CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6954|Reply: 21

``Hidup bukan Que Sera, Sera''- PROF. Diraja Ungku Aziz

[Copy link]
Post time 18-5-2005 08:52 PM | Show all posts |Read mode
Terasa terkena batang hidung sendiri kerana inilah frasa yg saya sering gunakan pada seseorang apabila sesuatu berlaku tanpa diduga, dirancang dan diatur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2005 06:27 PM | Show all posts
rezki secupak boleh jadik bergantang2 gak:lol
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2005 07:24 AM | Show all posts
ye... dia wajar menerima anugerah tuh..... org kata dia terlalu moden.. tapi moden dia berbudaya (pada pandangan putri).. ingat pesanan dia masa  cakap ngan dia kat tepon 15 years back........ " hidup melayu mesti ada hala tuju... .... agama di dijunjung, ilmu di kelek " .... lebih kurang aa.... dia kata, mesti ada matlamat.. kemudian berusaha ke arah itu.

.............. satu lagi.. ensem kan dia ni   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2005 02:04 PM | Show all posts
aku rasa kalu dia ada anak ramai...ada lelaki mesti hensem..cucu dia ada lelaki tak?
p/s: aku mmg suka lagu que sera2 dari kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2005 08:15 PM | Show all posts
salam

kalau renung balik apa yg dia kata tu...rata2 org kita memang fikir hidup camtu kann..bukan you saja bulan, so dun worry...heheheh

implikasi drp berfikirian demikian, org kita hanya hidup...hidup tanpa kualiti, nak jadi apa pun jadilah asal kan aku hidup...

kalau memula baca buku pasal self-developement, apa yg dikatakan oleh beliau adalah paling vital utk kenal diri manusia...kenal diri sendiri...

tapi susah...ramai tak suka buat benda camtu, ...baik que sera-sera, takyah penat kepala otak.....tu sebab agaknya org islam kita sekarang nie umpama buih dilautan terapung-apung w/pun seramai 1.3 billion atas dunia nie...

pst..paham tak bulan:stp:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2005 08:15 PM | Show all posts
Originally posted by puterikhaleeda at 20-5-2005 07:24 AM:
ye... dia wajar menerima anugerah tuh..... org kata dia terlalu moden.. tapi moden dia berbudaya (pada pandangan putri).. ingat pesanan dia masa  cakap ngan dia kat tepon 15 years back........ &quo ...



salam

me pun suka dia..esp kalau dia citer pasal kak pah....dia suka lagu bunga tanjung...hik hik hik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2005 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by my-alja at 20/5/05 08:15 PM:
salam

kalau renung balik apa yg dia kata tu...rata2 org kita memang fikir hidup camtu kann..bukan you saja bulan, so dun worry...heheheh

implikasi drp berfikirian demikian, org kita hanya hid ...

yup, tapi actually my que sera sera ni different sket..apa yg I maksudkan
que sera sera ni..tawakal dgn apa yg tuhan tentukan selepas habis berusaha...cam kita dah usaha untuk mohon berpindah tempat kerja...
dah buat segala...kontek sana sini...or dah stadi habis...tetapi apa yang
kita usahakan tak menjadi hasil yang kita inginkan..que sera sera...tapi
lepas ni kita akan lebih giatkan usaha...in my case selalunya lepas my
que sera sera ni...sumthin' better will come along after it...sememang
tuhan dah tentukan sesuatu utk kita, tapi kita tak leh la tunggu...kena
berusaha...kekdg usaha kita itu mendapat balasan secara yg tak disangka2...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2005 03:34 AM | Show all posts
maksud tok janggut putih tu, buat dulu baru tawakal ler cikgu.

kalo dia kata idup ni que sera sera..maksud dia buat lah camna pun..takdir tu tetap gitu gak.

kene didik otak masing2 toksah conclude apa pun..paham bebetui duluk.

kalo oang kata ungku salah.. saya terima.

kalo oang kata ungku btui bila kata gitu pun..saya terima.

masalah sekarang definasi tajam tu camna? berapa lama nak asah blakang parang yang tebal dan tumpul tu sampai tajam? kut dah tajam pun di asah gak kan keje bodoh penat jek dapat hasil dah negatif..kan?

dalam idup ni tadak yang 'tetap', tadak satu pun CONCLUSIVE, pasai tu tadak paksaan apa pun. apa kite terima tu cuma REALITI keadaan MASA yang tertentu jek. dalam keadaan begitu pulak kita wajib BERIMAN esp pada tuhan maha esa, so dalam keadaan yang tak wajar kita conclusive on anything kita wajib didik diri mempercayai or beriman, ha camna tuu? tapi tu yang seronok pasal kehidupan, oang yang betul2 hidup depa cam ungku aziz tu ler..sampai tuaaaaaaa berjasa, bukan jasa cuma pasang 4 binik jek!:no::lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2005 10:30 AM | Show all posts

Salam,

I setuju dgn falsafah Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.  Huh.. walau pun beliau yg menjatuhkan martabat tulisan jawi.

