View: 2149|Reply: 4
|
Kekurangan Pemandu Lori, Askar Dikerah Hantar Bekalan Petrol
[Copy link]
|
|
Anggota tentera Britain dikerahkan ke loji penapisan BP pada Isnin untuk membantu menghantar bahan bakar bagi mengimbangi kekurangan pemandu trak.
Kekurangan pemandu trak menyebabkan rangkaian bekalan Britain untuk segala-galanya dari daging, petrol dan ayam hingga ubat-ubatan dan susu terhenti kerana kekurangan tenaga kerja berikutan krisis Brexit dan Covid-19.
 Kredit foto: BBC
Masalah kekurangan bahan bakar di tengah-tengah kekurangan pemandu lori menyebabkan keadaan menjadi kacau-bilau apabila pemandu berbaris panjang di stesen minyak di bandar-bandar besar minggu lalu hingga ada yang bergaduh berebut pam.
Malah, ada pemandu menyimpan bahan bakar di dalam botol.
 Kredit foto: Daily Mail
“Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, kami mengambil pemandu tambahan.
“Situasi bertambah baik sekarang seperti yang saya rasakan setiap hari selama lebih dari seminggu … semakin baik dan ketika permintaan kembali ke tahap normal, ada harapan masalah dapat diselesaikan sendiri,” kata menteri kewangan Perdana Menteri Boris Johnson, Rishi Sunak kepada radio LBC.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ramai orang British sanggup pergi Australia jadi pemandu lori, boleh jadi kaya raya di Australia , kalah kerja profesional lain, Australia byk hasil bumi lombong, kuari dsb, kat BBC ke mana aku tenggok duduk England marhaen je migrate ke Australia jadi driver lori life style MCM jutawan siap ada kapal persiaran sendiri dgn kereta mewah bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Semua down ni ada kaitan tak dgn pandora papers? |
|
|
|
|
|
|
|
Ini practice jer la, Military intervention. Lepas ni kalau medic down pun Military ambik alih, kalau Sis Tumpanglalu dan Bro PengecatSchwabtest taknak cucuk pun mereka heret masuk ke Concentration Camp. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni juga Royal Mail pun dah slow. Dalam masa 3 minggu baru sekali hantar surat.
Apa masalahnya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|