CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2300|Reply: 6

[Politik] 'UMNO mahu pilihan raya kerana rasa kuat, yakin menang'

  [Copy link]
Post time 5-10-2021 10:41 AM | Show all posts |Read mode
'UMNO mahu pilihan raya kerana rasa kuat, yakin menang'




KUALA LUMPUR: Gesaan UMNO supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berikutan krisis politik yang berlaku, dilihat sebagai langkah menjadikan negeri berkenaan sebagai simulasi menentukan sokongan terhadap parti itu.

Pensyarah Kanan Pusat Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata itu antara senario yang mungkin berlaku sekiranya DUN Melaka dibubarkan yang akhirnya menjurus kepada pilihan raya negeri (PRN).

"PRN boleh berlaku kerana itu yang UMNO selalu tekankan kepada kerajaan PN sebelum ini. Mereka kata perlu dibuat pilihan raya supaya masalah politik diselesaikan segera.

"Mungkin UMNO ingin test market (menguji sokongan), menjadikan Melaka sebagai simulasi sama ada mereka masih mendapat sokongan pengundi atau sebaliknya," katanya kepada BH, semalam.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam, mencadangkan PRN Melaka diadakan bagi memberi semula mandat kepada rakyat memilih kerajaan negeri itu.

Menyifatkan PRN tidak wajar diadakan susulan pandemik COVID-19, Mazlan berkata, ia tidak dapat dielak jika Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, memperkenankan supaya DUN dibubar.

Katanya, wujud kemungkinan kerajaan negeri sedia ada kekal memerintah sekiranya proklamasi darurat diisytiharkan di Melaka.

"Andai kata Yang di-Pertuan Agong isytiharkan darurat di Melaka, kemungkinan ialah UMNO kekal mengemudi kerajaan negeri di sebabkan faktor darurat.

"Kerajaan negeri tidak tergugat kerana pilihan raya tidak boleh diadakan walaupun Ketua Menteri mempunyai sokongan minoriti," katanya.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkuat kuasa semalam.

Tiga ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Dekan Ghazali Shafie Graduate School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Rusdi Omar, berkata Yang di-Pertua Negeri Melaka boleh mengguna pakai proses dilakukan Yang di-Pertuan Agong iaitu memanggil pimpinan parti politik berbincang bagi mencari kesepakatan.

"Mungkin ada konsensus menjurus kepada kerajaan campuran jika ia berlaku, mungkin Ketua Menteri dilantik daripada PH dengan timbalan daripada BN atau PN atau sebaliknya.

"Mengikut proses, Ketua Menteri perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka jika sudah hilang majoriti," katanya.

Sementara itu, Profesor Adjung Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr Jeniri Amir, berkata apa yang berlaku di negeri itu juga melanggar prinsip perjanjian persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kerajaan dan pembangkang di peringkat Persekutuan.

"Apa yang berlaku di Melaka amat mengecewakan di sebalik segala saranan dan titah Yang di-Pertuan Agong supaya kita memberi tumpuan kepada masalah dihadapi negara, namun ia tidak dipedulikan ahli politik.

"Ini yang tidak seharusnya berlaku dalam keadaan negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19, selain mengingkari MoU serta tidak menghormati perjanjian dibuat kedua-dua pihak," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, berkata tindakan empat ADUN itu hanya menyebabkan krisis semakin memuncak, apatah lagi kerajaan negeri sepatutnya membentangkan bajet tidak lama lagi demi kebajikan rakyat.

Ditanya sama ada wajar dilaksanakan PRN bagi menamatkan krisis itu, beliau berkata, ia adalah pilihan terakhir memandangkan negara masih bergelut dengan ancaman COVID-19.

"PRN adalah jalan terakhir tetapi krisis ini tidak seharusnya berulang kerana kita mengharapkan kestabilan politik dicapai di semua peringkat," katanya.

"Kita tidak nampak apa kesannya kepada rakyat dengan langkah yang diambil empat ADUN ini, tidak memberi manfaat pun," katanya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 10:48 AM | Show all posts
eloklah dibubarkan DUN daripada kerajaan yg ada dan bakal ada pun hanya cukup2 makan aje,
bila2 masa boleh bertukar dan tukar lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
takpe..prn pon..korang boleh 'buat mende ni lg ntnya'...bazir rm jer...la ni pemerintahan kt Msia bkn lg atas pilihan rakyat..tp 'bincang2 sesama ahli politik'.WT.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
yeay..2022 kita PKP semula
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:36 AM | Show all posts
UMNU klh pn x kisah.2,3 thn dpt masuk gak ikut pntu blkg dgn Lobai PAS
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:52 AM | Show all posts
Laaa ... macam2 kerenah party assobiyyah ni

Yang jatuhkan kerajaan party assobiyyah kat Melaka adalah geng party assobiyyah sundri

Ye lah ... ghanimah tak dapat

Tapi pemimpin party assobiyyah ni hipokrasi tahap tertinggi



Kena kat depa takde majority ... bubar

Kena kat orang lain takde majority ... tak boleh bubar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ppppffttttt apa lagiiiii pokcik2 nehhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.235888 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list