CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9431|Reply: 74

"Anak Yang Baik, Patuh, Taat," -Adik Minta Sajat Diberikan Satu Lagi P

[Copy link]
Post time 23-9-2021 11:47 AM | Show all posts |Read mode
"Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.


"Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.


"Memang ujian ini berat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu," kata Nur Mustika Kamaruz Zaman.


Instafamous berusia 33 tahun itu berkata, sebagai adik yang rapat dengan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang lebih dikenali sebagai Nur Sajat, dia hanya mampu mendoakan agar Nur Sajat kuat dan berjaya menempuh ujian hidup.




Mustika, Foto: Harian Metro




Katanya, kali terakhir dia bertemu usahawan kosmetik itu Februari lalu sebelum dia menghilangkan diri.


"Saya tegur dia mengenai tindakannya yang menimbulkan kontroversi dan selepas itu saya tak tahu di mana.


"Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.


"Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukum atau melabel dia teruk dan sebagainya, sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Ditanya mengenai kisah Nur Sajat yang ditahan di Thailand, Mustika berkata, dia hanya tahu melalui laporan Harian Metro, Isnin lalu.


Katanya, dia dan keluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoalkan kesahihan perkara itu.


"Sebelum ini bila dia ditahan, ada bukti gambar dan video, jadi mana buktinya?


"Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.


"Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu," katanya.







Isnin lalu, Harian Metro melaporkan misteri 'kehilangan' usahawan Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak berkuasa Malaysia.


Pendedahan eksklusif Harian Metro itu turut mendedahkan bahawa Nur Sajat kini dikenali dengan nama Bella selain memiliki kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan pejabat badan itu di Bangkok, Thailand.


Pada 9 September lalu atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah, Nur Sajat didakwa di mahkamah namun usahawan kosmetik itu dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.


Nur Sajat kini diarahkan melaporkan diri ke Ibu Pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari dan ketika ditahan, dia yang kini sudah menjadi pemegang kad pelarian UNHCR mendakwa mahu berpindah ke Australia selepas diburu pihak berkuasa Malaysia dan diugut bunuh kerana umum keluar daripada Islam.






Kuala Lumpur: Pihak berkuasa agama tidak akan menyusahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang mahu dikenali sebagai Nur Sajat, sebaliknya akan membantunya.


Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, matlamat majlis atau jabatan agama Islam adalah untuk menyelamatkan bukannya untuk menyusahkan.


"Jika Muhammad Sajjad melarikan diri ke luar negara disebabkan takut dengan pihak berkuasa Islam di negara ini, maka tanggapannya salah.


"Bukan bermaksud, apabila didenda semata-mata, itu tujuan utama. Sebab konsep Islam, menghukum bukan untuk membinasakan, sebaliknya tujuan sebenar adalah memberikan keinsafan.


"Tak perlu bimbang (untuk Muhammad Sajjad pulang). Tujuan kita dengan orang Islam bukannya kita hendak menyeksa dia atau menyusahkannya," katanya.


Menurut beliau, memang Rasulullah SAW menyuruh kita supaya menyelamatkan individu yang memerlukan.


"Kalau dia susah kita bantu. Jika akidahnya tidak betul, kita nasihati supaya kembali ke jalan yang benar dan bertaubat. Itu tugas kita.


"Kalau dia lari dengan sebab itu, mungkin itu silap faham dia kepada pihak berkuasa agama Islam. Kita ada di sini untuk menyelamatkan akidah umat Islam, kesusahan dan sebagainya…yang sepatutnya membantu orang Islam tentulah orang Islam jugalah," katanya.


Beliau berkata, oleh kerana Muhammad Sajjad sudah pun berada di luar negara, maka pihak kedutaan dan Kementerian Luar perlu mengambil tindakan untuk mempermudahkan urusan membawanya pulang ke tanah air.


Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan perlu menggunakan segala undang-undang yang ada untuk membawa pulang Muhammad Sajjad supaya lelaki itu dapat dibicarakan dengan adil.


"Undang-undang mestilah dikuatkuasakan. Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan sesiapa yang melakukan kesalahan hendaklah diambil tindakan.


