CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4511|Reply: 19

macam mana nak jaga solat & makan minum masa business trip dsb???

[Copy link]
Post time 3-10-2005 01:22 PM | Show all posts |Read mode
Saya hendak minta opinion untuk scenerio di mana kita berkerja dalam tempat di mana orang Islam adalah minority:
katakanlah kamu dalam business trip dalam negara yang practik Islam memang tak lazim seperti USA, Thailand, Taiwan dsb. Dan kamu perlu jumpa colleagues/customers kat sana, ada schedule-nya, ada lunch-nya, ada dinner-nya, ada seminar-nya.  Macam mana hendak menunaikan solat dan jaga makan minum. Lagipun susah nak cari benda makan minum halal.
Apatah lagi pergi dengan boss yang bukan orang Islam.  Dalam Malaysia senanglah sebab kebanyakan orang dah understood; macam mana kalau kerja kat Singapore contohnya, bukan ramai syarikat / boss yang understanding ni?
Paling senang reject saja business trip ni kan? Macam ni bersedialah mengorbankan pekerjaan macam ni, betul?
Apakah pengalaman kamu sekalian, boleh share-tak?
Soalan tambahan: adakah kamu solat zohor / ashar kat office, ada apa kesukarannya?

[ Last edited by EddyAdy at 7-10-2005 09:10 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2005 01:36 PM | Show all posts
Originally posted by EddyAdy at 3-10-2005 01:22 PM
Saya hendak minta opinion untuk scenerio di mana kita berkerja dalam tempat di mana orang Islam adalah minority:
katakanlah kamu dalam business trip dalam negara yang practik Islam memang tak lazi ...


rasanyer xde masalah.... kalo masa posa kena ikut business trip & diorg ada schedule breakfast / lunch / tea time.... x yah laa join masa makan tu... g duduk tpt lain (keluar jenjalan ke...)

kalo ur collegue tanye pasal x join makan / mnum... tell them that u r fasting.... kalo setakat kat spore - 99% of them knew abt the muslim fasting.... kalo kat negara lain... inform diorg baik2.... insya-allah xde masalah....

org islam yg merantau carik rezeki kat negara bukan islam - ramai.... bukan 1/2 org.... setakat nie - alhamdullilah xde masalah kan?

pasal solat tu.... masa lunch break kan bole pegi (zuhur) - asar plak, bole pegi time tea break (kalo kat spore time keje abis dlm kul 5.30 - sama mcm msia)... so, shudnt be a big problem....

pasal makan minum... go for a vegetarian....

x payah laa sampai nk korban keje....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 05:11 PM | Show all posts
Kalau dalam business trip pendpat saya boleh jamak.

Qutaibah bin Said radiallahu-anhu menerangkan:

Adalah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam peperangan Tabuk, apabila hendak berangkat sebelum tergelincir matahari, beliau mengakhirkan solat Zohor sehingga dikumpulkan solat Zohor kepada solat Asar dan lalu beliau mendirikan kedua-duanya serentak.
Apabila beliau hendak berangkat selepas tergelincir matahari maka beliau bersolat Zohor dan Asar serentak (dalam waktu Zohor) kemudian beliaupun berangkat.
Apabila beliau berangkat sebelum Maghrib maka beliau mengakhirkan solat Maghribnya sehingga disolatkan bersama solat Isyaknya.
Dan apabila beliau berangkat selepas waktu Maghrib maka beliau mengawalkan solat Isyaknya lalu disolatkan bersama solat Maghrib (dalam waktu Maghrib).


Saya pastekan lagi seterusnya dari http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg211.htm

Ulama'-ulama' mutakhir kemudian memperluaskan syarat kesukaran ini ke arah  konteks yang lebih menyeluruh, seperti umpama seorang doktor yang melakukan pembedahan sehingga berjam-jam lamanya, seseorang pekerja shif yang diwajibkan oleh majikannya untuk tetap bekerja secara berterusan sehingga melepasi waktu solat, seorang pelajar yang menghadiri kuliah atau peperiksaan di luar negara di mana jadual kuliah atau peperiksaannya itu mengjangkaui waktu solatnya, seorang peguam yang terpaksa menghadiri kes perbicaraan tanpa diberi waktu rehat oleh tuan hakim dan sebagainya. Semua contoh-contoh ini dan apa-apa yang seumpama membolehkan solat-solat dijamak. Hukum kebolehan ini tetap berhubung-laku samada di perkampungan asal ataupun ketika dalam perjalanan ataupun setelah tiba di destinasi perjalanan.



