CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2260|Reply: 15

[Sarawak] UPDATE : 9 dah ditemui .. tingggal sorang lagi masih hilang ( Lapan pemancing, d

[Copy link]
Post time 2-10-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 3-10-2021 05:53 PM
Kuching: Lapan pemancing dan dua kru bot hilang selepas bot naiki karam di perairan Pulau Satang, di sini hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi Carilamat diaktifkan pada 12.22 tengahari, selepas Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching menerima panggilan daripada seorang mangsa yang memaklumkan bot mereka naiki karam.

Katanya, Bot Penyelamat 8 milik APMM yang sedang beroperasi di perairan Santubong diatur gerak ke lokasi kejadian yang berada 11 batu nautika dari Pulau Satang Besar.

"Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Jeti Awam Telaga Air dan MRSC Kuching telah turut memaklumkan insiden kejadian kepada agensi sahabat serta turut menyalurkan maklumat kepada Ketua Kaum di Kampung Telaga Air.

"Op Carilamat ditangguhkan pada 6.30 petang selepas tiada sebarang petunjuk ditemui dan pencarian akan diteruskan semula pada 7 pagi esok," katanya dalam kenyataan malam ini.

Zin Azman berkata, laut sedikit bergelora ketika pencarian hari ini dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.0 meter.

"Sektor pencarian memfokuskan dua batu nautika sehingga 20 batu nautika dari perairan Pulau Satang.

"MRSC Kuching mengkoordinasikan Op Carilamat bersama Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan seramai 20 pegawai dan anggota petugas di lokasi kejadian.

"Empat aset laut terbabit dalam operasi iaitu Penyelamat 8 Maritim Malaysia, dua buah aset PPM PSC 11 dan PA 1 serta sebuah aset JBPM," katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak malam ini mengeluarkan senarai pemancing dan tekong bot yang hilang itu.

Mereka adalah Amri Abdullah, Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Faris Azizan, Mohd Sahrin Sahir, Mohd Firdaus Mohd Denan dan Rais Yahya.

Tekong bot pula hanya dikenali sebagai Baki, manakala pembantunya Awang Omar Awang Hamsawi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2021 09:28 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2021 09:37 PM | Show all posts


KUCHING: Sebuah bot yang membawa 10 pemancing dilaporkan karam di kira-kira 21 Batu Nautika dari Pulau Satang Besar, di sini hari ini.

Difahamkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Sebuah kapal dan bot penyelamat yang membawa 33 anggota Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak bersama Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut sama dalam operasi tersebut.

Pusat Kawalan operasi dibuka di Jeti Telaga Air.

Menurut sumber, bot yang dilaporkan karam tersebut membawa 10 orang pemancing, di mana lapan daripadanya dilaporkan berjaya menyelamatkan diri dan dua lagi masih hilang.

Bagaimanapun, belum ada pihak yang dapat mengesahkan perkara tersebut.

credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2021 09:45 PM | Show all posts
Assalamualaikum & Salam Sejahtera YBhg.Dato'/Datuk/Dr/Tuan/ Puan.

*AKTIF SAR*
MRSC KUCHING
021222H OKT 2021

*MAKLUMAN AWAL INSIDEN BOT KARAM BERSAMA 10X PEMANCING  PADA 021222H OKT 2021 PADA JARAK 2 BATU NAUTIKA BARAT LAUT DARI PULAU SATANG, KUCHING SARAWAK.*

A. SITUASI

1. Terima maklumat awal kejadian 1X bot karam bersama 10X pemancing di 2 BN Barat Laut Pu. Satang Besar (berdekatan lokasi kapal karam Jepun) pada 021222H 2021 melalui panggilan MERS 999. Maklumat kejadiaan telah disalurkan kepada PENYELAMAT 8 yang sedang beroperasi OP Permai/ Benteng yang kini berada di lokasi 11 Bn dari lokasi yang dilaporkan.

B.MAKLUMAT MANGSA
1. No.Bot: Belum diperolehi
2. Pemilik : Belum diperolehi
3. Mangsa Hilang:
Nama: Belum diperolehi

C. MAKLUMAT CUACA

1. Arah angin : Tenggara
2. Kelajuan Angin: 20-30 kmj
3. Ketinggian Ombak: 1.5-2.0 meter

D. TINDAKAN

1. SAR DIAKTIFKAN pada 021222H Okt 2021.

2. PENGAWAL 8 ditugaskan ke lokasi kejadiaan.

3. PHC di tubuhkan di Jeti Awam Telaga Air pada 02 Oktober 2021 jam 1330H diketuai oleh  Lt Dya (M) Wan Zhafan bin Wan Mansor.

