View: 2580|Reply: 8
|
Ramai Kagum First Time Tengok Jurujual Cina Ulas Kondisi Van Jenazah
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berbangsa Cina mencuri perhatian ramai bukan sahaja kerana fasih berbahasa Melayu.
Dalam videonya yang dimuat naik di akaun TikTok @Lisa.Toyota, dia berkongsi mengenai kelebihan van jenazah berbumbung tinggi yang diubah suai daripada MPV Toyota Hiace.
Kredit foto: TikTok
Katanya di ruangan komen, van jenazah itu dijual pada harga RM179,000.
Di ruangan komen, ramai meluahkan rasa kagum dengan penjelasan Lisa yang terperinci, namun santai dan mudah difahami.
Malah, ada yang mendakwa baru pertama kali mendengar jurujual membuat ulasan mengenai van jenazah.
Bagaimanapun, difahamkan video berkenaan yang meraih jumlah tontonan sebanyak 243,000 'hilang' dari akaunnya dan Lisa sendiri tidak pasti punca ia berlaku sebelum memuat naik video itu sekali lagi.
"First time ni aku tengok salesman review ulas kondisi van jenazah, terbaiklah.
"Terima kasih Lisa, pengalaman baru juga tengok video macam ni.
"Fasih dan senang faham, jadi tertarik pula tengok van jenazah," antara komen warganet sempat disalin di GEMPAK.
Mungkin ada yang berminat membeli van jenazah ini, boleh hubungis Lisa ya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Benda biasa bang oiiii.. nak kagum apa. Dah dia buat marketing van, takkan la dia nak review makanan. Yg kagum kalau van tu ada lampu2 & van bertukar jadi transfomers |
|
|
|
|
|
|
|
Haiyoooo
Dah itu tugas sheol lorrrrr
Nak jual, kena laa pandai jual |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yg kagumnye? Masih pelat maa...tp salute jugak la tau jugak dia ckp melayu berbanding cina lain ada yg langsung tk reti ckp melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia ni boleh jadi viral kalau cina fasih bercakap bahasa melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba try orang melayu jual keperluan mati orang cina. buat review mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Soo impressed and professional...Good job miss.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mempromosi Toyota Hiace sebagai van jenazah ke ni? Ok. Utk prospective organisations punya market la ni.
Takkan nak market mcm ni kat personal use customers kan? |
|
|
|
|
|
|
|
shark_eow7: cuba try orang melayu jual keperluan mati orang cina. buat review mcm ni.
Kompon ustaj ustajah jadian fb kecam berjemaah la cuolllss {:run |
|
|
|
|
|
|
| |
|