View: 16245|Reply: 26
|
Dato Usman Awang: Seniman Negara
[Copy link]
|
|
Salam,
Baru2 ni my professor berbangsa India menyatakan beliau amat mengagumi Dato Usman Awang.
Beliau berkata lagi bhw allahyarham Dato Usman Awang boleh dianggap layak utk doctorate, berdasarkan hasil2 tulisan beliau.
Memang la mengikut peraturan bhw kelayakan anugerah doktor perlu lulus phd dulu.
Yg I tahu beliau adalah Seniman Negara dan kontroversi 'shit' dlm penulisannya.
Apa pandangan anda? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 6-8-2005 03:53 PM:
Salam,
Baru2 ni my professor berbangsa India menyatakan beliau amat mengagumi Dato Usman Awang.
Beliau berkata lagi bhw allahyarham Dato Usman Awang boleh dianggap layak utk doctorate, berdas ...
fleu...sori, shit bukan shahnon ke?... tak pasan la pulak kalo ader kontroversi pasal shit gak oleh dato usman..
teringat sajak ni... (moga tuhan panjangkan usia bonda)
KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonda
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucupi dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
tiada sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan. |
|
|
|
|
|
|
|
Usman Awang dilahirkan di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.Bagi saya Usman adalah Anugerah Tuhan kepada Bangsa Melayu khususnya dalam bidang kesusteraan Tanahair. Usman merupakan Pejuang Bangsa, Pejuang Bahasa, Pejuang Sastera Malaysia Moden...Pulang ke Rahmatullah pada 29 November 2001.
Beliau merupakan penyair terbesar negara ini.Karya puisinya tidak sebanyak mana berbanding dengan penyair lain dimana hanya memerlukan tidak lebih daripada 200 halaman buku menghimpunkan segala karya puisinya. Tidak ada penyair negara ini yang telah meninggalkan karya, bahkan baris-baris puisi, yang sebegitu mengesankan kepada semua orang. Siapa di negara ini yang tidak kenal dan tersentuh hati nuraninya oleh bait-bait kata-kata indah daripada sajak Usman seperti sajak 揔e Makam Bonda |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by galoh at 6-8-2005 06:30 PM:
fleu...sori, shit bukan shahnon ke?... tak pasan la pulak kalo ader kontroversi pasal shit gak oleh dato usman..
...
:malu:Ha ah la shit tu tulisan Shahnon Ahmad. Tersilap |
|
|
|
|
|
|
|
Selain puisi, Usman Awang juga mampu menulis novel. Novel beliau yang agak nostalgik kepada golongan veteran sekarang ialah 'Tulang-Tulang Berserakan' dimana novel ini pernah menjadi teks sastera SPM pada tahun 70an dahulu.
Sebetulnya, Tulang-Tulang Berserakan adalah merupakan cebisan biografi hidup Usman sendiri yang pernah bertugas sebagai anggota polis sewaktu zaman Darurat dahulu. Dengan berlatarbelakang suasana di Banda Kaba, Melaka, Usman berjaya menyerap suasana zaman darurat dengan begitu hidup dan mengesankan....Lebih istimewanya di luar kulit belakang novel 'Tulang-Tulang Berserakan' terhias gambar Usman Awang yang memakai pakaian seragam polis pada zaman darurat dan sekaligus memberi gambaran realistiks betapa pekanya Usman dengan kehidupan sekelilingnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Biodata Usman Awang (Petikan dari laman web DBP)
(USMAN AWANG, Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, Tongkat Warrant, U.A., Zaini)
Lahir: 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Ketokohan Usman Awang dalam dunia persuratan Melayu moden, khususnya sajak dan drama amat banyak diperkatakan. Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera Melayu di pelbagai peringkat dan golongan. Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baharu sastera kita. Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan dirinya dengan pelbagai zaman dan situasi.
Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat sekolah Melayu sahaja. Situasi dan keluarganya yang miskin tidak membenarkan beliau untuk mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan. Beliau disekolahkan di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani Muar (1940) hingga lulus darjah VI.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya pada tahun 1942, Usman Awang menjadi petani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura, beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi 慴udak pejabat |
|
|
|
|
|
|
|
Usman Awang.... Sasterawan Negara |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih sdr Borderboys. Sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih ambil tahu ttg tokoh2 bangsa Melayu dlm apa bidang sekali pun.
Kalau tokoh2 luar negara byk benar disiarkan oleh media massa dan diperolehi buku2 mengenainya. |
|
|
|
|
|
|
|
Puisi dia bagus, tapi dah sampai tarikh luput. Drama dia tak bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 8-8-2005 09:28 PM:
Terima kasih sdr Borderboys. Sepatutnya masyarakat Melayu harus lebih ambil tahu ttg tokoh2 bangsa Melayu dlm apa bidang sekali pun.
Kalau tokoh2 luar negara byk benar disiarkan oleh media mass ...
melambak dlm media massa di malaysia, agaknya awak tak baca kut? kalau baca tentu tak salah antara kontroversi 'shit' dgn usman awang... jgn marah yeeee....
Usman awang bagus dan dia jadi lebih bagus bila dah tiada di muka bumi ini. itu standard org malaysia lah.. tapi ada byk lagi penulis yang bagus. keris mas bagus, arena wati bagus, pak samad said pun bagus. tapi kebanyakan penulis zaman dulu tiada ilmu bantu mereka tulis luhur dari hati.
penulis sekarang byk ilmu bantu, mereka grad dari pelbagai bidang pengajian dan itu buat karya baru lagi bagus tetapi juga luhur dari hati.
