CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Joe Hahn

~MERGED~ Parti Komunis Malaya/Komunis Malaya

[Copy link]
Post time 4-9-2006 10:50 AM | Show all posts
Rashid Maidin meninggal dunia


RASHID MAIDIN.
--------------------------------------------------------------------------------

BANGKOK 1 Sept.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2006 11:05 AM | Show all posts
dan bg aku kalau cin peng nak balik ke kg dia di sitiawan bg ler dia balik. kalau org nak emotional pasal apa dia buat masa dulu baik kite boycott jer barangan jepun. bg saya apa yg jepun buat kpd org melayu,india dan cina adalah lebih dasyat drpd apa yg pkm buat. boycott seklai barangan british, belanda, portugis, anda mesti ingat bagaimana pihak british siksa mayat tok janggut selepas arwah tewas di medan pertempuran. mayat belaiau telah digantung upside down dan dijaja keliling bandar pasir puteh kalau tak silap. so renung-renungkanlah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 04:01 AM | Show all posts
tu la pasal..

orang kita nape perlu ada double standard...yang british jajah..dasar pecah perintah..pastu cabut lari time kena serang jepun...nape kita tak pandang ?

bagi aku chin peng pun nasionalis dia pun perjuangkan kemerdekaan..tapi perjuangan dia memerdekakan negara dengan menjadikan tanah melayu republik komunis..mana2 yang berjuang untuk memerdekakan tanah air mase tu..tak kira la mana2 ideologi pun derang adalah nasionalis

kalau takde golongan sedar kat tanah melayu time tu..sape lagi nak sedar ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 09:50 AM | Show all posts
Hati-hati dengan fakta sejarah
Oleh ZIN MAHMUD (WARTAWAN UTUSAN)


TERKEJUT apabila membaca laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Rashid Maidin. Terkejut bukan kerana kematian itu tetapi adalah kerana paparan fakta latar belakang yang menyebut bahawa Rashid menyertai PKM bersama Pak Sako dan Ahmad Boestamam.

Reaksi pertama mengenai laporan itu ialah penulis berita berkenaan mungkin tersilap fakta dengan terkeliru antara PKMM dan PKM. Walaupun kedua-dua parti itu adalah golongan kiri tetapi ia berbeza dan mempunyai fahaman berlainan. PKMM ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dalam bahasa Inggerisnya ialah Malay Nationalist Party (MNP). Ia sama sekali berbeza dengan PKM yang dalam bahasa Inggeris disebut Malayan Communist Party (MCP).

Maka wajar bagi adik Pak Sako, Abu Bakar Muhammad mengeluarkan kenyataan bahawa abangnya tidak pernah menyertai PKM. Bagaimanapun mana-mana ahli sejarah pasti dapat mengesahkan perkara ini dengan mudah.

Soal sejarah khususnya berhubung pada zaman Darurat lebih-lebih lagi berkaitan dengan komunis amat sensitif.

Ia bukan saja soal keselamatan tetapi lebih-lebih lagi dikaitkan dengan fahaman komunisme yang pada orang Melayu dihubung kait dengan pegangan agama.

Bagaimanapun masyarakat terutama generasi muda wajar didedahkan kepada sejarah, daripada fakta hinggalah kepada pelbagai tafsiran secara objektif dan bebas daripada sebarang sentimen emosional. Sejarah wajar ditanggap sebagai satu kajian atau ilmu yang memberikan kesedaran mengenai manusia dan kemanusiaan.

PKMM adalah parti kebangsaan Melayu yang pertama ditubuhkan di Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1945.

Pak Sako menyertai PKMM pada tahun 1946. Sebelum PKMM, ada Kesatuan Melayu Muda (KMM). Ia ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob yang dipaparkan dalam filem Leftenan Adnan sebagai pemimpin Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dalam perjuangannya menuntut kemerdekaan. Tetapi ia bersifat persatuan yang walaupun berbentuk politik tetapi bukanlah parti politik seperti PKMM.