Selain dari jamak kita boleh mengqasarkan sembahyang kalau kita bermusafir.  Sila baca
http://www.al-firdaus.com/musafir/bhg212.htm

Adapun mazhab kita menyebut maksimum 1 hari utk perjalanan pergi, 3 hari utk bermalam dan 1 hari utk perjalanan pulang untuk seseorang dikatakan musafir,  ada riwayat yang menyebut nabi berada di Mekah 10 hari dan masih mengqasarkan sembahyang 4 rakaatnya.

Terpulang mana kita yakin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2005 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 3-10-2005 01:36 PM


rasanyer xde masalah.... kalo masa posa kena ikut business trip & diorg ada schedule breakfast / lunch / tea time.... x yah laa join masa makan tu... g duduk tpt lain (keluar jenjalan ke... ...


isk... sori laaa.... termasuk bab puasa pulak... sori yek.... mengong pulak petang2 nie....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2005 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 3-10-2005 01:36 PM


pasal solat tu.... masa lunch break kan bole pegi (zuhur) - asar plak, bole pegi time tea break (kalo kat spore time keje abis dlm kul 5.30 - sama mcm msia)... so, shudnt be a big problem....

pasal makan minum... go for a vegetarian....


Macam mana kalo in tempat luar negeri, waktu zohor tu adalah lepas lunch time office, dan lepas lunch time kita ada tight schedule sample waktu ashar atau lebih lewat lagi?

And, vegetarian bukan semestinya halal kan? Boleh tak kita makan vegetarian atau daging lain (ayam, lembu) kalau betul-betul tak dapat cari makanan halal? Gelilah tak tau apa yang dicampurkan dalam dapur.

Sebenarnya bukan saja luar negeri, dalalm Malaysia pun banyak business entertainment kan sampai malam hingga solat pun diabaikan?

Just my thought, sorri kalau sesiapa yang tersinggung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 11:07 PM | Show all posts
Dalam hal bersolat dalam keadaan yang agak mendesak ni, dulu saya ada tulis sikit-sikit tentang kelonggaran, yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya anda yakin dengannya. Ini mungkin berguna dalam keadaan seperti waktu winter yang waktu solatnya sangat rapat, sehingga sukar untuk kita atur dengan tuntutan kerja dll, dan keadaan lain yang mungkin mendesak. Mungkin boleh lihat dalam thread ini : http://forum.cari.com.my/viewthr ... p;extra=&page=3 posting number 67. Ada sedikit dari pendapat Imam Nawawi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2005 01:22 AM | Show all posts
paling susah skali rasanya di vietnam.. sbb apa2 makanan diorang semuanya ada babi. sampaikan minyak menggoreng, air rebusan semua daripada babi. so, bagi aku... kalau diorang offer apa2 makanan pun.. kita boleh tolak cara hormat kan? kita mintaklah skyjuice ker.. makanan pun boleh mintak buah2an yg fresh picked (bukan yg dibuat jeruk atau asam). kalau org yahudi lagi particular pasal makanan.. semuanya mesti kosher.. naper tak kita nie sama jugak pertahankan ketegasan kita?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2005 11:31 AM | Show all posts
Kita terang kan secara baik dan hormat..inilah peluang kita nak berdakwah..jgn takut..yakin pertolongan Allah pasti ada.

Saya pernah melihat seorg jerman bertengkar dan menolak mentah-mentah permintaan bossnya utk bekerja pada hari Ahad kerana dia hendak ke geraja.

Jika mereka tegas mempertahankan kepercayaan merka yg salah ..kenapa kita mesti takut?


Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 10:28 AM | Show all posts
masa study dulu pernah sembahyang kat atas rumput jer..
summore winter lak tu.. sejuk oo nak ambik air sembahyang...

kalau masa kerja kat obersea lak..
sembahyang dlm meeting room...
tepuk dada tanya iman jer... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 06:04 AM | Show all posts
tu lar pasal.... hendak seribu daya, taknak seribu dalih kata org..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2005 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by takumi86 at 10-10-2005 10:28 AM
kalau masa kerja kat obersea lak..
sembahyang dlm meeting room...

macam mana kamu orang, ada tempat solat dalam company tak?
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 14-10-2005 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by EddyAdy at 14-10-2005 07:46 AM

macam mana kamu orang, ada tempat solat dalam company tak?


Eddy,

I kerja kat MNC di malaysia ..... plant kat Malaysia ada tempat solat .. so no problem. Tapi I selalu pergi kat mother plant in US. Kat sana memang susah nak ambil air sembahyang, basuh kencing dan tak dak tempat sembahyang.

