CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DARSITA

Bahasa Malaysia

[Copy link]
Post time 24-3-2007 04:29 PM | Show all posts
A. Isi tempat kosong yang berikut dengan kata keterangan yang sesuai.

                   barangkali                  sekarang                 telah            begini         tidak
                   mengapa                   betapa                   sentiasa        sebentar     amat

1. "___________ caranya menganyam ketupat," kata Mak Ani sambil menunjukkan cara menganyam ketupat kepada Tipah.

2. ___________ betapa malangnya nasib kanak-kanak yg didera.

3. "_____________ juga saya ke sana," kata Encik Halim.

4. Saya berharap agar saudara sekeluarga ____________ dalam keadaan sihat.

5. Mentol di biliknya ________ terbakar.

6. ____________kah baju kamu kotor?

7. Hadiah yang dimenanginya ___________ lumayan.

8. Banyak ikan yang mati, ____________ air sungai itu telah dicemari.

9. Saya _____________ akan menghadiri majlis itu.

10. Tunggu _______ sebelum nama anda dipanggil.

PENGGUNAAN KATA YANG TIDAK TEPAT
1. Dlm bhs Melayu, ada beberapa kata yang seakan-akan sama ejaannya tetapi berlainan maknanya.

2. Oleh sebab dalam kalangan masyarakatada orang yg gemar mengagak-agak ketika menggunakan sesuatu kata tanpa merujuk kepada kamus maka berlakulah kesalahan ini.

Kata dan keterangannya                                                        Contoh kesalahan dan pembetulan
Adakah dan Apakah                                           Salah
i. Kata apakah digunakan untk mendapat jawapan ya   (a) *Apakah benar ceritamu itu?
atau tidak.                                                                    (b) *Apakah Ali dtg semalam?
ii. Kata apakah digunakan untk mendapat jawapan ttg nama    (c) *Apakah kamu bermimpi?
binatang, benda, keterangan ttg sesuatu, dan utnk menyatakan
sesuatu yg tdk khusus.
                                                     Betul
iii. Kesalahan dalam penggunaan kata berlaku apabila kata            (a) Adakah benar ceritamu itu?
apakah digunakan pada tempat adakah.                     (b) Adakah Ali dtg semalam?
                                                                                          (c) Adakah kamu bermimpi?

Banyak dan Ramai                                               Salah
i. Kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah        (a) *Ramai orang yang hadir dlm majis itu.
  atau bilangan sama ada manusia, benda, atau binatang.
        (b) *Tidak ramai org yg suka akan ikn air tawar.
ii. Kata ramai pula mempunyai hubungan dengan keadaan  (c) *Sudirman mempunyai peminat yang ramai.
   riuh-rendah, riang, gembira, meriah, serba giat, sibuk, tdk
   sunyi. dan penduduk yg banyak
. Jadi, kata ramai                Betul
   menunjukkan                                                                     (a) Banyak orang yang hadir dlm majlis itu.
  suasana atau keadaan.                                      (b) Tidak banyak org yg suka akan ikan air tawar.
                                                                                           (c) Sudirman mempunyai peminat yg banyak.

Boleh dan Dapat                                                 Salah
i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dlm hubungan               (a) *Adik saya sudah boleh menunggang basikal.
  dengan keizinan.                                                        (b) *Dia tidak boleh hadir krn demam.
ii. Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dlm                       (c) *Saya tdk boleh berlari kencang krn badan sy gemuk.
   hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.  
                                                                                           Betul
                                                                                           (a) Adik saya sudah dapat menunggang basikal.
                                                                                           (b) Dia tidak dapat hadir krn demam.
                                                                                           (c) Saya tdk dapat berlari kencang krn badan sy gemuk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2007 04:44 PM | Show all posts
Golong dan Gulung
i. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan. tergolong, golongan, dan penggolongan. Tiap2 kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan menjadi bergulung, mengulung, tergulung, dan gulungan.

Salah
i. *Gulungan petani memerlukan bantuan.
ii.*Mereka tergulung dlm kumpulan org baik2.
iii. *Kakak sedang menggolong tikar.

Betul
i. Golongan petani memerlukan bantuan.
ii. Mereka tergolong dlm kumpulan org baik2.
iii. Kakak sdg menggulung tikar.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 04:46 PM | Show all posts
ok nant kite smbung lagik... ngantuklh nak solat n tidur pasni k.... tunggguuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 08:33 PM | Show all posts
Menonton dan Menuntun
i. Kata menonton bererti melihat sesuatu pertunjukan. Selain itu, ada pula kata mempertontonkan, tontonan, dan penonton. Setiap kata ini berbeza maknanya.
ii. Kata menuntun pula bererti memimpin. Selain itu, ada juga katalain seperti bertuntun, tuntunan, dan penuntun. Setiap kata ini pun berbeza maknanya.

