CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ustaz_SUFI

INFO UNTUK MENGELAK MATI PUCUK!!!

[Copy link]
Post time 4-12-2005 05:42 PM | Show all posts
keep fit, muscular, jogging selagi mampu, maintain six pack, pendek citer, excercise la weh, main bola/hoki/tennis/ what soever yg active...then baru le DIA jadik best dan partner pun best arrr.nnti time bersama mesti IN HEAVEN...uhuhuh...

p/s owh heaven...:gila:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2005 07:09 PM | Show all posts
laaaa..berapa ramai nama Thamby ni?:lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2005 02:13 AM | Show all posts
Originally posted by epitome at 26-10-2005 10:59 PM
haku penah dgr org jual obat kuat seks kat kaki lima cakap...
jgn bagi isteri pegang  or kulum zakar anda... akan menyebabkan mati pucuk cepat
reason: tgn isteri selalu pegang bawang kat dapor..
...


aku jarang potong bawang..selamat kot nak pegang ..hehehheh
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2005 02:42 AM | Show all posts
errr..pe kaitan pengang bawang ngan batang eh???heran gak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2006 03:26 AM | Show all posts
OK OK OK ......
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by R2D2 at 27-10-2005 12:15 AM
normally yg kuat merokok, kebarangkalian MATI PUCUK adalah tinggi


Yg nie biasa dengar, yg merokok rokok daun memang sah mati pucuk.....

















Tapi.....pucuk daun tue yg mati...
jangan marah tau....:love:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2006 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by R2D2 at 27-10-2005 12:15 AM
normally yg kuat merokok, kebarangkalian MATI PUCUK adalah tinggi


Yg nie memang betul............ terutama yg merokok rokok daun...















Tapi...... pucuk daun tue yg mati....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2006 03:40 PM | Show all posts
soryyyyyyyyyyyyy..... server buat hal pulak :siok:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2006 10:34 AM | Show all posts

MATI PUCUK

PADA 1994, kajian ke atas lelaki berumur di Massachusetts mendapati bahawa lebih setengah bilangan lelaki berusia antara 40 hingga 70 tahun menghadapi masalah untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan. Ia juga berlaku di kalangan pemuda berusia 20-an dan 30-an. Manakala, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa usia purata penghidap penyakit lemah tenaga batin atau erectile dysfunction di benua Asia lebih muda dengan penghidap di negara China bermula ketika berusia 42 tahun. Jepun dan Malaysia, 44 tahun. Secara rambang, kira-kira 100 juta lelaki di seluruh dunia dianggarkan menghadapi masalah lemah tenaga batin. Malah hampir sejuta lelaki di Malaysia akan menghadapi masalah tersebut.

Lemah tenaga batin dikaitkan sebagai ketidakupayaan yang berterusan untuk mencapai atau mengekalkan ketegangan yang secukupnya bagi menghasilkan satu aktiviti seks yang memuaskan. Ia merupakan satu masalah yang meluas namun jarang diperkatakan di kalangan lelaki terutamanya di dalam masyarakat Asia.

Bagi masyarakat Asia, adalah sesuatu yang amat mengaibkan untuk memperkatakan tentang penyakit ini secara terbuka. Banyak beranggapan 'kejantanan' lelaki terletak pada kehebatan mereka di ranjang. Justeru kerana tidak mahu diperolok-olokkan kawan-kawan, maka penghidap lemah tenaga batin lebih rela menderita dalam diam. Lebih memburukkan keadaan andai mereka juga keberatan untuk membincangkan isu ini dengan pasangan atau mendapatkan nasihat doktor.

"Lelaki yang mempunyai masalah lemah tenaga batin perlu mengambil langkah permulaan untuk mengetahui bahawa mereka tidak perlu menderita dalam diam. Walaupun, ia merupakan penyakit serius tetapi boleh diubati. Lebih baik menemui pakar urologi atau sakit tuan jika terdapat tanda awal masalah tersebut agar dapat dirawat segera," kata Pendaftar Perbidanan Pusat Rawatan Islam, Dr Mohd Daud Yahya.

