CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20941|Reply: 90

Sejarah Filipina & Jose Rizal [merged: hamizao, sLapshock]

[Copy link]
Post time 20-10-2005 12:36 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah Gerakan Filipina

salam,

Kurun ke sembilan belas menampakkan keadaan huru-hara semakin bertambah-tambah di Filipina. Beberapa rusuhan kerana menyalah sistem monopoli dan juga disebabkan ketamakan kuat kuasa agama. Orang-orang Filipina sedar tentang kedudukan mereka akibat keburukan keadaan ekonomi, tindakan kejam oleh kerajaan Sepanyol, himpitan-himpitan dan ketidakadilan oleh paderi dan pegawai-pegawai kerajaan.

Kebangkitan semangat Filipina adalah lambat tetapi tidak dapat dielakkan. Sebelum kedatangan Sepanyol memang sudah ada tanda-tanda bagi melahirkan satu rumpun bangsa, satu kebudayan warisan dan satu bangsa yang cintakan kebebasan. Sepanyol dengan tidak disedarinya  telah membantu dan menyatukan orang-orang Filipina dengan memberikan sumbangan terhadap agama Kristian, tamadun Sepanyol dan Kerajaan pusat.

Malangnya perkembangan nasionalisme beransur perlahan kerana adanya kerumitan ekonomi dan social antara Filipina.  Namun dalam abad ke 19 , semangat kebangsaan berkembang dengan adanya pengaruh yang berikut iaitu terbukannya negara Filipina kepada perniagaan dunia, kebangkitan satu golongan pertengahan yang terpelajar, Revolusi sepanyol dalam tahun 1868, terbukanya terusan Suez, kedatangan fikiran liberal, Dahagi Cavite dalam tahun 1872 dan pembunuhan Paderi Gomez dan Zamora.

[ Last edited by  fleurzsa at 20-9-2006 06:49 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2005 12:40 AM | Show all posts
Penghujung abad ke 19 menunjukkan suatu jangkamasa di mana tumbuh dan berkembang kegiatan ekonomi perdagangan dan pertanian di Filipian . Perkembangan  aktiviti ekonomi disusuli pula pembukaan pelabuhan Manila sebagai pusat impot dan ekspot barangan yang sangat cergas.

Bandar Manila yang mula menjadi sebuah metropolitan ketika itu terdedah dengan sebarang kemungkinan masuknya berbagai unsur luar dalam bidang ekonomi, sosial, politik, falsafah dan juga cara pemikiran. Sehubungan dengan itu satu revolusi yang memperjuangkan semangat dan falsafah leberalisme sedang berlaku  di Sepanyol sejak tahun 1968.

Pada 19 hb September 1868, satu revolusi meletus di Cardiz Sepanyol menentang kerajan Queen Isabella 11 yang bermaharajalela. Revolusi ini diketuai oleh dua orang Jeneral iaitu Serrano dan Prim.  Ahli revolusi ini melancarkan gerakan semasa Ratu sepanyol sedang bercuti di san Bastian, satu tempat peranginan di sepanyol. Ahli revolusi mendapat sokongan yang kuat daripada rakyat.Queen Isabella telah lari ke Perancis.

Kerajaan sementara telah ditubuhkan dengan Jeneral Serrano menjadi pemangku raja. Kemenangan orang yang berfahaman liberal di Sepanyol telah bergema di tanah jajahan seberang laut. Peristiwa revolusi yang berlaku di Negara Sepanyol ini secara langsung atau tidak langsung telah memberi kesan pula ke atas tanah-tanah jajahan takluknya di sebelah timur.termasuk Filipina.

Pegawai tanah jajahan yang menyokong konsep demokrasi  telah dihantar ke Manila dan rakyat Filipina telah menikmati faedahnya seperti kebebasan agama, kebebasan mengadakan perhimpunan, kebebasan bercakap dan kebebasan akhbar. Pemikiran dan falsafah mengenai liberalisme dari Amerika dan Eropah masuk dengan cepat  ke Filipina melalui terusan Suez yang dibuka pada tahun 1869 yang telah memendekkan lagi perjalanan ke pelabuhan Manila.

Pemikiran leberalisme itu di dapati dalam bentuk penulisan buku-buku, majalah, rencana-rencana pendek dalam jurnal.  Ia mengandungi fikiran yang berupa penjelasan Montesquuieu, Rousseau, Locks, Stuart Mill, Jefferson, Madison dan juga fahaman politik yang bercorak demokrasi Republik Amerika dan Perancis.

