CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rodriguez

Hilangnya negeri negeri melayu di selatan thailand

[Copy link]
Post time 4-3-2005 04:47 PM | Show all posts
assalamualaikum

Pilihanraya umum Thailand telah berlangsung semalam dan keputusan penuh dijangka selewat-lewatnya sehari dua ini. Mengikut jangkaan, parti Thaksin iaitu Thai Rak Thai (TRT) akan menang besar manakala pembangkang utama, Demokrat (DP) berkubu di wilayah-wilayah Selatan sebagai benteng terakhir mengekang kemaraan TRT.

Yang signifikan utk kita mengetahui ialah bagaimana agaknya pilihan masyarakat Melayu Selatan Thai dalam pilihanraya ini. Adakah mereka memilih TRT sebagai satu-satunya jalan mempertahankan suara Melayu/Muslim dalam kerajaan Thai? atau adakah mereka akan terbawa-bawa dengan emosi, rentetan peristiwa Tak Bai dan Masjid Kerisek, lalu mengundi parti pembangkang dan akhirnya kehilangan perwakilan dan suara dalam kerajaan Thai? jika itu yang berlaku, bagaimana agaknya masa depan mereka?

bukan maksud hendak menyibuk campur tangan urusan dalaman negara lain, tetapi sebagai saudara sebangsa dan seagama, aku khuatir mereka membuat pilihan yang salah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2005 05:30 PM | Show all posts
Islam memang indah, tapi terfikir juga aku, Islam itu jadi pincang kerana salah dan silap orang Islam sendiri.

Orang Islam di selatan Thai harus muhasabah diri mereka, Taksin perlu prihatin dan peka akan masalah orang Islam.

Orang Islam tak perlu guna kekerasan utk menyelesaikan masalah, ini bukan Tebing Barat atau Iraq, perlu ada penyelesaian yang berpanjangan..


Islam bukan agama pengganas atau agama menindas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 05:33 PM | Show all posts
apa perasaan bila dijajah? apa perasaan bila bahasa sendiri dicabut oleh Siam? sekarang ni sudah semakin ramai orang Melayu kita di Patani yang tak mampu bertutur bahasa Melayu. Nama pun dipaksa ditukar kepada Siam.
Orang Melayu Patani ni ada dua jenis. Satu yang bercakap macam orang Kelantan kalau yang sebelah timurnya, satu lagi bercakap macam orang Kedah kalau yang sebelah Barat. Jadi tak betullah, sikit2 bila samakan ngan orang Kelantan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2005 10:25 AM | Show all posts
Selatan Thailnd yang majoriti penduduknya beragama Islam mungkin merasa yang mereka menerima layanan buruk dari Kerajaan Thaksin Shinawat. mereka tidak diberi peluang ekonomi yg sepatutnya mereka berhak sebagai rakyat Thailand.mungkin mereka merasakan yang mereka perlu memberontak dan menentang kerajaan sedia ada.

berbeza dengan kita di Malaysia. Rakyat terutamanya Melayu dan Bumiputera amat diberi kelebihan dalam segi ekonomi, pendidikan dan struktur sosial. jadi tiada sebab untuk kita membenci kerajaan dan menentang. DEB contohnya memberi peluang ekonomi sebanyak 30% kepada Bumiputera dan Melayu yang mana diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969.

diharap kita mensyukuri nikmat dan keamanan yang kita kecapi di negara kita yang bertuah ini. kalau kita sendiri tidak menjaga dan memelihara nya siapa lagi?? mat indon???bangla??org myanmar?? so renung-renungkan.

kestabilan dan kesejahteraan yang dikecapi ari ini adalah berkat dati perjuangan dan pengorbanan mereka yang terdahulu dan pemimpin yang telah dan sedang memimpin negara kita. jika pemimpin tiada kepimpinan maka hancurlah negara ini.

kita bebas untuk beribadat dan melakukan kegiatan harian kita kerana negara kita aman dan makmur. tiada siapa menghalang atau menembak kita jika mahu ke masjid atau ke mana saja. tidak seperti saudara kita di Palestine. Iraq, Afghan dan lain-lain. Mereka cukup sengsara.

Sayangilah keamanan,perpaduan dan kesejahteraan negara kita. jangan sekali-kali cuba untuk menghancurkan keamanan dan perpaduan yang telah kita kecapi dan kita bina ini.

