CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 28866|Reply: 54

Dato Bahaman Pahlawan Kita

[Copy link]
Post time 9-12-2005 11:00 AM | Show all posts |Read mode
kome tgh buat kije bila tiba2 terjumpa gambor dato bahaman nih... kome rasa mcm come gak muka dia tu hehe tu yg kome paste kat sini nak kongsi sama2 hehe


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2005 11:11 AM | Show all posts
rasanya dulu last tgk kat buku sejarah.... thanks bloxx ....

bangga dgn dato bahaman... pahlawan melayu yg berani..........


bloxx,
rasa2 ada lagi pahlawan cam dia zaman sekarang ni?......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2005 11:13 AM | Show all posts

Reply #2 flowerjun's post

ada apa hahaha (sudah terang lagikan bersuluh.. depan mata je nih huhu)
tp kita tak guna keris dah... skrg pahlawan ada mcm2 jenis
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2005 11:15 AM | Show all posts

Reply #3 bloxxzone's post

terang sgt suluhan lampu tu...sampai silau mata ni.........tu yg tak nampak awak...hehehe
pahlawan sekarang guna apa awak?.......:cak:
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 16-4-2006 11:40 AM | Show all posts
Memang betui la Dato Bahaman pahlawan kite. Tapi koi rase terkilan sedikit,

1. Sape sebenarnye Dato Bahaman. Dalam sejaroh pahang sendiri pun tak de menceritekan tentang sape Dato Bahaman ni. Yang kite tau Dato Bahaman ni ialah Oghang Kaye Semantan. Asal mane, keturunan die ke sampei sekarang tak de ape2 kajian. sedihkan sorang pahlawan agung yang mencetuskan satu perjuangan yang penuh ranjau dan pengorbanan menentang penjajahan ke atas Pahang ni ditinggalkan begitu saje.

2. Sejarah dan keturunan Dato Bahaman sampei sekarang tak dapat dikesan. kalo Mahsuri tu tujuh keturunan tu pun oghang cari, bawok balik kononnya generasi ketujuh, bagi biasiswa bagi ngaji kat UIA Abih ngape Dato Bahaman pahlawan negara ni tak dapat kite selesaikan. Sedih kan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 08:59 AM | Show all posts
Nama sebenar Dato'Bahaman ialah Abdul Rahman. Beliau pada mulanya hanya scorang pekerja di Istana Sultan Ahmad. Oleh kerana beliau telah menunjukkan sikap serta kebolehannya sebagai panglima dalam perang saudara antara Sultan Ahmad dan kekanda baginda Wan Mutahir, beliau telah diangkat sebagai salah seorang Orang Besar Berlapan dengan gelaran Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan. Beliau juga telah memimpin pasukan Pahang untuk membantu  Tengku Kudin dalam perang Saudara Selangor. Apabila Orang Kaya Indera Segara Temerloh meninggal dunia, Sultan Ahmad telah berkenan beliau menduduki tempat Orang Kaya Temerloh itu. Dengan itu kedudukan Dato' Bahaman adalah sedarjat dengan Orang Besar Berempat dan seringkaii diajak berunding oleh baginda Sultan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2006 11:27 AM | Show all posts
kr3i..thanks for fakta yg ko bagi tu..
selama ni aku tak kenal lebih terperinci pasal tokoh negeri kita nih..
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 17-4-2006 04:57 PM | Show all posts
Kawan rase ini maklumat dari penulisnya (Tan Ding Eing. A Portrait of Malaysia and Singapore, Oxford Universiti Press, Singapore, 1976 m.s. 147.

Memang gitulah cerite die. Tapi x de kat maklumat yang ditulis oleh oghang melayu khususnya oghang pahang sendiri ke?

Sebab koi ade bace satu buku.. cerite dari To' Peramu. Lain lak maklumat die.
::
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2006 09:05 PM | Show all posts
a'ah la..sejarah dato'bahaman dari persepsi rakyat tempatan takde pun...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 18-4-2006 12:36 PM | Show all posts
Gambar yang ada tu x silap kawan, gambar to' peramu. Gambar tok bahaman, kawan x pandai nak buat attachmant. Tolong ajarkan kalau sudi.

Kawan ada satu buku tajuk die Siapa Tuk Guru Peramu. Kalau nak tahu nanti kawan nanti kawan citerkan.

Mungkinkah ade dari generasi dato bahaman. Mungkin bole dikongsi bersama2 sejarah yang tidak pernah ditulis.

'"Ketahui Sejarah Kita Akan Lebih Mengenali Diri Kite"
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 19-4-2006 01:17 AM | Show all posts
Mungkinkah; Nama Dato Bahaman ialah Tengku Abdul Rahman Alam Shah Tengku Nong. Berketurunan dari Raja Acheh. Meninggal di Kampung Peramu, Kuantan pada tahun 1977.
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 20-4-2006 01:56 AM | Show all posts
Utk tatapan rodong - rodong

CERITE TOK GURU PERAMU
Keaadaan genting dan puncak bila 3 orang pengikut Dato? Bahaman ditangkap oleh satu pasukan Inggeris di Sungai Semantan pada akhir Oktober 1891, pada hal pengikut Dato? Bahaman hanya memancing ikan sahaja.

Ketiga ? tiga orang pengikut Dato? Bahaman itu hendak dibawa ke rumah pasung Lubuk Terua untuk diadili dan dihukum. Inggeris juga menuduh Dato Bahaman menyuruh ketiga ? tiga orang itu mencuri hasil hutan dan mesti ditangkap dan dihukum juga.

Tetapi salah seorang pengikut tersebut telah lepas lari lantas memberitahu Dato? Bahaman rancangan jahat Inggeris.

