View: 1837|Reply: 3
|
Impian Nicol hampir nyata
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Selepas bersara lebih dua tahun, impian ikon sukan negara Datuk Nicol David untuk menubuhkan yayasan sendiri hampir menjadi kenyataan.
Pandemik Covid-19 mungkin menyebabkan perancangan rapinya terjejas beberapa ketika namun 'The Nicol David Organisation' (Pertubuhan Nicol David) seperti yang akan dikenali dijangka mampu direalisasikan awal tahun depan.
"Ia satu perjalanan yang panjang kerana pandemik namun yayasan saya 'The Nicol David Organisation' semakin hampir menjadi realiti.
"Terlalu gembira untuk mengumumkan kami akhirnya sudah berdaftar dan saya boleh berkongsi sedikit nilai-nilai yang kami sasarkan untuk dikongsi bersama kanak-kanak," tulis pemenang anugerah atlet terunggul sepanjang zaman Sukan Dunia itu dalam hantaran terbaharu di laman sosial.
"Objektif kami adalah untuk memperkasa kanak-kanak lelaki dan perempuan menerusi sukan dan pendidikan dengan program tambahan kurikulum yang membabitkan kelas skuasy, bahasa Inggeris dan kemahiran hidup. Kami akan melancarkannya di Kuala Lumpur pada awalnya dan memberi tumpuan terhadap keluarga B40 dan M40.
"Saya akan kongsikan lebih banyak maklumat secara terperinci, namun terlalu gembira untuk akhirnya pulang bagi meneruskan proses persediaan sebelum pelancaran pada 2022," tulisnya.
Nicol, 38, bersara pada Jun 2019 selepas mengharumkan nama negara selama lebih sedekad apabila menjuarai kejohanan Terbuka Dunia sebanyak lapan kali, paling banyak dalam sejarah bagi kategori wanita.
Beliau turut menghuni ranking nombor satu dunia dengan rekod 108 bulan berturut-turut, muncul pemain pertama memenangi kejuaraan remaja dunia dua kali, lima kali menjuarai Terbuka British, memenangi kejuaraan Asia sembilan kali serta tujuh pingat emas Sukan Asia termasuk dua emas acara berpasukan. - HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
NICOL tubuh yayasan sendiri bantu golongan B40 dan M40. FOTO Instagram nicoldsquash |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sampai masa cari jodoh dik nicol. |
|
|
|
|
|
|
| |
|