Actually apa maksud lagu Que Sera, Sera tu yg sebenarnya?

Adakah membiarkan takdir menentukan segala2nya... atau... Apabila sudah berusaha, redha kpd apa yg akan ditakdirkan...

Kalo ikut Tok Ungku... lagu tu berkisar kpd takdir menentukan segalanya....

Kalo ikut Bulan... berusaha & redha kpd takdir...

Kalo ikut en Aji... mcm Tok Ungku gak...

Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 10:54 AM | Show all posts
mane yea nak carik buku perangai bergantung pada diri sendiri karya zaaba tu yea?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2005 02:57 PM | Show all posts

to fleursza

'Que cera cera..

whenever wil be..will be,....
'

... ada lagu nya tak ingat apa liriknya...

maksudnya cam lebih kurang gini: hidup 'apa jadik, jadik lah.' kiranya...

[ Last edited by bb_nessa on 29-6-2005 at 02:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2005 12:52 AM | Show all posts
kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan
tapi at the same time
Allah hanya akan menolong pada sesiapa yang menolong diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 08:15 AM | Show all posts
Originally posted by puterikhaleeda at 2005-5-20 07:24 AM:
ye... dia wajar menerima anugerah tuh..... org kata dia terlalu moden.. tapi moden dia berbudaya (pada pandangan putri).. ingat pesanan dia masa  cakap ngan dia kat tepon 15 years back........ &quo ...

sebab dia paham hala tuju kehidupan dan bangga dengan budaya resam bangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2005 08:18 AM | Show all posts
:music:

When I was a little child
I asked my mother
What will I be Will I be pretty
Will I be rich Here what she said to me...

Quey Sera sera
What ever will be will be
The future not our to see
Quey sera sera
What will be will be

:music:
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 12:27 PM | Show all posts

Reply #14 intan's post

sape ada full speech ungkuaziz ni?? try usha utusan online dah x jumpa plak. plsss.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2006 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by spe@k at 4-2-2006 12:27 PM
sape ada full speech ungkuaziz ni?? try usha utusan online dah x jumpa plak. plsss.

nih kale mak kita dia cakap...cari ngan mata ke, cari ngan mulut...:cak:

``Hidup bukan Que Sera, Sera'' - Usaha capai keperibadian unggul bergantung kepada diri sendiri
MUKADIMAH

PROF. Diraja Ungku Aziz tertawa kecil apabila dua kali diajukan pertanyaan tentang Anugerah Melayu Terbilang yang diterimanya sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO, Rabu lalu.

``Saya sebenarnya takut. Secara peribadi (anugerah) ini membimbangkan saya kerana menjadi terbilang bermakna lebih tinggi daripada orang lain.

``Saya tidak fikir sesiapa saja yang berjaya suka merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain, melihat semua orang lain duduk di bawah,'' kata Pak Ungku kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI yang menemu bualnya, petang kelmarin.

Temu bual tersebut diatur untuk mencungkil pandangan beliau mengenai personaliti Melayu unggul serta usaha-usaha yang harus dilakukan untuk mencapai cita-cita itu.

``Kalau kita hendak kenal orang Melayu yang unggul dan berjaya, atau mahu mewujudkan acuan yang boleh dicontohi, kita sebenarnya bercakap tentang hal-hal yang sepatutnya ada pada orang Melayu,'' katanya.

Pak Ungku menggariskan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan dalam usaha untuk membentuk personaliti yang diharap akan dapat mengangkat martabat orang Melayu itu.

Beliau menyentuh soal pendidikan dan mencadangkan beberapa perubahan yang harus diambil untuk melahirkan generasi masa akan datang yang unggul. Beliau menyebut juga tentang pentingnya sukan bagi melahirkan masyarakat yang sihat.

Pak Ungku juga mengulangi keyakinan yang dipegangnya tentang hubung kait antara pemakanan yang seimbang dan kecemerlangan bangsa - teori yang dipegangnya sejak membuat kajian tentang pembasmian kemiskinan pada tahun 1970-an.

Tetapi ada satu lagi perkara penting yang dibangkitkan oleh tokoh akademik yang kuat membaca ini. Beliau menyarankan semua orang Melayu supaya membaca buku tulisan Pendeta Za'ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri.

``Dalam buku itu ada amanat penting Za'ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul,'' katanya.

MINGGUAN: Bagaimanakah kita boleh melahirkan Melayu unggul? Apakah yang seharusnya dilakukan?

