CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8245|Reply: 35

[Idea] KRISIS IDENTITI?

[Copy link]
Post time 16-1-2006 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by seribulan at 8-2-2017 11:22 AM

Our youth r facing identity crisis due to hedonism.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2006 07:13 PM | Show all posts

Reply #1 seribulan's post

proses pembelajaran adalah berpunca drpd peniruan, perlakuan berulang, dan konsistennyer contoh yg diperlihatkan kpd seseorang individu itu.  Jika persekitaran yg kurang kondusif (maksudnya drpd percambahan minda dan akal yg sihat) maka yg terlahir drpd kelompok manusia yg membesar dlm suasana sedemikian adalah apa-apa yg terlihat, terdengar, terbaca dsb.

pembelajaran pertama anak2 adalah drpd rumah.  Jika elok ibu bapa menanamkan jati diri dalam diri anak2 mereka, kualiti didikan mereka, maka anak2 tadi dapat menangkis atau menyaring baik buruk sesuatu perkara yg menghentam mereka, yg mengasak mereka drpd segenap penjuru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2006 02:07 AM | Show all posts
to me, personal development is also vital to everyone of us.
it is not others who change us, but us only. so from that statement itself, we must find ways to improve in our life. at least set a goal to achieve in this life.

family also play a supporter role to the personal development....as much as sara had said lah...heheheh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 11:36 AM | Show all posts
kes kes kes...memandangkan rae br jer abis exam psikologi, so igt ler bende ni sesikit...

the theory of personality's development by Erik Erikson...ader 8 stages....in our discussion nih, it involves the 5th stage, which involves the adolescence(the period after puberty)

according to him - at this stage, adolescence faces the crisis of identity VS confusion...

and, true enough, at this stage, peers plays a vital role in influencing them.....family does influence it, but it is with the social support of positive friends that's gonna ensure them to reach the Identity Achievement, a status of identity which according to Marcia's status of identity is the most stable identity....

and if they dont reach this state, they'll be confused - this is where all the problems starts....social mostly....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 09:57 PM | Show all posts
masih mmikikirkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2006 11:10 PM | Show all posts

Reply #1 seribulan's post

this is my second time hearing the word hendoism....

is it in some way related to hedonistic?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-1-2006 11:16 PM | Show all posts

Reply #6 raeshad's post

sorry typo tu...hendonism...
yup, related...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2006 12:13 AM | Show all posts

Reply #7 seribulan's post

related in wut way? same meaning?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2006 09:48 AM | Show all posts
hedonism...typo lagik...noun tuh....
Dictionarynyer definition- pursuit of or devotion to pleasure, especially to the pleasures of the senses
hedonistik..beza form jer...adjektif...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2006 10:29 AM | Show all posts
krisis identiti boleh juga diasosiasikan dgn krisis gender? :cak:
dalam menentukan cita rasa, perawakan, perwatakan, jati diri, byk insan yg keliru akan fitrah mereka sendiri lantas dalam perjalanan mencari erti diri banyak onak dan ranjau yang terpaksa dilalui. akan ketemukah mereka dgn 'harapan' yang mereka ingini atau mereka hanya hanyut dgn arus perdana yg kadang kala suatu yg biasa itu tak semestinya betul, dan suatu yg betul itu tak semestinya suatu yg biasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2006 09:33 AM | Show all posts
cm ner nak terjemahkan nih..:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 10:54 AM | Show all posts
umur aku 20....antara umur 18 hngga sekarang aku tersangat mengalami krisis identiti..

ayah bercerai dengan mak...aku dibela oleh mak..mak tukan jahit je...aku masuk u....u dekat rumah aku....

aku membesar dengan sepupu...aku ikut identiti sepupu...sepupu aku keluarga dia bukan baik sangat...dalam keluarga dia ada krisis....tapi dia ni baik dengan aku...macam adik beradiklah....

sampai satu tahap ada satu kes aku jadi benci sama dieorang...aku tananmkan dalam diri aku...kalau ayah aku tak sayang kepapa aku...kenapa orang lain nak sayang aku....

ade sorang sepupu...rapat deengan aku...jadi tok iman ...kuat ngaji....blajo kat maad tahfiz...lening blajo mesir....tapi tengok video blue

masa kecik die banyok ajo aku....tapi mula pada hari die tunjuk video blue dalam hp die....aku dah mual tak respect pada die.....setiap perbuatan dia aku lihat dari sudut negatif....walaupun dia jadi tok iamn ke....kuat ngaju ke....aku angap die orang munafik......

aku pula....aku gi doh mekoh wak haji.....tapi aku rase baik aku sembunyi kan dahulu identit aku haji....coz aku ni bukan baik sanagt....aku ni banyok jahil lagi dalam bab agama....takut nanti jatuh stnadard haji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:48 PM | Show all posts
pengaruh rakan sebaya dan environment memberi impak yang besar dalam pembentukan identiti seseorang terutama pada peringkat remaja....this is the stage where we are shaping and forming our identity....that's why peers influence is important..to whom you befriends to play a part in developing personal attitudes.