Liberalisme ini juga boleh dilihat melalui amalan dan dasar hidup para pentadbiran pemerintah Sepanyol di Filipina sepert gabenor di La Torre. Selepas membaca buku-buku itu orang Filipina mula berfikir dan merenung keadaan politik yang amat dikesali di negara mereka. Dengan itu mereka mula membincangkan hal politik dan pemulihan politik , kebebasan dan keadilan, dan akhirnya mereka telah berani menuntut pemulihan dalam kerajaan yang begitu dikehendaki supaya dapat memajukan negeri Filipina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:41 AM | Show all posts
Wujudnya kegiatan ekonomi yang cergas , telah melahirkan golongan usahawan peribumi Filipina sendiri. Mereka menjadi tuan tanah, penyewa dan pemajak yang kaya raya. Secara tidak langsung golongan ini telah membentuk satu golongan kelas masyarakat pertengahan  yang berwang yang menjadi pemisah di antara golongan  atasan pemeritah Sepanyol dengan golongan bawah rakyat lain .

Golongan ini dipanggil ilustrado. Mereka mempunyai pendidikan tinggi sehingga ke universiti-universiti di seberang laut.  Golongan inilah akhirnya yang menjadi tokoh-tokoh profesional dalam bidang kedoktoran, jurutera , arkitek, perguruan, ahli akademik dan lain-lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:44 AM | Show all posts
Sepanyol yang diperintah oleh pemberontak pada tahu 1868 hanya bertahan selama dua tahun sahaja. Pada 1870 putera  kedua Raja Itali dilantik sebagai Raja Sepanyol yang berpelembagaan. Keadaan politik sepanyol turut berubah. Kerajaan demokrasi pimpinan De La Torre telah berakhir dan pemerintahan reaksioner pun dikembalikan. Kerajaan telah mengadakan semula penapisan akhbar, perbincangan mengenai politik tidak dibenarkan, hak perlantikan padri di Mukim dan tidak mempercayai orang Filipina yang menyokong pentadbiran De La Torre. Pada masa pemerintahan reaksioner berlaku peristiwa Dahagi Cavite pada tahun 1872.

Pemberontakan di antara askar Filipina dan pekerja gudang senjata. Pegawai Sepanyol terbunuh dan askar Filipina menguasai gudang senjata dan kota. Pemberontak dapat ditewaskan dan dipenjara.. namun perkara ini telah diperbesarkan  oleh orang sepanyol supaya menjadi satu pemberontakan yang melibatkan paderi dan setianegarawan Filipina. Walaupun pemberontakan ini hanya merupakan Dahagi antara askar Cavite dan pekerja yang tidak suka dengan tindakan kerajaan yang menghapuskan hak istimewa mereka dulu terutama pengecualiaan menjadi buruh paksa dan pembayaran ufti.

Namun kerajaan Sepanyol juga menuduh bahawa Dahagi itu ialah pemberontakan menentang pemerintahan Sepanyol yang digalakkan oleh paderi Burgos, Gomez, Zamora dan pemimpin Filipina yang lain. Paderi dan setiawan negara Filipina telah ditawan. Kemuncak dari rentetan peristiwa itu ialah pembunuhan tiga orang paderi Filipina iaitu paderi Burgos, Gomes dan Zamora yang dihukum bunuh secara mencekek leher.

Rakyat Filipina begitu terperanjat dengan pembunuhan ketiga-tiga orang paderi itu kerana mereka tidak bersalah. Rakyat menganggap paderi itu syahid yang tulin dalam negara mereka.  Peristiwa ini menyebabkan rakyat Filipina bersatu untuk mencapai satu matlamat dan mempercepatkan lagi perkembangan semangat nasionalisme yang akhirnya membawa kejatuhan Sepanyol.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:45 AM | Show all posts
Kepincangan-kepincangan kemasyarakatan yang besar berlaku di kalangan orang-orang sepanyol dan rakyat awam Filipina. Orang-orang sepanyol bergiat dalam proses penjajahan poitik  dan penjajahan ugama Kristian. Pihak pemerintah dan pentadbiran Sepanyol sibuk menindas rakyat peribumi Fil;ipina. Sedangkan pihak paderi dan gereja pula melakukan penindasan ke atas penganut-penganut Kristian  yang terdiri daripada orang-orang Filipina.

Mereka melakukan diskriminasi ugama.Penganut-penganut dan paderi Kristian dari kalangan pribumi dibeza-bezakan daripada penganut dan paderi orang Sepanyol, walaupun merekalah yang memperkenalkan ugama Kristian di situ. Rakyat peribumi tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa walaupun mereka merasa benci dan dendam terhadap paderi, pentadbir dan pegawai sepanyol. Dalam keadaan inilah semangat nasionalisme orang Filipina muncul dan bercambah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:46 AM | Show all posts
Penindasan dengann ketiakadilan yang dilakukan oleh orang Sepanyol terhadap rakyat Filipina menyebabkan sentimen kebangsaan telah wujud. Orang Filipina mempunyai asal usul keturunan yang sama, banyak yang telah disumbangkan oleh Sepanyol dan umumnya bencikan penjajahan Sepanyol.  