Pak Sako bersama Ibrahim Yaakob menyertai Utusan Melayu pada tahun 1939. Pada tahun 1940, beliau dilantik sebagai Setiausaha KMM.

Semasa pemerintahan Jepun, Pak Sako bekerja dengan akhbar Berita Malai dan kemudian pengarang bulanan Semangat Asia. Pihak berkuasa Jepun memanggil Ishak Haji Muhammad dengan nama Isako yang akhirnya menjadi Pak Sako. Selepas Perang Dunia Kedua, banyak nasionalis Melayu menyertai PKMM. Ahmad Boestamam, salah seorang pemimpin PKMM dalam bukunya Merintis Jalan Ke Puncak menceritakan mengenai penubuhan parti itu.

Seorang yang bernama Mokhtaruddin Lasso dikatakan anggota PKM telah mengusahakan penubuhan PKMM.

Menurut Ahmad Boestamam, Mokhtaruddin kemudian hilang begitu saja. Kepimpinan PKMM pula dipegang oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Pak Sako. Pak Sako sempat menjadi Yang Dipertua PKMM.

Pak Sako adalah seorang nasionalis Melayu yang pernah bekerja dalam pentadbiran Inggeris, Jepun dan aktif dalam politik Tanah Melayu merdeka. Tetapi beliau tidak pernah menjadi komunis atau ahli PKM.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:06 AM | Show all posts


pkm ngan pkmm ... lain tuh hee hee hee ... aku pong pnah bertukar dlm mid term exam ari tuhh ... tak pepasal kne sound ngan lecturer aku ... sian pak sako tak pepasal dituduh komunis ~
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2006 10:52 AM | Show all posts
aku rasa ni mesti kes wartawan buta sejarah. dua parti berhaluan kiri etapi mempunyai fahaman yg berbeza. mende ni mmg kena berhati-hati sebabs sensitif terhadap sanak saudara dan anak pinak yg terbabit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2006 11:23 AM | Show all posts
Originally posted by huskers at 5-9-2006 10:52 AM
aku rasa ni mesti kes wartawan buta sejarah. dua parti berhaluan kiri etapi mempunyai fahaman yg berbeza. mende ni mmg kena berhati-hati sebabs sensitif terhadap sanak saudara dan anak pinak yg ter ...



aku terinagt dulu merdeka tahun lepas ... tan sri ghazali shafie (king ghaz) pnah marah kat sorg reporter pasal silap sebut tarikh merdeka 30 ogos 1957
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 02:19 PM | Show all posts
Jejak: Mokhtar perintis pembubaran PKM
Oleh Ahmad Ghazali Musa


Usaha cari kakak buka jalan rundingan, tamatkan perjuangan Parti Komunis Malaya


MOKHTAR menunjukkan gambar beliau ketika perbincangan
'ala-Baling' di Kem Air Tekar, dalam Wilayah Sukirin, Weng.

PADA mulanya dia hanya berusaha mencari seorang kakaknya yang tidak ditemui lebih 40 tahun selepas berpisah pada 1948. Namun, inisiatif itu membawa kepada siri rundingan tidak rasmi dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga membuka jalan kepada proses gencatan senjata yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Mungkin ramai tidak kenal Mokhtar Mahmood Baginda, 69, individu yang mencetuskan idea ke arah gencatan senjata selepas kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit memburu saki-baki pengganas komunis sekitar 1980-an.

Sebagai seorang awam, Mokhtar yang pernah bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada tiga Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Rahim Bakar, Datuk Rashid Abdul Rahman dan Datuk Seri Najib Razak (kini Timbalan Perdana Menteri) mengusahakan gencatan senjata itu di belakang tabir.

揝emuanya bermula ketika usaha mencari kakak saya, Norkiah Mahmood Baginda yang masuk ke hutan pada 1948. Kakak saya kini sudah berusia lebih 80 tahun dan masih menetap di Thailand. Dia juga bekas anggota PKM.