Kebanyakan orang merujuk penyakit ini sebagai mati pucuk mungkin disebabkan anggapan negatif yang tertanam di benak mereka sejak sekian lama. Justeru kebanyakan lelaki mengelakkan diri daripada mendapatkan bantuan doktor. Sesetengahnya pula bimbang bahawa ujian yang dijalankan untuk mendiagnosa masalah lemah tenaga batin akan menyebabkan ketidakselesaan. Tambahan pula lelaki tidak tahu apa yang boleh diharapkan jika mereka mendapatkan rawatan dan akibatnya menimbulkan kekecewaan.

"Sebahagian besar pesakit di Asia, merangkumi 47peratus cuba mendapatkan rawatan sendiri melalui perubatan tradisional seperti berurut, minum air tongkat Ali, memakan ikan linang, serbuk badak sumbu dan ubat-ubat tradisional lain. Cara-cara tradisional boleh juga membantu tetapi fungsinya tidak sama. Urutan boleh membantu daya keteganan apabila bekalan darah dapat mengalir ke buah zakar tetapi urutan tidak meningkatkan libido (ghairah seks). Sebaliknya, amalan memakan ubat-ubat tradisional boleh meningkatkan libido tetapi bukan untuk ketegangan.

Untuk mendapatkan kepuasan seks, libido dan ketegangan perlu jalan seiring. Dianggarkan 3 8 peratus pesakit menunggu sehingga lebih enam bulan sebelum meminta bantuan doktor sementara dua pertiga lagi menunggu sehingga 12 bulan, ielas Dr Daud.

Mengapa mati pucuk berlaku?

Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya. Diabetes (kencing manis) merupakan satu-satunya masalah utama yang boleh dikaitkan dengan lemah tenaga batin. Ia boleh menimbulkan kesukaran seksual lelaki pada sebarang usia melalui gangguan sistem perjalanan darah dan saraf yang terlibat untuk merangsang ketegangan. Kesannya, kira-kira setengah daripada penghidap diabetes lelaki akan menghidapi masalah lemah tenaga batin.

"Selain berpunca daripada keadaan fizikal, keadaan psikologi juga boleh menyebabkan masalah ini. Ketegangan perasaan, bebanan kerja, keletihan, perkahwinan yang tidak harmoni juga boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah ketidakupayaan. Sebenarnya, masalah ini adalah masalah perubatan yang biasa dan lelaki tidak pernah keseorangan menghadapinya. Cuma, tanpa rawatan segera, ia boleh menyebabkan banyak masalah emosi yang seterusnya menjejaskan imej diri, hilang keyakinan, ketegangan fikiran dan masalah perhubungan suami isteri.

"Masalah kesihatan lain yang boleh menyebabkan lemah tenaga batin ialah gangguan neurologi seperti sclerosis berbilang, penyakit alzemir (angin ahmar) dan trauma akibat kecederaan pelvik atau tulang belakang. Pembedahan khususnya penyakit prostat dan terafi radiasi juga boleh menjejaskan fungsi tenaga batin sama seperti sesetengah ubat yang dipriskripsi untuk merawat penyakit seperti tekanan darah tinggi, ketegangan perasaan, penyakit jantung, ulser gastrik dan barah," katanya.

Ini dikuatkan lagi dengan pendapat Pakar Urologi merangkap Presiden Persatuan Penyelidikan Lemah Tenaga Batin bagi Asia Pasifik (APSIR), Dr Tan Hui Meng, yang mengatakan bahawa sebelum ini masalah lemah tenaga batin dianggap berlaku akibat masalah psikologi. Kini, para penyelidik mendapati empat daripada lima lelaki yang menderitai masalah tersebut mempunyai masalah yang berpunca daripada keadaan fizikal. Penyebab utama lemah tenaga batin biasanya berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan masalah hati.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Pfizer berkaitan rawatan lemah tenaga batin di Asia, 25 peratus pesakit lemah tenaga batin juga menghidapi tekanan darah berlebihan (hypertension), 15 peratus menghidap prostatik hyperlasia ringan, 13 peratus menghidap diabetes jenis 11, sembilan peratus menghidap penyakit vaskular, sembilan peratus menghidap diabetes jenis 1, sembilan peratus menghidap keadaan psikitrik, tujuh peratus menghidap trauma pelvik dan dua peratus mengalami kecederaan tulang belakang.

