|
TAWAU: Mayat seorang wanita yang hilang di sungai kampung Serudung Laut kelmarin ditemui dipercayai dibaham buaya kira-kira jam 8 pagi, di sini hari ini.
Mayat mangsa Fosanih Nasel,22, ditemui oleh penduduk kampung kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai dibaham buaya.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 8.19 malam kelmarin.
“Seramai lima pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau bersama empat anggota sukarelawan bomba digerakkan ke lokasi kejadian.
“Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terpaksa ditangguhkan atas risiko kawasan kejadian,”katanya.
Katanya, mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung yang turut membantu dalam operasi SAR kira-kira jam 8 pagi sebelum meminta bantuan pasukan bomba mengambil mayat mangsa.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.27 pagi,”katanya.
credit
|
|