Singapura : Kapten, Shahril Ishak menjadi wira Lions XII apabila dua gol jaringannya membantu pasukan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia menewaskan Pahang 2-0 dengan agregat 3-2 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Jalan Besar, malam tadi.
Seawal minit pertama perlawanan sudah ada percubaan berbahaya yang hampir menjelma jaringan dengan Lions XII memiliki peluang hasil rembatan Khairul Amri yang lemah terus ke dakapan penjaga gol, Wan Azraei Wan Teh.
Pada minit ketujuh, gerakan solo penyerang kebangsaan, Mohd Azamuddin Md Akil yang menggelecek dua pertahanan tuan rumah sekadar merembat bola sipi dari gawang gol.
Lions XII yang berusaha mencari gol selepas tewas 1-2 pada suku akhir pertama terlepas peluang mencipta gol pada minit ke-13 apabila Shahril yang menerima hantaran Khairul Amri gagal melakukan rembatan tepat ke pintu gol walaupun Wan Azraei sudah tertewas.
Gol yang dicari tuan rumah menjelma pada minit ke-35 berpunca dari bola hantaran lambung Harris Harun menyaksikan Shahril bertindak pantas menolak bola ketika Wan Azraei sudah keluar dari posisi untuk meletak Lions XII selesa 1-0 dengan agregat 2-2.
Sebaik babak kedua bermula, tuan rumah menguasai perlawanan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-60 selepas tiga gerakan di dalam kotak penalti.
Bermula Shahril yang mengumpan bola kepada Harris dan kemudian membuka ruang kepada pemain gantian Agu Casmir namun menolak bola sipi dari gawang gol ketika Wan Azraei sudah tertewas.
Watak Shahril selaku pencetus kebangkitan Lions XII diteruskan apabila mencipta gol kedua buat tuan rumah pada minit ke-79 selepas menanduk bola kemas bola lintang Safirul Sulaiman bagi memastikan pentas separuh akhir milik anak didik V Sundramoorthy.
But foreign signings, Klechjaroski and Borji, were disappointing, says Dollah
Friday, January 11, 2013 - 14:32
by T. Vignesh
Location:
KUANTAN
PAHANG coach Dollah Salleh praised his local players for their excellent performance after ‘The Elephants’ came back to snatch three points against Johor Darul Takzim on Tuesday night.
Dollah said his boys showed nerves of steel as Pahang came back from two goals down to win their opening match 3-2 at the Darulmakmur Stadium.
“ I’m happy with the way my players came back in the second half. I made a good decision to substitute both my foreign players — Nikolche Klechkaroski and Mohamed Borji — who did not perform well in the first half, ” he said.
“ I’m not happy with my foreign players because they did not have the finishing touch. They were unable to even push the Johor defence. ”
Dollah admitted his team made a lot of mistakes in the first half which allowed Johor hitman Daniel Guiza to capitalise on them.
He added in the second half his players took the game to Johor and consistently pressured them along the flanks. R. Gopinanth and R. Surendren terrorised the Johor defence when they came on for the foreigners.
“ I’m very happy with Gopinath’s performance but I’m confident he can do better in our second match, ” said Dollah.
Pahang’s next match is against Felda United tomorrow and Dollah expects his charges to extend their win against the Kuala Lumpur side.
“ We must not be complacent and we will have to give our best against Felda. We must show that Tuesday’s win was not a fluke, ” said Dollah.
Johor Darul Takzim coach Fandi Ahmad declined to comment on his team’s defeat because he didn’t want to put pressure on his boys.
Johor had a walk in the park in the first half when Guiza made pinpoint passes to Safiq Rahim and Norshahrul Idlan Talaha to score in the 11th and 26th minutes.
However, in the second have Johor were stunned by goals from Fauzi Roslan (50th, 72nd) and Surendren (82nd).
Malaysia’s moneybags get first win over nine-man Perak
Posted on January 12, 2013
By ERIC SAMUEL
Airborne : Pahang’s Saiful Nizam (right) jumping to clear the ball from Felda United FC striker Mohd Ghaddar Mahmoud (left) during their Super League match at the MBPJ Stadium in Kelana Jaya yesterday. — S. S. KANESAN / The Star
PETALING JAYA : Johor Darul Takzim (JDT) finally got the win they’ve been craving for – with the help of two red cards to Perak.
The star-studded cast of JDT had been expected to steamroll past their opponents with their big-name signings this season.
But JDT have failed to catch fire so far, losing 3-2 to Pahang in their opening Super League match on Tuesday and struggling to beat nine-man Perak 1-0 at the Larkin Stadium last night.
National centreback Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak scored the winner for JDT in the 49th minute after Perak were reduced to nine men following the sending-off of defenders Khairi Kiman and Mohd Hisyamudin Sha’ari in the 38th and 44th minutes respectively.
In Kelana Jaya, surprise package Pahang picked up their second consecutive win when they edged Felda United 1-0 at the MBPJ Stadium, with second-half substitute Mohamed Borji taking credit for the deflected goal in the last minute of the game.
The Moroccan actually tried to shield Azamuddin Akil’s pass in the six-yard box but the ball surprisingly rolled past Felda United goalkeeper Mohd Helmi Eliza.
Felda had only themselves to blame for not taking the lead in the first-half after Azi Shahril Azmi and former Kelantan striker Mohd Ghaddar Mahmoud muffed sitters in the 20th and 32nd minutes respectively.
Pahang’s Mohd Fauzi Roslan, the two-goal hero against JDT on Tuesday, had the best chance of the half but his glancing header was well saved by Helmi in the 40th minute.
Petaling Jaya : Pahang yang baru dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super musim ini memberikan amaran awal apabila mengukuhkan cengkaman di puncak carta liga selepas membenam FELDA United 1-0 di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), petang semalam.
Selepas mengejutkan pasukan pilihan, Johor Darul Takzim 3-2 pada aksi pembukaan, skuad Tok Gajah terpaksa bekerja keras sebelum dapat menjinakkan FELDA menerusi gol kemenangan penyerang importnya, Mohamed Borji pada minit terakhir perlawanan.
Yang penting kita memperoleh tiga mata. Saya masih ada kepercayaan kepada pemain import Pahang dan satu gol ini diharap dapat memberi motivasi kepadanya (Borji) untuk beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang.
Namun, ini masih terlalu awal untuk kita mensasarkan sesuatu dan kita perlu terus bekerja untuk mengharungi satu demi satu perlawanan selepas ini, kata jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika ditemui sejurus tamat perlawanan semalam.
Bermain dalam keadaan padang basah sedikit merencatkan rentak perlawanan namun kelincahan bekas pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar sering kali mengucar-kacir benteng Tok Gajah dan hampir berada di depan, bagaimanapun percubaan Azi Shahril Azmi pada minit ke-20 tidak menepati sasaran.
Dua minit sebelum babak pertama tamat, ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Mohd Helmi Eliza Alias bijak menepis tandukan ke belakang Mohd Saiful Nizam Miswan menyelamatkan FELDA daripada gawangnya dibocori.
Ketika aksi dilihat bakal berkesudahan seri, kemasukan Borji pada lima minit terakhir membuahkan hasil apabila muncul wira pasukan pelawat apabila minit ke-88, pemain itu menyambut baik hantaran Mohd Fauzi Roslan untuk jaringan tunggal perlawanan.
Harapan untuk melihat jaringan terhasil di babak kedua juga tidak kesampaian apabila setiap serangan yang diatur sering gagal selepas percubaan yang dilakukan FELDA dan Pahang tidak menepati sasaran.