揟idak disangka pencarian itu membawa kepada satu inisiatif yang mencatat sejarah bermakna kepada negara dan hidup saya sendiri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2006 02:22 PM | Show all posts
Majoriti rakyat tolak komunis


ANGGOTA 10 rejimen mendengar penerangan Mokhtar.

PERJUMPAAN Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 adalah detik penting bagi negara kerana ia menjadi `turning point
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2006 04:00 PM | Show all posts
Mokhtar wajar diberi bintang kebesaran

SAYA amat tertarik apabila membaca artikel dalam kolum 慗ejak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:24 AM | Show all posts
pamplet yg digugurkan di dalam hutan dari kapalterbang untuk memujuk komunis melayu...


yg aku tau margono n mat indera tu org muo... yg lenglain maybe org muo jugak

kalo boleh baca jawi no problem lah...
terjemahan dlm english


Hello?ahid?lias?ashim?uhaimi,
Margono?lias?mar?in?orshid,
Ali?achil,?ariman?nd?urimi.
?
Do?ou.?ecognise?hose?hotograph?his?s??o?ou?now?hai?our?ranch?ecretary,?sman?lias?okhtar?in?ohie?as?illed?
Osman?as?illed?n?he?24th?f?anuary?1955.
What?re?ou?aiting?or??ake?his?pportunity?o?urrender.?on't?ollow?he?ate?f?at?ndera,?at?lias?udin,?usa?nd?sman.
?
Surrender?ow.

Stop?nterfering?ith?he?eace?f?he?ampong?olks.?ring?ut?our?omrades?ith?ou.
The?overnment?ill?ive?ou?ewards?f?ou?ring?wo?r?ore?riends.
Make?uick?ecision?nd?urrender.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 09:19 AM | Show all posts
nak tanya korang semua.

Komunis ni dorang percaya agama ke tak ni?  atau agama tu kira tak penting pada dorang?

abis kalo orang2 melayu ni yang jadi anggota komunis ni?  dorang tak seram ke?


atau kalo PKM kontrol msia, islam bleh diprektiskan secara terbuka cam sekarang? nervous jugak aku fikir
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-11-2006 09:19 AM
nak tanya korang semua.

Komunis ni dorang percaya agama ke tak ni?  atau agama tu kira tak penting pada dorang?

abis kalo orang2 melayu ni yang jadi anggota komunis ni?  dorang tak seram ke?
...


kalo komunis cine maybe takde agama..
kalo melayu maybe ade
tapi yg aku tau cam mat indera tu ade agama..
some people said masa join komunis dia still lagi semayang, posa dll...
maklumlah dari cikgu sekolah agama join API pastu join komunis...
huhuhuhu
ntah ler.. ape yg pasti.. memacam aku pernah dengor citer pasal mat indera nih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 17-11-2006 09:46 AM


kalo komunis cine maybe takde agama..
kalo melayu maybe ade
tapi yg aku tau cam mat indera tu ade agama..
some people said masa join komunis dia still lagi semayang, posa dll...
maklumlah d ...



mungkin ikut style pemerintahan komunis cara Repablik China ye waktu tu kalo PKM menang.
Korang just imegin kat Indonesia Komunis berkuasa pun, abis la agama islam. Nasib baik la jugak ek PKM kalah.


Sampai skarang pun , walau negara China dah terbuka eh, Kerajaan dorang masih curiga tau pasal agama,
contoh walaupun agama Roman Catholic pun kerajaan China nervous pasal dorang takut pengikut ni semua pegi dengar cakap Pope, tak dengar cakap kerajaan dorang yang masih komunis.
Kalo islam kat china berjuta2 umat eh, tapi ntah eh, bleh prektis agama secara terbuka ke tak eh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2006 10:07 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 17-11-2006 09:57 AM



mungkin ikut style pemerintahan komunis cara Repablik China ye waktu tu kalo PKM menang.
Korang just imegin kat Indonesia Komunis berkuasa pun, abis la agama islam. Nasib baik la jugak ek P ...


ermm aku pon tak dpt bygkan camner kalo melesia nih pkm perintah.. maybe takde kebebasan utk mengamalkan agama islam... tu ler salah satu sebab kiyai salleh serang komunis..

