CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DARSITA

[NFO] Tempat pelancongan Negeri 9

[Copy link]
Post time 20-3-2009 01:25 PM | Show all posts
Poca baru search kt internet td. Gunung tertinggi kat n9 Gunung Besar Hantu kat Jelebu. 1462 m..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2009 03:26 PM | Show all posts

Balas #13 Pocahontas\ catat

Bukan Gunung telapa buruk ker...???
Dulu GTB ni yg tertinggi di N9
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:33 PM | Show all posts
Mengikut search di Internet.

1.Gunung Antu (1462)
2.Gunung Telapa Buruk (1193 m)
3.Gunung Angsi (825 m)
4. Gunung Rembau (884 m)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:34 PM | Show all posts
I pernah jugak naik gunung telapa buruk kek bukit tanga 2,

Masa Muda.Kalu cuaca baik boleh nampak PD.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 19-3-2009 14:30


somput ko kak?


somput tu no 2.. sbb utamo lutut dah longgar.. dah tuo
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2009 04:59 PM | Show all posts
gunung telapak buruk ni kat area mane ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-3-2009 07:00 PM | Show all posts

Balas #18 MetalFire\ catat

kat area jelebu rasanyer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2009 12:49 PM | Show all posts
lopeh ni kito poiee panjek gunong besau antu...
anjuran orghang kuek jolebu..datuk khalid yunus..

tel:019-3213280/013-3763698 utk keterangan lanjut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2009 04:27 PM | Show all posts
Originally posted by MetalFire at 20-3-2009 04:59 PM
gunung telapak buruk ni kat area mane ek



Kat bukit tangga tu.........Kan menara pemancar kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 12:51 PM | Show all posts
Mendaki bersama keluarga

Oleh ROSMAL SHARIFF
(photo_trek@yahoo.com)

Tiada pemandangan dari puncak yang dapat kami saksikan kerana keadaan di sekeliling Gunung Tampin sarat dengan pokok-pokok yang menjulang tinggi.



PENULIS (kanan) bersama isteri, Nik Fauziah Abdul Razak dan anak, Fakhrurazi berehat ketika mendaki Gunung Tampin, Negeri Sembilan.

BERDASARKAN pesanan ringkas yang diterima, saya terus memandu ke arah Taman Bukit Tampin, Negeri Sembilan. Empat rakan lain sudah sedia menunggu tatkala saya, isteri dan anak lelaki kedua kami sampai.

Jam di tangan saya menunjukkan hampir pukul 9.15 pagi apabila kami mula mengorak langkah. Menurut Pak Ram, salah seorang daripada rakan saya, termasuk Cikgu Rosli dan Idwan, kami akan menempuh jarak perjalanan sejauh empat setengah kilometer untuk fasa pertama pengembaraan. Rakan yang seorang lagi memilih untuk mengayuh basikal gunungnya memandangkan laluan peringkat awal akan menempuh jalan bitumen yang agak sempit.

Saya perhatikan di kiri dan kanan jalan raya itu terpacak tiang-tiang elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB). Menurut Pak Ram, terdapat lebih daripada 90 tiang elektrik sehingga ke puncak Bukit Tampin. Setiap tiang ditanda dengan nombor mengikut turutan dan jarak di antara tiang konkrit tersebut adalah kira-kira 50 meter.

Pendakian itu agak mudah memandangkan kawasan tersebut tidak terlalu curam. Pondok-pondok istirehat turut dibina untuk pengunjung yang keletihan. Terdapat tandas awam disediakan untuk kemudahan pengunjung.

Hampir setengah jam berjalan dan apabila menghampiri tiang nombor 40, kami terjumpa sebuah air terjun kecil di lereng bukit. Alirannya telah disekat dengan tembok konkrit hampir dua kaki tinggi bagi membentuk kolam kecil. Agak ramai juga yang mandi manda di situ.

Kira-kira sejam selepas berjalan, saya ternampak tiang nombor 90 di hadapan mata. Pak Ram dan rakan-rakan lain meneruskan perjalanan melalui jalan bitumen manakala kami tiga beranak menuruni tangga konkrit yang bersambung dengan denai hutan. Kini, hanya kami bertiga yang akan menempuh laluan yang mengunjur sehingga ke puncak Gunung Tampin. Menurut rakan-rakan yang tidak menyertai kami, tempoh perjalanan dijangka mengambil masa kira-kira sejam 15 minit dari tempat kami berpecah.

