View: 32472|Reply: 293
|
"Tak Penting Bagi Aku Balik Kampung, Holiday, Dine-In,"– Rita Rudaini
[Copy link]
|
|
Rentetan kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri bermula semalam, pelakon sensasi Rita Rudaini berkata, dia langsung tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian kerana lebih mementingkan soal kesihatan dirinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya, Rita, 45, berkata, menjaga kesihatan merupakan kepentingan buatnya pada waktu ini dan menjadi keperluan asas dirinya.
“Bagi aku, tak penting balik kampung, bercuti, rentas negeri, negara atau dine-in (makan di restoran). Aku tak batak.
“Apa yang penting bagi aku sekarang kesihatan. Itu keperluan asas aku sekarang,” ujarnya.
 Kredit foto: IG
Dalam hantaran itu juga, Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar meluahkan rasa hairan terhadap orang ramai yang cukup syarat untuk merentas negeri apabila masih bersikap busuk hati dan dengki dengan dirinya.
“Kamu yang dapat rentas dan dine-in masih nak dengki busuk dengan aku? Memang lawak terbaik!” katanya.
 Kredit foto:
Menerusi hantaran berbeza, pelakon filem Mami Jarum itu tidak lupa mendoakan orang ramai yang selama ini menghentam dirinya dan berhasrat untuk melakukan aktiviti perjalanan rentas negeri supaya selamat tiba ke destinasi masing-masing.
“Sister (saya) doakan selamat merentas negeri, negara, planet dan alam semesta dengan selamat. Semoga selamat pergi dan kembali.
“Kita saudara sesama Islam. Takkan perangai macam hanjing (anjing) hari-hari? Tak penat ke menganjing (memerli) dan jadi anjing?” tulisnya berbaur sinis.
Malah pelakon itu turut memerli golongan yang sering memaki hamun dirinya sebenarnya sedang ‘berzikir’.
“Patut kita lawan Covid-19. Tapi sekarang Islam bergaduh dengan Islam. 24 jam mulut tu keji, maki, hamun. Eh, silap! Mereka ‘berzikir’,” sindirnya.
Sebelum ini, Rita mengakui tidak kisah jika namanya digugurkan daripada terlibat dengan mana-mana naskhah drama walaupun drama 100 episod sekalipun gara-gara berstatus tanpa vaksinasi Covid-19.
Namanya mula menjadi bualan netizen dalam Twitter apabila ada pengguna memuat naik tangkap layar InstaStorynya memaparkan pelakon itu sedang merebus bunga cengkih.
Malah, ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu turut bertindak menyiar semula beberapa hantaran yang seakan menguatkan dakwaan dirinya tidak percaya dengan vaksin Covid-19.
Rita juga pernah bersuara membidas tohmahan seorang pengacara televisyen yang mendakwa dirinya sebagai seorang antivaksin dan kerap menyebarkan dakyah berkaitan perkara berkenaan. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat cover.. pdhal dlm ati.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak batak kata nya..ko tunggu sikit masa lagi tengok camne..orang lain nak hidup normal, dia pilih nak hidup dalam gua |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg kuat pemarah la smua dia betui hadoiii kak Ana pun kuat perangat org awat org perangat hanq kalut marah cilllll dah la. .suka sgt mencaput cer diam dah la klo xmo vkisin pon |
|
|
|
|
|
|
|
tlg la bab dia perli2 org dah vaksin tak apa.. bila kena tang dia keluar segala saudara sesama islam bagai.. geli sgt la perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia takde mak lg ke? ke mak dia yg kena dtg kl, kata org anjing sendiri pun perangai mcm tu, dok diam je tak boleh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pentingkan kesihatan tapi tak ambik vaksin. Dulu dia ngaji kat sekolah mana kat Perlis tataw.. |
|
|
|
|
|
|
|
sombong nya awak cik rita... tgk kan aja la ye sampai bila ye... jangan makan diri sendiri pulak nanti ye... kan lagi elok kalau awk diam2 je jgn lantang sangat macam ni.. kalau x bising sangat org pun x de nak kecam sgt kan... |
|
|
|
|
|
|
|
eh x cocok2 lg ek
hr tu terbaca diam2 dh cocok sb ada job
mmg btl2 anti la ni
apa2 je sis...moga sihat2 |
|
|
|
|
|
|
|
Jiwa kacau sungguh la dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke nak sentap hidup ni dgn apa yg semua dia tulis...
Perlu ke nk intip semua yg dia tulis kat ig dia...lepas tu sentap 
Penangan teknologi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sabarlah Rita ooiii. Kalau awak tak batak nak balik kg ke, nak gi holiday ke atau lain2 aktiviti silaturraim, itu hak awak. Orang lain masih ada mak ayah di kg yg lama tak jumpa, ada sanak saudara, masih nak berkumpul2 berhari keluarga, tak payahlah hal itu disenggol2. Yg tak penting bagi awak jgn disamakan tak penting bagi orang lain kerana kepentingan kita tak sama. Hak awaklah tak nak vaksin tapi hak orang lain juga kalau tak benarkan awak hadir atau berada di premis2 mereka. Awak ada aturan untuk diri awak, orang lain pun ada aturan mereka juga demi kepentingan ramai.So duduk aje le di rumah diam2 dn bahagia dgn anak2. Awak ni kecoh laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
ayat sedap kan hati sendiri ...  |
|
|
|
|
|
|
|
aik hari tu sape kata dia dine-in makan abc ngan kawan? ingatkan betul senyap2 dah beksin |
|
|
|
|
|
|
|
Menyalak kuat naaaaaaa. Ko tunggu. Satu hari nanti ko nangis terduduk di bucu katil. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je aku nak tanya ritrud.. Dia tak batak ke nak pegi buat umrah?  |
|
|
|
|
|
|
|
patut le ex laki tak tahan.
muka cantik tapi tak de adab tak guna jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|