CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: stormer

Jambatan dan terowong bersejarah di Malaysia (merged: Chumpon)

[Copy link]
Post time 17-10-2005 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by raden at 17-10-2005 12:09 AM
Ada sesiapa tahu cerita terowong Portugis lama dari kota lama A' Famosa sampai ke bawah dewan High School Bandar
Hilir ? Masa saya sekolah di Melaka dulu heboh kisah anjing polis dihantar masuk ta ...


Kawasan A Farmosa mempunyai 'aura' hitam...sungguh menakutkan.....kerana ramai pernah terbunuh kat sana......daripada apakah mereka membina A Farmosa? Nampaknya seperti besi......mungkin juga batu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2005 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by raden at 17-10-2005 12:09 AM
Baru2 ni kontraktor yg buat Dataran Sejarah depan A' Famosa dpt gali banyak artifak .. dapat juga la saya
kumpul beberapa benda lama spt botol arak kurun ke 17, syiling lama dsb ... kalau ada yg nak tgk bila dtg Melaka
PM lah saya ..  ...



weiiiii......... kalau simpan barang lama tuh dah menjadi satu kesalahan tuh........ baik ko berhati2...... kang nanti kena dakwa lak.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2005 08:36 PM | Show all posts
Saya sedar ia salah ... tapi alaa ... kontraktor buang2 tepi jalan je ... saya pungut la ... ada seketul batu bulat tu saya
ingat peluru meriam portugis. Diameter dia 8".

Dulu awal tahun 90-an ada mat saleh belasah habis harta dari kapal2 karam offshore Melaka/PD takde sorang berdecit
pun .. bila orang tu dah kumpul berjuta-juta ringgit baru ramai politician nak menyalak !!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 03:15 PM | Show all posts

Seremban tunnel.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 04:12 PM | Show all posts
Originally posted by raden at 17-10-2005 08:36 PM
Saya sedar ia salah ... tapi alaa ... kontraktor buang2 tepi jalan je ... saya pungut la ... ada seketul batu bulat tu saya
ingat peluru meriam portugis. Diameter dia 8".

Dulu awal tahun ...



sama mcm yg jadi kat perairan kuantan dulu........ mula2 kerajaan upah org asing utk cari hartan dlm kapal yg karam tuh....... oleh sebab org asing tu buat survey kata kos yg tinggi diperlukan utk kerja2 pencarian tuh, k'jaan pun batalkannya......... tapi tanpa pengetahuan k'jaan haprak nih datang balik buat keje sorang2........
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 09:30 AM | Show all posts

Sejarah Jambatan Parit Sulong



Seperti jambatan-jambatan lain, ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Tiada siapa yang menyangka bahawa ia merupakan jambatan tertinggi di negeri Johor. Dalam satu peristiwa jambatan tersebut pernah bergegar, ketika Sultan Ibrahim berangkat dalam perjalanan ke satu majlis istiadat di Muar. Sebelum melintasi jambatan itu, tuanku telah berangkat turun dan bertanyakan tentang kekukuhan jambatan itu. Kontraktor itu menjawab bahawa jambatan itu adalah kukuh dan boleh digunakan dengan selamat. Kontraktor itu kurang bernasib baik kerana apabila tuanku memegang tembok jambatan itu didapati bergegar, lalu kontraktor berkenaan jatuh pengsan. Terdapat satu lagi peristiwa yang ajaib berlaku ketika Jepun menyerang Parit Sulong. Ketika askar-askar British dan Australia sedang mengawal kemaraan tentera Jepun di jambatan ini dengan tiba-tiba tentera Jepun telah menyerang hendap yang mengakibatkan ramai tentera British dan Australia terbunuh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2005 09:31 AM | Show all posts
Semasa kejadian tentera British dan Australia sedang bersiap sedia membuat lubang untuk memasukkan bom di kaki jambatan. Malangnya tentera Jepun telah sampai melalui tepi sungai dari pekan Semerah, Parit Ju, Parit Jawa dan terus ke Parit Sulong sehingga menyebabkan pertempuran mengejut itu berlaku. Mayat-mayat tentera British dan Australia bergelimpangan dan jatuh ke dalam sungai. Peristiwa ini dirakamkan dalam memorial yang diperbuat daripada tembaga untuk memperingati tentera British yang terkorban di situ. Setiap kali terdapat rombongan pelawat dari Australia, mereka tidak ketinggalan melawat tempat ini. Namun begitu, papan tanda tersebut telah hilang, sebelum jambatan itu dirobohkan. Pembangunan moden telah mengakhiri jambatan bersejarah Parit Sulong. Ini merupakan satu monumen sejarah yang tidak mungkin dapat diganti. Walaupun ia cuba dipertahankan oleh Persatuan Sejarah Batu Pahat, namun semuanya telah terpinggir dan tersingkir.