Kalau berteman dengan penjual minyak wangi, kita pon berbau wangi...........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 02:02 PM | Show all posts
"Kalau berteman dengan penjual minyak wangi, kita pon berbau wangi..........."

betul tu kinki...maksudnya...carilah kawan yang baik..sebab dia akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan...dalam ceramah2 kat masjid, adajugak ungkapan kat atas nih..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:15 PM | Show all posts

ISU identiti sering berbangkit apabila kita menilai arah tuju sesuatu kelompok dalam kehidupan. Generasi muda sering dikaitkan dengan identiti kerana mereka sedang dalam proses belajar dan mencari makna hidup dan kehidupan.

Apabila pengaruh budaya dan pemikiran datang dari sumber lain dan telah mempengaruhi kehidupan remaja, remaja dikaitkan dengan masalah krisis identiti.

Identiti dikaitkan dengan asas-asas yang fitrah yang sedia ada bagi sesuatu bangsa itu. Ia merujuk tentang budaya gaya hidup, pemikiran dan sistem nilai.

Remaja Melayu lazimnya dikaitkan dengan budaya Melayu yang berasaskan Islam dan membawa cara gaya hidup Melayu dan Islam. Tetapi apabila amalan remaja Melayu terdedah dengan pengaruh budaya Barat yang merangsang remaja lepas bebas dan cenderung kepada berpoya-poya, maka remaja dikatakan menghadapai krisis identiti.

Identiti ini adalah asas pengenalan sesuatu bangsa atau umat yang mendukung sesuatu aliran, kepercayaan, budaya dan tamadun sehingga persepsi yang lahir amat terhubung antara satu dengan lain.

Persepsi terhadap orang Melayu terhubung dengan budaya Melayu yang bersendikan Islam dengan cara dan gaya hidup yang bersendikan syarak.

Identiti ini tidak sifatnya tertutup daripada faktor positif daripada budaya, tradisi tamadun lain. Dalam bidang ilmu pengetahuan, Barat banyak menyumbang terhadap sains dan teknologi di zaman moden ini seperti mana zaman kekuatan Islam dahulu yang amat menyumbang kepada kebangkitan Eropah.

Pemahaman terhadap silang budaya ini sekiranya berlaku dengan baik, ia akan mengukuhkan lagi budaya yang sedia ada.

Yang menjadi isu terhadap remaja hari ini adalah kecenderungan mereka mengutip perkara-perkara popular yang datang dari Barat yg bersifat nafsu nafsi dan itu dijadikan contoh gaya hidup.

Ini yang menimbulkan masalah identiti yang apabila mereka ini tidak lagi dikenali sebagai remaja Melayu yang mengamalkan kesopanan dan kesantunan Islam. Maka mereka ini dikatakan sedang berdepan krisis identiti.

Amat penting bagi krisis ini diatasi supaya jangka panjangnya remaja Islam tidak hilang keislamannya. Ia memerlukan binaan dari sudut kefahaman Islam itu sendiri, kefahaman terhadap budaya islam serta pendalaman terhadap ilmu-ilmu Islam.

Jika ini berlaku remaja akhirnya akan kekal dengan jati diri Islam walaupun berada dalam situasi yang tidak Islami. Seorang remaja yang mempunyai identiti diri yang teguh adalah ibarat seekor ikan yang berenang di lautan masin tetapi dagingnya tetap tawar.

Remaja yang memiliki identiti yang teguh dan jelas bukan bermakna tidak harus bersifat terbuka dalam mengambil manfaat berbanding dan tradisi positif daripada tamadun lain.

Proses meminjam sesuatu yang baik adalah sesuatu yang dianjurkan oleh Islam. Al-Quran memberikan asas mengenai ilman nafia iaitu ilmu yang bermanfaat. Ini boleh ditemui dalam mana-mana tradisi kehidupan manusia.

Rasulullah SAW memanfaatkan kemahiran bermanfaat membaca dan menulis tawanan perang Badar untuk diajar kepada anak-anak Islam bagi faedah membaca dan menulis.

Al-Biruni menjelajah ke India dan mempelajari bahasa Hindi untuk menguasai ilmu-ilmu sains, matematik, fizik dan astronomi. Ilmu itu kemudian diolah dalam tasawwur Islam dan menjadikan ilmu itu bermanfaat dengan ajaran Islam.

