CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55143|Reply: 101

bahtera Nabi Noh yang ditemui kembali?? benarkah?

[Copy link]
Post time 11-6-2005 02:17 AM | Show all posts |Read mode
Di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri 'berharga' yang berusia lebih 5000 tahun Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu.  Gambar2 itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn 'rahsia2' penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud 'Gunung Kesengsaraan'atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban.  Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg 'mahaberharga' itu.Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar.  

Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah 'kuasa2 besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan 'Noah' benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.

Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu they all dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C  Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yg pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi.  Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.

Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi.  Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.  Hari nih terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia,  8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.  Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat:  Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.

Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)  Gambar : Angaran saiz Bahtera Nabi Nuh AS dgn sebuah rumah.   The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu. Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.

Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu "Russia,Iran,Turkey".  Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau korang tengok  CNN hari nih pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr'jaan Turkey.  Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.  Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah 'anchor' purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat. Sebuah 'batu nisan' yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.  Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.  

Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut.  Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji]  Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda,  Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2005 02:20 AM | Show all posts
Artikel Pengalaman-pengalaman Menarik Para Pengkaji Noah Ark. 稢atatan seorang Pendaki dan Pengkaji "Noah Ark" di Mount Ararat. (Dr.John Morris)

Banyak sungguh halangan utk mencari The Great Noah Ark.Saya dah daki banyak gunung lain di dunia dan saya dah daki Ararat nih sebanyak 13 kali sebelum berjaya. Saya cuma nak ingatkan "Mt.Ararat nih memang sebuah gunung yg meragut nyawa". Kalau dari sebelah selatan,Mt.Ararat ini adalah seperti kon air batu, dari sebelah berlawanannya pula terdapat sebuah lurah yg dipanggil "Lurah Ahora", terdapat dinding2 batu yg curam.Bahagian yg curam itu sememangnya sukar utk didaki.  Mt.Ararat ialah sebuah gunung berapi yg telah meletus beberapa kali semenjak peristiwa 'banjir besar Noah" itu dulu.Puncaknya ditutupi dgn air batu seluas 17 batu persegi glasiar dan penutupan ke bawah ke paras 14,000 kaki. Semasa glasiar itu bergerak turun, ia juga membawa sama bekas kepingan lahar gunung berapi dan terjadinya batu runtuh. Memanjat dari arah air batu yg meluncur itu memang susah. Bermacam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 02:22 AM | Show all posts
Catatan Mr.Ronald Bennet, bekas jurufoto Whitehouse yg sekarang ini telah bersara,tinggal di sebuah bandar -La Jolla,California US.

President-Jimmy Carter telah dijemput hadir ke Majlis Tahun Baru yg diadakan oleh Shah Iran di Tehran. Ronald Bennet telah ternampak sesuatu berbentuk seperti 'kotak kasut yg besar' ditimbus airbatu ketika Air Force One yg membawa President Jimmy Carter melintasi Mt.Ararat. [Air Force One telah bertolak dari Washington DC menuju ke Warsaw, Poland pada 29th.Dec.1977 dan kemudiannya ke Tehran pada 31th.Dec.1977] "Saya adalah jurufoto dan wartawan ygb meliputi segala aktiviti Whitehouse selalu sahaja ikut President Jimmy Carter ke mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 02:23 AM | Show all posts
Gambar The Noah Ark Yang Hilang

Seorang jurutera minyak telah menaiki helikopter di bahagin Utara Mt.Ararat kerana urusan perniagaan.Tiba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 02:25 AM | Show all posts
Pengakuan Paderi Kristian - Pastor Harold William dari Logansport, Indiana

Pengakuan dibuat pada sebuah media, ada seorang kawannya seorang imigran Muslim yg berbangsa Armenia bernama Haji Yearam yg telah tinggal di kaki Mt.Ararat. Mengikut sejarah/tradisi,mereka ini adalah keturunan terus menerus yg keluar dari " Noah Ark " itu dan tidak berhijrah ke mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 02:27 AM | Show all posts
Kenyataan dan Persoalan dari artikel/catatan pengkaji sejarah: 穂/b]       

Maha Suci Allah yang telah menentukan Bahtera Nabi Nuh AS ditempatkan diatas Gunung Ararat (Gunung Kesengsaraan) yang mana ianya menyukarkan para pengkaji dan saintis untuk merosakkan Bahtera tersebut dan satu dari pada kesan sejarah Islam yang terulung memerlukan keredaan Allah untuk dikaji.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-6-2005 02:43 AM | Show all posts
bestnyer baca..terima kasih..

mmg takder gamba ke??
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 09:06 AM | Show all posts
Originally posted by Hana at 11-6-2005 02:43 AM:
bestnyer baca..terima kasih..

mmg takder gamba ke??


Ada ...... pi taip kat google..

Noah's ark...... banyak gambar dia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2005 09:07 AM | Show all posts
Tapi informasi yg diberi kebanyakkannya dalam bahasa inggeris......

Ni dalam bahasa melayu first time baca......