4. Maklumat akan disalurkan kepada Agensi/Jabatan berkaitan.

Sekian, untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Dr./Tuan/Puan.

credit


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2021 09:49 PM | Show all posts
semoga ada lah tempat mereka berteduh malam ni ... aamiin

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga dorg dpt diselamatkan..skrg kan musim angin kencang dh..semoga dipermudahkan urusan dorg..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu.. Not the time to pancing skarang ni.. Musim angin kencang.. Hujan lebat.. Moga dapat diselamatkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 05:52 PM | Show all posts
OPERASI CARILAMAT HARI KE-2, BOT KARAM: 9 SELAMAT, SATU HILANG

KUCHING, 3 Oktober - Maritime Rescue Sub Center (MRSC), Kuching di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan sembilan orang mangsa telah dijumpai selamat dan telah dibawa ke Jeti Telaga Air pada jam 5.00 pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata pada lebih kurang jam 1.00 pagi tadi, lima orang mangsa dilaporkan telah dijumpai selamat berada di atas bot pancing di perairan Pulau Satang.

Manakala pada jam 2.31 pagi, MRSC Kuching telah menghubungi bot nelayan yang menyelamatkan mangsa dan mengesahkan tujuh orang mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Bot pancing yang membawa kesemua sembilan mangsa telah merapat di Jeti Awam Telaga Air pada jam 5.00 pagi tadi.

Kesemua mangsa yang ditemui lelaki dan warganegara Malaysia.
(i) Zaharudin bin Yusoff (54);
(ii) Amri bin Abdullah (55);
(iii) Mohd Firdaus bin Mohd Dengan (37);
(iv) Muhammad Redzuan bin Rasul (41);
(v) Mohd Faris bin Azizan (30);
(vi) Mohd Asri bin Ibrahim (42);
(vii) Mohamad Nazri bin Bojeng (42);
(viii) Mohd Shahrin bin Sahir (38); dan
(ix) Rais bin Yahya (46)

Manakala seorang lagi mangsa yang masih hilang, Awang Omar bin Awang Hamsawi, berumur 59 tahun.

Hasil maklumat yang diperoleh, tekong adalah mangsa pertama yang berjaya diselamatkan pada jam lebih kurang 12.30 pagi dan seterusnya mangsa ke sembilan dilaporkan selamat telah berjaya ditemui pada jam 4.00 pagi tadi di kawasan berbatu Pulau Satang Besar.

Menurut tekong bot, Nazri, beliau telah keluar pada pagi semalam dari jeti telaga air menuju ke Pulau Satang dengan membawa lapan orang pemancing dan seorang pembantu tekong, dengan jumlah keseluruhan 10 orang.

Pada jam lebih kurang 10.30 pagi, mereka telah sampai di Pulau Satang. Sekitar jam 12.00 tengahari, mereka keluar menuju ke kawasan Culvert Gun iaitu dua batu nautika dari Pulau Satang.

Apabila mereka sampai di kawasan Culvert Gun, bot dikatakan hendak bersauh kerana laut pada ketika itu sedang bergelora. Bot mula dimasuki air melalui bahagian tepi serta belakang dan telah tenggelam sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang empat jam berikutnya.

Menyedari bot bakal karam, tekong mengambil tindakan untuk melepaskan kesemua kru dengan pembahagian secara dua kumpulan.

Kumpulan pertama adalah mangsa yang berusia telah dilepaskan untuk berenang ke Pulau Satang manakala selebihnya berpaut pada bot sehingga bot tenggelam sementara menunggu bantuan tiba. Kesemua mangsa pada ketika itu memakai jaket keselamatan.

Tekong merupakan orang terakhir berenang dari posisi bot tersebut karam untuk menyelamatkan diri dan beliau juga mangsa pertama yang dijumpai dengan berenang ke bot pancing berhampiran, seterusnya memaklumkan posisi kru yang lain.

Pencarian dilakukan sepanjang malam semalam dan pada awal pagi tadi sembilan orang telah diselamatkan dan terus dibawa ke Jeti Telaga Air.

Keadaan cuaca pada malam tadi dilaporkan tenang dan sebuah aset Maritim Malaysia, KM CEKAL telah diarahkan untuk membuat pencarian di kawasan perairan Pulau Satang.

Setakat jam 4.00 petang, petugas CARILAMAT masih belum menemui sebarang petunjuk berkenaan mangsa yang hilang.

Keluasan pencarian pada hari ini merangkumi seluas 164.57 batu nautika dan melibatkan sepuluh aset tim penyelamat:
i. Maritim Malaysia  3 aset (Kapal KM CEKAL, Bot Pengawal 6 dan Bot Penyelamat 8 )
ii. Pasukan Gerakan Udara (PGU)  Sebuah Drone
iii. Pasukan Polis Marin (PPM)  sebuah Kapal PA 1
iv. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)  sebuah bot
v. Jabatan Perikanan Laut Sarawak  sebuah bot JPLS 20.