Rasulullah SAW menganjurkan mempelajari ilmu walau ke negeri China. Kita lihat pada hari ini, bangsa China lebih maju daripada umat Islam. Oleh itu, mempelajari sesuatu yang baik dan bermanfaat bakal menyerlahkan kekuatan dan identiti orang Islam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 11:07 PM | Show all posts
Apabila sistem pendidikan kita sendiri sudah mengalami krisis identiti, tiada peliknya anak bangsa yg ada di dalam sistem  itu celaru sama akan identiti diri dan bangsanya.. huhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 12:50 PM | Show all posts
Krisis Identiti
Identiti merupakan imej, personaliti atau penzahiran secara langsung yang dipamerkan oleh seseorang kepada khalayak. Penzahiran tersebut hakikatnya mempunyai perkaitan langsung dengan cara berfikir  seseorang.
Menurut pakar psikologi, biasanya kiris identiti dapat diperhatikan dari segi yang  berikut:

i. Cara Berfikir
Boleh disifatkan mereka ini terdiri daripada kelompok manusia yang malas berfikir. Malahan mereka tidak pernah berfikir tentang apa yang mereka lakukan, apakah yang mereka lalui pada masa hadapan, apakah perasaan ibu dan ayah, bagaimanakah tanggapan masyarakat umum terhadap mereka, dan sebagainya. Oleh kerana itu, jika kita perhatikan di dalam al-Quran Allah SWT menggunakan pelbagai uslub dan gaya bahasa mengarahkan hamba-hambaNya supaya berfikir. Terkadang ada juga yang berfikir namun pemikirannya hanya mendatar dan tidak kritikal. Fenomena ini jika tidak ditangani, akhirnya akan menjadikan umat Islam pak turut (taqlid), tidak berinovasi dan tidak berdaya saing. Lebih dasyat daripada itu mereka terus alpa dan tidak memperdulikan langsung perihal negara, bangsa dan agama yang mereka imani. Inilah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam.
ii. Pakaian dan Tutur kata
Penampilan diri dan imej diri juga dapat dilihat melalui cara berpakaian dan tutur bicara. Kesan daripada globalisasi dan dunia tanpa sempadan, umat Islam kini turut terdedah kepada dunia luar samada dari sudut cara berpakaian, cara berbicara, tingkah laku dan hubungan sesama manusia. Tidak menjadi kesalahan jika yang diambil perkara yang bermanfaat. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Umat Islam yang bersendikan prinsip agama seolah-olah hilang pertimbangan, semuanya mengagongkan cara dan ala barat. Kita temui ramai yang bertudung kepala, dalam waktu yang sama berseluar ketat dan berbaju t-shirt. Yang sebetulnya, amalan tersebut adalah menutup rambut bukan menutup aurat. Lihat pula kepada gambar dan corak yang dihiaskan pada pakaian, entah apa-apa. Lahiriah tersebut menggambarkan betapa kritikalnya krisis identiti yang melanda umat Islam. Begitu juga dalam tutur kata yang tidak melambangkan keperibadian lemah lembut dan berbudi bahasa.
iii. Tingkah laku dan Tindakan
Seseorang yang tidak mempunyai sebarang agenda dalam diari kehidupannya memiliki masa yang cukup banyak. Lantaran itu, kita kerap temui mereka ini dalam suasana berbual kosong, melepak di pasaraya dan sebagainya. Situasi tersebut menjadikan mereka terdedah dan terpengaruh dengan rakan yang tidak baik tingkah lakunya. Masalah rokok, mengganggu di jalanan dan tidak kurang juga melakukan amalan seks bebas. Jika suasana tersebut berpanjangan, akhirnya membentuk suatu tabiat buruk yang mencerna kehidupan. Apabila rebung sudah menjadi buluh, amat sukar untuk dibentuk semula.
iv. Budaya Kehidupan
Islam adalah agama fitrah. Allah SWT menjadikan siang dan malam silih berganti. Tentu di sana ada hikmahnya. Malam dijadikan waktu beristirehat dan siang sebagai waktu mencari nafkah dan bekerja. Tetapi mereka yang dilanda krisis, kebiasaannya cara hidup dan penyusunan waktu agak terbalik. Siang waktu tidur dan malam waktu berjaga. Keadaan tersebut menjadikan mereka tidak bermaya, lesu dan tidak bertenaga. Cara hidup sedemikian, juga menjadikan mereka manusia yang malas berfikir dan merasa cukup dengan sesuap nasi. Apabila digabungkan semua unsur penampilan manusia yang dilanda krisis tersebut, menjadikan mereka sentiasa dipandang hinda dan dianggap sampah kepada masyarakat. Bukan kehendak masyarakat sebegitu, tetapi dek kerana tindakan tanduk, tingkah laku dan penampilan yang dipamerkan oleh mereka, menjadikan ahli keluarga dan masyarakat, sudah tiada pengharapan lagi yang boleh disandarkan kepada mereka ini. Sebab itu mereka dilabelkan sebagai sampah dan perosak masyarakat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2017 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
This post makes me worry because I'm raising kids too

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 08:31 PM | Show all posts
krisis identiti biasanya jd kt sekolah yg sama jantina kot..
kt situ mula lah ade istilah adik angkat, kakak angkat / abg angkat...sebb xleh nak usha makhluk jantina lain

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2017 09:11 PM | Show all posts
orang sekeliling kita membentuk diri kita, tapi pada masa yang sama, kita jugak kena kental membentuk diri sendiri, lagi2 masa remaja,masa paling genting.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.335955 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list