Negara Kita, Tanggungjawap Kita....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 06:11 PM | Show all posts
nasib melayu pattani makin dihina dan ditindas adalah satu usaha menguji semula semangat hendak merdeka oleh masyarakat pattani. adakah masih wujud atau sekadar semangat laman web http://www.pulo.org

penindasan secara terancang melalui perusahaan pelacuran, pembudayaan siam/budha dll. Cuma masa kepimpinan thaksin sinawatra sudah mula membebaskan pembelajaran bahasa melayu setelah sekian lama diharamkan.

ramai pimpinan siam tidak menyetujui dasar ini, berusaha memprovokasi dan memastikan wujud tanggapan bahawa tindakan thaksin adalah salah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 05:30 PM | Show all posts
aiii....gambar budak sekolah perpakaian macam tentera di sebuah sekolah kat Pattani pun dituduhnya kononnya militan Islam berlatih di hutan Kelantan... inilah mentaliti Perdana Menteri Thailand yang PERASAN kononnya dia tu duplikat Tun Dr. Mahathir. ptuihhhhhhhh...


BH - Bangkok tipu gambar kem pemisah
http://www.bharian.com.my/m/BHar ... 1225013640/Article/

Utusan - Akhbar Thai persoal bukti gambar pemisah di kem Malaysia
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_02.htm

Utusan - Pengganas: Thaksin malu besar jika tersilap
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_03.htm

Star - Thai photo claim in question now
http://www.thestar.com.my/news/s ... 9121&sec=nation

NST - Photo proof of militants turns out to be pupils in fancy dress parade
http://www.nst.com.my/Current_Ne ... Article/indexb_html
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2005 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 2004-4-29 05:48 PM:
112 mati di Pattani & Yala.Sila rujuk Utusan Malaysia

forumners,

next time, Boleh tak jangan guna term Melayu Siam? Siam tu bangsa yang menjajah orang Melayu, kenapa nak panggil Melayu Siam? panggil Melayu Patani atau Melayu Thailand, atau Melayu Thai, itu lagi betul. Kecik hati Melayu Patani dengar Melayu Malaysia panggil mereka Melayu Siam.
Reply

Use magic Report

liyana306 This user has been deleted
Post time 21-3-2005 07:18 PM | Show all posts
Patani adalah bumi yang sentiasa bergolak sejak ratusan tahun.Tak pernah aman damai.Ramai orang Patani kini dah jadi orang Kelantan.Mereka dah terputus hubungan dengan sanak saudara kat Patani. Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aziz pun keturunan dari Patani jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2005 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by liyana306 at 2005-3-21 07:18 PM:
Patani adalah bumi yang sentiasa bergolak sejak ratusan tahun.Tak pernah aman damai.Ramai orang Patani kini dah jadi orang Kelantan.Mereka dah terputus hubungan dengan sanak saudara kat Patani. Tua ...


ye ke tok guru tu asal dari sana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 01:46 PM | Show all posts
thaksin bengong ..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2005 07:18 PM | Show all posts
Originally posted by chumpon at 28-7-2005 01:46 PM:
thaksin bengong ..



Thaksin kan cina dari keturunan Hakka macam maner dier boleh dier mengaku dier tu siam...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2005 12:53 AM | Show all posts
betul tu kata chumpon...siam tu ialah bangsa

melayu siam ??? = takkan kacukan 2 bangsa kot

melayu pattani lagi tepat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ChronoReaper This user has been deleted
Post time 30-7-2005 10:56 AM | Show all posts
Kalu ikut sejarah pun mmg 99% penduduk asal negeri Kelantan berasal dari Pattani dan ke atas. Mereka kaum yg suka berhijrah. Kesultanan Melayu-Pattani juga adalah antara kesultanan Melayu yg tertua di Tanah Melayu ni dan Pattani pun pernah digelar the ancient Malay Kingdom of northern peninsula.

Keturunan Kelantan dan Selatan Thai ni sememangnya mempunyai pertalian darah dan mereka sebenarnya adalah satu kelompok Melayu yg besar. Penduduk Melayu selatan Thai pun antara mereka yg menerima kehadiran Islam yg terawal di Asia Tenggara seperti org Aceh. Dan semangat mereka pun sama kental dgn warga Aceh, terutama dalam menghadapi tekanan hidup dan perjuangan menentang penindasan.

Org2 Siam ni mmg semangat imperialistik diorg tinggi.... kira macam bangsa penjajah juga yg suka menakluk sesuatu kawasan dgn paksaan dan penuh diskriminasi. Demokrasi di Thai takde makna pun bagi golongan2 minoriti di negara tu. Mereka mengamalkan dasar asimilasi sama cam kat Indon utk menghapus identiti asal sesuatu kaum minoriti seperti bangsa Melayu-Pattani ni.