Dato? Bahaman telah mengarahkan anak ? anak dan panglima ? panglimanya bertindak untuk menghalang Inggeris mara ke tempatnya. Dato? Bahaman menggunakan rantai besar yang panjang diikatkan kepada umbi pokok Merbau besar di kedua ? dua tebing sungai Lubuk Senggarat. Bila perahu Inggeris melaluinya, rantai ditarik teging, perahu terbalik. Polis Sikh yang ada di dalamnya ada yang lemas, hanyut dan tenggelam. Yang pandai berenang pula dibunuh oleh orang ? orang Dato? Bahaman.

Inilah pertempuran pertama di antara Inggeris dan orang Dato? Bahaman. Perjuangan ini berlangsung selama hampir 5 tahun lagi secara gerila.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2006 10:11 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 20-4-2006 01:56 AM
Utk tatapan rodong - rodong

CERITE TOK GURU PERAMU
Keaadaan genting dan puncak bila 3 orang pengikut Dato? Bahaman ditangkap oleh satu pasukan Inggeris di Sungai Semantan pada akhir Oktober 189 ...


ooo..mcm ni bermulanya perang antara dato'bahaman ngn penjajah inggeris ek..thanks nal for ur information
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 22-4-2006 07:50 AM | Show all posts
Cerite dalam buku 'Siapa Tok Guru Peramu' ni panjang lagi. Tapi tak rot koi nok nulihnye. Jadi kawan ambil sikit - sikit je lah.

Sambungan.
Semasa berada di Bunut Payung Kelantan, Dato Bahaman, Mat Kilau, Mat Lela & Mat Kelubi membuat satu pengistiharan persetiaan memberitahu bahawa mereka telah meninggal dunia.

Percubaan membunuh Dato' Bahaman serta pengikutnya berlaku di Kuala Lebir, dekat Kota Baru pada tahu 1896. Satu jamuan makan serabai dan bubur jagung muda yang diberikan oleh orang besar adik beradik - Wan Ngah, Wan Nik, Dato Lela dan org besar Lebir yang diadakan di sebuah rumah untuk 15 orang iaitu 8 orang besar Kelantan dan Siam serta 7 pejuang Pahang. Kuih Serabai, bubur jagung muda dan air minuman telah dibubuh racun.

Mat Lela telah melarang menjamah jamuan tersebut. Pembesar Kelantan dan Siam yang khianat itu memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka. Tiada jadi pertempuran.

Memandangkan keadaan tidak selamat, Dato' Bahaman pergi ke Siam. Sebelum itu satu persetiaan dilakukan di Kg. Bukit Haji Pak Jedih, Tanah Merah. Para pejuang bersumpah akan menggunakan nama lain dan tidak akan memberitahu siapa mereka di masa akan datang.

7 orang terlibat dalam sumpah itu, iaitu, Bato Bahaman (Panglima Kakap), Mat Kilau (Mat Siam, Mat Dahan, Mat Dadu, Mohamed Ibrahim), Mat Lela (KIlat Senja, Gong Poh), Mamat Kelubi (Tok Janggut).  

Kemudiannya mereka bertolak ke Chiengmai, Patani.

Pada tahun 1911, balik semula ke Kelantan. Mat Lela ke Indonesia. 2 pejuang lagi meninggal di Patani. Pada 1920, balik ke Kuantan tinggal di Kg. Paya Lalang (Padang Lalang) memakai nama Lebai Deraman. 1926, berpindah ke Kg. Peramu atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Peramu.

Mat Kilau berpindah ke Kg Aur Rompin, Tanjumg Medang, Kg. pasir Panjang, Kg. Batu Tering Pekan, Kg. Batu Lima Jalan Gambang.

Mamat Kelubi dan Panglima Hitam tidak diketahui kisahnya.

Dato Bahaman tinggal di Kg Peramu sehingga kematiannya.

Alfatihah utk pejuang - pejuangku.
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2006 11:47 AM | Show all posts
erm..Al-Fatihah.....amin...
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 2-5-2006 12:43 PM | Show all posts
Selain dari Dato' Bahaman, jangan la kita lupakan nama pejuang yang seangkatan dengannya. Antara yang koi dapat cari ialah,

Ma Kilau
Panglima Muda Jempol
Mat Lela
Mamat Kelubi
Hj Osman Hj Abdullah
Imam Perang Kakap Husin
Tok Pahlawan Lawi
Khatib Bakar
Tok Mukim Mat Ali Budu
Panglima Raja Mat Yassin
Panglima Garang Yassin
Datok Seribu Garang
Awang Kechil/ Mat Kelantan

dan ramei lagi yang tak dapat dicari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 11:06 AM | Show all posts
kat umah aku ada buku Dato' Bahaman ni...
selalu lupa nak bawak opis....

aku baca baru ni ... Tok Bahaman ni lahir kat Rantau Panjang, daerah mana ye ???
pastu tarikh lahir dia ni sama dgn Tun Ahmad ...yg jadik Sultan Ahmad, sultan pahang pertama...
dan diaorang ni membesar bersama....
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 4-5-2006 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by EtchedGlass at 3-5-2006 11:06 AM
kat umah aku ada buku Dato' Bahaman ni...
selalu lupa nak bawak opis....

aku baca baru ni ... Tok Bahaman ni lahir kat Rantau Panjang, daerah mana ye ???
pastu tarikh lahir dia ni sama dgn Tu ...


Nanti pinjam bole x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by nal at 4-5-2006 09:44 AM


Nanti pinjam bole x?


er.... nak pinjam ???
Reply

Use magic Report

nal This user has been deleted
Post time 6-5-2006 12:18 AM | Show all posts
Originally posted by EtchedGlass at 4-5-2006 12:15 PM


er.... nak pinjam ???


tulih la kat sini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079509 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list