu kesenduan dk tunggu flight..takde org sgt masatu..kebetulan. kj dtg duduk kt area situ.ada la assistant ke bodyguard kt sblh dia..ni dulu la..skrg xtau la friendly gitu lg tak ngn marhaen |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kj. Patut la cainis selalu puji2 dia kat fb |
|
|
|
|
|
|
|
Tua dah KJ kan. Zaman budak fom 4 dolo boleh tahan nsem in the darkness. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus buat lawatan mengejut
Kalau diumumkan nanti ada pulak bunga manggar
Dgn corsage besar kat baju |
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 18-9-2021 07:29 PM
yg ajak amik gambo tu bethol..sbb masa tu dia baru lps kena terkam ngn acik pekerja kt airport..di ...
Ikut gaya dia cerah masa depan untuk dapat position perdana menteri one day. Tapi si tua-tua umngok bukan senang nak bagi laluan kat dia. Dia antara pemimpin yang perform. Kita perlukan pembaharuan bagi laluan pada yang belia |
|
|
|
|
|
|
|
I suka menteri yg x mkn gaji buta |
|
|
|
|
|
|
|
Kecut perut lah pengurusan atasan hospital, menteri buat lawatan mengejut.
Mesti isnin ni 1st thing in the morning, staf2 kena soal siasat |
|
|
|
|
|
|
|
Kudos KJ |
|
|
|
|
|
|
|
edoraixora replied at 18-9-2021 09:12 PM
Kecut perut lah pengurusan atasan hospital, menteri buat lawatan mengejut.
Mesti isnin ni 1st thing ...
Hahaha. Rasanya dah bersoal jawab kat whatsapp dulu if not a phone call. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak kome
bagus buat spot check begini
nak2 pulak kalo dtg tu masa misi tgh maki pesakit |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni nak terjah spital mana lak yb .... agaknya hospital lain standby tak kot2 boss datang melawat mengejut ... |
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 Menteri Pendidikan pun terjah mengejut cikgu2 yg mengajar, tgk apa yg perlu penambahbaikan etc.
Igt lagi Anwar Ibrahim selalu buat lawatan mengejut ke IPTA ( especially ITM masa tu) dan UM masa dia jadi Menteri Pendidikan yg mna masa tu rmai student kaki ganja, masalah sosial , pergi sekolah buat spot check etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|