Bagi aku, raja Siam sendiri mmg berniat jahat utk terus menakluk dan menindas penduduk Melayu di Selatan Thai tu, keturunan dia pun dah lama melakukan semua ni. Thaksin ni hanya meneruskan agenda imperialistik raja Siam ni jer atas nama kenegaraan dan patriotisme.
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2005 04:20 PM | Show all posts
Diforwardkan dari seorang sahabat:

Petikan : Ceramah Mr.Somchai Nilapaicit (Abu Bakar)pada hari Jumaat 12 February 2004 dan selepas itu beliau hilang pada hari Jumaat 12 March 2004. Jasadnya tidak ditemui hingga ke saat ini - Beliau telah diculik oleh beberapa orang pegawai kanan polis peringkat tertinggi(Maklumat yang diperolehi, beliau telah dimasukkan kedalam tong deram dan dibakar, kemudia habunya dibuang kelaut)

"......Jika ditanya mengenai masalah di kawasan Selatan Thailand, terdapat banyak masalah dan wakil rakyatpun tidak dapat melakukan sesuatu tindakan, masalah pada hari ini ialah orang muslim menjadi mangsa kekejaman bagi orang jahat yang salah guna kuasa mereka. Saya telah menyelesaikan beberapa kes yang berlaku iaitu kes politik, kes PULO, kes pengganas, kes JI dan ada sesetengah orang mengatakan saya seorang pengganas muslim. Sesetengah kes yang saya kendalikan di mahkamah, terdapat ramai askar yang berkawal di luar mahkamah berserta dengan senjata dan juga anjing polis tetapi sebenarnya kes tersebut tidak perlu melibatkan pengawasan tentera. Yang dapat saya lihat pada hari ini, kes mengenai selatan Thailand menjadi sukar untuk diselesaikan. Saya pernah menemuramah pihak polis berkenaan kes PULO, soalan yang saya kemukakan...., PULO berapa orang? Siapa ketuanya? Polis tidak dapat menjawab soalan yang saya kemukakan kerana mereka tidak ada kebenaran bagi menjawabnya.

Seperti juga dengan kes Tok Daud Tanum yang dituduh oleh pihak polis sebagai kumpulan pengganas PULO dan pihak polis juga menuduh atas kes-kes pembunuhan yang belum diselesaikan dan dibuat olehnya. Pihak polis membuat cara yang tidak sesuai untuk memaksa supaya Tok Daud Tanum mengaku bersalah terhadap kes tersebut.

Mengenai kes bom C4 juga, polis telah menahan seorang Iran yang dituduh sebagai pengebom dan dihukum mati. Polis tersebut menyatakan kepada surat khabar "saya amat berbangga kerana boleh selamat Negara ini....." tetapi sebenarnya bukan, orang Iran tersebut bukan pengebom dan ia hanya menjadi mangsa dari perbuatan jahat polis sahaja.

Saya kata polis Thailand ini amat bijak, mereka dapat tahu semua kejadian yang berlaku dan dapat tangkap orang yang melakukan walaupun orang itu tidak bersalah.

Saya boleh membela kes rompakan senjata, sebelum ini anda tahu atau tidak bahawa Perdana Menteri Thailand dapat tahu senjata yang dirompak itu berada di Indonesia kerana Perdana Menteri Indonesia bertemu dengan Taksin. Dan pernah ada berita tentang senjata tersebut dan senjata tersebut dibawa keluar melalui Wilayah Satun tetapi tidak siapapun yang ditangkap. Saya ada satu soalan bahawa senjata yang dirompak itu, bukan berada di tempat awam tetapi semua senjata disimpan, dikunci dan dijaga oleh pihak tentera melainkan tentera itu merompak senjata sendiri.

Saya yakin bahawa tentera sendiri yang membuat rompakan kali ini. Kenapa mereka tidak tangkap tentera tersebut, kerana jika tangkap tentera tersebut akan menyebabkan pihak polis mempunyai kuasa penuh untuk mengawal keadaan di selatan Thailand.

Tetapi kita melihat sekarang, tentera mempunyai kuasa penuh di selatan Thailand iaitu kuasa tentera adalah kuasa tertinggi pada masa ini, mampu memeriksa setiap orang dan setiap rumah walaupun tidak ada surat dari mahkamah. Keadaan seperti begini yang rakyat amat sakit hati dan saya dapat pergi ke Wilayah Pattani, keadaan seluruhnya sebagai "Land of army". Saudara muslim kita di selatan tidak boleh pergi menoreh getah waktu pagi, ini adalah salah satu kesan terhadap mereka.

