CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4421|Reply: 9

Sembelihan Islam cara Terbaik! (merged: kuman)

[Copy link]
Post time 9-1-2006 12:46 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum,




Aku petik sebuah berita dari akhbar Berita Harian yang aku fikir bagus untuk pengentahuan kita semua di sini. Baik juga untuk tatapan non muslim yang sering berkunjung ke bilik umat islam ini, tentunya mereka hendak tahu hal2 dalaman berkenaan apa saja di sini. Betulkan? Dulu aku pernah berdebat dengan mereka ni kat forum "faith freedom indonesia" ( FFI ), sekarang dah malas, hanya Allah SWT yang mengenggam jiwa2 mereka, akan memberi petunjuk bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan membiarkan sesat bagi sesiapa yang Dia kehendaki..

Ah! Melalut lak aku ni, inilah berita yang aku maksudkan itu....




Sains bukti sembelihan Islam kaedah terbaik

Oleh Meor Hisham Zulkifli



Umat Islam akan menyambut Aidiladha esok ketika masyarakat bukan Islam di Barat terus mempersoalkan mengapa Islam membenarkan perbuatan kejam dan ganas terhadap haiwan.


Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.
Malah, ketika kempen keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.

Selain itu, kononnya tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia mati.


Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah jelas terutama membabitkan daging.


Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala.?(Tafsir al-Rahman, Jakim).


Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan.

Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji pakar Jerman.

Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman, mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing? menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti yang diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.


[ Last edited by fleurzsa at 21-1-2006 04:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-1-2006 12:48 PM | Show all posts
sambungan......


Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.

Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah CBP.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit.

Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai sebarang kesakitan.

Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang,
menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.


Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.


Laporan ini amat menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih menggemparkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat.

Malah, kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam sembelih dan tidak sembelih.

Kajian terbabit jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik.


Dalam aspek ini, Nabi Muhammad SAW pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit.

Islam menjelaskan, proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada 2003.

Selain itu, Sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan, adalah tidak wajar seseorang penyembelih, menajamkan pisaunya di depan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih seekor haiwan itu di depan haiwan lain.

Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih.

Jiika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma,?kata Aisha dalam kajiannya.


Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.




Petikan dari web Berita Harian online



Sekian. Wassalam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

simplelife This user has been deleted
Post time 9-1-2006 07:21 PM | Show all posts
Wowww....sesungguhnya ajaran Islam sememangnya mengkagumkan, memang tidak dapat dinafikan lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2006 08:18 PM | Show all posts
Assalamualaikum  semuaaa........


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2006 03:29 PM | Show all posts

Masalah Sembelihan

Untuk menjaga makan dan minum terjamin kebershan Halal dan Haram, memang susah kalau tak ada sifat hati-hati dalam diri. Org2 islam hanya memakan makanan yang halal lagi bersih.

1. Masalah sembelihan yang tidak sempurna, kadangkala kita akan terjumpa ayam goreng yang masih terdapat darah didalam tulangnya, sedangkan jika sembelihan yang sempurna, tidak terdapat darah lagi didalam tulang atau daging sembelihan tersebut.

2. Daging ayam berbau busuk, ini kemungkinan besar adalah ayam mati yang tidak disembelih(mati dalam perjalamnan) tetapi dijual juga dengan harga yang lebih murah kepada peniaga samada disedari atau tidak wallahuaklam.

Memakan ayam yang berbau busuk dan masih terdapat darah mungkin boleh menyebabkan seseorang terkena penyakit akibat bakteria dan lain2.

Kadang kala, apabila makanan yang dihidang dihadapan kita, kelihatan tak menyelerakan maka tingalkanlah, sebab hati kita selalu bersifat gelisah apabila berhadapan dengan sesuatu yang tak baik, dan tenang apabila mengambil apa sahaja yang baik.

Wallahuaklam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 12:01 AM | Show all posts
ADAKAH ITU TANDA TANDA IANYA TIDAK HALAL ? BOLEH CERITA SIKIT TAK...NAK TAU JUGAK...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Papalanjiut This user has been deleted
Post time 13-1-2006 01:08 AM | Show all posts
masalahnye wa nih ...kalau makan ..confident je halal ...ok ke ? ( lainla terang terang tak halal macam kedai cina...mmg wa tak p la )

kalau busuk wa mesti pk salah toke kedai, tak reti nak jaga lauk.
hmmm ..kalau darah...hmm ..tak perasan la plak ade darah dalam tulang tu sebab wa tak makan tulang ...hmm

wa pernah tedengar ... kalau yakin, takpe. Jangan was was.. kalau was was gak, makanan halal tu pun leh jadi haram ... betul ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2006 09:55 AM | Show all posts
ayam kalo sembelih betul2 pon, tapi kotor, boleh jadi haram...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2006 10:10 AM | Show all posts

Salam,

Sometimes I memang mengalami perkara2 yg disebut oleh en kuman itu.  Biasanya I buat tak hirau sebab tak mahu was2 dan membazirkan makanan.

2 hari lepas I ada beli ayam kat supermarket... nampak lain mcm je... terus I buang... baru hati rasa tenang.  

Biasanya kalo tak buang satu hari asyik memikir je.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 08:55 AM | Show all posts
kat sini aku beli ayam dr kedai pak arab.. ayam halal zabiha.. tapi bile tgh msk mesti kuar darah.. mule2 tu musykil gak, try beli dr kedai len, same juge result nye.. so, aku conclude ayam2 kat sini mmg cam tu kot..  tapi kalo msk tu, msk lame sket sampai aku confident drh die takkan kuar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.083647 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list