Trek yang kami tempuhi kering dan berselerak dengan daun serta ranting mati. Kami kemudian berhenti rehat. sambil menikmati biskut oat, air mineral dan kola.


PONDOK istirehat yang dibina untuk pengunjung yang keletihan.

Banyak flora daripada famili Palmae ditemui. Antaranya ialah Livistonia sp. yang menyerlah dengan batangnya yang tinggi bertatahkan pelepah yang berbentuk kipas. Rotan (Calamus sp.) dengan durinya boleh mencederakan dan Pholidocarpus macrocarpus yang tumbuh merendang. Tumbuhan seperti Zingiberaceae mempunyai bunga-bunga yang paling cantik dan berwarna-warni. Achasma megalocheilos dengan merah terangnya dan Alpinia rafflesiana dengan kuntuman oren lembut menyulam keindahan dunia malar hijau yang kami tempuhi.

Walaupun tanda-tanda plastik merah putih mudah ditemui sebagai panduan meredah laluan, namun hati saya tetap gusar setiap kali menempuh laluan yang asing. Kunjungan sulung ini menimbulkan kerisauan. Bukan sedikit jumlah pendaki dan penjelajah hutan yang tersesat jalan.

Saya menarik nafas lega sebaik sahaja berhadapan dengan puncak Gunung Tampin sebaik kami melepasi satu kawasan yang laluannya sempit, licin dan sarat dengan rumpun buluh. Struktur besi logam yang usang itu agak tersorok di celah-celah batang buluh yang menghijau. Kawasan itu agak lapang dan lantai hutannya dilapisi daun-daun kering. Tiada pemandangan dari puncak dapat kami saksikan memandangkan sekeliling kawasan itu sarat dengan pokok-pokok yang menjulang tinggi.

Bekalan mi dengan telur goreng mata kerbau dianggap sebagai juadah yang begitu istimewa untuk mengisi perut yang kelaparan setelah berjam-jam lamanya meredah denai hutan. Buah epal dan biskut turut menjadi sajian, di samping air mineral dan kola. Kami seterusnya tersandar kekenyangan sambil melunjurkan kaki yang kelenguhan.


POKOK palmae adalah sebahagian daripada tumbuhan yang menghiasi landskap Gunung Tampin.

Agak lama juga kami melepak di puncak Gunung Tampin sebelum beransur-ansur meninggalkan puncak yang berketinggian kira-kira 2,507 kaki itu. Kami berjalan pantas menempuh laluan yang agak mudah kerana tidak perlu menuruni cerun yang curam atau licin. Kira-kira sejam selepas meninggalkan puncak Gunung Tampin, kami mula mendaki anak-anak tangga yang membawa kami ke jalan berturap yang mengunjur sehingga ke Bukit Tampin.

Saya kemudian berjalan seorang diri ke arah Bukit Tampin. Kira-kira lima minit kemudian, kelihatan menara telekomunikasi yang menjadi mercu tanda puncak bukit itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 04:50 PM | Show all posts
bila pulak  nak panjat Gunung Hantu Besar kat Jelebu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:53 AM | Show all posts
MB: Popularkan sukan mendaki gunung


MOHAMMAD Razi Kail (dua dari kiri) melepaskan peserta-peserta kategori remaja dan terbuka wanita pada Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2009 di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, baru-baru ini.

REMBAU 6 April - Mendaki gunung akan terus dipopularkan sebagai aktiviti sukan yang boleh disertai oleh semua lapisan masyarakat di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, aktiviti berkenaan berupaya mendidik masyarakat mencintai dan memelihara alam sekitar.

Jelas beliau, program tersebut turut membantu mempromosi kegiatan ekopelancongan di negeri ini yang kaya dengan keindahan alam semulajadi.

''Kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM120,000 bagi menaik taraf kemudahan awam seperti gerai dan tapak perkhemahan di lokasi-lokasi mendaki gunung dengan matlamat menarik kedatangan lebih ramai pelancong yang menggemari aktiviti berkenaan," ujarnya.

Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2009 anjuran kerajaan negeri di Hutan Lipur Gunung Datuk dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dr. Awaludin Said dan ADUN Chembong, Zaifulbahri Idris.