Secara peribadi saya suka A Samad Ismail dan A Samad Said. Kedua-duanya bijak menulis dan ada pengalaman luas dalam dunia kewartawanan. waktu saya di the Sun, saya selalu juga terbawak2 dgn idea mereka, tapi dunia kewartawanan sekarang bukan macam zaman pak samad berdua itu dulu.. zaman sekarang byk 'shit' hahahahahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Istimewanya Usman pada saya ialah kerana tahap pendidikan yang diterimanya hanyalah setakat sekolah Melayu...Beliau mengasah bakatnya dalam bidang puisi, novel dan drama melalui pengalaman hidup hariannya sebagai buruh, kerani, polis, wartawan dan sebagainya.
Jika dibandingkan dengan lain-lain Seniman Negara yang rata-rata menerima pendidikan Sekolah Inggeris atau pendidikan tinggi, maka sumbangan Usman kepada dunia kesusasteraan Tanahair berbanding dengan kelulusan akademiknya adalah wajar disanjungi... |
|
|
|
|
|
|
|
Antara hasil karya besar berbentuk drama yang dihasilkan Usman ialah 'Uda dan Dara' dan 'Tamu Bukit Kenny'....Drama-drama ini amat terkenal pada sekitar tahun 60an dan 70an dan sering dipentaskan...
[ Last edited by borderBOYS on 9-8-2005 at 01:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by naniza at 9-8-2005 10:21 AM:
melambak dlm media massa di malaysia, agaknya awak tak baca kut? kalau baca tentu tak salah antara kontroversi 'shit' dgn usman awang... jgn marah yeeee....
Usman awang bagus dan dia ...
He he he he
Bercakap tentang Shahnon Ahmad, my classmate (India Muslim) bercerita rakan beliau ada buat kajian ttg Prof Datuk Shahnon Ahmad.
Shahnon Ahmad pernah dianugerahkan sbg tokoh agama (tokoh Maal Hijrah) tetapi apabila dilihat dr buku2 penulisan beliau byk menggunakan bahasa mencarut.
So mcm tak sesuailah perspektif tersebut. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Di antara kata2 ucapan Dato Usman Awang semasa beliau menerima Anugerah Sastera pd 1983...
"Dlm dunia ini sekali sekala kita kena bersikap kurang ajar."
Dlm maksudnya tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
puisi usman awang 'tanah air' kalau ada yg perasan pernah disiarkan sebelum brita jam lapan oleh TV1 & TV2 memang sedap di dengar...err ada sapa-sapa simpan mp3 ka. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah berpeluang menemubual allahyarham datuk dr usman awang di kediamannya di kg tunku pada tahun 1992 untuk satu tugasan. orangnya lemah lembut...dan coretan yang ditinggalkan dalam autograf yang dhulurkan kepada beliau adalah.....BUDI ADALAH AKAR KEMANUSIAAN...
semoga roh beliau dicucuri rahmat. amin.:pray: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Biografi Dato' Usman Awang dah terbit
Biografi Seniman Negara Allahyarham Dato' Usman Awang dah terbit...Berikut adalah ulasan biografi tersebut yang ditulis oleh Datuk Zawiyah Baba di dalam Utusan Malaysia hari ini.....
Utusan mewarnai karya Usman Awang
SAYA mengenali Allahyarham Usman Awang hanya sebagai sasterawan terkemuka dan terkenal dan pernah membaca puisinya dan menonton drama pentas yang diterbitkan dari skrip yang dihasilkan oleh penulis yang sangat berbakat ini seperti Tetamu di Bukit Kenny dan Uda dan Dara.
Akan tetapi saya tidak berpeluang mengenali Allahyarham semasa hayatnya walaupun pernah melihatnya beberapa kali. Saya amat tertarik untuk mengetahui latar belakangnya dan bagaimana penulis luar biasa ini mendapat ilham untuk menulis, mengasah bakatnya, apa dan siapa mempengaruhi karya yang dihasilkannya.
Gambaran hidup Usman Awang waktu kecilnya telah berjaya dilukis dengan begitu indah dan berkesan oleh Muhammad Haji Salleh terutamanya suasana di Kampung Tanjung Lembu, dahulunya Sedili, di mana Wan Osman (Usman) dilahirkan pada 12 Julai 1929, anak kedua dari empat orang adik-beradik, tiga lelaki seorang perempuan.
Adik bongsunya Wan Fatimah meninggal ketika enam bulan. Keluarga bapanya berasal dari Terengganu tetapi telah menetap di Kampung Tanjung Lembu. Bapanya, Wan Chik (Wan Awang Kecil) menyara keluarganya dengan mencari rezeki di laut. Ibunya Halimah Abdul Rahman, daripada keluarga tempatan, seorang yang lemah lembut dan halus perasaan. Hidup mereka miskin sekadar 慿ais pagi makan pagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 galoh's post
aku suka sajak KE MAKAM BONDA. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 fleurzsa's post
haaaa .... Kurang Ajar ? :jeling: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 fleurzsa's post
Shahnon Ahmad yang mengarang #. Sudahkah anda membaca novel ini atau sekadar mendengar cerita dan pendapat yang berbau politik sahaja. # adalah sebuah karya bersifat satire yang bertujuan untuk menegur situasi politik dan kemelut yang melanda kepemimpinan negara waktu itu. Itu adalah perasaan penulis yang terlalu jijik dengan apa yang berlaku dan kejijikan itulah yang terpamir dalam #. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|