"Kurangnya komunikasi antara pasangan dan pakar penjagaan kesihatan lambat laun boleh membawa kesan negatif. Masalah lemah tenaga batin boleh menjejaskan perhubungan suami isteri. lika isteri mengetahui bahawa suaminya menghadapi penyakit tersebut, dia boleh-membantu dengan menggalakkan suaminya membicarakan perkara tersebut secara terbuka. Ketika inilah peranan pasangan penting dalam membantu merawat masalah lemah tenaga batin," tegas beliau sambil menekankan pengorbanan dan pemahaman isteri amat dituntut demi kesejahteraan rumah tangga.

Sambung Dr Daud, faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Meminum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.

[ Last edited by  peret at 9-5-2006 10:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 10:35 AM | Show all posts
Rawatan

Amalan perubatan asas termasuk sejarah perubatan dan seksual, pemeriksaan fizikal yang ringkas dan mengukur tekanan darah adalah perkara biasa yang perlu dilakukan oleh doktor ke atas pesakit lemah tenaga batin. Inventori kesihatan seksual untuk lelaki merupakan satu kaji selidik lima soalan diagnostik mudah yang baru bagi memastikan wujud komunikasi di antara profesional perubatan dengan pesakit bagi membantu memastikan diagnosa yang tepat. Ujian makmal yang menilai darah dan air kencing membantu mengenal pasti sebarang penyebab dari segi perubatan yang memerlukan rawatan.

"Terdapat beberapa pilihan yang kini tersedia untuk merawat masalah lemah tenaga batin. Ini termasuk alat mekanikal (contohnya pam vakum dan protesis zakar yang ditanam), pembedahan untuk membetulkan masalah pengalitan, suntikan yang boleh dilakukan sendiri atas nasihat pakar dan pengubatan biasa. lika didapati penyebab fizikal bukan punca lemah tenaga batin, kaunseling dan psi****rapi boleh membantu meredakan masalah. Biasanya, bagi lelaki yang mengalaminya akibat fizikal dan psikologi, gabungan kaunseling dan rawatan lain diperlukan.
"Satu lagi cara rawatan terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah pil Viagra. Cuma, Kementerian Kesihatan masih belum meluluskannya. Saya tidak fikir ia akan diluluskan dalam jangka waktu yang singkat walaupun kelihatannya kaum lelaki terdesak mencarinya. Lapan belas bulan adalah jangka masa kajian ke atas produk. Kelulusan mungkin mengambil lebih daripada dua tahun. Barangkali lima tahun. Berita ini tentulah tidak menggembirakan bagi lelaki yang sudah bertabun-tahun mengalami masalah lemah tenaga batin. Mungkin ada yang pergi sendiri ke Amerika semata-mata mahu membeli Viagra kerana ia mudah didapati di farmasi-farmasi di sana.
"Biasalah, benda baru selalunya mendapat sambutan hebat. Tetapi awas, Viagra bukan untuk sembarangan orang. Ia tidak digalakkan untuk orang muda sebaliknya untuk mereka yang berusia 40 tabun ke atas. Pengambilannya pula mestilah melalui pemeriksaan dan nasihat doktor kerana kesan-kesan sampingan seperti buta warna, tekanan darah rendah, sakit kepala, ketidakselesaan, bintik-bintik merah di badan dan sebagainya boleh memberikan kondisi yang buruk. Lebih bahaya jika penghidapnya pula menghidapi penyakit-penyakit lain khususnya sakit jantung yang memang kita tahu pesakit lemah tenaga batin memang mempunyai penyakit lain," tegasnya bersungguh-sungguh.