Beberapa bot pancing komuniti maritim sekitar turut membantu melakukan pencarian di sekitar perairan Pulau Satang.

Jumlah keseluruhan pegawai dan anggota petugas di lokasi adalah seramai 60 orang.

Maritim Malaysia juga telah menerima aduan berkenaan dengan sebuah bot, berwarna putih biru dipercayai tidak pulang bersama lima pemancing di sekitar lokasi perairan karam berumput sehingga tukun bass iaitu 9.3 batu nautika dari Santubong.

Maklumat telah diperoleh daripada pengadu iaitu pemilik bot pada jam lebih kurang 7.00 pagi tadi. Bot dinyatakan telah keluar dari Jeti 98 Fishing Village Santubong.

MRSC Kuching telah mengaktifkan Operasi CARILAMAT pada jam 7.00 pagi tadi sejurus menerima aduan dan aset turut telah di atur gerak ke lokasi kejadian.

Maklumat juga turut disalurkan kepada komuniti sekitar berkenaan dengan kejadian tersebut.

Keadaan cuaca pada hari ini agak baik dengan angin bertiup dari arah Tenggara, angin berkelajuan 10 hingga 20 km/jam dan ombak setinggi 0.5 hingga 1.0 meter.

Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar batalkan niat ke laut buat masa sekarang sekiranya cuaca buruk memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini yang kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut bermula dari bulan Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Maritim Malaysia  sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh Komuniti Maritim untuk melaporkan sebarang kecemasan di laut secara terus ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2021 05:55 PM | Show all posts
Alhamdulillah ...
semoga seorang lagi tu pun selamat ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 06:00 PM | Show all posts
13 jam berpaut di bot, bapa diberi peluang kedua




Semoga dprmudhkan urusan carik mngsa terakhir.......nmpak sayu hati bapak..... Tinggal Kwan rapat nya pak cik awg umar belum djumpai..berat tanggungjawab nya sbgai tekong.......nasib nya bertahan berpaut 13jam d laut.... ngenang nemiak drumah ngn anak2......nngis nya bertahan demi kmk org...

Allah masih syg Pak..Allah berik pluang kduak


credit




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 06:21 PM | Show all posts
Tragedi bot karam: Awang Ali berharap adiknya selamat


Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus bercakap dengan Awang Ali dan keluarga kepada mangsa yang masih hilang.

KUCHING: Abang kepada seorang mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di perairan berdekatan Pulau Satang di sini, berharap adiknya, Awang Omar Awang Hamsawi, 59, dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

Awang Ali Awang Hamsawi, 61, berkata, kali terakhir mangsa berhubung dengannya adalah sebelum beliau turun ke laut.

"Kalau dia turun ke laut untuk memancing, mesti dia beritahu semua adik beradik yang lain melalui whatsapp.  

“Malah kami turut berpesan kepadanya untuk tidak ke laut kalau cuaca tidak mengizinkan,”katanya ketika ditemui di Jeti Telaga Air di sini.

Menurut abang ketiga dalam tujuh adik beradik itu, katanya, adiknya (Awang Omar) sangat rapat dengan semua adik beradik lain.

“Dalam keluarga kami, adik keempat saya inilah yang paling suka berjenaka. Kalau tak ada dia, memang sunyi lah kami,” ujarnya dalam nada sebak.

Ditanya bila mendapat tahu tentang kejadian tersebut, Awang Ali berkata, beliau maklum menerima berita mengenai kehilangan adiknya pada jam 2 petang semalam.

"Pada mulanya saya tidak pasti, tapi bila saya lihat berita melalui Facebook yang memberitahu mengenai bot karam yang membawa 10 orang, ia mungkin betul.

"Lepas itu saya dengar di sini (Jeti Telaga Air), ada operasi  mencari dan menyelamat (SAR) lalu saya terus ke sini untuk mendapatkan pengesahan dan kepastian," ujarnya sambil memberitahu beliau sudah berada di jeti itu sejak semalam.

Tambahnya, pihak keluarga turut meminta pihak di masjid dan surau untuk mengadakan bacaan yassin dan sembahyang hajat supaya usaha mencari adiknya dipermudahkan.

Semalam, lapan pemancing dan dua kru bot dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki dilaporkan karam di perairan Pulau Satang.

