View: 2516|Reply: 7
|
Kena Caj Ekstra Sebab Menangis Ketika Cabut Tahi Lalat
[Copy link]
|
|
Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada tubuhnya, lapor Mirror UK.
Menerusi penyata bil yang diterima wanita itu, caj tersebut dikategorikan sebagai ‘caj emosi’.
Berang dengan caj yang tidak masuk akal itu, dia yang hanya dikenali sebagai Midge kemudian memuat naik foto bil tersebut di laman Twitter dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.
“Mereka mengenakan caj tambahan untuk mengaut keuntungan daripada anda. Sangat licik! Mereka juga akan menambah ini ke dalam bil anda apabila mereka bertanya adakah anda tertekan kebelakangan ini,” tulis seorang netizen.
Seorang netizen lain turut berkongsi pengalamannya yang turut dikenakan caj tambahan selepas menjalani satu prosedur pergigian.
“Saya terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham saya. Pihak klinik kemudiannya mengenakan caj terhadap ubat bius tambahan yang diberikan kerana saya terjaga,” tulis seorang pengguna.
“Saya pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ kerana mengalami kekejangan,” tulis seorang lagi netizen.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
What...?
Hidden charge sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg ni mesti belajar marketing dari forum cari.
Tiru2 iqbal |
|
|
|
|
|
|
|
Caj tambahan ubat bius tu boleh terima lagi...tapi caj emosi?? Kejadahnya?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahah merepek sungguhlah |
|
|
|
|
|
|
|
iol gi vet dulu, ada caj utk kucing garang hahaha.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|