UNGKU AZIZ: Kita perlu terlebih dulu memahami perjalanan hidup manusia atau apa yang disebut oleh William Shakespeare sebagai tujuh peringkat umur manusia. Ini proses hidup yang lazimnya dialami oleh setiap orang. Dalam melalui satu demi satu peringkat umur itu, cabaran yang kita hadapi ialah bagaimana hendak mengenal jalan ke arah kesempurnaan - untuk jadi berjaya dan unggul - serta memahami falsafah-falsafah yang berkaitan.

Saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba iaitu Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Saya suka hendak mengulang falsafah yang diungkapkan oleh Za'ba bahawa kejayaan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri.

Semuanya datang daripada diri kita sendiri. Berapa banyak pun seseorang itu berdoa tidak ada jaminan bahawa dia akan mendapat apa yang diinginkan melainkan melalui usaha. Kalau berusaha, kemungkinan untuk dia mendapatkannya ada.

Apa kaitannya falsafah Za'ba itu dengan peringkat umur manusia?

UNGKU AZIZ: Mencari keunggulan adalah satu usaha. Semasa berumur sekitar 15 tahun, seseorang itu umumnya tidak begitu bertanggungjawab - ada tanggungjawab tetapi tidak banyak. Apabila meningkat dewasa tanggungjawab itu bertambah, dan beban mencari kesempurnaan juga bertambah.

Masa depan seseorang apabila dewasa - apa yang akan berlaku apabila umur meningkat - bergantung kepada apa yang dilakukannya semasa remaja. Kalau pada peringkat awal sudah tidak betul, kesannya juga mudarat. Ini sesuatu yang sangat serius.

Kalau sudah dewasa dan sudah menentukan hidupnya sendiri, persediaan seseorang itu untuk menghadapi hidup seharusnya sudah lengkap. Itu sebabnya saya melihat zaman remaja sebagai satu tempoh yang sangat penting dalam kita hendak membentuk peribadi yang dikatakan unggul itu.

Kenapa golongan remaja?

UNGKU AZIZ: Kalau kita mahu membina personaliti unggul kita harus melihat kepada remaja. Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebung. Masa depan itu ada di tangan mereka. Ini bukan satu pandangan yang klise tetapi ini realiti. Gambaran masa depan kita ialah bagaimana keadaan remaja pada hari ini.

Tidak ada orang yang dewasa tanpa melalui zaman remaja. Orang banyak terlupa tentang hakikat ini. Kita tidak ada pilihan sebenarnya - bagaimana keadaan kita pada hari ini begitulah keadaannya pada masa depan.

Bagaimana Pak Ungku melihat remaja hari ini?

UNGKU AZIZ: Kita jangan terlalu cepat menyalahkan remaja, mengatakan mereka hanya suka melepak, pemalas dan banyak angan-angan. Kita sepatutnya cuba memeriksa bagaimanakah keadaannya menjadi remaja pada zaman ini, pada tahun 2005 ini.

Ini topik kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Saya sebenarnya banyak memikirkan hal ini: Bagaimanakah kita boleh memahami masalah utama remaja Melayu pada hari ini? Ada banyak masalah, dan masalahnya pelbagai.

Tetapi pada umumnya saya rasa remaja hari ini mengalami krisis jati diri. Mereka tidak dapat menjawab dengan tegas soalan yang ditanya oleh (ahli falsafah) Socrates: ``Siapakah aku?''

Kepada saya, setiap remaja sepatutnya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri sendiri, dan harus ada jawapan yang memuaskan hati.

Kenapa soalan itu?

UNGKU AZIZ: Hidup ini bukanlah seperti lagu Que Sera, Sera - apa hendak jadi biarlah terjadi. Masa depan itu terpulang kepada kita sendiri. Ini berbalik kepada falsafah Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.

Apakah krisis identiti yang dihadapi oleh remaja Melayu?

UNGKU AZIZ: Remaja pada umumnya tidak dapat mengenal jati dirinya sendiri. Kenapa jadi begini? Ini teori saya; kalau salah, salahlah saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya.

Saya rasa orang yang hendak mencari jati diri mesti boleh bertanya dan menjawab soalan Socrates itu. Tetapi mereka pada hari ini sukar hendak menjawab soalan itu kerana disimbah dengan pelbagai jenis identiti gantian. Inilah masalahnya.

Saya minta maaf kerana terpaksa menyebut siapa yang bertanggungjawab besar dalam perkara ini... (ketawa)

Media, maksudnya?

UNGKU AZIZ: (Ketawa) Inilah masalah yang paling besar. Media membentuk identiti dan jati diri mereka kerana medialah yang mewujudkan, membentuk dan membina celebrity.

Orang tertarik kepada celebrity dan kemudian meresap masuk ke dalam identiti yang dibina itu. Lihat saja identiti celebrity yang dibentuk oleh media, baik melalui iklan atau penyanyi, orang paling kuat, paling lemah, paling kacak dan sebagainya.