Terima kasih arni atas informasi.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 02:52 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2005 04:25 PM | Show all posts
aper tuh ker gunung ararat tuh?

then apsal x nampak mcm bentuk kotak kasut pun?

ker yg sebenarnyer tak dapat ditemui lagi gambar2 tuh.. sbb dlm artikel tuh cakapkapal nuh nih dalam ais.. juz terkeluar sikit jer dr ais yg menampakkan sebahagian struktur kapal tuh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 11:58 PM | Show all posts
Gempa Bumi

Pada 2nd.May.1883,telah berlaku satu gempa bumi menyebabkan batu dan ketulan runtuh dan turun hingga menutup hampir keseluhuran kampung2 yg terdapat di kaki Mt.Ararat. Letupan gunung berapi amatlah dasat,sehingga dikatakan keseluruhan benua Eropah dapat merasainya. Setahun kemudian, Kerajaan Turkey menghantar 1 kumpulan ekspidisi saintis bagi mengukur sejauh mana kemusnahan yg di akibatkan darinya.  Seorang Inggeris Captain Gayscoyne yg juga merupakan seorg Duta British di Istanbul telah memohon kpd kerajaan Turkey utk menyertainya.

Dia amat bernasib baik kerana dapat melihat kemunculan The Great Noah Ark itu. Bukan itu sahaja, malah pasukan saintis/juru ukur itu telah dapat mengukur "Noah Ark" malangnya mereka tidak dapat mengukur dgn tepat dan lengkap kerana sebahagian darinya diselimuti dengan airbatu dan hanya 20 hingga 30 kaki shj yg terjulur keluar. Tetapi para saintis/juru ukur itu dapat masuk ke dalam "Noah Ark".Apa yg mereka dapati ialah "Noah Ark" itu diperbuat dari kayu balak purba yg sudah tidak wujud lagi spesisnya di dunia hari ini. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat ialah 12 hingga ke 13 kaki.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2005 11:59 PM | Show all posts
Pengalaman Ed.Davis

"Saya seorg Sarjan Master yg menjaga pembinaan dlm Kumpulan Perkhidmatan Khas Jurutera Tentera di Utara Iran,pada tahun 1943 .Ketika sedang m'geluarkan batu dari kuari..budak berbangsa Qurdish yg menjadi pemandu pasukan saya memandang kaki Mt.Ararat seraya berkata " Ya,disitulah kampung halaman dan tempat dimana org tua saya tinggal.Yang mana di puncaknya pula terdapat "Noah Ark"..dan ayah saya tahu di mana letaknya "Noah Ark" itu". Saya terkejut dan berkata.."Benar?.. Boleh bawak saya kesana? " Budak pemandu Qurdish itu kemudiannya berjanji akan mengenalkan saya dgn ayahnya. Suatu hari,budak Qurdish itu membawa ayahnya melawat saya. Dia memperkenalkan ayahnya. Nama ayahnya Abbas."Pada masa ini,"Noah Ark" masih tidak kelihatan. Dan apabila tiba masanya nanti saya akan datang jemput awak.." kata Abbas. Beberapa bulan kemudiannya Abbas datang menjemput saya."Kita boleh pergi sekarang kalau nak.." kata Abbas.

Saya tidak buang masa dan inilah saat2 yg paling saya tunggu. Kami seramai 8 org mula mendaki Mt.Ararat.Suhu amat sejuk dan tidak pernah seumur hidup saya merasa sesejuk serta seletih itu. Jika saya tahu ianya seteruk ini sudah tentu saya tidak akan mahu pergi. Semasa kumpulan kami mendaki ke atas, kami berhenti di sebuah telaga. Saya diberitahu Abbas telaga ini dinamakan Perigi Yaakub,  memang telah menjadi adat beratus2 tahun Nenek Moyang Abbas akan berhenti di "Perigi Yaakob" berdoa dan meletakkan seketul batu dia atas himpunan batu yg diletakkan oleh orang2 yg menaiki Puncak Ararat sejak zaman berzaman dahulu lagi. Kami pun meninggalkan "Perigi Yaakob" dan mendaki agak jauh dan melalui satu jalan yg digelar "Pintu Belakang".Itu merupakan jalan "short cut" agar perjalanan kami menjadi lebih cepat. setelah beberapa hari mendaki Abbas menyuruh kami semua mengikat tali antara satu sama lain.

Mereka memberi satu tali panjang yg mempunyai satu tempat utk mengikat pinggang.Kami semua mengikat pinggang kami dan saya berada di tempat ke 5. Dua org Qurdish sentiasa berada di belakang saya seolah2 pengawal peribadi.Abbas telah kehilangan 2 org anak lelaki semasa mendaki dahulu dan sebab itulah beliau sungguh berhati2. Saya rasa mereka yg lain semua ada p'laman mendaki gunung ini,sebab mereka semua tahu jalan2 yg mereka lalui w'pun keadaan suasana yg gelap.Hanya saya seorang sahaja yg asing dan berbangsa Amerika.  Saya tidak mempunyai sebarang alat khas selain dari barang2 tentera.Saya lihat Abbas dan rakan2nya mempunyai peralatan yg baik dan sesuai. Mereka semua dapat alat itu entah dari mana.  Abbas kemudiannya memberi cermin penutup muka kpd semua. Kami memakainya sepanjang masa.Abbas juga memberi saya 1 keping logam bersinar yg buleh kami gunakan bagi memberi isyarat.Abbas juga memberikan saya 1 lampu suluh yg akan digunakan sewaktu melintasi gua. Saya diberikan wisel utk dibunyikan sekiranya memerlukan sesuatu bantuan dan dilarang sama sekali berteriak dan meninggikan suara. Kami tidur di dalam tidak kurang dari 6 buah gua. Semasa mendaki, kami hanya memakan bubur. Saya sendiri tidak tahu apa isi bubur itu. rasa2nya seperti daging dan sayur shj. Pada dinding gua itu terdapat lukisan2 purba. Hanya Abbas dan rakannya2 shj tahu apa makna lukisan itu. Semua org masih terikat dgn tali antara satu sama lain.

