CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3113|Reply: 1

[Borneo] Harga baharu kit ujian kendiri Covid-19 dalam penilaian

[Copy link]
Post time 9-10-2021 12:08 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang membuat penilaian di peringkat industri sebelum menentukan harga siling borong dan runcit baharu bagi kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian sendiri).

KPDNHEP juga sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membolehkan lebih banyak premis yang menjual kit ujian seperti pasar raya dan ada yang sudah bersetuju untuk menjual lebih rendah daripada paras harga yang telah ditetapkan kerajaan.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan penjualan kit ujian  oleh pasar raya dijangka dapat dilaksanakan menjelang akhir Oktober ini.
KPDNHEP, katanya, akan memantau harga dan persaingan kesan daripada peluasan penjualan kit ujian antigen Covid-19 selain farmasi dan klinik.

“Mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dan kepentingan kit ujian ini kepada masyarakat, KPDNHEP amat menggalakkan supaya peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa kerajaan menentukan paras harga yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

KPDNHEP mengambil maklum bahawa terdapat lebih kurang 6 juta kit ujian Covid-19 sudah berada dalam pasaran dan penetapan harga yang dilaksanakan oleh kerajaan pada 5 September lalu turut mengambil kira kos yang terlibat di dalam membawa masuk dan mengeluarkan kit ujian itu, tegas beliau.

Kerajaan juga telah menerima maklum balas daripada industri berhubung paras harga yang wajar dipertimbangkan supaya dapat menjamin bekalan mencukupi dan berterusan dan KPDNHEP akan mengeluarkan satu paras harga yang baharu selepas faktor-faktor tertentu  diperhalusi dan dimuktamadkan dalam bulan November 2021.

“Saya berharap semua pihak yang terlibat di dalam penjualan kit ujian ini akan mengambil maklum dan memberikan kerjasama demi kebaikan semua pihak.

“Usaha yang digembleng bersama ini juga diharap dapat membantu negara keluar daripada pandemik ini dan seterusnya menghidupkan semula pelbagai sektor di dalam negara termasuk sektor ekonomi domestik,” kata Alexander.


sarawakvoice.com/2021/10/0

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipe rupa sama cam pregnancy test kit je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 09:10 PM GMT+8 , Processed in 0.059784 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list