Biarpun sebelum ini pernah terpalit isu sama, namun aktres, Zara Zya seakan tidak serik apabila melakukannya sekali lagi.
Iklan produk memantapkan payudara dan pinggul dengan seorang wanita berjoget menonjolkan kedua-dua aset tersebut dilihat sebagai tidak wajar kerana seolah-olah menggalakkan wanita dalam simbol seks.
Ada peminat yang menyatakan Zara seakan terdesak dan ada yang sanggup unfollow Zara kerana kesalahan berulang.
 Foto  G
Bagi peminat Zara, mereka merasakan ianya tidak patut berlaku kerana aktres ini pernah ditegur dengan perkara sama.
 Foto : IG
Rata-rata komen mengkritik di hantaran tersebut membuatkan Zara akhirnya memadam hantaran selepas lima jam di wall Instagramnya.
Diharapkan semua artis peka dengan isu sensitif begini ya. - CARI
|