Minda remaja ini diserang seperti dihujani peluru dengan pelbagai jenis identiti kecil daripada para celebrity ini. Akibatnya mereka tidak dapat membuat pilihan. Mereka tidak dapat memastikan dengan tegas dan yakin tokoh yang harus mereka ikuti.

Media ini pula datang dalam pelbagai bentuk - cetak dan elektronik atau maya. Media maya ini paling efisien dan berkesan, paling merosakkan berbanding yang lain. Orang terbuai dengan media sama seperti tikus-tikus dalam cerita Pemain Seruling dari Hamlin.

Inilah yang berlaku sekarang. Pemain seruling itu sekarang ialah media. Orang yang menguasai media memanipulasikan keadaan dengan membina celebrity. Celebrity itu sekarang menjadi model kecil kepada remaja sehingga mereka merasakan ``kalau dapat jadi seperti itu, cukuplah.''

Kepada golongan remaja, konsep keunggulan itu merujuk kepada model celebrity yang dilihatnya melalui media. Tetapi pada masa yang sama mereka sendiri barangkali cukup insaf bahawa mereka mungkin tidak dapat jadi seperti itu.

Insaf, kenapa?

UNGKU AZIZ: Kita lihat iklan katakanlah hendak menjual rokok, misalnya. Jadi ditunjukkan lelaki pakai tali leher dan sut turun dari kereta mewah masuk ke hotel dan ada perempuan cantik menunggunya. Dia kemudian menghisap rokok jenama yang diiklankan itu.

Remaja yang melihat iklan ini tadi cuma tinggal hisap rokok saja. Dia tidak dapat apa-apa, tidak ada kereta mewah, tidak ada perempuan cantik dan tidak ada tali leher. Ini satu tragedi. Kita umpan remaja yang mencari model dengan gambaran imej seperti itu. Imej itu bukan realiti, dan ia mengelirukan remaja yang masih mencari-cari identiti.

Mereka tidak dapat menangkap makna identiti dan jati diri. Jati dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti. Remaja tertawan kepada imej-imej itu kerana ia membuatkan mereka rasa seronok dan menarik. Tetapi semuanya hanya angan-angan. Ini sama seperti cerita usahawan yang berangan-angan macam Mat Jenin - suatu hari nanti mahu ada pejabat, ada setiausaha cantik dan sebagainya.

Apa salahnya berangan-angan?

UNGKU AZIZ: Angan-angan ini memuaskan diri dalam jangka masa pendek tetapi kalau terlalu berangan-angan mereka boleh terjerumus terlibat dengan dadah. Statistik menunjukkan majoriti yang terlibat dengan dadah ialah Melayu. Tidak cukup dengan fantasi di rumah mereka berkhayal melalui dadah. Saya tahu tidak semua remaja terlibat tetapi sebahagian besarnya ialah mereka yang berangan-angan ini.

Saya fikir nisbah lelaki yang hidup dalam angan-angan jauh lebih besar berbanding wanita, boleh dikatakan dua pertiga. Majoriti remaja wanita lebih stabil, kurang angan-angan dan ada imej yang jelas tentang matlamat hidup masa depan. Itu sebabnya sekitar 70 peratus pelajar di universiti hari ini ialah wanita. Ini bukti bahawa jati diri gantian ini mempengaruhi lebih ramai lelaki berbanding wanita.

Malah kalau kita kaji, remaja lelaki Melayu jugalah yang paling banyak di pusat permainan video. Remaja wanita tidak banyak yang bermain permainan video kerana mereka realist. Mereka ada cita-cita dan mahukan kebebasan. Mereka tahu kalau ada kerja, mereka ada kebebasan. Cita-cita mereka realistik.

Krisis identiti ini lebih bahaya di kalangan lelaki berbanding wanita. Kalau kita hendak membina Melayu yang unggul kita perlu mengukuhkan jati diri terutamanya di kalangan remaja lelaki. Kita harus ada keseimbangan kuasa dalam masyarakat antara lelaki dan wanita.

Bagaimana hendak membentuk jati diri yang betul di kalangan remaja?

UNGKU AZIZ: Kita mesti berbalik kepada pendidikan kerana ia menentukan masa depan. Kalau tidak rajin belajar, mereka akan banyak berpoya-poya, hidup berangan-angan dan duduk melepak. Ini semua fenomena sosial yang melemahkan remaja Melayu. Kita perlu mengubahnya dengan segera tetapi ia tidak mudah.

Kita juga harus menanam hidup yang lebih berdisiplin. Kenapa misalnya di Jepun dan Switzerland, orang tahu berbaris tetapi di sini semua orang berebut-rebut hendak ke depan? Tidak ada disiplin sosial.

Kita juga harus menanam sifat jujur dan amanah. Kalau jumpa dompet di tengah jalan kita pulangkan. Tetapi dalam masyarakat kita orang yang buat begitu adalah golongan yang terkecuali. Ia tidak normal, dan apabila berlaku ia jadi bahan berita. Malah orang merasakan kalau jumpa dompet di tengah jalan itu rezeki. Konsep rezekinya pun sudah salah.