Perbalahan mengenai isu ini berakhir apabila pembinaan jambatan baru dibuat di lokasi yang sama. Maka satu lagi bahan yang amat bersejarah telah hilang ekoran pembangunan pesat negara ini sekarang dan juga sikap tidak keperihatinan sesetengah masyarakat dengan bahan-bahan bersejarah sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 09:33 AM | Show all posts

Parit Sulong semasa Jepun

Sesiapapun yang berpengalaman hidup di zaman Jepun, rata-rata menyatakan penderitaan masing-masing, seolah-olah tidak ada sesiapapun yang menyenanginya kecuali Jekidang. Tali barut Jepun ini menikmati pelbagai kemewahan dan kemudahan, sebagai ganjaran kerana memberi maklumat yang diperlukan. Sebenarnya orang-orang Jepun telah menjelajah beberapa kawasan di negara ini sebelum melancarkan serangan. Ramai orang Jepun dan agen perisikannya telah berada di Tanah Melayu, meneroka dan mengusahakan lading getah dan lombong. Hiroichoro Ishihara dan Zinzaboro Ishihara umpamanya telah berada di negara ini sejak tahun 1916 untuk meneroka ladang getah, kemudian memohon tanah untuk membuat sawah dan membuka lombong. Orang-orang Jepun telah mahir dengan struktur geografi Tanah Melayu. Mereka telah menjelajah kawasan-kawasan pendalaman. Maka tidak hairan mereka begitu mudah menyerang dan menawan Tanah Melayu dalam jangka masa yang singkat.

Kerakusan dan kezaliman tentera Jepun yang melampau dan dahsyat tidak dapat digambarkan sepenuhnya. Jika mereka mahukan ayam, tidak siapa dapat menghalang, jika mahu kelapa muda, siapa yang melintas di hadapannya dipaksa memanjat pokok tersebut. Kaum wanita juga tidak ketinggalan di mana mereka diperkosa jika tidak dituruti kemahuan, penduduk akan diseksa, malah sekiranya tiada pilihan mereka akan dipancung.



BERLINDUNG...Masjid Parit Sulong ini digunakan oleh
tentera Jepun sebagai tempat persembunyian sebelum
menyerang tentera Australia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2005 09:34 AM | Show all posts


TINGGALAN...bekas berek JKR pernah
menjadi Markas tentera Jepun di Parit Sulong
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 09:36 AM | Show all posts
Ramai yang ditangkap dan dibawa ke Burma dan Siam untuk dijadikan buruh paksa, penduduk Parit Sulong juga turut terlibat. Buntat Monel dan Jaafar Hj Salleh yang ditawan tentera Jepun dijadikan buruh paksa di Bangkok tetapi mereka bernasib baik kerana berpeluang balik ke kampung. Kesukaran untuk mendapat makanan begitu ketara di zaman pemerintahan Jepun sehinggakan Penghulupenghulu ditugaskan membuat bancian dan mendaftarkan nama dan bilangan keluarga untuk tujuan kad catuan beras. Usaha mendapatkan beras tetap dilakukan walaupun terpaksa mendapatkannya dengan jarak berpuluh batu, seperti yang dilakukan oleh Jais Wongso. Beliau dikatakan berjalan kaki dari Parit Sulong ke bandar Maharani semata-mata untuk mendapatkan beras.

Kebanyakan penduduk Parit Sulong menjadikan ubi kayu yang direbus menggantikan beras, malah ada yang selang-selikan dengan jagung kering. Ia dicampur dalam nasi atau direbus begitu sahaja serta dicampur kelapa untuk membangkitkan rasa sedap apabila dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 09:37 AM | Show all posts


慠ADEN TEATRE 1941

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 09:41 AM | Show all posts


JAMBATAN LAMA...jambatan Parit Sulong yang gagal
dimusnahkan oleh tentera Australia semasa Perang Dunia ke-2



PEREDARAN ZAMAN...jambatan baru ini dibina ditapak asal jambatan lama
secara tidak langsung menghilangkan nostalgia warga emas di Parit Sulong

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 12:36 PM | Show all posts

sambungan ..