Cabaran mendaki Gunung Datuk pada jarak 8.8 kilometer merupakan yang pertama dalam sirkit berkenaan dan dua cabaran seterusnya akan dilangsungkan di Gunung Tampin, Tampin pada 16 Mei dan Gunung Angsi, Kuala Pilah pada 27 Jun.

Murin Manjana muncul johan kategori terbuka lelaki manakala johan tiga kategori lain ialah Ahmad Luth Hamizan (remaja lelaki), Noramalia Musa (terbuka wanita) dan Tahira Najmunisaa Mohd. Zaid (remaja wanita).

Johan setiap kategori membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan plak yang disampaikan oleh Mohammad Razi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 07:57 AM | Show all posts
CABARAN


SEBAHAGIAN peserta kategori remaja dan terbuka wanita memulakan larian pada Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Tampin di Padang Majlis Daerah Tampin, Tampin, kelmarin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by sri_rampai at 6-4-2009 16:50
bila pulak  nak panjat Gunung Hantu Besar kat Jelebu


arian Gunung Besar Hantu
SERTAI Cabaran Coleman Mountain toMountain (M2M) akan diadakan di Gunung Besar Hantu, Jelebu, NegeriSembilan pada awal Julai ini.

SIRI kedua Cabaran Coleman Mountain to Mountain (M2M) akan diadakan di Gunung Besar Hantu, Jelebu, Negeri Sembilan pada 5 Julai ini.

Menurut kenyataan Sportec's Outdoor Centre, larian itu akan bermuladari Rimba Sabana hingga ke puncak Gunung Besar Hantu dengan jarakkeseluruhan larian adalah kira-kira 13 kilometer.

Larian yang dianjurkan oleh Persatuan Kembara Negara itu dijangka disertai oleh kira-kira 200 orang.


"Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu dijadualkan hadir untukmenyampaikan hadiah kepada para pemenang,'" kata kenyataan itu kepada Kosmo! di Kuala Lumpur.

Selepas larian kedua ini, satu lagi larian akan diadakan di Gunung Bujang Melaka di Kampar, Perak pada November ini.
Juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai King of the Mountain 2009.

Kenyataan itu menyebut, juara keseluruhan ditentukan mengikut jumlahpungutan mata yang dikumpul oleh peserta yang mengambil bahagian dalamketiga-tiga larian tersebut.

Larian siri pertama telah diadakan di Gunung Nuang, Selangor padaApril lalu. Para pemenang akan diberikan wang tunai, barangan dan sijilpenyertaan. Hadiah wang tunai dan jersi King of the Mountain 2009 juga akan diberikan kepada juara keseluruhan Cabaran Coleman M2M 2009 ini.

Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman web Persatuan Kembara Negara www.kembara.negara. net. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Sekretariat Cabaran Coleman M2M 2009 di talian 013-3763698 (Mohd. Dendera Billah atau 019-2500022, Ahmad Reduan).
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2009 10:59 AM | Show all posts
'Gajah batu' Simpang Gelami
Oleh Mohd Azis Ngah dan Nor Shahfizan Hasim
bminggu@bharian.com.my



Struktur lengkap kepala mamalia di Jelebu dikaitkan sumpahan Sang Kelembai

ANTARA percaya atau tidak. Batu di air jeram berbentuk kepala gajah sebesar kepala trak lori, lengkap dengan mata, telinga, mulut dan belalai.

Ada mitos mengatakan itu sumpahan, tetapi siapa yang menyumpah dan siapa yang kena sumpah, tiada siapa yang pasti. Ada yang percaya batu itu asalnya seekor gajah yang disumpah Sang Kelembai, watak cerita mitos pada zaman dulu kala.

Secara geografi dan logiknya, bentuk batu itu mungkin terjadi hasil hakisan air secara berterusan sejak ratusan tahun dulu dan secara kebetulan ia nampak seakan-akan gajah. Kedudukannya betul-betul di peringkat kedua jeram, di tempat air terjun mengalir.

Batu istimewa itu boleh ditemui di Jeram Gajah, di Simpang Gelami, kira-kira lima kilometer dari pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Mungkin bagi penduduk tempatan, ia perkara biasa, tetapi bagi orang luar, kejadian ciptaan Tuhan itu cukup istimewa.