"Kalaupun ia diluluskan nanti, kementerian harus lebih tegas dan berhati-hati. Pada pandangan peribadi saya, Viagra tidak sesuai dijual secara terbuka seperti di pasar raya atau di farmasi. Lagipun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluarnya, Pfizer New York, Viagra bertujuan untuk menegangkan buah zakar bukannya meningkatkan libido. Saya khuatir, mereka vang tidak mengalami masalah ketegangan buah zakar tidak faham tentang fungsi viagra dan cuba-cuba mengambilnya untuk tujuan lain seperti untuk memanjangkan daya seks sedangkan kesannya lebih bahaya. Ia hanya boleh dimakan sekali sehari. Lebih-lebih lagi orang muda yang selalunya suka mencuba benda-benda yang baru," katanya lagi.

Tambahnya, Viagra bukanlah menandakan satu kejayaan besar dalam dunia perubatan. Ia cuma salah satu antara penemuan-penemuan baru dalam memberikan alternatif lain kepada penghidap lemah tenaga batin. Tambahan pula Viagra tidak memulihkan terus pesakit daripada masalah lemah tenaga batin. Fungsinya hanya untuk menegangkan buah zakar sewaktu hendak melakukan hubungan seksual dan perlu dimakan sejam sebelum itu. Itupun tidak semua lelaki menerima kesan yang sama. Malah, jangka lama ketegangan juga tidak dijamin. lika ada ubat yang boleh berfungsi serentak iaitu menegangkan buah zakar sekali gus merangsangkan keghairahan seks barulah ia boleh dianggap kejayaan dalam bidang rawatan lemah tenaga batin Ini kerana rawatan-rawatan yang ada sekarang termasuklah Viagra hanya mempunyai satu fungsi sahaja. Justeru nasihat beliau agar lelaki tidak begitu ghairah menerima kehadiran viagra.
Reply

Use magic Report

ham_pj This user has been deleted
Post time 18-5-2006 06:27 PM | Show all posts
nasib baik aku tak merokok.
tapi kalau isap asap rokok org camner lak?
satu lagi kalau tak m.l..cap, nanti zakar tak dapat senaman
Reply

Use magic Report

reeez This user has been deleted
Post time 10-8-2006 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by ERO1 at 29-10-2005 11:44 AM
kurangkan rokok...ader member aku,wife dia smpai skg lom preg, doktor ckp sbb dia tlalu kuat smoking,sperm dia cair


seb baik aku dah stop merokok...
Reply

Use magic Report

sensateam This user has been deleted
Post time 10-8-2006 11:05 PM | Show all posts

Nak elakkan mati pucuk? Gunalah SENSAOIL

Nak iklan..bayar singgit sehari tepek kat sidebar tu la!

[ Last edited by  alphawolf at 13-8-2006 09:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 09:16 AM | Show all posts
tapi kalo zakar power sangat asyik nak cari mangsa jer...pantang nampak pompuan yg jinak sikit, sure nak ajak test power.......

tu wa tak jadi nak modified tu..standard dah la....tapi kalo enjin standard kaput kena la modified....( repair ) he..he..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 04:47 PM | Show all posts

Reply #34 salimrock's post

aku tak rasa benda sensaoil ni memodify kan aset nko.
Tapi, dia enhance kan aper yang nko ader la. Kasi lagi puas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2006 10:44 AM | Show all posts
jgn amalkan minum air batu
urat jadi kembang...
tak bagus....... itulah maksud saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 09:15 PM | Show all posts
hehheheheh
bye2
Reply

Use magic Report

jebat_derhaka This user has been deleted
Post time 2-11-2006 12:04 PM | Show all posts
kuatkan melancap...ekekekekek
Reply

Use magic Report

halfeasy This user has been deleted
Post time 2-11-2006 12:56 PM | Show all posts