Originally posted by chumpon at 10-10-2005 12:33 PM

Penang Bridge
From Wikipedia, the free encyclopedia.
Jump to: navigation, search
The Penang Bridge (Jambatan Pulau Pinang in Malay) is a dual-carriageway toll bridge that connects Bayan Lepas on the island of Penang and Seberang Prai at the mainland of Malaysia. The bridge is also connected to North-South Expressway at Prai and Jelutong Expressway at Bayan Lepas. It was officially opened to traffic on September 14, 1985. The total length of the bridge is about 13.5 km, making the bridge among the longest bridges in Southeast Asia as well as a national landmark.

Before 1985, the only transportation between the island of Penang and the mainland was solely depending on the state-owned ferry services that runs between Butterworth and Georgetown.

Similar to the ferry service also in Penang, motorists only need to pay the toll fare while heading to the island. There is no charge for leaving the island.

Currently, plans are underway for the Penang Bridge to be expanded from 4 lanes to 6 lanes to accommodate the increasing traffic on the bridge. There was also a proposal for a second bridge or tunnel-bridge to be built but it was dismissed due to the large expense of building.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 12:37 PM | Show all posts
Bridge specification
Overall Length: 13.5 km (8.4 miles)
Length Over Water: 8.4 km (5.2 miles)
Penang Island Viaduct & Approach: 1.5 km (1.0 miles)
Prai Approach: 3.6 km (2.2 miles)
Carriageway: 4 Lanes (6 lanes future)
Height of Tower Above Water: 101.5 Meters
Height of Bridge Above Water: 33 Meters
Main Span: 225 Meters
End Span: 107.5 Meters
Other Span: 40 Meters
Speed limit: 80 km/h

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2005 12:38 PM | Show all posts
For a real-time snapshots of the Penang Bridge goto http://www.penangbridge.blogspot.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2005 12:47 PM | Show all posts




terowong peninggalan Tentera British yang berada di kawasan Kem Batu Feringghi atau Fort Auchry.(tahun 1940). Terowong yang dibina merupakan warisan yang mempunyai nilai sejarah tersendiri dengan keluasan dianggarkan 10.5 ekar mempunnyai bilik-bilik khas, mesin pengepam udara dan lain-lain ruang yang tidak diketahui panjangnya terowong tersebut yang terbiar tanpa diterokai sejauh mana ianya bersambung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2006 04:22 PM | Show all posts

03/01/1998

Sejarah bermula


LALUAN kedua yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di Singapura mula dilalui kenderaan dari kedua-dua hala pada pukul 10 pagi, semalam. - Gambar MOHAMAD ALI ISMAIL.
--------------------------------------------------------------------------------

Projek laluan kedua yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dengan Tuas di Singapura mula beroperasi semalam.

Pembukaan laluan kedua itu sekaligus akan dapat mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor yang sebelum ini berfungsi sebagai laluan utama menghubungkan kedua-dua negara.

Laluan yang menelan belanja RM1,608 juta itu menyediakan perkhidmatan kedua terus dari Singapura ke Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Senai dan Laluan Persekutuan 1.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 01:09 PM | Show all posts
Terowong SMART dibuka Mac

Oleh ZABRY MOHAMAD



CANGGIH... Beberapa kenderaan digunakan bagi menguji laluan dalam Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) sepanjang empat kilometer di Kuala Lumpur, semalam. Terowong dwifungsi yang dijangka dibuka kepada lalu lintas akhir Mac ini, akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta mengatasi banjir kilat di ibu negara menerusi laluan air di bahagian bawah terowong itu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 02:03 PM | Show all posts
eh...terowong yang kat perak tuh apa ejk..
terowog menora ke terowong ape tah nama dia??
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 08:59 AM | Show all posts
jambatan silaturahim lah paling bersejarah, kalu jambatan ni takder....
x wujudlah forum Cari yang bersejarah ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-3-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.075113 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list