CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: miau

perkembangan kehamilan...

[Copy link]
miau This user has been deleted
 Author| Post time 10-10-2005 12:42 PM | Show all posts
herm..jgn ingat dah habis...nanti miau update lagi info2 perkembangan deria janin, kalendar kehamilan & sebagainya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2005 09:21 PM | Show all posts
wah..miau...rajinnyerr u nie...best !! teruskan niat murni u tu...ok...
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 11:23 AM | Show all posts
virgo TQ...:love:

kita sambung....

Perkembangan deria janin:cak:

pendengaran


janin yg sdg membesar akn memberi tindakbalas kpd bunyi bising pada usianya sembilan minggu. pada penghujung trimester kedua, dia boleh mendengar & mengenali bunyi, misalnya degupan jantungnya menjadi perlahan apabila ibunya bercakap.

[b]rasa

tunas rasa terbentuk pada sekitar minggu ke-7 atau ke-8,  pada minggu ke-14 terdapat beberapa bukti yg mengatakan janin dpt merasakan rasa pahit, manis atau masam di dlm cecair amnion. manakala utk pancaindera yg lain, bayi menggunakan deria rasanya utk meneroka rahim di sekelilingnya. ultrabunyi juga menunjukkan bayi menjilat plasenta & dinding uterin.

bau

cecair amnion yg ditelan oleh bayi di dlm rahim sebenarnya mpy bau si ibu! adaa kemungkinan dlm tempoh beberapa jam selepas dilahirkan, bayi mengenali ibunya melalui bau berbanding melihat penglihatan. dia juga boleh menghidu apa sahaja yg dimakan oleh ibunya spt bawang putih & rempah ratus.

penglihatan

janin yg berusia 16 minggu boleh membuka matanya & melihat sekelilingnya meskipun tidak banyak yg dpt dilihatnya. walau bagaimanapun, kajian menunjukkan janin akan terkejut jika cahaya yg terang disuluhkan pada abdomen ibu & jika cahaya yg suram dihalakan pada posisi yg sama, janin akan berpusing perlahan2 ke arah cahaya tersebut.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 01:07 PM | Show all posts
Shin pun lama tak membuang. Macam-macam buah telan. Air pun berbotol minum. Masih sama.

Pening kepala makin melarat. Malam tadi lepas maghrib makan sedikit kemudian makan ubat terus tidur. Sedar-sedar 3 pagi. Pening lagi, gagahkan juga isyak.

Loya ada, tapi tak nak keluar.
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 01:24 PM | Show all posts
shin, camne ya? tadi jupe dr, scan n nampak laa kantung baby.. baru nak menjadi, Alhamdulillah.. saya ada tanye dr pasal takleh membuang... dr kate kena makan banyak buah buahan la... dr jugak pesan nati saya akan loya n muntah muntah.. takutnya.. tp pagi tadi hubby yg nak muntah n mengantuk...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 01:46 PM | Show all posts
miau, thanks very much. rajinya miau type.  suka sgt baca info2 ni. thanks for sharing.

baby skrg dah nak masuk 13 weeks.

bagi yg susah nak membuang tu, mmg perkara normal. baby pun mmg susah nak membuang. tapi setelah amalkan mkn betik & pisang alhamdulillah senang sikit,  3 hari sekali.  buah2 yg senang utk membuang is betik, pisang & prune. cuba la.

marcella dah berapa minggu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 01:59 PM | Show all posts
saya pergi klinik tadi... dr cakap 4 minggu... dah nampak dah kantung dia masa dr scan... dr cakap saya mengandung dalam rahim.... saya menangis tadi, malu betul..  dr bg folic acid..

ok, nati saya suruh abg beli betik, pisang n prune.. tq baby..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 02:34 PM | Show all posts
betik, papaya dan prune? Shin asyik makan sour plum, buah lai dan strawberry. Hihihihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 02:34 PM | Show all posts
hi shin, baby enjoy reading k... marcella, naper nangis?..terharu yer....

ok.. panjang sikit yg ni..so, satu2 k...