Salah
i. *Kami menuntun televisyen hingga larut malam.
ii. *Kumpulan itu akan mempertuntunkan suatu drama.
iii. *Filem Mandarin semakin kerap menjadi tuntunan kita.

Betul
i. Kami menonton televisyen hingga larut malam.
ii. Kumpulan itu akan mempertontonkan suatu drama.
iii.Filem Mandarin semakin kerap menjadi tontonan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 09:30 PM | Show all posts

A

1.begini
2.----------rasa macam cikgu dah tulih la jawapan dia
3.sekarang
4.sentiasa
5.telah
6.mengapa
7.amat
8.barangkali
9.tidak
10.sebentar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 01:34 PM | Show all posts

Reply #165 mrs_livingstone's post

haittt... hehe mmg smbe dh tertulis jwpnnya..heheh
1-10.Btolllll!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2007 01:36 PM | Show all posts
Pedalaman dan Pendalaman
i. Kedua-dua kata ini berasal drpd kata yg sama (dalam) tetapi berbeza maknanya.
ii. Pedalaman bererti kawasan yg terpencil atau daerah yg jauh dari perhubungan dan kemudahan.
iii. Pendalaman pula bermaksud usaha mendalami atau mendalamkan.

Salah
i. *Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air.
ii. *Pedalaman dasar Sungai Klang dilakukan untk mengelakkan berlakunya banjir.

Betul
i. Beberapa kawasan pedalaman di Kelantan dinaiki air.
ii. Pendalaman dasar Sungai Klang dilakukan untk mengelakkan berlakunya banjir.

Pendapat dan Pendapatan
i. Kedua-dua kata ini pun berasal dari perkataan yg sama (dapat) ttp berbeza maknanya.
ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan.
iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yg biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah.

Salah
i. *Pada pendapatan saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
ii. *Pada pendapatan saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

Betul
i. Pada pendapat saudara, dapatkah rancangan ini dijalankan?
ii. Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

Tembok dan Tembuk
i. Tembok bererti dinding atau halangan yg dibuat drpd batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding.
ii. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk yg bererti membuat lubang.

Salah
i. *Tembuk Besar negeri China dibina oleh Shih Huang Ti.
ii. *Tapak kasut ini sudah tembok.
iii. *Pekerja itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.

Betul
i. Tembok Besar negeri China dibina oleh Shih Huang Ti.
ii. Tapak kasut ini sudah tembuk.
iii. Pekerja itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

Bukan dan Tidak
i. Kata bukan dan tidak tergolong dlm kelas kata nafi untk membentuk ayat nafi.
ii. Kata bukan tidka boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat.

Salah
i. *Beg ini bukan berat.
ii. *Adik bukan tidur di bilik.
iii. *Dia bukan menulis surat.

Betul
i. Beg ini tidak berat.
ii. Adik tidak tidur di bilik.
iii. Dia tidak menulis surat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2007 01:59 PM | Show all posts
A.Pilih kata yang seerti dengan kata yg bergaris.

1 Projek perumahan itu terbengkalai krn beberapa sebab.
A tergendala
B tergugat
C terbelenggu
D terasing

2 Jauhi dadah kerana dadah mengancam kesihatan.
A menghalang
B membahayakan
C mencegah
D menggugat

3 Pelbagai rintangan kami tempuh dalam ekspedisi itu.
A nikmati
B jalankan
C harung
D ikuti

4 Kehendak adik yg pelbagai itu tidak tertunaikan oleh ayah.
A Kegemaran
B Keperluan
C Idaman
D Hasrat

5 Mereka sudah muak dgn telatah Mansur itu.
A loya
B biasa
C jelak
D faham

6 Akhirnya tipu daya penjahat itu diketahui oleh pihak polis.
A muslihat
B rancangan
C ancaman
D niat

7 Penyakit hawar mula menular ke kawasan setinggan itu.
A mengancam
B merebak
C berkembang
D menjangkiti

8 Kebanyakan mangsa perang hidup dalam keadaan sengsara.
A duka
B melarat
C tenat
D pedih

9 Ali ingin mengikis  gelaran "Jaguh Kampung".
A memansuhkan
B membanteras
C menggugurkan
D menghapuskan

10 Pakaian yang dipakainya mmg cocok untk majlis tersebut.
A serasi
B padan
C patut
D wajar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2007 09:28 AM | Show all posts
kte nk jawab,,hhehehe..kalu salah maaplee
1.a
2.b
3.c
4.d
5.c
6.a
7.b
8.b
9.c
10.b

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 04:19 PM | Show all posts

Reply #169 mellyZ's post

mari kite liht siape yg kena!!! hehehe
1-10. Btolll!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 04:25 PM | Show all posts
ok skang ni kite nak main permainan simpulan bahasa plak... hehehe
sy bg maksud dan anda sume kena berikan simpulan bahasa... contoh simpulan bhsa: anak angkat
ok him na him!!!

1. meninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
2. tdak menyebelahi mana-mana pihak
3. org yg suka menghasut
4. rupa atau wajah seseorang
5. org yg banyk cakap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2007 06:23 PM | Show all posts
nk jawabbbb...hehehehhehe
1.xtau..pindah randah kot..hahahha
2.atas pagar
3.batu api
4.air muka
5.mulut muraiiiiiii
huhuhu......xtaula...jgn lupe bg soklan lg...ye cikgu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 05:28 PM | Show all posts

Reply #172 mellyZ's post

hehhe... ni pun x leh lupe nak bagi jwapan balik
1. jwapannye angkat kaki...
2-5... Btol!!!!!
:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 05:43 PM | Show all posts
ok soalan kali ni pula mengenai bandingan semacam

1. adil macam _____________
2. sombong mcam _________
3. bersinar seperti _________
4. besar macam ________
5. berat macam ___________
6. baik macam ________
7. betul macam _______
8. bijak macam _______
9. cerah macam _______
10. cantik seperti ________

ok... nant soalan ni akan disambung untk sesi seterusnya... fighting!!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 05:56 PM | Show all posts
1. adil macam __hakim
2. sombong mcam  merak
3. bersinar seperti _bintang
4. besar macam _gajah
5. berat macam _batu
6. baik macam _nabi
7. betul macam _bendul
8. bijak macam _pendeta
9. cerah macam _siang
10. cantik seperti _bidadari

hehhehe...try jek nie..betul x cikgu??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2007 06:12 PM | Show all posts

Reply #175 mellyZ's post

1&2. Btol!!!
3. seperti permata
4&5.Btol!!!
6. baik macam malaikat.
7-10. Btolllll!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2007 08:09 PM | Show all posts
ok apa kate lpas penat2 jawab soalan kite bace cite lawak2 plak.... hehehe  so kita ENJOY!

RELAKS KEJAP!
Sopan dlm BAs

PAda suatu hari Nabil menaiki bas seperti biasa untk ke tempat kerjanya. Semasa dlm bas, Nabil terpandang seorang wanita jelita sedang menuju ke arahnya. Dengan mata yang tdk berkedip, Nabil memandang wanita tersebut. Wanita yg sedari tdnya menyedari akan tingkah laku Nabil mula berasa malu. Tiba-tiba Nabil berdiri dan tersenyum.

Nabil : Saudari, silakan duduk. (Sambil menjemput wanita tersebut)
Wanita : Eh! Tak apalah. Saya tak lama, sy boleh berdiri di sini saja.
Nabil : Silakan, saudari duduklah di sini.
Wanita : TAk apalah. Awak saja yg duduk (menolak kembali Nabil duduk ke kerusi)
Nabil : Eh! Saudari duduk la. (bangun kembali)
Wanita : TAk apa. Saya boleh berdiri saja. (sambil tersenyum-senyum)
Nabil : Kenapa awak ni degil sangat? Sekarang tempat perhentian sy dh terlepas. Sy bukan nk bg awk duduk, tp sy nak keluar!
Wanita : (Muka merah padam menahan malu)
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 08:50 PM | Show all posts
Memilih ayat yg sama maksud.

1 Amalan bergotong-royong merupakan suatu perkara yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia
A Perpaduan kaum di Malaysia dapat diwujudkan melalui amalan bergotong-royong.
B Amaln bergotong-royong amat penting di Malaysia kerana dpt mewujudkan suasana yg erat.
C Perkara yg perlu dlm kalangan masyrakat Malaysia yang berbilang kaum ialah bergotong-royong.
D Hubungan antara kaum dapat dikekalkan sekiranya kita melksanakan semua kerja bersama-sama.

2 Kajian yg dijalankan oleh sekumpulan pakar perubatan itu telah berjaya menemukan ubat untk penyakit HIV
A Penemuan ubat untk pesakit HIV telah berjaya ditemui oleh pakar perubatan itu.
B Kajian yg dijalankan telh menyebabkan ubat untk pesakit HIV telah berjaya ditemui.
C Ubat untk pesakit HIV telah berjaya ditemukan oleh sekumpulan pakar perubatan melalui hasil kajian mereka.
D Sekumpulan pakar perubatan telah menjalankan kajian untk mengenalpasti ubat untk pesakit HIV.

