Tok Batin dan penduduk Kampung Orang Asli Gangai di Slim River yang sebelum ini melarikan diri kerana dikatakan takut menerima vaksin Covid-19, akhirnya menerima suntikan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin bagaimanapun berkata, sebenarnya mereka bukan takut atau menolak vaksin.
 Mohd Akmal Kamarudin (kanan) mengutip sampah di tempat kawasan Lata Tebing Tinggi sempena sambutan Hari Sungai Sedunia di Selama dekat Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
“Mereka melarikan diri sebelum kampung berkenaan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bukan sebab menolak vaksin, tetapi takut untuk menjalani ujian calitan Covid-19 melalui hidung setelah dua penduduk di kampung itu meninggal dunia akibat Covid-19.
“Apabila PKPD dilaksanakan di kampung mereka mulai Khamis lalu, Tok Batin dan penduduk yang melarikan diri telah kembali ke kampung dan mereka telah menerima vaksin,” katanya.
Sumber: Utusan |