tapi kan kat cina skang nih.. ni yg org kampung aku citer lah.. dia p semayang kat masjid.. makan kat kedai org islam.. islam sane pakai songkok, pakai tudung... tutup aurat.. amalkan ajaran islam...takde masalah ler pulak.. takde ler pulak dihalang... ade jugak masjid yg dibiayai pembinaannya oleh kerajaan cina..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 09:39 AM | Show all posts
Itu lah kita tak tau....kalau dapat macam PKC mungkin nasib 'baik' la...kalau dapat macam jerman Timur, Korea Utara punya camne?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2006 08:09 PM | Show all posts

Reply #215 muor76's post



Kehancuran kominisme adalah  kerana kegagalan ekonomi " central planning" dan konsep totalitarian yang amat rigid. Perkembangan ekonomi tidak dapat dijalankan kerana terlalu dikawal dan semangat keushawan tidak ujud. Pemerintah kominis akhirny sedar bahawa urusan mengisi perut yang kosong itu lagi penting dari ideology. Ini terbukti apabila Gorbachev( Secretery General Soviet Union ) memeluk konsep Glasnost.

[ Last edited by  thamrong at 19-11-2006 08:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2006 08:18 PM | Show all posts

Reply #211 muor76's post

Orang Johor ni memang hebat. Marxist Melayu pun bisa baca tulisan Jawi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 10:33 AM | Show all posts
Permohonan Chin Peng hadiri perbicaraan 5 Mac

KUALA LUMPUR 6 Feb.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 01:25 PM | Show all posts
Dua abad bersejarah




PERJANJIAN antara PKM dan Kerajaan Malaysia pada 2 Disember 1989 ini membawa peletakan senjata komunis di Malaysia.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM), sebuah organisasi penguatkuasaan undang- undang tertua di negara ini menyambut ulang tahun penubuhan pasukan polis ke-200 esok.

Pasukan polis negara ditubuhkan selepas Piagam Keadilan diperkenalkan King George III pada 25 Mac 1807 di Fort Corwallis, Pulau Pinang.

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan tiga tahun selepas kedatangannya penduduk pulau itu meningkat kepada 10,000 termasuk pendatang asing.

Light berpendapat satu badan polis perlu untuk menjaga keselamatan penduduk Pulau Pinang, lalu mengemukakan cadangan itu kepada Syarikat Hindia Timur (EIC) di India tetapi tidak dilayan.

Beliau kemudian diberi pangkat Supritendan dan diarah menjalankan tugas itu sendirian. Beliau terpaksa menggunakan Sepoi (panggilan asal bagi anggota polis) dari India, namun Light bermasalah kerana mereka tidak berdisiplin.

Pada tahun 1787, rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang dan beberapa kelasi Eropah terlibat manakala dua orang Siam terbunuh. Sekali lagi Light menulis surat kepada Jeneral Gabenor EIC, Lord Corwallis untuk mengadakan undang-undang serta menubuhkan pasukan polis tetapi sekali lagi ditolak.

Light melantik ketua kaum dinamakan Kapitan (Captain) bagi tiap- tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (India) pada 1792 yang bertindak sebagai majistret kes-kes kecil.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 21 Oktober 1794, Light berterusan menghantar permohonan kepada Lembaga Pengarah EIC untuk menubuhkan pasukan polis yang rasmi tetapi gagal.

Beberapa tahun kemudian, Kolonel Arthur Wellesley singgah di Pulau Pinang dalam perjalanan ke Manila membuat catatan mengenai soal keselamatan dan menggesa EIC supaya melantik seorang majistret berbangsa Eropah.

Pada 19 April 1800, Sir George Leith tiba di Pulau Pinang untuk memegang jawatan leftenan jeneral dan empat bulan kemudian John Dicken sebagai hakim dan majistret pertama di Pulau Pinang.

Pada awal 1804, R. T. Farquhar tiba di pulau itu menggantikan Sir George Leith dan polis ketika itu masih lemah dan pelbagai kesalahan dilakukan tanpa diambil tindakan dan dihukum.

