CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2306|Reply: 9

Sesak Nafas Sebab Air Berlebihan Dalam Paru-Paru- Dah Empat Bulan Bob Lokman Tak

[Copy link]
Post time 20-9-2021 06:39 PM | Show all posts |Read mode
Penulis lirik dan pelakon, Bob Lokman, 57, bersyukur keadaan kesihatannya berada dalam keadaaan baik biarpun sudah beberapa kali tidak melakukan pemeriksaan susulan untuk rawatan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman dihubungi berkata dia terpaksa menunda beberapa temujanji pemeriksaan susulan dengan doktor sebelum ini berikutan kes Covid-19 yang tinggi di hospital berkenaan.


Foto: Harian Metro




"Walaupun sudah empat bulan tidak ke hospital untuk pemeriksaan, namun doktor tetap memantau keadaan kesihatan saya menerusi komunikasi di telefon. Saya juga akan menghubungi doktor sekiranya berasa kurang sihat dan ada yang tidak kena pada diri.


"Kes Covid-19 yang tinggi di Hospital Sultanah Bahiyah membuatkan saya perlu menunda temujanji dengan doktor. Alhamdulillah, setakat ini keadaan kesihatan saya okey, masih sihat dan tidak terdesak pun untuk ke hospital. Bekalan ubat juga mencukupi," katanya kepada Harian Metro.


Bob berkata dia juga akur keadaan kesihatannya sudah tidak sepenuhnya pulih seperti dulu kerana ada masa sihat dan kadangkala sakit. Jelasnya, soal sakit nak datang memang tak boleh dijangka, jadi dia kena sentiasa menjaga diri.


"Kalau kurang sihat pun, biasanya saya alami masalah pernafasan kerana sesak nafas disebabkan air berlebihan dalam paru-paru. Oleh itu, saya kena tahan minum air, tapi perlu buang air kecil dengan kerap.


"Malah, pada waktu malam pula jika sesak nafas saya akan guna mesin bantuan pernafasan di rumah. Saya ada mesin sendiri yang dibelikan oleh Ustaz Azhar Idrus sekitar 10 tahun lalu, ketika mula-mula sakit dulu," katanya.


Bob yang sudah hampir dua tahun menetap di Kota Bharu, Kelantan sejak awal tahun lalu berkata dia kini menjalankan perniagan menjual bubur daging yang dimasak oleh isterinya, Relawati Daud.


"Alhamdulillah, sejak dua bulan lalu saya bersama isteri menjana pendapatan kami menerusi bisnes bubur daging. Setiap hari kami akan menyediakan sekitar 200 bekas untuk dihantar ke 15 buah kedai makan di sekitar Kota Bharu dengan harga sebekas RM4.


"Kadang-kadang jualan habis, kadang itu tidak. Tapi, biasalah adat berniaga dan yang penting saya bersyukur dapat mencari rezeki buat keluarga dengan membantu isteri berniaga. Kerja pun mudah, saya hanya hantarkan jualan dan pungut hasil niaga," katanya


Bob berkata memandangkan sekarang dia tidak lagi aktif dalam kerjaya seni, namun dia mengambil peluang menggunakan namanya sebaga jenama pada bubur daging yang dijual itu. Ujarnya, lagipun sejak dulu memang orang dah kenal dengan nama Bob Lokman.


Terdahulu, Bob yang sebelum ini mengalami masalah jantung akhirnya selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu 'Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah, pada awal Disember, tahun lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2021 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat dia dok Kelate?
Jauhnya hospital nuuu Aloq staq
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. duk kat kelantan, berniaga di kelantan, apsal tetiba treatment dgn Spital Sultanah bahiyah Aloq Setaq?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Paru paru berair, nak menjurus ke sakit jantung dah ni. Satu lagi dia kuat merokok ke?

Semoga sihat dan di permudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin pakar yg dia kna jmpa tu ada kt hospital sult bahiyah.. dh la jauh nk mai
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2021 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh 57 tahun dah umurnya. Warga emas dah
Semoga dipermudahkan urusan Bob dan sihat2 selalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringin pulak bubur daging baca dia jual bubur daging. Gws uncle bob,amiin
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga urusan dipermudahkan pokcik bob
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 20-9-2021 07:44 PM
Paru paru berair, nak menjurus ke sakit jantung dah ni. Satu lagi dia kuat merokok ke?

Semoga sih ...

dia mmg ada sakit jantung pon kaka katanya sejak lebih 20 tahun lalu, siap dah buat pembedahan https://www.astroawani.com/berita-hiburan/bob-lokman-makin-sihat-selepas-jalani-pembedahan-jantung-274056

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2021 04:30 PM | Show all posts
GWS abg bob loqman.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.072696 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list