CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4033|Reply: 26

[Borneo] Bantuan kepada B40

[Copy link]
Post time 20-9-2021 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Melalui Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC)  kerajaan akan mengagihkan bantuan khususnya kepada keluarga dalam kategori B40 bagi memastikan rakyat bebas daripada jangkitan wabak Covid-19.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan memperuntukkan  RM471.6 juta, kerajaan akan menyediakan bantuan PPC seperti pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga); ujian kendiri kit Covid-19 (empat unit kit setiap keluarga); seunit oksimeter nadi; seunit termometer; dan risalah panduan penggunaan serta maklumat berkaitan dengan penjagaan kesihatan.

Menurut Perdana Menteri dalam satu kenyataan, pakej ini merupakan satu persediaan negara ke arah era endemik Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 bagi meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan secara khususnya, di samping meningkatkan tahap imuniti dalam kalangan individu berisiko tinggi terhadap jangkitan COVID-19.

“Pemberian dos ketiga ini tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu, seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun, warga tua dengan komorbiditi,” jelas beliau.

“Kumpulan bersasar ini juga termasuklah individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80 peratus,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
"Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan memperuntukkan  RM471.6 juta, kerajaan akan menyediakan bantuan PPC seperti pek pelitup muka guna semula (empat keping setiap keluarga); ujian kendiri kit Covid-19 (empat unit kit setiap keluarga); seunit oksimeter nadi; seunit termometer; dan risalah panduan penggunaan serta maklumat berkaitan dengan penjagaan kesihatan."

Ada nampak gambar figure tu tadi kat fb...ingatkan kkm advice netizen sediakan sndiri kat rumah...rupanya gomen nak bagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 01:59 PM | Show all posts
Mini.Me replied at 20-9-2021 01:47 PM
"Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan memperuntukkan  RM471.6 juta, kerajaan akan menyedia ...
nasib baik uols reply ...

dari tadi FC nak tepek gambar nya ... terlupa pula dok baca baca reply yang lain

kerajaan akan menyediakan bantuan PPC seperti pek pelitup muka guna semula



sebab FC tertanya2 ... apa tu pek pelitup muka guna semula ...? Pelitup muka yang d jahit ke ...?
tapi...
dah jumpa gambar nya ... owh ... pelitup muka pakai buang rupa2 nya ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:01 PM | Show all posts
ujian kendiri kit Covid-19 (empat unit kit setiap keluarga); seunit oksimeter nadi; seunit termometer

ok... berbaloi lah ...sebab oximeter  agak mahal juga ...

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
harap bkn 'cap ayam'.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:05 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-9-2021 02:01 PM
harap bkn 'cap ayam'.....
dah agak dah ...

gedik

Jadilah yang pertama untuk dapatkan kemaskini bantuan PPC terus kepada anda dengan cara join TELEGRAM BANTUAN KERAJAAN MALAYSIA ini,

https://t.me/bantuankerajaanmalaysia

Semakan Bantuan PPC M40

Adakah bantuan PPC akan diberikan kepada golongan M40 di Malaysia. Buat masa ini belum ada pengumuman rasmi dari kerajaan Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada penerima BPR untuk keluarga dari golongan / kumpulan B40 terlebih dahulu.

----------------------------------------

kena ada telegram ke...?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2021 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 02:05 PM
dah agak dah ...

gedik

acaner???...kena ada telegram jugok ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:07 PM | Show all posts
Syarat Kelayakan

Jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat BPR yang sudah ada keluarga dan anak termasuk ibu tunggal / bapa tunggal yang ada anak, secara automatik anda layak untuk tebus dan claim bantuan PPC kali ini.