Seluruh pentadbiran kemudiannya dirombak dan taraf pulau dipertingkatkan. Seorang gabenor dilantik serta dewan majlis yang bertanggungjawab kepada kerajaan India ditubuhkan sekitar 1805 dan pada 25 Mac 1807, pasukan polis ditubuhkan dengan rasminya selepas Piagam Keadilan diterima.

James Carnegy merupakan sheriff pertama Pulau Pinang.

Sebahagian catatan dan kronologi penting dalam sejarah kepolisan di negara ini selepas ditubuhkan secara rasmi pada 25 Mac 1807:

* Tahun 1825 - Sistem 'Burgher Guard' diperkenalkan untuk memenuhi tugas polis di Melaka dan W.T Lewis dilantik sebagai Ketua Polis negeri itu yang pertama.

* Tahun 1871 - Polis Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dikenali Pasukan Polis Negeri-negeri Selat.

* 1 Julai 1896 - Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang ditubuhkan. Di Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu pula dikenali sebagai Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

* 1 April 1946 - Polis Negeri-negeri Selat, Polis Negeri Melayu Bersekutu dan Polis Negeri Melayu tidak Bersekutu disatukan dan dikenali sebagai Polis Malayan Union.

* 1 September 1947 - Penubuhan Pasukan Polis Marin.

* 1 Februari 1948 - Polis Persekutuan Tanah Melayu (PPTM) ditubuhkan berpusat di Kuala Lumpur.

* 16 Jun 1948 - Kerajaan mengisytiharkan darurat ekoran Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan pemberontakan bersenjata.

* 15 Disember 1952 - Pesuruhjaya Polis Malaya, Kolonel Arthur E. Young memperkenal konsep Bersedia Berkhidmat dan lencana tangan bersalaman.

* Ogos 1953 - 'Jungle Company' dirombak dan dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH).

* Ogos 1955 - Pasukan Polis Wanita ditubuhkan.

* 28 hingga 29 November 1955 - Rundingan Baling antara kerajaan Malaysia dan PKM- gagal.

* 5 Disember 1955 - Penubuhan Pasukan Simpanan Persekutuan.

* Mei 1956 - Pasukan Polis Orang Asli atau dikenali sebagai Polis Senoi Praaq ditubuhkan.

* 24 Julai 1958 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran 'Diraja'.

* 31 Julai 1960 - Darurat diisytiharkan tamat. Sepanjang 12 tahun menentang komunis, 1,246 pegawai dan anggota terkorban.Seramai 6,711 pengganas terbunuh dan 1,289 orang telah ditawan.

* 11 November 1961 - Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Panji-panji Diraja.

* 16 September 1963 - PPTM, Polis Sabah dan Sarawak disatukan sebagai PDRM.

* Tahun 1968 - PKM melancarkan semula pemberontakan dan membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong dan ramai pegawai dan anggota polis Cawangan Khas dan PPH.

* 25 Oktober 1969 - Kebangkitan semula PKM ditentang hebat PDRM sehingga membawa kepada penubuhan sebuah pasukan elit polis hutan dikenali sebagai Komando 69.

* 24 Julai 1971 - Yang di-Pertuan Agong mengurniakan panji-panji kepada PPH, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Polis Marin.

* 25 Mac 1975 - Buat pertama kali sambutan Hari Polis diadakan dengan slogan 'Bersatu Bertanggungjawab' dan Bluff Road Hill digantikan dengan Bukit Aman.

* 19 Disember 1979 - Penubuhan Unit Udara PDRM.

* 2 Disember 1989 - PKM mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia dan Thailand di Hatyai, Thailand - PKM telah meletakkan senjata.

* 17 Oktober 1990 - Perjanjian damai Kerajaan Malaysia dengan Biro Ke-2 Parti Komunis Kalimantan Utara di Kuching, Sarawak bagi menamatkan semua kegiatan bersenjata parti komunis di negeri itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.374666 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list