Menariknya, kepada gajah dewasa itu tanpa gading, mungkin terbenam dalam batu atau belum terbentuk, tetapi penduduk tempatan percaya ia ada kaitan dengan satu lagi jeram tidak jauh dari situ yang dinamakan Jeram Gading.


Jeram Gajah dibiarkan berkeadaan semak-samun dan tidak terurus.

Namun, di Jeram Gading, pengunjung tidak akan menemui batu berbentuk seakan-akan gading dan tidak pasti bagaimana ia mendapat nama. Mungkin ia sudah terhapus atau kedudukannya gagal dikesan secara mata kasar.

Apa yang pasti, ramai yang percaya, Jeram Gajah dan Jeram Gading adalah satu mitos dan kepercayaan lampau yang saling berkait kerana gajah dewasa diakui akan mempunyai gading.

Usaha Berita Minggu mendapatkan cerita lisan daripada penduduk kampung gagal kerana kebanyakan generasi yang ada sekarang tidak tahu bagaimana jeram itu mendapat nama dan beberapa individu yang dikatakan tahu mengenainya daripada nenek moyang mereka sudah meninggal dunia.

Tinjauan di Jeram Gajah mendapati, kedudukan batu kepala gajah itu boleh dilihat daripada dua sisi. Jika dilihat daripada sisi kiri, kelihatan seolah-olah kepada gajah sedang terbaring dengan matanya terbuka.


Wartawan Berita Minggu, Mohd Azis Ngah, menunjukkan lubang batu yang sentiasa dipenuhi air.

Air terjun di jeram kecil itu mengalir melalui belalai dan mulutnya, tetapi jika dilihat daripada sisi kanan, batu itu kelihatan seperti kepada seekor gajah yang berdiri, seolah-olah marah dengan telinganya agak kembang dan belalainya hampir menegak.

Walaupun dilihat daripada dua sisi kiri dan kanan, kedudukannya mata tidak berubah dan tetap sepadan. Mata gajah sebesar pinggan makan orang dewasa itu dikatakan sentiasa dipenuhi air dan tidak pernah kering walaupun di musim kemarau.

Anehnya, penduduk di situ hairan bagaimana air boleh masuk ke dalam lubang mata itu kerana kedudukannya lebih tinggi daripada laluan air terjun dan berada di laluan agak curam. Logiknya, mungkin juga ia adalah air hujan.

Jika pengunjung berminat untuk melihat lebih dekat lubang mata gajah itu, mereka perlu berjalan berhati-hati melalui tebing batu yang agak curam dan di tepinya adalah curang tinggi dianggarkan lebih lima meter.

Ketika Berita minggu menjejakkan kaki ke tempat lubang mata gajah itu, kelihatan lubangnya dipenuhi daun pokok dan warnanya agak keruh berbanding atau di tempat lain.

Walaupun kawasan jeram itu diakui mempunyai tarikan tersendiri, sayangnya ia terabai, dibiarkan tanpa sebarang usaha membersihkan kawasan atau menaik taraf sebagai kawasan tarikan pelancongan. Ini kerana sepanjang perjalanan ke sana, kami terpaksa meredah laluan hutan yang agak semak, dipenuhi pokok tumbang dan pokok kecil yang menghalang laluan di trek pejalan kaki. Jaraknya daripada rumah penduduk yang paling hampir tidak sampai 800 meter, dan berjalan kaki ke sana cuma memakan masa kurang 10 minit.

Kelihatan bekas longkang simen yang bersambung ke kincir air, bersebelahan batu berbentuk kepada gajah, dipercayai pernah digunakan penduduk untuk menyalurkan air ke sawah padi di beberapa kampung berdekatan.

Kincir air itu sudah tidak berfungsi menyebabkan saliran airnya dialihkan ke arah kedudukan belalai gajah berkenaan. Beberapa batang paip juga terbiar begitu saja, berlumut dan ada antaranya yang hampir terbenam ke dalam tanah dan timbunan daun pokok.

Apa yang masih berfungsi cuma saluran paip getah yang dikatakan digunakan untuk menyalur air ke kolam ikan kendalian pihak seperti Jabatan pertanian yang terletak di bekas sawah padi. Kelihatan juga tali kabel yang melintasi sungai kecil itu menyambung antara dua tebing. Difahamkan, ia digunakan penoreh getah di sini untuk mengangkut hasil getah sekerap untuk dibawa keluar ke jalan kecil sebelum dijual.

