JAWATAN KOSONG! Jadi penulis freelance kami dan berpeluang menang hadiah wang tunai berjumlah RM300! Klik sini > CARI Warrior
Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
60394
View
402
Reply

HOBIN ☺☺ JANG ☺☺HOBIN

[Copy link]

Author: dreamliner       Show all posts   Read mode

Post time 9-11-2009 12:05 PM | Show all posts
Penyokong NS kesal dan kecewa dengan sikap penyokong Kelantan   
                               SEREMBANenyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan melahirkan rasa kesal dankecewa dengan sikap seb ...
june_bunga Post at 9-11-2009 10:18
elok gak tu tempat duduk besi,buleh la baling kat penyokong n9 balik,

ape punya idea la hang ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 01:09 PM | Show all posts
>Jang pilih Norizam

Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my

WAN Jamak Wan Hassan terpaksa berpaling kepada bekas pemain Johor, Norizam Salman untuk mengemudi barisan depan skuad juara Piala Malaysia itu, musim depan, selepas terlepas mendapatkan khidmat Hairuddin Omar.

Jurulatih skuad Jang itu yang mengesahkan Norizam sudah menandatangani kontrak, memberitahu penyerang itu akan digandingkan dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak selepas Hairuddin bukan saja tidak bersama mereka dan pasukan asalnya, T-Team, tapi sebaliknya memilih untuk menyarung jersi Kelantan.

Pasukan Kijang itu adalah naib juara Piala Malaysia, musim lalu selepas tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan pada final Piala Malaysia, bulan lalu.

Selepas melihat prestasi dan komitmen Norizam dalam sesi latihan serta perlawanan persahabatan, saya mendapati dia menepati ciri pemain yang boleh digandingkan dengan Zaquan untuk menggalas cabaran kami.

Malah Norizam juga menunjukkan minat dan komitmen tinggi untuk bersama Negeri Sembilan dan saya yakin dia boleh membantu serta memainkan peranan dalam memastikan kami mampu memberi saingan lebih baik musim depan, katanya kepada Arena Metro, petang semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 02:03 PM | Show all posts
kedah menang ngan perghelih friendly mlm tadi 2-1
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 09:40 PM | Show all posts
sajo tepek berita ntah bile ntah..

Zaquan mahu hijrah
Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

ZAQUAN Adha Abdul Radzak sedia berhijrah ke mana-mana pasukan, tetapi bukan kerana wang, sebaliknya demi kemajuan kerjayanya dalam bola sepak.

Namanya mungkin tidak sebesar bintang ternama dunia, tetapi cukup bersinar sebagai antara penyerang berkualiti negara ketika ini.

Zaquan, 22, memulakan kerjaya bersama Negeri Sembilan sejak 2006 dan terus kekal bersama pasukan itu sehingga masuk tahun keempat, musim ini mungkin sudah matang untuk mencari angin perubahan.

Memang kalau boleh, saya nak cuba pasukan lain, tapi ikhlas saya katakan jika perpindahan itu berlaku, ia bukan kerana faktor kebendaan. Bagaimanapun saya sekarang ini masih terikat dengan Negeri Sembilan, kata Zaquan yang bakatnya bersama saudara kembar, Aidil Zafuan, dikesan sebaik membantu Negeri Sembilan muncul juara Sukan Malaysia (Sukma) 2004.





Zaquan bersama Zafuan sebenarnya sering menjadi idaman jurulatih lain, tetapi sedar komitmen pemain itu terikat bersama Negeri Sembilan dan kontrak mereka masih berbaki dua tahun bersama skuad Rusa.

Paling mahukan Zaquan dan Zafuan ialah bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan. Beliau yang kini membimbing Kelantan pernah mengatakan ada pemain impiannya yang tidak dapat diperoleh untuk saingan Liga Malaysia 2010, iaitu Zaquan dan Zafuan kerana kedua-dua pemain itu sangat disayangi Negeri Sembilan.

Sementara itu, Zaquan menganggap hajat Sathianathan tidak ada salahnya kerana setiap jurulatih ada pemain impian dan setiap pemain ada jurulatih dan pasukan impian sendiri.

Jurulatih Sathia...beliau seorang yang baik. Saya hormati beliau sebagai jurulatih kerana banyak membimbing saya. Masa saya mengalami kecederaan lutut pada 2005, beliau banyak membantu menaikkan semangat saya. Tapi, siapa tahu, mungkin jika ditakdirkan, satu hari nanti kami berkerja bersama, kata Zaquan.