Malah ketika hendak pergi buang air besar pun kami tidak dibenarkan sekali2 membuka tali. Cuaca tidak elok semasa kami naik,sentiasa hujan dan berangin. kami berjalan dia atas batu dan ais batu. Terdapat bermacam2 bahaya, kami selalu shj tergelincir dan jatuh. Mereka kata jika berlaku sebarang kematian mereka tidak akan membawa mayat itu turun ke bawah. Sebab itu saya nampak banyak tulang dan serpihan tengkorak manusia di dalam airbatu. [Memang mereka tinggalkan org yg mati di atas gunung itu dan saya tidak tahu mengapa..] Abbas dikatakan penjaga kepada "Noah Ark" itu semenjak turun temurun. Abbas kata dia tidak suka jika ada org/bangsa asing naik ke gunung itu utk mencari/mengkaji "Noah Ark". Dia kata setiap org yg naik mahu mengopek dan memecahkan mana2 bahagian "Noah Ark" bagi tujuan membawanya balik. Sedangkan org2 Qurdish ini tidak mahu "Noah Ark" itu di apa2kan. Pertama kali saya nampak "Noah Ark", ia seolah2 sebungkah batu biru yg sangat besar.

Semakin dekat, barulah rupabentuknya jelas kelihatan. Saya nampak bahagian hujung bahtera itu sudah berlubang pecah mungkin bekas dikapak org. Saya merasa sungguh kagum dan sedikit kecewa kerana tidak dapat menghampirinya. Hanya tuhan sahaja yg tahu betapa ingin saya menyentuh dan berjalan2 di atasnya. Abbas menerangkan bahawa "Noah Ark" itu mempunyai sumpahannya. Ada sesetengah org yg telah mendapat penyakit jantung serta mati serta merta di dalamnya. Sebenarnya sebahgian dari barang2 antik muatan "Noah Ark" telah pun diambil oleh nenek moyang Abbas semenjak dahulu lagi. saya sendiri nampak beberapa barang antik berupa mangkuk besar setinggi 2 kaki setengah,pasu,bikar,pinggan yg diperbuat dari kulit kerang,piring pelita,itu dirumahnya. Mereka hanya setakat membenarkan saya tengok sahaja. Abbas juga menerangkan pada saya,moyangnya telah menjumpai madu di dalam botol sewaktu ekspidisi bersama saintis Turkey. Dan sekarang madu itu telah di hantar ke Switzerland dan disahkan sbg madu asli.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 10:27 AM | Show all posts
bagus artikal..dan good info

tetapi mok nik harap lain kali forumers yang menyumbangkan artikal bolehlah kiranya kasi credit kepada penulis asal dengan memberi link website atau nama buku serta penulisnya sekali :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2005 12:57 PM | Show all posts


Space shot of Mt. Ararat and vicinity.

This is a great photograph of Mt. Ararat and surrounding regions, however, the actual landing place of the ark of Noah is just off the top of the picture, indicated by the white arrow. The other arrow on the right of the photo points to the village of Arzap / Kazan, 10 miles to the west, just near the dark shadow of a large butte formation seen at the edge of the photo., where the ark stood at anchor for several months, waiting for the tops of the mountains to appear as islands.



source : http://www.noahsark-naxuan.com/spaceshot.htm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2005 08:49 PM | Show all posts
ada sape2 nampak x rupa bahtera noh kat atas mount arafat.. aaa, me letak satu kotak n anak panah.. korang perhatikan lah betul objek dalam kotak tu.. mmg rupa mcm kapal kan? walaupun rupabentuk kapal tu macam 'lusuh' sket, tapi dia masih gagah kalau nak diikutkan hayatnya...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2005 04:09 PM | Show all posts
bagusnye informasi ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 01:19 PM | Show all posts
Originally posted by arni_jamal at 16-6-2005 08:49 PM:
ada sape2 nampak x rupa bahtera noh kat atas mount arafat.. aaa, me letak satu kotak n anak panah.. korang perhatikan lah betul objek dalam kotak tu.. mmg rupa mcm kapal kan? walaupun rupabentuk ka ...


:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 01:51 PM | Show all posts
thanks for semua onformasi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2005 01:54 PM | Show all posts
gambar mana?
tak nampak pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.075358 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list