Bolehlah saya share cara saya bila dalam keadaan demikian (tak semestinya cara saya betul - kalau salah tolong betulkan OK?)

- Basuh kencing, ambil tissue dan basahkan dgn air dan titikkan air tu utk basuk kencing.
- Basuh berak - nie susah sikit. Kat hotel tak apelah, tapi kat public toilote susah sikit. Tapi I mula2 guna tissue, kemudian celup tissue dalam air dan cuci dgn tissue tu. Kalau ada bekas botol besar senanglah, isikan aja air dan basuh dgn air macam tu saja.
- Ambil air sembahyang - part yang paling susah ialah nak basuh kaki. Takkan nak masukkan kaki dalam sink kot . Actually there is one option. Kita halusi pendapat2 dan cara2 yang kurang popular (sebenarnya dalam mazhab shaffei pun ada). Basuh kaki dng cuma sapukan air diatas stokin tanpa  menyentuh kulit kaki - sekadar lalukan tangan atas stokin (sapukan saja jangan curah air pula ). Tapi kenalah tau cara2nya
     1) Sebelum memakai stokin kita terlebih dahulu perlu mengambil air sembahyang secara normal (basuh kaki sepenuhnya). Kalau pecat stokin dan time tu kita tak ada wudu', kena ambil wudu' cara biasa dan pakai stokin.
     2) Cara nie cuma valid utk 1 hari. WHat it mean, esoknya kita kena go back to step # 1 walaupun kita tak pecat stokin masa tidur. Kalau musafir boleh bertahan sampai 3 hari.
     3) Note that zaman nabi stokin diperbuat dari kulit. Jadi sesetengah berpendapat stokin perlulah stokin kulit, tapi ada pendapat membolehkan dilakukan pada stokin biasa juga. Sesetengahnya cuma menyapukan diatas kasut sahaja dan mereka pun bersembahyang dgn kasut.
- Sembahyang. Sembahyang tanpa membuang kasut atau buang kasut tu ikut kesesuaian masa/tempat lah.
      . Kalau keadaan tak mengizinkan, sembahyang secara duduk macam I pernah buat kat airport di Los Angeles sebab tak dak ruang utk sembahyang lagipun takut security tu suspect kita dok pasang bom bila tengok kita dok ruku' dan sujud kat tempat tersorok. Duduk atas bangku atau kerusi dan bersembahyang.
      . Kalau kat office pula I either pergi kat conference room, lock dan sembahyang. Ataupun cari tempat lapang kat padang ke mana2 ke or parking lot.

Terlupa nak cakap pasal makanan pula. Selalunya I boleh survive dgn roti product saja kalau tak ada benda halal lain. Kalau terpaksa juga .... ambil vegeterian ...

What it mean we just need to try our best with our knowledge within our capability and leeave it to Allah for the rest.

[ Last edited by Gapodio at 14-10-2005 10:05 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2005 01:14 PM | Show all posts
aku suka sangat cara ko gapodio...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2005 12:56 AM | Show all posts
eddy kau kena beritahu mereka yang bukan islam ni masa sembahyang kau, mereka ini tak tahu sebenarnya. sedangkan non muslim dalam malaysia ini pun ada yang tak tahu. kalau kau layan meeting kau tu melayang kau dibuatnya. cuba satu hari bila waktu zuhur ke kau minta diri untuk solat ....tak kan mereka nak halang kot...tempat sembahyang tu tak jadi halangan kalau kau tahu kau selalu travel sana sini sedialah tikar yang mudah kau bentang untuk jadikan sembahayang. tentang makanan pula  kalau kau mengaku menjadi vegetarian untuk sementara waktu tak jadi masalah..faktor utama disini ialah kau kena beritahu diorang dan tak boleh expect orang semua tahu tentang islam...dalam waktu yang sama kau juga berdakwah dengan mereka
Wallahua'lam....
p/s roti pun kena hati2 juga gapodia sebab ada juga roti2 yang dibuat menggunakan animals fat....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2005 09:24 PM | Show all posts
bab istinjak sebenarnya sah menggunakan kertas (tissue). asalkan pada kertas tu tidak ada tertulis ayat Quran atau kalimah2 suci. yang penting najis (air kencing atau tahi) tidak terkena pada tempat lain selain dari tempat keluarnya (lubang dubur shj lah bagi air besar). ambil tissue dan sapukan tiga kali dgn tiga tissue berbeza ataupun sehingga hilang warna, bau dan rasa.

i was in various non-Muslim countries, pasal solat kalau kita bagi tau dia, insya Allah dia orang boleh terima. they respect our religious believes if we know how to respect ourselves. saya masa gi korea ada taekwondo championship sambil tunggu my bout solat je lah dekat tepi ring beralaskan wind breaker. setakat yang saya tahu, only the Malaysia Muslims yang rasa pelik. org lain bila saya beritahu I have to pray they were ok with it.