Kesedaran tentang nilai-nilai murni ini mesti dibina dari awal. Pada fikiran saya, pergerakan pengakap di sekolah dulu boleh menanam nilai-nilai ini. Sekarang ia sudah dipolitikkan.

Apa lagi yang perlu kita tanam kepada remaja?

UNGKU AZIZ: Sifat kesetiaan dan patriotisme. Kepada saya, remaja yang dipanggil tetapi tidak pergi ke Program Latihan Khidmat Negara itu dalam jati dirinya tidak ada nilai patriotisme. Kita tidak boleh melihatnya sebagai hero. Kalau patriotik, apabila dipanggil dia mesti pergi. Itu satu tanggungjawab.

Remaja juga harus berani buat apa saja, bersedia pada bila-bila masa. Ini sifat yang kepada saya harus ada tidak kira pada semua orang yang mahu berjaya. Kalau hendak membina remaja yang unggul apabila dewasa kita kena pastikan mereka ada nilai-nilai ini - berdisiplin, berani, jujur, amanah dan patriotisme. Ini boleh kita buat melalui pendidikan tetapi kena fokus.

Apakah kita perlu mengetengahkan model-model baru kepada remaja?

UNGKU AZIZ: Barangkali model itu ada tetapi kita simpan dalam almari (ketawa). Kita kena keluarkannya dari almari dan gilap sedikit. Kalau kita melihat tempoh 100 tahun yang lalu, saya fikir model itu banyak.

Malah dalam sejarah juga ada tokoh-tokoh yang boleh dijadikan model, Hang Tuah misalnya. Dia mungkin tidak pernah wujud tetapi sifat-sifatnya boleh kita baca dalam Hikayat Hang Tuah. Dia perkasa, suka menuntut ilmu dan belajar banyak bahasa. Dia juga setia; baik atau buruk kesetiaannya itu, usah ditanya.

Sifat-sifat terpuji daripada model-model inilah yang akan membina realiti, melahirkan remaja yang akan jadi pemimpin masa depan yang memberikan harapan kepada bangsa. Kita tidak akan melahirkan manusia unggul dengan bercakap-cakap saja.

Apakah yang tidak harus ada pada orang Melayu untuk menjadi unggul?

UNGKU AZIZ: Harus tahu membezakan antara realiti dan fantasi. Orang muda hari ini lebih cenderung kepada angan-angan kerana pengaruh media yang saya sebutkan tadi, terutamanya media elektronik.

Usaha ini banyak bergantung kepada media?

UNGKU AZIZ: Ya, kerana media ada hubungan langsung dengan kelompok ini. Pada masa yang sama perlu juga ada peranan ibu bapa dan guru. Semua pihak bertanggungjawab. Kita tidak boleh sapu rata salahkan media saja - kononnya kalau baik media, semuanya akan baik. Tidak begitu. Para pemimpin juga ada peranannya. Suka atau tidak suka, mereka adalah model yang unggul; seharusnya begitulah.

Kalau orang mahu berjaya mereka harus membetulkan diri sendiri. Jangan jadi seperti Enron dan WorldCom yang melahirkan tokoh-tokoh korporat berjaya tetapi mengerjakan duit orang beratus bilion. Itu bukan model yang baik.

Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?

UNGKU AZIZ: Berikan perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka. Masalah kritikal orang Melayu sejak berpuluh tahun lalu ialah umumnya saiz badan mereka kecil. Mengikut teori saya, 90 peratus masalah ini berpunca daripada makanan.

Kalau kita lihat orang yang masuk tentera atau yang keluarganya berpendapatan tinggi yang mendapat makanan lebih baik, saiz tubuh mereka lebih besar, tinggi dan lebih sihat.

Masalah saiz kecil ini boleh ditangani pada zaman awal praremaja, semasa kanak-kanak. Tujuh tahun pertama dalam hidup manusia adalah tempoh pembesaran fizikal yang penting. Kalau tidak dapat makanan yang seimbang ketika itu, pembesarannya akan terganggu.

Kalau mahu jadi bangsa yang unggul orang Melayu mesti bersaiz lebih besar.

Apa hubung kaitnya?

UNGKU AZIZ: Cuba kita lihat di sekeliling kita. Orang yang berjaya biasanya tubuh mereka besar dan tinggi, bahu mereka lebar. Ini semua datang daripada pemakanan yang baik.

Pemakanan bukan saja mempengaruhi saiz badan tetapi lebih penting pembinaan otak. Otak mereka lebih cekap seperti bateri yang sudah dicas dengan baik. Otak kita ini seperti bateri. Kita charge otak dengan makanan yang berzat dan seimbang. Kita harus melakukannya dari sekolah rendah.