Sementara itu, penduduk sekitar Jeram Simpang Gelami sebenarnya sudah menghantar kertas cadangan kepada pihak berkuasa meminta Jeram Gajah dibangunkan kawasan tarikan pelancongan baru. Malangnya, sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Perkara itu pernah disuarakan lima tahun lalu, bahkan pergerakan Pemuda Umno kawasan itu sendiri pernah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan sebagai permulaan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat rekreasi.

Penduduk yang juga bekas Guru Besar, Syed Leod Syed Yusuf, 67, mengakui kawasan itu pernah menjadi tapak perkhemahan pelajar sekolah tetapi beliau kecewa kerana langsung tiada usaha membangunkan dilakukan di situ.

揔ita pernah buat cadangan dan gotong royong oleh Pemuda Umno. Tetapi, sampai sekarang anda boleh lihat bagaimana keadaannya.

揝aya sendiri ketika masih berkhidmat sebagai guru pernah membawa kumpulan pengakap sekolah menjalankan aktiviti di situ, walaupun tidak bermalam, sekurang-kurangnya ia boleh dikunjungi,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 10:23 AM | Show all posts
Merentas Gunung Tampin

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


Para peserta bersemangat merentasi kawasan berbukit di Hutan Simpan Gunung Tampin dalam program Adventure Race Bersama Media di Rembau, baru-baru ini.

REMBAU 30 Jun - Manusia dan alam sekitar merupakan dua elemen yang tidak dapat dipisahkan kerana saling memerlukan.

Walaupun alam sekitar seringkali menjadi mangsa kerakusan manusia, namun masih ada yang menyedari akan kepentingannya.

Maka, tidak hairanlah kawasan hutan rimba seringkali menjadi destinasi bagi menimba pengalaman termasuk menerokainya atas dasar cintakan alam selain memupuk daya ketahanan mental dan fizikal seseorang.

Bagi tujuan itu, satu program Adventure Race Bersama Media anjuran Paximej (M) Sdn. Bhd., di Adventure Community Center Sukabumi, Kendong telah diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada media dan pelanggan setia mereka.

Pengarah Eksekutifnya, Rosilawati Salikon berkata, program berkenaan dianjurkan bersempena sambutan ulang tahun syarikat itu yang ke-15.

"Ia satu aktiviti bagi menghargai pelanggan setia kami mempromosi Adventure Community Center Sukabumi, Kendong ini yang baru ditubuhkan Januari tahun lalu.

"Selain itu, program seperti ini memberi peluang kepada organisasi kerajaan mahupun swasta yang mahu melakukan aktiviti di antara majikan dengan pekerja di samping mengukuhkan semangat jati diri di kalangan mereka," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Rosilawati menjelaskan, antara program popular dan sering dilakukan pelanggan iaitu hari keluarga, ekspedisi pokok gergasi, ekspedisi mendaki gunung, bina semangat dan adventure race.

Jelasnya, "Jika kita lihat, kawasan ini amat istimewa kerana berkonsepkan perkhemahan dalam taman yang dikelilingi pelbagai tumbuhan serta buah-buahan yang jarang didapati di bandar, tambahan pula ia berlatar belakangkan Gunung Datuk serta Hutan Simpan Gunung Tampin.

''Ia sekali gus dapat memberikan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar malah bersesuaian bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak," katanya.

Sehubungan itu, kata Rosilawati, orang ramai serta mana-mana agensi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti di Adventure Community Center Sukabumi, Kendong, mereka boleh menghubunginya di talian 03-55106414.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 10:20 AM | Show all posts
Menyusuri Sungai Kenaboi

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


AKTIVITI berkayak memerlukan peserta tangkas menghadapi halangan seperti arus sungai yang deras.

JELEBU 21 Okt. – Tidak ramai yang merasa teruja untuk mencuba aktiviti lasak seperti berkayak, apatah lagi menyusuri arus deras di Sungai Kenaboi di sini.

Ini kerana sukan lasak itu bukan sahaja memerlukan kemahiran, bahkan juga sumber kewangan bagi membeli set berkayak.

Sebab itulah, aktiviti berkayak ini kebanyakannya dilakukan secara berpersatuan atau berkumpulan dan jarang sekali dilakukan bersendirian.