I was in Vietnam and prayers was again never a problem.

bab berwudhuk dengan stokin tu jumhur ulama berpendapat boleh menyapukan air dgn tangan atas stokin dengan syarat kita telah berwudhuk penuh sebelum memakai stokin dan stokin yang kita pakai tu agak tebal yang mana kalau kita sapukan air (sapu bukan jirus) air tak kena kulit.

and about food, i can survive with roti and adik beradiknya. and in few countries i go vegetarian or kosher.

just my 2 cents.

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Gapodio This user has been deleted
Post time 23-10-2005 02:26 AM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 22-10-2005 09:24 PM
bab istinjak sebenarnya sah menggunakan kertas (tissue). asalkan pada kertas tu tidak ada tertulis ayat Quran atau kalimah2 suci. yang penting najis (air kencing atau tahi) tidak terkena pada tempa .......


.... setakat yang saya tahu, only the Malaysia Muslims yang rasa pelik. org lain bila saya beritahu I have to pray they were ok with it.....



I totally agree with you. And yes the muslim yang selalunya rasa pelik bila tengok kita sembahyang tempat awam. Contohnya kalau kita pergi berkelah dan sembahyang kat tempat berkelah .... mesti orang melayu Islam jeling2 dan rasa pelik kenapa mamat tu sembahyang kat public.

I pernah sembahyang kat atas pantai di US beralaskan suratkhabar and none of them care or jeling2. Kalau kat dalam kapalterbang pun I rasa lagi senang nak sembahyang sambil duduk kalau yang duduk sebelah kita tu bukan muslim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


yushar This user has been deleted
Post time 23-10-2005 01:30 PM | Show all posts
org bkn islam terutamanya kat oversea skrg ni dah tak ambil peduli dah apa yg kita buat..
kalau nak solat, cari je tempat terlindung sikit, solat je kat situ..
tp kalau ada yang paham, masa gi business trip ke oversea, kilang tu siap sediakan tmpt solat lagi..
sebab selalu sgt org msia gi sana..
ni jenis yg paham la..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2005 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by beemer318Ci at 22-10-2005 09:24 PM
and about food, i can survive with roti and adik beradiknya. and in few countries i go vegetarian or kosher


Nampaknya kebanyakan pilih roti...... kalau bersama sekumpulan orang yang non muslim, kamu makan keseorangan (dalam bilik hotel?) langsung asing dari mereka, atau just separate table aje? Atau join table? Takut-takut nanti orang kata kita ni anti-social pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by EddyAdy at 25-10-2005 01:47 PM


Nampaknya kebanyakan pilih roti...... kalau bersama sekumpulan orang yang non muslim, kamu makan keseorangan (dalam bilik hotel?) langsung asing dari mereka, atau just separate table aje? Atau  ...


Kalau nak bersosial, tak semestinya perlu makan apa mereka makan. Cukup sekadar bersama mereka di meja yang sama, berbual-bual dsb. Apa yang boleh dimakan, makanlah... jika tak ada yang boleh di makan, minum saja lah...

Benda ni sebenarnya tak sesusah mana... orang bukan Islam boleh faham perkara ni... jika di negara barat lebih mudah, rata-rata mereka boleh faham juga.. sebab orang Yahudi pun ada restriction makanan yang ketat macam kita juga...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2005 04:07 PM | Show all posts
Saya ada baca dalam Q&A dari web http://www.karangkraf.com.my/E-M ... ize=5&sqlQuery=

Nama : dandelion

Soalan :
ustaz, saya seorang penuntut di luar negara. apa hukumnya makan di restoran yang turut menyediakan najis mughalazah walaupun kita hanya memnta sayur-sayuran? perlukah diragui kebersihan jika kita tidak nampak? sejauh mana kita boleh tawakkal dan bersangka baik terhadap kebersihan makanan?

Jawapan :
Haram makan di restoran yang menyediakan makanan haram.

Tarikh : 30/11/2004


Nampaknya ustaz ini ketat juga yek ;) ADA KOMEN TAK?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.380876 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list