Satu operasi mencari dan menyelamat dimulakan setelah laporan mengenai kejadian itu sekitar 12.20 tengah hari diterima oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Hasil operasi tersebut, seramai sembilan daripada 10 orang yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu dijumpai selamat hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, bagaimanapun seorang pembantu tekong iaitu Awang Omar Awang Hamsawi masih belum ditemui dan operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

Mereka yang dijumpai selamat ialah lapan pemancing iaitu Amri Abdullah , Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Faris Azizan, Mohd Sahrin Sahir, Mohd Firdaus Mohd Denan, Rais Yahya dan seorang tekong bot yang dikenali sebagai Baki.

credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2021 06:50 PM | Show all posts
Wisel, jeritan minta tolong dari laut

KUCHING: Bunyi wisel dan jeritan minta tolong membawa kepada penemuan sembilan mangsa tragedi bot karam berdekatan Pulau Satang, Telaga Air di sini, hari ini.

Demikian kata Hamdani Sulai (gambar), pemandu bot yang menyelamatkan sembilan daripada 10 mangsa yang dilaporkan hilang dalam insiden yang berlaku pada  Sabtu lalu.

Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika melalui kawasan berdekatan pulau terbabit, beliau terdengar bunyi wisel dan teriakan meminta tolong.

“Saya kemudiannya pergi ke arah bunyi itu tadi dan lihat ada tiga mangsa terapung di laut sambil melambai tangan meminta tolong.

"Tiga mangsa kemudian berkata ada lagi dua orang, seterusnya ada lagi dua orang.

"Ketika itu tujuh orang sudah ditemui dan berada di dalam bot," katanya.

Beliau kemudiannya belabuh selama dua jam di kawasan terbabit untuk mencari lagi tiga mangsa.

"Saya berpatah balik untuk cari lagi, kemudian saya terdengar ada bunyi wisel.

"Saya ikut arah bunyi kemudian ada kelibat salah seorang mangsa sedang terapung dan seterusnya ada bunyi susulan di kawasan berbatu yang tidak jauh dari tempat tersebut," jelasnya.

Beliau berkata, tekong yang dikenali Baki adalah kumpulan pertama mangsa yang dijumpainya kira-kira sekitar jam 12.30 pagi.

“Manakala mangsa terakhir, saya jumpa sekitar jam 4 pagi,” katanya.

Menurut Hamdani, kesembilan-sembilan mangsa itu semuanya memakai jaket keselamatan dan kedudukan mereka dijumpai kira-kira dua batu nautika dari barat laut Pulau Satang Besar.

Selepas usaha mencari seorang lagi mangsa  gagal, beliau yang ketika itu bersama pelanggannya mengambil keputusan kembali ke Jeti Telaga Air dan menghubungi APMM tentang penemuan sembilan mangsa ini.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata sembilan daripada 10 pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan berdekatan Pulau Satang di sini pada Sabtu, dijumpai selamat hari ini.

Mereka yang dijumpai selamat ialah lapan pemancing iaitu Amri Abdullah , Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Faris Azizan, Mohd Sahrin Sahir, Mohd Firdaus Mohd Denan, Rais Yahya dan seorang tekong bot yang dikenali sebagai Baki.

“Manakala satu lagi mangsa iaitu pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi masih dilaporkan hilang dan operasi mengesan mangsa masih lagi diteruskan,” katanya dalam kenyataan.

credit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 06:28 PM | Show all posts
Bot pancing jer d jumpai ...

Pasukan Mencari Dan Menyelamat menemui bangkai kapal Okinawa yang membawa 10 penumpang yang karam berdekatan Pulau Satang Besar pada Jumaat.

Bangkai kapal telah berjaya ditunda masuk ke kawasan jeti Telaga Air sekitar pukul 2.00 petang tadi menggunakan khidmat kapal nelayan.

Bot tersebut telah di tanda penyelam semalam dengan boya untuk ditunda bermula pukul 9.00 pagi tadi.

Anggaran awal kedalam bot dijumpa adalah lebih kurang 14 meter di lokasi terakhir bot tersebut karam.

Sembilan bagaimanapun selamat manakala pembantu tekong Awang Omar Awang Hamsawi berusia 59 tahun masih dicari.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 06:28 PM | Show all posts
Moga d permudahkan urusan yang menyelamat ...dan moga d jumpai ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 06:51 PM | Show all posts
dah jumpa satu mayat ... tapi blom d kenal pasti ...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2021 06:52 PM | Show all posts
Ada pengusung menunggu di jeti?

Kelibat anggota keselamatan menunggu di jeti bersama sebuah pengusung menguatkan lagi desas desus ada perkembangan baru dalam kerja-kerja carilamat di Pulau Satang.

Media mendengar ada individu berbisik tentang penemuan tetapi tiada pihak membuat pengesahan.

Petugas media cuma melihat dari jauh dan memantau anggota keselamatan menunggu sesuatu bersama pengusung di jeti.

Sarawak Update







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.550064 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list