Bagi memekarkan lagi sukan berkenaan di kalangan orang ramai terutamanya para mahasiswa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak mengadakan Kursus Ikhtisas Amali Akhir Rekreasi Kayak di Sungai Kenaboi di sini baru-baru ini.

Pengarah Program Berkayak, Hazwan Ismail berkata, aktiviti seperti ini bertujuan memberi pendedahan di kalangan pelajar, sekali gus menjadikan ia lebih mesra kepada penggemarnya.

Lagipun, kata Hazwan, aktiviti ini juga merupakan salah satu daripada keperluan bagi memenuhi subjek oleh pihak universiti.

‘‘Program ini telah dijalankan pada 16 hingga 18 Oktober lalu dengan disertai oleh 47 orang pelajar dan pensyarah universiti. Sebelum ini kami telah pun mengadakan kelas berkayak selama 15 minggu di Perak.

‘‘Kami memilih Sungai Kenaboi kerana kawasan ini bukan sahaja menarik bagi peminat sukan berkayak malah lokasi ini bersesuaian untuk kami mempraktikkan ilmu yang telah dipelajari,” katanya ketika di temu di sini baru-baru ini.

Tambah Hazwan, beberapa program lain juga diadakan temasuklah sesi perkenalan yang kebanyakannya melibatkan sukan air.

Beliau juga mengakui Sungai Kenaboi merupakan lokasi strategik untuk sukan berkayak, selain arusnya yang deras.

‘‘Malah ia juga terkenal dengan kindahan alam flora yang masih lagi tidak terusik dengan pembangunan. Oleh kerana itu juga kawasan ini dilihat mampu menjadi salah satu kawasan untuk melakukan aktiviti lasak,” kata beliau.

Ditanya mengenai sebab sukan seperti ini kurang mendapat sambutan di kalangan orang ramai, Hazwan mengakui faktor kos yang tinggi menyebabkan aktiviti ini kurang diminati berbanding sukan lain.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, dengan adanya aktiviti seperti ini, ia diharapkan mampu membenihkan minat di kalangan orang ramai untuk menceburkan diri dalam aktiviti ini.

‘‘Kita juga bercadang untuk meneruskan aktiviti ini pada masa akan datang bagi menguji ketahanan mental dan fizikal peserta,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 09:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by owenkatz at 23-10-2009 09:54

aku duduk pilah.
setakat ulu bendul tu mmg dah muak, sampai dah tak suka coz tpt tu dah tak cantik.

so first time lah, a few month back, abang aku ajak ke jeram tengkek, kat batu kikir.
suka tpt tu, because sunyi n tak ramai org. toilet n tpt parking mmg disiapkan.  n also, nak menapak ke air terjun tu siap jambatan kayu dr awal till betul2 depan air terjun.
so tak payah la nak sakit2 lutut meredah kat situ.

abang aku cita, dia n his fren yg dpt tender buat gazebo kat situ, masa tu tak de jambatan lagi. seksa yg amat pikul batu bata, simen, tiang2 tu.

anyway, kat situ tak de telco signal. so, kalu nak berkonvoy ke hapa, jumpa kat batu kikir dulu. kalau tak, mau meraban cari member.

aku nak pegi lagi.

one thing tho, aku hope majlis bandaran tu buat maintenance sikit kat jambatan kayu tu, coz ada certain tpt can see kayu tu dah nak rosak. apa la buat mahal2, pastu biar jek.

p/s: masa aku nak parking keta, bapak aku sound ada satu keta ni yg park too close to the car. tapi owner tu kata dia duduk dekat situ jek, so tak de la lama. aku pulak boleh tercam org tu ibnor riza. chubby aje dia. dem, tua nye aku, kalau aku kenal ibnor riza kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2009 10:53 AM | Show all posts
tis advertisement is too daring arr...
huhu~


Salam warigh sumo...

jom poie mandi mando kek Port Dickson minggu nih...!
seyy nk rehat2kan diri sket kek Tanjung Tuan...
ekeke~
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2009 12:56 AM | Show all posts
jeram toi tak nak layan ko  sojuk air eh tu  tompek eh jalan somban ke jelobu





kamasutra dalam bahasa melayu
http://tinyurl.com/c6dk5f
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.960077 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list