CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12115|Reply: 34

Di sebalik nama "Catrina"...

 Close [Copy link]
Post time 22-12-2004 04:07 AM | Show all posts |Read mode
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama& alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat".Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan.Persahabatan mula bertukarkepada perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Sijejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.Sehingga suatu hari, si jejaka d ipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku,kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...Beberapa bulan kemudian... Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal
sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis."Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat
merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam. Orang
tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium
tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yang terjadi.
Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa di sedang menunggu kamu di
restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan
bertemu orang tuamu....."Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati
jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah
mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...


ps: aku berharap aku juga diantara orang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2004 08:28 AM | Show all posts
:hug:

:hmm: ader ke manusia cam gitu??
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 12:47 PM | Show all posts
hehehe opening cite tuh klako sket ekekekeke..
"pada masa dahulu"

herherherher.. tapi best la weyy :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 12:50 PM | Show all posts
Originally posted by nyunyiE at 22-12-2004 12:47 PM:
hehehe opening cite tuh klako sket ekekekeke..
"pada masa dahulu"

herherherher.. tapi best la weyy :ah:



seb baik laki tuh tak cabut lari...  tapi ade ke lelaki yang mcm tuh lagi??

cam da takde jek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 02:47 PM | Show all posts
nice story .. baiknya laki tu
tapi ada lagi ke golongan mcm ni ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2004 10:33 PM | Show all posts
:stp:ade ke lelaki cam tuh ?.....ermm ...aku rasa takder...muahahah..tapi mungkin gak ada..tapi susah nak carik.....1 dalam 1 juta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2004 06:28 AM | Show all posts
bestnya klu jumpa lelaki camni.... :hug::hug::hug::hug:

wujud lagi ker....;);)
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 07:12 PM | Show all posts
A'ah kan...masih ada ka lelaki cam ni??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2004 07:12 PM | Show all posts
Rasanya semakin pupus kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2004 07:13 PM | Show all posts
Bukan aper...bak kata orang, dari mata turun ke hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2004 09:54 PM | Show all posts
ada..masih wujud lagi lelaki yang macam tu... 1 dalam sejuta.. tapi insyaallah..kalo kita baik dan jujur.. maka tuhan akan temukan kita dengan teman hidup yg baik macam lelaki dalam citer tu... yg penting... diri sendiri...hendak yg terbaik...jadilah yg terbaik dulu... hehehhee
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2004 07:03 PM | Show all posts
tumpang baca
Reply

Use magic Report

Gemini82 This user has been deleted
Post time 5-1-2005 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by jinakji at 22-12-2004 08:28 AM:
:hug:

:hmm: ader ke manusia cam gitu??



:ah:
susah nak juper zaman sekarang nie...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2005 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by Gemini82 at 5-1-2005 11:09 AM:



:ah:
susah nak juper zaman sekarang nie...

:ah: I think so too.. tp star setuju ngan pendapat Tommy :dia:
Originally posted by TommyHilfiger at 26-12-2004 09:54 PM:
ada..masih wujud lagi lelaki yang macam tu... 1 dalam sejuta.. tapi insyaallah..kalo kita baik dan jujur.. maka tuhan akan temukan kita dengan teman hidup yg baik macam lelaki dalam citer tu... yg penting... diri sendiri...hendak yg terbaik...jadilah yg terbaik dulu... hehehhee

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2005 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by TommyHilfiger at 2004-12-22 04:07 AM:
Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga su ...



Catrina........
Reply

Use magic Report

PosH_sPiCe This user has been deleted
Post time 21-1-2005 03:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2005 09:42 PM | Show all posts
erk..aku xnak hipokrit..tapi aku mmg lari kalo terjumpa gitu.iskk..sedihnya menyesali diri ini..:cry:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2005 03:41 AM | Show all posts
Originally posted by hardeyboyz at 2005-6-8 09:42 PM:
erk..aku xnak hipokrit..tapi aku mmg lari kalo terjumpa gitu.iskk..sedihnya menyesali diri ini..:cry:


itu maknanya cinta kau tak ikhlas..
kalo ko betul
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 11:05 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by TommyHilfiger at 12-6-2005 03:41:


itu maknanya cinta kau tak ikhlas..
kalo ko betul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2005 02:00 AM | Show all posts
Originally posted by hardeyboyz at 2005-6-12 11:05 PM:


aku x cakap pun aku cinta.. aku ckp kalo aku jumpa org camtuh aku lari.. apadaa..:cak:


pulak!... :lol
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 1.005159 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list