Masalah sekarang bagi rakyat muslim di selatan ialah mereka dihina oleh pihak-pihak yang berkuasa dengan tindakan jahat dan saya tanya mereka, apabila mempunyai masalah mereka pergi jumpa siapa? Mereka jawab mereka jumpa Imam dan Tok Guru kerana mereka mempunyai keadilan bagi rakyat. Di sini wujud satu soalan bagi saya iaitu wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, mereka berada di mana? Semasa rakyat mempunyai masalah. Sekarang pihak polis dan tentera mempunyai sikap menyalahguna kuasa dan tidak ada keadilan terhadap rakyat muslim. Saya mempunyai satu cadangan untuk selesaikan kejadian kejadian di selatan Thailand iaitu kita semua senaraikan nama sebanyak 50,000 orang yang tidak bersetuju bagi pihak tentera menguasai kawasan selatan. Saya minta pertolongan kepada peguam-peguam di selatan Thailand untuk memberi bantuan terhadap kes yang berkenaan dengan orang muslim. Sekarang ini pihak polis tidak boleh dipercayai lagi seperti dengan contoh yang berlaku beberapa kes sebelum ini dan akhirnya orang muslim menjadi mangsa kepada pihak polis ataupun kerajaan.

Mengenai kes rompakan senjata, pihak polis telah menangkap 5 orang muslim yang dituduh dalam kes ini. Terdapat 3 orang pemuda dan 2 orang tua yang berumur 54 tahun dan 43 tahun. Saya bertemu dengan mereka dalam keadaan menangis dan memberitahu saya bahawa mereka bukan orang yang membuat rompakan, mereka menceritakan pada saya bahawa mereka dipukul, dihina oleh pihak polis supaya mengaku bersalah. Saya tidak dapat tidur lena apabila dapat tahu orang muslim dihina seperti ini dan saya akan membantu mereka.

Saya bekerja sepanjang 5 tahun untuk melawan perkara sebegini dan saya dapat tahu apa yang pihak polis lakukan terhadap orang muslim kita dan orang muslim tidak bersatu padu kerana saksi-saksi yang didapati dalam beberapa kes ini adalah orang muslim yang diupah oleh pihak polis. Kita hendak salahkan siapa kerana orang muslim tidak bekerjasama. Pada masa sekarang kerajaan menghancurkan Islam dengan memajukan pusat pelancungan di kawasan selatan Thailand kerana pelancongan mesti berkaitan dengan minuman haram, judi, pelacuran yang bertujuan untuk mengubah budaya hidup Islam yang telah bertapak sejak asal lagi. Diakhir ini, saya minta supaya pihak polis sedar terhadap perbuatan mereka yang tidak adil terhadap orang muslim....."

Biodata Ringkas:
Nama : Somchai Nilapaicit @ Abu Bakar
- Pengerusi Persatuan Peguam Muslim
- Pejuang kemanusiaan & aktivis sosial
- Mantan Presiden Angkatan Belia Islam
Thailand (YMAT)
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2005 03:24 PM | Show all posts
Oleh
Noor A. Rahman

Apabila saya menjejak kaki di Festival Makanan Halal di Phuket baru-baru ini, saya jadi bingung.

Bukan apa, walaupun saya tahu saya berada di Thailand, keadaan dan suasana di situ persis sebuah perkampungan atau bandar kecil di Malaysia.

Ramai penduduk mengenakan baju kurung dan kebaya dengan sebahagian memakai tudung, jubah dan kopiah. Muka-muka mereka juga saling tak tumpah macam orang Melayu di Singapura dan Malaysia.

Hanya apabila mereka membuka mulut dan berbual dalam bahasa Thai, barulah tersedar saya daripada lamunan dan akur bahawa orang Melayu/Islam merupakan sebahagian watan Thailand dan telah bermaustatin di Phuket sejak beratus tahun dahulu.

Saya dan beberapa anggota kumpulan media dan agensi pelancongan Singapura berada di Phuket baru-baru ini atas undangan Penguasa Pelancongan Thailand (TAT).

Memasuki kawasan festival itu saya 'disambut' tiang-tiang yang dihiasi kain-kain batik. Beberapa langkah kemudian, saya terdengar pula dendangan dikir barat.

Berlari-lari anak, saya sampai ke depan pentas dan memang be nar di situ sedang dipersembahkan dikir barat, lengkap dengan tukang karut, juara dan awok-awoknya. Cuma bahasa yang digunakan adalah bahasa Thai.