masalah lazim sepanjang kehamilan

kekejangan perut

pada permulaan tempoh kehamilan, biasanya andaa akn merasai kekejangan di perut seolah2 rasa sebu semasa kedatangan haid. ini mungkin berkait rapat dgn perubahan hormon dlm bdn anda. apabila rahim semakin membesar, ligamen yg menyokong rahim yg berada di tepi ke2-2 belah rahim juga ditarik & mengalami regangan. kesakitan ini biasanyadialamai antara minggu yg ke-18 & ke-24. jika anda mengalami sakit yg diiringi dgn rasa senak perut, ini mungkin kontraksi braxton hicks. ini mungkin satu petanda bahawa anda terlalu letih. oleh yg demikian, eloklah anda banyakkan berehat.
elakkan drpd mengubah kedudukan dgn cepat, terutamanya apabila memusingkan bdn dgn menggunakan pinggang. apabila anda mula sakit, bongkokkan badan anda bagi meredakan sakit seraya berehat seketika & kemudiannya bergerak semula secara perlahan. pad pemanas,:hmm: mandi air panas atau botol air panas dpt meredakan sakit yg dialami. rujuk kpd doktor anda jika kekejangan yg anda alami terlalu sakit & mengakibatkan perndarahan faraj, sakit bahu atau rasa pitam....
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 02:41 PM | Show all posts
sakit belakang

sakit belakang lazimnya dikaitkan dgn postur yg tdk betul. apabila bayi anda semakin membesar, anda mungkin melengkungkan belakang anda bagi mengimbangi berat & ini menyebabkan sakit belakang yg biasanya berlaku di bahagian bawah belakang anda atau di bahu anda. apabila hampir di penghujung tempoh kehamilan anda, bayi anda akn bergerak ke bahagian pelvis bagi menyediakan dirinya utk dilahirkan:love: & kepalanya akn menekan ke bahagian bawah belakang anda yg boleh menyebabkan belakang anda terasa sakit.

*pakailah kasut bertumit rendah yg mpy sokongan yg elok.
*elakkan mengangkat brg yg berat atau membongkok utk mengangkat sesuatu benda.
*pastikan katil anda tidak lembik & jika terlalu lembik, letakkan sekeping papan antara tilam & kotak spring katil.
*tidur secara mengiring dgn satu lutut membengkok & bahagian atas kaki & perut anda disendal dgn bantal. tukar kedudukan anda bagi mendapatkan keselesaan sebagaimana yg perlu.
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 02:42 PM | Show all posts
miau, saya tak sangka mengandung.. mmg saya rasa saya mengandung tp lepas dr buat ujian darah baru saya yakin.. tambahan pula masa dr scan ternampak kantung.. saya ni mudah mengeluarkan air mata sket..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 02:53 PM | Show all posts
perubahan payudara


payudara anda mungkin mengalami bnyk perybahan dlm tempoh permulaan kehamilan anda. dlm minggu ke-6 hingga minggu ke-8 kehamilan anda, payudara anda mungkin menjadi lebih besar.:cak: ini adalah kerana lapisan lemak payudara semakin menebal & kejadian kelenjar susu yg semakin bnyk. payudara anda juga mungkin terasa sakit sedikit & puting susu & kulit di kawasan sekelilingnya mungkin bertukar menjadi warna yg gelap.

dlm minggu ke-12 hingga ke-14 kehamilan, payudara anda mungkin mengeluarkan kolostrum. ini merupakan bahan berwarna gelap yg mengandungi protein, garam galian & antibodi yg dicernakan sebagai makanan pertama bagi bayi anda apabila dilahirkan kelak.

kolostrum mungkin mengalir keluar drpd payudara anda dgn sendiri atau apabila diurut. anda TIDAK PERLU meletak krim atau losyen khas di payudara anda. memadailah membasuh payudara & puting susu anda dgn air suam & sabun apabila mandi.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 02:58 PM | Show all posts
sembelit - ha notice utk shin & marcella

sekurang2nya separuh dr semua wanita hamil mpy masalah sembelit. ini berlaku kerana perubahan hormon yg melambatkan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman. pada minggu2 yg terakhir, tekanan dr rahim membesar boleh menjadikan masalah ini lebih teruk.