Bagaimana?

UNGKU AZIZ: Kita harus mula menyusun program makanan yang lebih baik dan menyeluruh untuk sekolah-sekolah. Sekarang kita buat tetapi tidak di semua sekolah dan tidak teratur. Kenapa tidak kita mula menyediakan makan tengah hari yang seimbang dengan lebih sistematik, sehari sekali di sekolah?

Kanak-kanak yang membesar harus makan paling kurang sebiji telur seminggu. Tetapi ia tidak berlaku kerana sesetengah orang Melayu tidak mampu. Apatah lagi sekarang ini harga telur dan makanan keseluruhannya sudah naik.

Tetapi saya percaya usaha ini boleh dilakukan oleh kerajaan. Kalau kita percaya bahawa remaja adalah harapan masa depan, kita harus mula membina mereka sejak peringkat praremaja lagi. Kita harus menjaga anak harapan bangsa ini sejak dari kecil lagi.

Apa lagi selain menjaga makanan?

UNGKU AZIZ: Jaga kesihatan dengan bersukan. Kita boleh melahirkan manusia unggul melalui sukan. Kita harus galakkan orang menjadikan sukan sebagai satu cara hidup. Tetapi sekarang sudah terbalik - kita cari juara, beri duit dan jadikan mereka celebrity. Ini melampau. Kita tidak harus sampai ke tahap itu.

Melalui sukan orang akan jadi lebih sihat, kuat dan aktif. Kita galakkan orang bersukan bukan untuk menang tetapi semata-mata untuk bersukan. Apa salahnya kita galakkan bersukan untuk suka-suka. Kalau mahu mencari keunggulan kita harus juga melihat kepada aspek sukan kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.

Pak Ungku sudah membincangkan tentang perubahan sikap, pemakanan dan kesihatan. Bagaimana dengan pendidikan?

UNGKU AZIZ: Apabila sampai kepada satu peringkat golongan remaja akan mula matang fikirannya. Mereka mula berfikir. Kita harus ada satu sistem yang lebih baik untuk mengajar orang berfikir. Kepada saya, salah satu kelemahan sistem pelajaran kita pada hari ini ialah ia tidak mengajar orang berfikir.

Para pemimpin kita selalu bercakap tentang masyarakat inovatif dan kreatif. Tetapi bagaimana mahu melahirkan masyarakat seperti itu kalau mereka tidak diajar untuk inovatif dan kreatif? Ia perlu diasuh dan dipupuk dari awal.

Apakah sistem pendidikan kita membantu pembentukan bangsa unggul?

UNGKU AZIZ: Saya fikir ada banyak kekurangan dan kelemahannya. Ini hakikat yang perlu saya suarakan. Kalau ada menteri-menteri yang hendak marah dengan kenyataan ini, tidak mengapa. Saya pun sudah 83 tahun (ketawa), tidak kisah apa-apa lagi. Saya hanya menyuarakan pandangan, bukan untuk mengenakan sesiapa.

Kita harus memikirkan hala yang hendak kita tuju, dan menyusun langkahnya dari situ. Selepas itu jangan ditukar-tukar separuh jalan.

Apakah yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul?

UNGKU AZIZ: Ini terpulang kepada diri masing-masing, berbalik kepada apa yang saya petik daripada Za'ba di awal tadi. Saya sudah sebut sebelum ini, dan saya hendak ulang lagi: Buku Za'ba itu adalah bacaan wajib untuk semua orang Melayu.

Secara ringkas, apa yang dikatakan oleh Za'ba dalam bukunya itu ialah kalau ada keyakinan kita boleh melakukan apa saja. Kita boleh menjadi unggul tetapi usaha itu bergantung kepada diri kita sendiri. Malah apa yang disebut oleh Za'ba itu adalah falsafah yang digali daripada ajaran al-Quran.

Itulah yang harus kita tekankan kepada remaja hari ini. Ini soal mahu atau tidak mahu, mahu lebih atau mahu kurang - pilihan masing-masing. Tetapi kalau pemikirannya terkongkong oleh model-model kecil yang dibentuk oleh media, mereka akan sukar membuat pilihan kerana tidak boleh berfikir. Mereka hendak bergembira saja tetapi hidup ini bukan bergembira sepanjang masa. Ini masalahnya.

Orang selalu bercakap tentang sifat-sifat negatif Melayu - malas dan suka buang masa, misalnya - sehingga menimbulkan rasa rendah diri untuk mereka maju. Apa pandangan Pak Ungku dalam hal ini?

UNGKU AZIZ: Sifat malas itu ada kaitannya dengan kemiskinan dalam masyarakat. Dari segi ekonominya, kemiskinan menyebabkan orang tidak ada tenaga kerana tidak mendapat pemakanan yang baik.