Menurut Zaquan, Sathianathan bertanggungjawab menyerapnya ke dalam skuad kebangsaan pada 2007 ketika dia mula menyertai skuad bawah 23 tahun negara pada perlawanan kelayakan Sukan Olimpik menentang Hong Kong, sebaik pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut.

Kelibat Zaquan terus menjadi nadi pasukan Sathianathan apabila dia juga berada dalam skuad negara yang menjuarai Pestabola Merdeka 2007 selain beraksi di kejohanan AFF Piala Suzuki 2008.

Paling cemerlang, Zaquan berada dalam barisan pemain yang mengembalikan kegemilangan bola sepak negara dengan membawa pulang pingat emas Sukan Sea di Laos baru-baru ini selepas 20 tahun gagal melakukannya.

Pemain kelahiran Seremban itu sebelum ini pernah dikatakan menarik perhatian beberapa kelab dari Slovakia (Liga Corgon), namun pemain itu menafikan khabar angin berkenaan.


umang aih.liga corgon poie eh
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 09:44 PM | Show all posts
player baru norizam salman atau diberi gelaran Tomok sobab badan eh dikobakan bosar cam azman adnan time masuk sehati berdansa. bagi mase kat tomok untuk perform. dio kono fit laie..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 08:46 AM | Show all posts
X Sabar nk g Paroi Sabtu ni....
Syoknya...syoknya....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 07:40 PM | Show all posts
aku tgk kat tv je kot minggu nih.ganbatte hobin
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:10 PM | Show all posts
aku tgk kat tv je la....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 03:09 AM | Show all posts
APO KONOO EH JANG!!!!
APO KONOO EH JANG!!!!
APO KONOO EH JANG!!!!
APO KONOO EH JANG!!!!
APO KONOO EH JANG!!!!

:@:@:@



GANBATTE FOR THE WHOLE SEASON
:pompom::pompom::pompom:

aku gi stadium..adoii sodeh.datang jauh2... nak bakar kusi, kusi batu plak.hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2010 10:44 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2010 02:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 02:29 AM | Show all posts
bungkam la jang nanti
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 08:59 PM | Show all posts
congrats N9 menang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2010 08:42 AM | Show all posts
Hobin Jang Hobin..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 01:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 11:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 12:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2011 08:21 AM | Show all posts
Wan Jamak terancam



Oleh Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my



AKSI hambar Negeri Sembilan ketika tewas kepada Felda United pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin mendorong Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan memberi kata dua kepada ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, Wan Jamak berdepan kemungkinan digantung jika reputasi Negeri Sembilan terus tercalar dan menerima aib dalam perlawanan berikut.


Saya kecewa dengan prestasi pemain yang gagal memberikan persembahan seperti mana diharapkan apatah lagi mereka tewas kepada pasukan yang beraksi dengan 10 pemain.

Saya harap persembahan buruk ini tidak berterusan bagi memastikan kedudukan Wan Jamak tidak terjejas, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seremban, petang semalam.


Beliau bagaimanapun mengakui tindakan terhadap Wan Jamak hanya akan diambil selepas menerima laporan penuh daripada jawatankuasa pegawai penilai yang dilantik PBNS.


Saya harap persembahan pasukan kembali ke landasan sebenar dengan mencatat kemenangan bagi memastikan pasukan mempertahankan reputasi dan berupaya mendominasi saingan ini, katanya.


Sementara itu, Wan Jamak tetap yakin dengan keupayaan skuad bimbingannya mengharungi saingan Liga Super musim ini sekalipun mereka menerima aib di gelanggang sendiri apabila tunduk kepada Felda United.


Menurutnya, kekalahan kedua berturut-turut selepas kecundang kepada Perak, 2-0, mungkin disebabkan beberapa kesilapan kecil pemain walaupun secara keseluruhan mereka sudah mempamerkan persembahan terbaik dan menguasai sebahagian besar perlawanan.


Pemain leka dan hilang tumpuan pada saat-saat akhir membuatkan kami dihukum lawan namun ketiadaan Ahmad Fakhri Saarani yang digantung memberi kesan kepada kemantapan barisan depan yang didapati gagal menembusi benteng lawan.


Gandingan Hairuddin Omar dan Mohd Firdaus Azizul (Ahmad Aminuddin Shaharuddin) tidak cukup berkesan untuk merobek gawang lawan dan buktinya beberapa percubaan di pintu gol Felda United tidak membuahkan hasil, kata Wan Jamak.




- Harian Metro -



Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2011 10:33 PM | Show all posts
apo la n.s ni manjang kalah jo...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2011 01:09 PM | Show all posts
Reply 339# jinforum


    terkena badi artis kot
dah ramai pemain dapat bini artis, glemer wooo


ps: jgn marah, den gegurau jer jang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050425s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list