*minum 6-8 gelas air setiap hari.
*makan makanan yg mengandungi kandungan serat yg tinggi spt buah2an & sayur2an mentah & bijiran bran
*rujuk kpd doktor anda jika tiada perubahan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2005 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by marcella_dccu at 11-10-2005 01:59 PM
saya pergi klinik tadi... dr cakap 4 minggu... dah nampak dah kantung dia masa dr scan... dr cakap saya mengandung dalam rahim.... saya menangis tadi, malu betul..  dr bg folic acid..

ok, nati s ...



heheheh terharu ya marcella,  this your 1st pregnancy ke? baby pun masa tengok tu mmg rasa terharu sgt, how wonderfull ciptaan tuhan ni kan.
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 03:30 PM | Show all posts
sesak nafas

apabila bayi anda semakin membesar, rahim juga membesar & menekan diafram ke atas ke arah paru2 yg menyebabkan sesak nafas. pada minggu ke-36 hingga ke-38, pernafasan menjadi lebih mudah kerana kepala bayi sudah pun bergerak ke bawah ke dlm ruang pelvis. bagi mengurangkan sesak nafas, cuba kurangkan aktiviti anda agar jantung & paru2 tdk perlu bekerja begitu kuat. duduk secara tegak & tidak membongkok & tidur secara menyandar
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 03:39 PM | Show all posts
demam selsema

jika anda ingin mengurangkan jangkitan demam selsema, anda mesti terlebih dahulu meneliti label ubat & merujuk kpd ahli farmasi atau doktor anda mengenai keselamatan mengambil ubat itu sewaktu tempoh kehamilan. ubat yg anda rasakan tdk merbahaya mungkin boleh menyebabkan mudarar pada bayi anda.
apbila anda terkena jangkitan ini ketika mengalami rasa loya, muntah atau cirit birit anda perlu mkn sedikit2 & meminum air dgn banyak. rujuk pada doktor sekiranya suhu badan anda melebihi 38.5 deg c.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by miau at 11-10-2005 02:58 PM
sembelit - ha notice utk shin & marcella

sekurang2nya separuh dr semua wanita hamil mpy masalah sembelit. ini berlaku kerana perubahan hormon yg melambatkan perger ...

terima kasih miau... baik btl hati miau sebab sudi taip untuk kami berdua yg sembelit ni..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 04:01 PM | Show all posts
kelesuan & kesukaran utk tidur

lumrahnya, anda berasa letih terutamanya pada permulaan & penghujung tempoh kehamilan anda. dptkan tidur yg cukup pd mlm hari & rehat yg diperlukan di sian hari. kurangkan minum air pd waktu mlm bg mengelakkan anda kerap ke bilik air. walaubagaimanapun, pastikan anda mendapat sekurang2nya 6-8 gelas air di sian hari. elakkan kafein pada waktu mlm & sebaliknya cuba minum susu yg suam. bersenam selalu tetapi jgn berlebihan. mandi air suam sebelum waktu tidur mungkin dpt membantu anda melelapkan mata dgn lebih mudah. rehatkan diri anda bila ada masa terluang & kurangkan aktiviti yg anda lakukan di rumah jika anda berdiri atau berjalan sewaktu bekerja...
Reply

Use magic Report

marcella_dccu This user has been deleted
Post time 11-10-2005 04:03 PM | Show all posts
Originally posted by baby102 at 11-10-2005 03:15 PM



heheheh terharu ya marcella,  this your 1st pregnancy ke? baby pun masa tengok tu mmg rasa terharu sgt, how wonderfull ciptaan tuhan ni kan.

ya baby.. ni yg pertama..
Reply

Use magic Report

miau This user has been deleted
 Author| Post time 11-10-2005 04:09 PM | Show all posts
pening kepala

sebilangan wanita hamil mengadu pening kepala pd peringkat awal kehamilan & kadangkala hampir pada waktu hendak bersalin. ini mungkin disebabkan oleh perubahan peredaran, faktor2 seperti flu atau sesuatu penyakit spt hipertensi, kencing manis atau gangguan tiroid.

apabila anda berasa pening kepala, baring & tinggikan kaki anda sedikit. berehatlah & banyakkan minum air. rujuk kpd doktor jika anda mengalami gejala spt penglihatan yg kabur, pitam, pening kepala yg teruk atau peningkatan berat badan yg mendadak yg melebihi 2kg dlm seminggu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.235895 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list