Rasa rendah diri pula sifat yang sudah lama ada dalam jiwa orang Melayu. Ini soal budaya. Tetapi orang yang menjadi berjaya adalah mereka yang mampu mengeluarkan diri daripada kepungan budaya itu -蔾epungan budaya yang ada dalam minda.

Ia boleh diatasi, bergantung kepada diri sendiri. Tidak ada yang mustahil. Tidak ada apa-apa yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul.

Pak Ungku pernah sebut sesetengah orang Melayu yang berjaya daripada Dasar Ekonomi Baru ibarat kacang lupakan kulit; tidak membantu anak bangsa lain berjaya sama. Tidakkah mereka boleh menjadi pemangkin pembinaan Melayu unggul ini?

UNGKU AZIZ: Ini bukan soal boleh tetapi itulah yang sepatutnya. Siapa lagi kalau bukan mereka?

Pak Ungku telah mengupas tentang zaman remaja yang cukup kritikal dalam pembinaan sahsiah bangsa. Pak Ungku semasa remaja bagaimana?

UNGKU AZIZ: Zaman saya remaja sekitar tahun 1930-an dan 1940-an dulu adalah satu zaman yang sama sekali berlainan, zaman perang. Tetapi saya bekerja kuat kerana yakin bahawa kejayaan adalah dengan memiliki ijazah. Jadi saya belajar bersungguh-sungguh.

Arwah ayah tidak banyak mempengaruhi saya, tidak banyak meninggalkan nasihat. Dia hidup dalam dunianya sendiri tetapi dari semasa ke semasa kami berbincang juga. Dia banyak meninggalkan saya dengan dunia saya sendiri. Tetapi ada satu perkara yang dia tekankan: Kalau tidak berjaya dalam pelajaran kamu tidak akan jadi sesiapa.

Dia nasihatkan bahawa dalam apa keadaan saya mesti belajar kerana kejayaan itu datang daripada usaha kita belajar. Ini tidak ada galang-gantinya. Dia menanam dalam dada saya bahawa kejayaan akan datang dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi semasa di English College, Johor Bahru saya belajar bersungguh-sungguh. Selepas ayah meninggal pada tahun 1939, saya jadi anak yatim piatu. Ibu meninggal semasa saya umur 4 tahun. Semasa itu pun saya tidak suka pergi kepada ahli keluarga untuk minta bantuan. Apabila bapa saudara saya (Datuk Onn Jaafar) jadi Menteri Besar Johor pun saya tidak rasa saya perlu minta kerja, sokongan atau duit daripada dia.

Saya pernah jadi kerani semasa menunggu keputusan peperiksaan. Apa yang saya buat itu adalah sebahagian daripada usaha untuk berjaya, pemikiran yang sudah tertanam dalam diri saya. Saya tidak kisah jadi kerani untuk cari duit supaya dapat belajar. Saya tidak pernah segan macam kebanyakan graduan yang menganggur sekarang. Saya fikir sikap inilah yang harus ada pada setiap orang muda yang mahu berjaya.

Sikap terhadap pelajaran?

UNGKU AZIZ: Ya, sudah semestinya. Sebelum Perang Dunia Kedua saya sudah masuk ke Raffles College tetapi kemudian terganggu apabila Jepun datang. Tetapi semasa itu pun saya terus belajar juga. Saya ke Universiti Waseda di Jepun, sempat belajar dua tahun. Orang perang atau tidak perang, saya belajar juga.

Apabila semua universiti di Jepun ditutup saya balik semula ke Johor dan berkhidmat sekejap dengan kerajaan negeri. Apabila Raffles College buka semula saya sambung belajar sampai lulus.

Kepada saya jentera dalam mindalah yang menggerakkan saya untuk berjaya. Kemahuan untuk berjaya itu harus ada dalam minda terlebih dulu. Soal hendak jadi kaya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.

Apakah antara perkara penting yang Pak Ungku belajar yang membentuk diri Pak Ungku sampai ke tahap ini?

UNGKU AZIZ: Satu perkara yang saya belajar semasa di Jepun ialah sifat samurai: Kalau dicabar, tarik pedang dan lawan. Kalau menang, menanglah; kalau kalah, mati. Habis cerita.

Saya fikir orang yang hendak jadi unggul ini perlu ada semangat seperti itu - pantang dicabar. Tidak tahu takut, tidak kenal undur.

Semangat samurai ini kepada saya ialah sifat perkasa. Dalam falsafah al-Ghazali pun ada disebut bahawa sifat orang yang berjaya ialah mereka yang berani.

Boleh Pak Ungku namakan Melayu unggul yang boleh dicontohi?

UNGKU AZIZ: Susah bagi saya hendak menamakannya tetapi orang itu harus ada ciri-ciri yang kita bincangkan tadi. Dia harus berani, jujur, amanah, berkata benar, berhemah, bekerja keras dan semangat tinggi.

