CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7232|Reply: 14

Pantang Larang Air Fryer

[Copy link]
Post time 4-10-2021 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak



Tidak dinafikan, sudah ramai yang memiliki air fryer di rumah masing-masing. Air fryer sangat berguna dalam kehidupan seharian dan turut membolehkan pengguna menikmati hidangan sama seperti masakan bergoreng tapi mencapai pengurangan kandungan lemak sehingga 80% kerana ia tidak menggunakan minyak sama sekali.

Dengan pengurangan minyak dalam masakan turut menjadikan makanan itu lebih sihat. Namun begitu, air fryer juga mempunyai cara penjagaannya yang tersendiri supaya lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.



Tips Penting & Cara Penjagaan Air Fryer Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

  • Pastikan AF berada 15 cm atau lebih jarak dari dinding dan sekeliling. AF boleh cair jika berlaku pantulan haba.
  • Timer dilarang undur sebab akan mudah rosak. Jika masakan dah masak tetapi minit masih berjalan, boleh tarik keluarkan loyang. Pemanasan akan terhenti (kalau jenama tefal). Tutup suis dan biarkan minit tersebut kembali ke kosong dengan sendiri.
  • Jangan tutup suis semasa sedang memasak, sudah tentu kita akan keluarkan loyang sebab nak cek makanan masak tau tak, masa tu la pemanasan akan terhenti, boleh la tutup suis. Apa-apa pun ikut la kesesuaian AF masing-masing. Cuma elakkan paksa timer kembali ke 0.
  • Jangan masukkan bahan ringan mudah terbang dalam AF kerana di dalam AF ada putaran angin yang kuat. Bahan ringan akan terbang dan terbakar bila terkena pemanas. Contohnya kulit popia, kertas pelapik. Akan menyebabkan AF akan terbakar.
  • Jangan terus basuh bekas nonstick sewaktu panas. Nonstick akan cepat tertanggal.
  • Elakkan air didalam air fryer, masak maggi tak sesuai guna AF. Nama lagi fryer bukan steam, bukan rebus.
  • Kuantiti makanan yang dimasak boleh mempengaruhi penggunaan suhu dan masa. Contoh analogi, goreng 1 biji karipap sahaja dan goreng 4 biji karipap serentak. Guna suhu dan masa yang sama, karipap mana akan hangus atau masak dahulu? Yang penting kena try and error. Belajar dari pengalaman.
  • Saiz AF juga memainkan peranan. Sebagai analogi, pada suhu 37C anda berada di dalam bilik kecil 10 minit seorang diri dan pada suhu 37C anda berada di dalam dewan besar 10 minit seorang diri. Yang mana akan berpeluh lebih banyak? Bezakan. Begitu juga dengan di dalam AF. Nak makan 2 orang tapi AF 5.8 liter. Dan nak makan 6 orang tapi AF 1.8 liter. Macam mana nak urus? Jom fikir.
  • Boleh lap pemanas yang berlingkar macam ubat nyamuk tu dengan tisu basah. Kalau ada kotoran, jangan siram air. Kotoran apa? Mungkin minyak atau air dari ayam bakar terpercik. Jangan pasang suis, pastikan AF tak digunakan dalam tempoh tertentu sebelum dan selepas lap. Jangan la lepas masak terus lap atau lepas lap terus guna. Pastikan ia kering semasa nak guna. Guna wet tisu biasa untuk lap, jangan guna ada perisa strawberry atau alkohol.
  • Makanan beku boleh masuk AF terus, asalkan tak bercantum satu sama lain.


Pengguna juga harus tahu kegunaan AF yang sebenar. Di bawah ini merupakan contoh cara penggunakan yang salah:

  • Goreng telur sebiji guna AF, suhu 120 masa 10 minit. Kalau goreng atas pan nonstick 1 minit je, guna dapur gas. Jadi, mana yang lebih jimat masa? Mestilah guna dapur.
  • Masak nasi kukus guna AF. Nama lagi air fryer bukan air steam. Kalau lemang ok la sebab kita bakar.
  • Goreng donat separuh masak guna dapur gas, kemudian masak guna air fryer nak bagi bagi. Haish, 2 kali kemas pula.
  • Kukus ikan dalam AF.
  • Defrost ayam beku dalam AF untuk buat sup. Masak la ayam tu nanti, jadi ayam goreng pulak.



Kredit: Abdul Razak Abdul Rahim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2021 10:47 AM | Show all posts
tq for the info
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 10:59 AM | Show all posts
info berguna
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku jer takder benda nih. Nak suruh cardiologist confirm benda ni menyihatkan, dia tak berani sebab concept air fryer sama macam Microwave katanya. Huhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2021 11:30 AM | Show all posts
Alamak.. aku pas masak jer aku rendam ngn air.. ye la senang aku nk cuci sisa ayam perap aku tu.. pasni aku akn biarkn sejuk AF dulu br rendam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 06:42 AM | Show all posts
tq....banyak belajar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2021 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aii dah guna 2brand..trio & perry Smith eco .bagi aii trio masak sekata..xperlu nak balik2 kan masa masak..tapi tu la..coating dia cepat karat. 3y ja pakai tukar baru sebab xdak juai basket asing.
Skg guna PS..senang..coating dia tu tak nampak mcm senang tanggal..mcm build in terus dgn pan tu..lagi satu dia ada juai basket asing. Dah jimat kat situ.nti kalau calar beli basket ja

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 04:25 PM | Show all posts
kalau coating non stick dlm AF tu dah jd besi ade apa-2 effect ke? sebab dia kan ada tray atas tu.. so, makanan xde la touch bhgn dasar  dia.. cuma bila baca ade sebut non stick tertanggal tu.. nak tau gak bahaya ke tidak..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the info.. sgt berguna
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Tk di atas info nya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 10:28 AM | Show all posts
Tq for info.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenal air fryer ni masa zaman go shop..tp syg dh berkarat AF ku yg jenama haier tu..tp dh dpt tips dr sini, boleh la beli yg baru

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:27 AM | Show all posts
Untuk yang berkuah rasanya tak sesuai kan
sebab nanti merecik recik. kena lap betul2 lps guna waktu dah sejuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.119371 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list