EBUKU PANDUAN PERKAHWINAN PERCUMA

dapatkan e-buku berformat pdf bertajuk "seni,petua,azimat,panduan,rahsia untuk kepuasan
persetubuhan dan perkahwinan sepanjang hayat" yang TIDAK TERNILAI ini secara percuma
sekarang juga.tiada kos dikenakan malah anda pasti tersenyum puas mendapat pelbagai
maklumat yang mungkin sebelum ini belum anda ketahui atau ragui dalam usaha melayari
rumahtangga yang bahagia. berikut ialah isi kandungan yang terdapat didalam e-buku tersebut:

KASIH SAYANG LELAKI DAN PEREMPUAN
TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI
KEWAJIPAN ISTERI MENUNAIKAN KEHENDAK SEKS SUAMI
PANDUAN ASAS UNTUK PASANGAN YANG INGIN BERSETUBUH
PERSETUBUHAN SECARA UMUM
KEPENTINGAN BERCUMBU SEBELUM JIMAK
SUAMI MINUM AIR SUSU ISTERI
DOA SEBELUM PERSETUBUHAN BERMULA
KEPENTINGAN DOA SEBELUM BERSETUBUH
PANDUAN DARI NABI SAW
LANGKAH MEMULAKAN PERSETUBUHAN
SURUHAN MENCIUM DAN MENGGOMOLI FARAJ ISTERI
KUNCI BERAHI SEORANG WANITA
KEPENTINGAN ILMU PERSETUBUHAN
KEBEBASAN TANPA BATAS SUAMI ISTERI  DAN ADABNYA
SENI BERSETUBUH
SENI SEKS DAN AJARAN ISLAM
PERSEDIAAN AWAL UNTUK PENGANTIN BARU
TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN
TEKNIK 1-TEKNIK 33                                                               
LIIANG FARAJ DAN BAHAGIAN  DALAMANNYA YANG SENSITIF
KEPERLUAN MEMBERI KEPUASAN KEPADA ISTERI
BENTUK FIZIKAL DAN TEKNIK JIMAK YANG SESUAI
SELEPAS SELESAI PERSETUBUHAN
SUAMI SEJATI IDAMAN ISTERI
PETUA UNTUK PELBAGAI MASALAH KELAMIN
UNTUK MENGUATKAN TENAGA BATIN
LEMAH NAFSU SYAHWAT
UBAT MUJARAB UNTUK MENGUATKAN NAFSU SYAHWAT
PETUA DOA-DOA MUJARAB
FOREPLAY SEBELUM BERSETUBUH
WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERJIMAK
SELEPAS BERJIMAK                                                               
LARANGAN BERSETUBUH
BAHAYA ONANI
KAEDAH PALING BAIK UNTUK BERSETUBUH
KEJADIAN ANAK YANG BERBEZA JANTINA DAN SIFATNYA       
AZIMAT DAN KUASA PENYEMBUH
SEBELUM MENULIS AZIMAT
AZIMAT UNTUK KEPUASAN KETIKA BERJIMAK
AZIMAT MENGATASI LEMAH SYAHWAT
AZIMAT MELAMBATKAN KELUAR MANI
AZIMAT UNTUK MENDAPATKAN ANAK
AZIMAT DICINTAI ISTERI
AZIMAT RUKUN DALAM POLIGAMI
AZIMAT PERCEPATKAN JODOH
HUKUM BERKHATAN
HUKUM MELAKUKAN 慉ZAL
PERMASALAHAN HAMIL LUAR NIKAH
DILEMA YANG DIHADAPI ANAK LUAR NIKAH
ANAK LUAR NIKAH DIBERITAHU ASAL-USULNYA?
BANTUAN UNTUK GADIS HAMIL LUAR NIKAH
PENYELESAIAN UNTUK PASANGAN TALAK 3
CINABUTA:FAKWA DAN FAKTA KEHARAMANNYA
HUKUM SYARA' PERCERAIAN TALAK TIGA
PENYELESAIAN...?!
PROSEDUR TAKLIQ DAN KHULU
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2006 02:54 PM | Show all posts
Do "it" YOURSELF.........:hatdown:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.100329 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list