Dia mesti bersungguh-sungguh bak kata pepatah genggam bara api biar jadi abu. Kita jangan jadi bangsa hangat-hangat tahi ayam. Dan keunggulan mereka itu tentunya akan diukur dari segi kejayaan, baik dalam bidang apa sekalipun.

Sekarang ini orang melihat kepada Pak Ungku?

UNGKU AZIZ: (Ketawa) Saya tidak berani. Lihatlah diri saya ini. Saya begini saja. Saya tidak suka pakai tali leher dan saya makan simple saja. Ini bukan saya buat-buat; saya memang begini. Ini memang saya. Susah untuk orang jadi macam saya. Saya tidak fikir orang boleh meniru cara saya.

Tetapi kalau dedikasi saya - dedikasi ini perkataan yang besar - terhadap pendidikan, barangkali, ya. Saya fikir orang boleh tiru sifat-sifat baik yang mereka fikir ada pada saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2006 12:40 PM | Show all posts

Reply #14 intan's post

tgh mood rajin...nah ko...siap cord main gitar lagik...hehe...

Que Sera, Sera
Words & Music by Jay Livingston & Ray Evans
Recorded by Doris Day, 1956


G           C      C/B    Am7
When I was just a little girl,

Am7/G          Dm7    C     Dm7  C   Am  G7
  I   asked my moth - er, "What will I   be?

Dm7        G        Dm7       G
Will I be pretty?  Will I be rich?"

Dm7              G      C    C7
Here's what she said to me:



Refrain:

        F           Dm7        C
"Que sera, sera, whatever will be, will be;

    Dm7    C         G7  Dm7  G7
The fu - ture's not ours to see.

      Dm7   C   Am7          Dm7  G    C
Que sera, sera,    what will be, will be."


G           C      C/B    Am7
When I was just a child in school,

Am7/G        Dm7    C     Dm7  C   Am  G7
I asked my teach - er, "What will I try?

Dm7               G        Dm7             G
Should I paint pictures?  Should I sing songs?"

Dm7           G      C    C7
This was her wise reply:



Repeat Refrain:


G           C      C/B    Am7
When I grew up and fell in love.

Am7/G          Dm7     C      Dm7   C   Am  G7
  I  asked my sweet - heart, "What lies a - head?

Dm7           G       Dm7       G
Will we have rainbows day after day?"

Dm7              G          C    C7
Here's what my sweetheart said:



Repeat Refrain:


G           C      C/B    Am7
Now I have Children of my own.

Am7/G          Dm7    C     Dm7  C   Am  G7
They ask their moth - er, "What will I be?"

Dm7           G       Dm7       G
Will I be handsome?  Will I be rich?"

Dm7          G    C    C7
I tell them tenderly.



Repeat Refrain:



I can't positively confirm it, but I have heard that this song was written specifically for Alfred Hitchcock's 1956 re-made of the 1934 film "The Man Who Knew Too Much." Visitors familiar with the Spanish language may point out -- quite accurately -- that there ought to be an accent mark over the "a" in "sera" in the title and elsewhere. I've omitted it here only partly from laziness, but mainly because some browsers still choke on special symbols like accented vowels.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2006 02:38 PM | Show all posts
Tetapi ada satu lagi perkara penting yang dibangkitkan oleh tokoh akademik yang kuat membaca ini. Beliau menyarankan semua orang Melayu supaya membaca buku tulisan Pendeta Za'ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri.

``Dalam buku itu ada amanat penting Za'ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul,'' katanya.


Huh!!! kena pergi ke DBP le kalu nak baca buku nih... buku lama nih... :hmm:

Za'ba tokoh pemikir Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 10:38 PM | Show all posts
It seems that all this que sera sera discussion is based on wanting to have control, wanting to change.

Yes, it's not wrong to want changes. Life is about changes. It's all about growth and advancement.

Ungku kata hidup ini bukan que sera sera. Maybe he want us to claim our mastership of our life back. To become the captain of the ship again. To express our will. It's ok. Great.

However, we must be aware. In wanting to change, peole always seem to push, to resist, to insist on things. They want circumstances to be jut like the way the want it to be.

There are nothing wrong with changes. It's the sense of wanting to change, the desperation, the sense that we can't get it, the lacking feeling, the sense of failure no matter how we try that we should get rid of.

IMHO, those who subscribe to que sera sera and those who're against  que sera sera (in despair) are the same. They are both operating from weakness.

Both feels apathethic and feels that they cannot change.

Only those who can feel that they can get that thing that they want easily and effortlessly should be emulated.

The kind of people who may seem to be very ordinary but internally very strong and capable. Who seems to be able to do things that he wants.

They may subscribe to que sera sera or not. The result will be the same.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 10:38 PM | Show all posts
haha...

2 years thread upped...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.159962 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list