"Antara tujuan tindakan undang-undang adalah untuk mencegah jenayah, salah laku, mengingatkan, memberi pengajaran kepada pesalah dan orang lain demi keselamatan, keamanan negara serta rakyat," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes2 jenayah dan sivil tu nak diberi peluang lagi ke? Bukan setakat memondan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:56 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 23-9-2021 03:54 AM
Kes2 jenayah dan sivil tu nak diberi peluang lagi ke? Bukan setakat memondan.

peluang dah lama diberi...Ajad je yg seperti mencabar undang2...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tipahketipung at 23-9-2021 08:03 AM

You do the crime, you do the time laaaa!
Apasal eh Sajat tak bayor balik duit bengkong pd agent dia tu hah? Songlap kah belanja Jados?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 11:58 AM | Show all posts
OyaTonggek replied at 23-9-2021 11:56 AM
peluang dah lama diberi...Ajad je yg seperti mencabar undang2...

bukan setakat cabar undang2 dunia..
undang2 Allah pun selamba dia langgar lebh2 lg masa pi umrah dulu tu..


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:05 PM | Show all posts
masa dia kat sini kemain keluarga kau mendonia..
mak bapak pun tumpang sekaki..
kat mekah kau buat camtu, pastu harapkan simpati..
siel betul sajat ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Taat?? Langgar aturan tuhan yang bernama Allah masih dikata taat..ko mabuk ketum ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:11 PM | Show all posts
bila diberi peluang, confirm ke nak berubah?
takde makna.. bukan first time kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 12:26 PM | Show all posts
adik dia ni drag ke..awat aku tgk mcm muka michelle wartawan melodi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:34 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 23-9-2021 03:58 AM
bukan setakat cabar undang2 dunia..
undang2 Allah pun selamba dia langgar lebh2 lg masa pi umrah  ...

itulah tu...melampau sgt! letak tanda salib kt tiktok profile la...meols tatau Ajad ni ketegori murtad ke apa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Taat la sgt choiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:46 PM | Show all posts
gini je la..xmau dh kecam..kalau btol taat kat mak pak..mak pak sile la nasihat ape ptt..kalau xleh dh nak tukar ke jantina asal pon,jadilah pondan yg xmengganggu ketenteraman masyarakat,diam2 dan aman2 je la bisnes tu..tp undang2 tetap kene patuhi..serahkan je diri
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Abg ko yg degil dik...hr tu polis sendiri dh bgtau.serah diri je..kesalahan dia bkn bsr sgt. Benda blh bincang. Tmbh dia ada duit blh byr denda. Tp abg ko degil. Cabar pihak bkuasa. Cabar tuhan sekali. Ego jantan dia kemain nk tunjuk bsr kepala. Sekarang sapa susah..skrg masih ada tenaga nak lari lari.. Nanti? Dah tua? Nak bergelandangan jg ka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:13 PM | Show all posts
time buat hal...kemain mendabik dada kat tuhan....brmacam2 orang nasihat....semua korang tak pakai...korang tolak tepi...sekarang pandai pulak korang nak meraih simpati...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dia yg meminta sgt dikk..ini jln hidup yg dia pilih. So kena la bersedia hadap akibatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 01:46 PM | Show all posts
Benda kecik je..awal2 kl dia pergi je mahkamah aman2 jela hidupnya sekarang.bkn nya dia buat jenayah bunuh org ke apa...kl bersalah pun plg2 teruk pun denda je...ni sendiri yg memilih jalan susah krn ego.so takkan salah netizen pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik dia lawaaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiyoo family tu lain la cite. Itu kome kasi setel sendiri la.

Ni benda kena setel dengan law mehhh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bracebintang at 27-9-2022 01:42 PM

--deleted post--
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by soy_beans at 23-9-2021 11:02 PM

Adik dia muka mcm operate je. Seingat aku dulu dalam video awal2 ajad memondan lain muka mustikakaka ni. Hidung nampak mcm lana nordin. Aku bukan fitnah tp mata aku silap tengok ke apa ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094344 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list