CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 985|Reply: 0

[Tempatan] Datuk Seri Najib Razak tetap disiasat walaupun....dia macam rileks

[Copy link]
Post time 21-9-2021 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman ambil alih siasatan kes Najib, LHDN


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung laporan polis oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mendakwa tuntutan cukai terhadapnya bermotifkan politik kini sedang dijalankan Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata siasatan berhubung kes itu kini dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Siasatan diambil alih sepenuhnya oleh JSK Bukit Aman," katanya kepada BH, hari ini.

Pada 8 September lalu, Eng Lai mengesahkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada Najib berhubung perkara itu, bagaimanapun masih memerlukan beberapa dokumen penting daripada Najib untuk menentukan klasifikasi kes.

Laporan itu, katanya, dirujuk kepada Bukit Aman untuk arahan tindakan lanjut.

Sementara itu, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Kamarudin Md Din, pada 10 September lalu dipetik sebagai berkata, pihaknya sudah meminta Ahli Parlimen Pekan itu mengumpulkan segala dokumen yang dimilikinya sebagai bukti untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, tiada tempoh masa diberikan kepada Najib untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak polis.

Kamarudin berkata, siasatan sedang dijalankan dan pihak polis juga sedang berusaha mendapatkan segala butiran dan maklumat lain.

Terdahulu, media melaporkan Najib membuat laporan polis terhadap LHDN pada 8 September lalu, selepas menerima maklumat pegawai LHDN menerima tekanan daripada ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa mempunyai maklumat dan bukti berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendakwa menerima maklumat mengenai denda cukai tambahan yang dikenakan terhadap dirinya.

Dakwanya, ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan supaya penalti cukai diteruskan terhadapnya atas arahan ahli politik tertentu.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut Najib membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan LHDN yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Ekoran itu, pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Sumber:https://www.bharian.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055852 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list