3 Sikap mengutamakan barangan import hanya merugikan diri sendiri dan menjejaskan ekonomi negara.
A Individu yg meminati barangan import sebenarnya tidak menguntungkan diri sendiri.
B Sikap mengagungkan barangan import tidk menguntungkan diri sendiri dan ekonomi negara turut terjejas.
C Ekonomi negara akan terjejas dan rakyat akan mengalami kerugian jika terlalu membeli barangan import.
D Sikap mengutamakan barangan buatan luar negara akan merugikan negara.

4 Ekspedisi mendaki Gunung Jerai terpaksa ditangguhkan kerana berlakunya tanah runtuh akibat hujan yg turun dgn lebat sejak dua hari yang lalu.
A Lawatan ke Gunung Jerai tidak dpt dilakukan krn hujan turun dgn lbat sejak dua hari yg lalu.
B Tanah runtuh akibat hujn turun dgn lebat telah menyebabkan ekspedisi ke Gunung Jerai dibatalkan.
C Kejadian tanh runtuh akibat darpda hujan yg turun dgn lebat sejak dua hari yg lalu tlh menyebabkan ekspedisi ke Gunung Jerai ditangguhkan.
D Ekspedisi ke Gunung Jerai terpaksa ditangguhkan krn tanah runtuh dan hujan lebat.

5 Kajian menunjukkan bahawa kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar berpunca drpd kurangnya dorongan drpd ibu bapa.
A Menurut kajian, kurangnya galakan membaca drpd ibu bapa merupakan punca kurangnya minat membaca dlm kalangan pelajar.
B Ibu bapa tidk membaca menyebabkan anak-anak juga tdk minat membaca di sekolah.
C Setelah kajian dijalankan, pelajar tdk tahu membaca di sekolah krn ibu bapa tdk memberi dorongan.
D Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tdk minat membaca di sekolah.

Memilih ayat yg betul

1 I Encik Azlan tdk berasa malu untk mengambil peperiksaan SPM semula walaupun dia telah bekerja.
  II Kanak-kanak itu saling berkejaran semasa bermain di padang.
III Pakaian itu dicuci oleh emak pada padi tadi.
IV Badannya yg gemuk kelihatan kecut setelah bersenam setiap hari.

A I, II dan IV
B II, III dan IV
C I, II dan III

2  I Rumahnya kelihatan begitu jelas sekali dr atas bukit.
   II Pemandangan di kampungnya amat indah.
  III Rumah banglo di Taman Pelangi besar-besar.
  IV Jika sekiranya sy terpilih dlm perkhemahan itu, sy akan memberi komitmen yg sebaiknya.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I. II dan III

3  I Mereka melancong ke Pulau Langkawi atau Pulau Pangkor.
   II Sy tdk tahu bahawa dia anak Datuk Harun.
  III Wanita yg berbaju biru itu sepupu sy.
  IV Kami berdoa agar anda cepat sembuh.

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

4  I Tolong berikan buku ini kpd Suhaimi.
   II Petani itu mengalirkan air dr sawahnya.
  III Pengetua sekolah tlh menyampaikan cenderahati kpd para peserta perkhemahan bahasa.
  IV Ibu memasakkan ayah nasi.

A I,II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

5  I Ibu mengirimi kakak bungkusan kuih raya.
   II Adik bukan hendak mandi ttp hendak tidur.
  III Kuih talam tu masih belum berasa manis walaupun telah ditambah gula.
  IV Berbagai jenis peralatan dapur dijual di pasar raya itu.

A I, II dan III
B II, III dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

Okey... selamat menjawab!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 08:56 PM | Show all posts
  RelAks SeKejaP!

Sedikit Cakap Banyak Kerja

Guru : Murid-murid, cuba beri contoh siapa yg menghayati dan mengamalkan pepatah 'sedikit cakap, banyak kerja'?
Murid : Pencuri dan penyeluk saku di pasar, cikgu!

Alamat

Rosli : Kamu menulis surat untuk siapa, Nal?
Zainal : Untk temnku di Johor Bahru.
Rosli : Kenapa alamatnya tdk ditulis sekali?
Zainal : Kerana hendk bertanyakan alamatnyalah, sebab aku menulis surat ini.
Rosli : ??????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2007 05:37 PM | Show all posts
dah lama sunyi thread ini...

Naru nak penjelasan tentang frasa kerja... ada kekeliruan... tolong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.097475 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list