Tidak jauh daripada situ terdengar pula dendangan lagu dondang sayang!

'Eh, betul ke ni?' tanya benak hati saya. Sekali lagi saya berlari-lari anak dan seperti orang jakun terus menuju ke depan pentas.

Memang benar, ada sekumpulan kakak-kakak dan makcik-makcik yang sedang mendendangkan lagu-lagu dondang sayang (bahasa Thailand) dengan tarian ala boria. Menarik sekali!

Berjalan-jalan di festival itu benar-benar merupakan pengalaman pembuka mata.

Kelihatan pula orang Melayu/Islam Thailand berjual beli barangan makanan halal.

Pelbagai makanan (halal) yang jarang saya temui didagangkan. Ada juga makanan yang popular di Singapura yang dijual di situ seperti 'Ramly burger'.

Di festival itu juga kumpulan kami berpeluang bertemu dengan seorang anak gadis yang dikatakan keturunan Mahsuri dari Pulau Langkawi - Wan Aisyah atau nama Thainya, Sirinthra Yayee.

Wan Aisyah, 21 tahun, berasal dari kawasan Kamala, Phuket, telah dikenal pasti sebagai keturunan ketujuh yang sekali gus dikatakan mengakhiri sumpah Mahsuri terhadap Langkawi selepas beliau difitnah dan dihukum bunuh.

Wan Aisyah belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam jurusan perhubungan atas tajaan sebuah akhbar Malaysia.

Menurut jurupandu saya di Phuket, orang Melayu/Islam membentuk sekitar 84,000 orang daripada jumlah penduduk Phuket seramai 320,000 orang.

Makanan halal dijual di serata tempat di pulau itu dan tidak menjadi masalah bagi pelancong Islam yang berkunjung ke sana.

http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,59212,00.html?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2005 03:28 PM | Show all posts
sebenarnya mrk yg pernah pergi thailand tu yg pernah tengok keadaan di sana.... sesetengah golongan di sana sebenarnya dah menganggap dan mengakui mrk ni sebhg drpd thailand. tetapi mmg ada golongan yg tidak berpuas hati yg menentang kerajaan thailand mrk terutama mrk yg bersekolah pondok. sebenarnya ramai mrk yg selesa dgn keadaan mrk kini, cuma ramai antara kita di sini yg sibuk dan riuh ttg nasib mrk.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2005 01:54 PM | Show all posts

ermmm...

saya menjangkakan pertumpahan darah di Thailand tidak akan dpt dibendung dlm masa jangka pendek ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2005 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by Lloni at 5-4-2004 12:36 PM
Kebanyakan orang Melayu pantai barat semenanjung...kureng sikit mereka tak rasa apa2 kerna dieorang takde waris di sebelah sana....kebanyakan mereka berasal dari sumatera..




thaksin takde kepala .pasal tu dia tak berani ke selatan.............
maiiiiiii laaaa kalau berani...........ekekekekekek.


Fleurzsa:  Minta maaf, I delete perkataan krn tidak sesuai.  Thanks

[ Last edited by fleurzsa at 16-8-2005 08:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by riccckyyy at 13-8-2005 03:28 PM
sebenarnya mrk yg pernah pergi thailand tu yg pernah tengok keadaan di sana.... sesetengah golongan di sana sebenarnya dah menganggap dan mengakui mrk ni sebhg drpd thailand. tetapi mmg ada golonga ...



Masa aku di sana,  aku sedihlah jugak betapa bangsa Melayu semakin terhakis.  

Orang melayu yang tidak berpelajaran dan berpelajaran peringkat menengah Siam

begitu berbangga dengan ungkapan "rao khon Thai"(kita orang Siam) dan selalu mengaku " Thai rao"(Siam kita).

Orang kampung yang tak bersekolah pula selalu kata "negeri siae kito".

Sungguh memalukan.........:hmm:

bangsa Melayu begitu memuja bahasa Siam yg kononnya dianggap bila pandai bercakap Siam

dikatakan ada standard(hilir).

Sebab itulah pelayan-pelayan kedai makan  dan  restoran  di Malaysia yang balik

sana suka sangat bercakap Siam dan menyanyi lagu-lagu Siam. Bangsa melayu sudah lupa Bangsa Melayu Patani adalah bangsa Agung.


[ Last edited by chumpon at 19-8-2005 12:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2005 01:29 PM | Show all posts
Perangai Amerika memang setaraf dengan binatang yg berkaki pendek, hidung kembang dan ekor bergulung tu!


Samalah macam thaksin jugakk ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.108069 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list