Ini bermakna seramai 3.6 juta penerima BPR dari negeri Sabah Sarawak Melaka Labuan Kuala Lumpur Kl Putrajaya Perlis Terengganu Kelantan Pulau Pinang Penang Perak Selangor Negeri Sembilan Johor Pahang layak untuk mendapatkan bantuan Pakej Penjagaan Covid PPC tahun 2021 ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 02:08 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-9-2021 02:01 PM
harap bkn 'cap ayam'.....

iols ada beli oximeter harga RM40 je buatan malaysia kilangnya kat bandar enstek. ok la bacaan accuracy nya +/- 3. not bad utk self monitoring. iols ada try kat jari tangan kucing iols skali dia keluar "no finger" lak. ahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:08 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-9-2021 02:07 PM
acaner???...kena ada telegram jugok ke???
nasib baik ... tak perlu

Jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat BPR yang sudah ada keluarga dan anak termasuk ibu tunggal / bapa tunggal yang ada anak, secara automatik anda layak untuk tebus dan claim bantuan PPC kali ini.





Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 20-9-2021 02:08 PM
iols ada beli oximeter harga RM40 je buatan malaysia kilangnya kat bandar enstek. ok la bacaan acc ...

murah gak..brand apa...kalo harga tu..mungkin..nk bg/belikan tuk sedarer yg lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:10 PM | Show all posts
_blackbird replied at 20-9-2021 02:08 PM
iols ada beli oximeter harga RM40 je buatan malaysia kilangnya kat bandar enstek. ok la bacaan acc ...
murah nyer ...

FC beli seratus lebih ...rega sini kot ... pas dier berenang kat laut baru sampai sini... tu pasal demand rega tinggi

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 02:10 PM
murah nyer ...

FC beli seratus lebih ...rega sini kot ... pas dier berenang kat laut baru sampai ...

Mmg harga standard 100..kak sarah beli tahun 2018 pun mcm tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 02:43 PM | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2021 02:40 PM
Mmg harga standard 100..kak sarah beli tahun 2018 pun mcm tu
lamer dah akak beli tu ...

tu la tadi nengok rega murah gtu ... haha rasa tertipu lak

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 01:59 PM
nasib baik uols reply ...

dari tadi FC nak tepek gambar nya ... terlupa pula dok baca baca reply ...

Dia cakap mask guna semula, reusable...maknanya yg boleh basuh pakai semula laa...tapi gambar letak mask pakai buang...peninnn laa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 20-9-2021 02:43 PM
lamer dah akak beli tu ...

tu la tadi nengok rega murah gtu ... haha rasa tertipu lak

Tu la.. Masa kak sarah beli.. Jenama ChoiceMMed je yg ada.. Skrg dah byk jenama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2021 03:10 PM | Show all posts
Mini.Me replied at 20-9-2021 03:07 PM
Dia cakap mask guna semula, reusable...maknanya yg boleh basuh pakai semula laa...tapi gambar leta ...
kan ...

takat 4 keping pakai buang tu ... lahai ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 03:13 PM | Show all posts
sarah82 replied at 20-9-2021 03:09 PM
Tu la.. Masa kak sarah beli.. Jenama ChoiceMMed je yg ada.. Skrg dah byk jenama.
FC beli kat pharmacy ... tengok depan mata ... berfungsi ke idak ...

sebab dah terkana masa beli kat shopee ... tertipu

mintak refund kedai tu takmo ...

FC report ler ... nasib baik dapat balik duit ... dah memang dia tunjuk gambar lain ... yang sampai ntah apa2 ... kalo rega murah ... paham la kan ... ni rm80++


Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 03:18 PM | Show all posts
Skuau replied at 20-9-2021 02:10 PM
murah gak..brand apa...kalo harga tu..mungkin..nk bg/belikan tuk sedarer yg lain.

mcm ni yg iols beli RM40 tu. brand i tak pernah tgk pulak. yg iols tau kilang nya kat bandar enstek. kotak nya pon dah buang.
cc @FanTasyCreaTioN tq momod kasi tacang byk hehehe



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2021 03:24 PM | Show all posts
_blackbird replied at 20-9-2021 03:18 PM
mcm ni yg iols beli RM40 tu. brand i tak pernah tgk pulak. yg iols tau kilang nya kat bandar enste ...
TQ juga sebab bagi info bagus camni...


tak kisah la jenama apa ... asal berfungsi ...

FC nyer kat bawah ... nanti nak tunjuk gak

tak tau jenama apa sebab sama lah kita ... dah buang kotak nya ...

Terimakasih sekali lagi

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.151277 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list