Dasar sepanyol telah membantu menyatukan mereka  dengan jalan menyatukan kepulauan itu buat pertama kalinya di bawah sebuah kerajaan pusat  dan juga menyibarkan agama Kristian serta tamaddun sepanyol. Pendedahan Filipina kepada perdagangan dunia , dan kebangkitan golongan pertengahan Filipina , merupakan faktor yang kuat bagi menyediakan jalan  untuk satu pergerakan kebangsaan dan golongan pertengahan yang baharu inilah telah membekalkan pergerakan dengan pemimpin-pemimpinnya.

[ Last edited by fleurzsa at 20-10-2005 12:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-10-2005 12:32 PM | Show all posts

Gerakan Propaganda.

Golongan ilustrado dianggap sebagai pelopor dan penggerak semangat nasionalisme di Filipina pada tahap-tahap awalnya, ia turut dibantu oleh satu lagi kelompok masyarakat yang dipanggil Mestizo.

Mestizo adalah perkataan Filipina yang bermaksud penduduk Filipina yang terdiri dari anak-anak hasil dari perkahwunan campur , kerapkali di antara lelaki bangsa  Cina yang berugama Kristian dengan perempuan-perempuan Filipina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:34 PM | Show all posts
Golongan ini terlibat dalam bidang perniagaan. Mereka telah membentuk satu golongan sosial ekonomi yang tersendiri dalam masyarakat Filipina pada waktu itu. Ada diantara mereka yang menghantar anak-anaknya ke luar negeri untuk belajar selain belajar di Filipina.

Di sinilah mereka mendapat kebebaan untuk membaca sejarah berbagai negara, berbincang mengenai politik dan bebas menjadi berbagai anggota pertubuhan. Orang-orang Filipina yang terpelajar inilah yang dikenali oleh Ilustrado. Dari pengalaman di luar negeri ini kebanyakan mereka kuat dipengaruhi oleh ide-ide liberal serta republikan dari Eropah waktu itu, Mereka mencatat dan menulis segala perasaan atau pendapat mereka dalam jurnal-jurnal, akhbar serta novel.

Di antara mereka yang paling terkenal ialah Jose Rizal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2005 12:35 PM | Show all posts
Jose Rizal dilahirkan pada tahun 1861. Keluarganya kaya-raya, Rizal telah dihantar belajar ke sekolah tinggi dan kemudian melanjutkan pelajarannya dalam bidang ilmu kedoktoran dan falsafah di Madrid Sepanyol. Di sinilah beliau berjaya membuat hubungan dengan beberapa tokoh politik bangsa Sepanyol yangn berfahaman liberal.

Rizal sentiasa berulang-alik  di antara Madrid  dengan Bercelona  di mana rakan-rakan seperjuangznnya  berkumpul.  Dalam masa inilah Rizal terpengaruh dengan pemikitran  liberal itu dan mula memikirkan penyiksaan yang ditanggung oleh orang Filipina. Keadaan sekeling yang berlaku mempengaruhi cara hidup dan cara berfikir Rizal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:40 PM | Show all posts
Pada tahun 1887 Jose Rizal telah menulis novelnya yang pertama, Noli Me Tengere yang mendedahkan segala keburukan  golongan paderi dan kesengsaraaan orang-orang Filipina dalam keadaan politik dan social  yang terhimpit itu.  Negara Sepanyol telah memuji novel itu sebagai sebuah karya sastera tetapi golongan paderi telah mengecamnya.

Kesan Noli Me Tengere  bukan terhad kepada orang Filipina sahaja dan cendikiawan di Sepanyol tetapi kepada paderi-paderi.  Paderi -paderi pada masa itu telah menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Gabenor Terrero supaya meninggalkan Filipina dan mereka juga telah memburu orang-orang Filipina  yang menentang mereka. Gabenor Terrero juga telah menasihatkan Jose Rizal yang telah kembali ke Filipina supaya meninggalkan Filipina.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:43 PM | Show all posts
Golongan ilustrado yang berada dalam buangan berusaha bersunguh-sungguh untuk mendedahkan kepada kerajaan Madrid mengenai keadaan buruk di Filipina yang mana golongan paderi berkuasa dan mengawal kehidupan rakyat. Pada hakikatnya golongan liberal percaya dengan pendedahan orang Filipina tetapi kerajaan Sepanyol menghadapi berbagai-bagai masalah dalam negeri untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki keadan sosial dan perasaan tidak puas hati yang wujud di tanah jajahan mereka Filipina.  

Tahun-tahun 1890 an merupakan satu zaman kehampaan bagi golongan nasionalis. Kejayaan yang sedikit yang telah mereka capai setakat itu telah memberi keyakinan kepada mereka bahawa tuntutan bagi pemulihan secara damai dan keinginan mereka supaya Filipina diserap ke dalam Empayar Sepanyol tidak akan membawa mereka mencapai matlamat-matlamnat mereka.

Marcelo De Pilar yang semakin terganggu kesihatannya dan berputus asa telah membuat keputusan untuk kembali ke Filipina untuk mengangkat senjata bagi mencapai matlamat yang tidak akan didapati melalui cara sederhana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:45 PM | Show all posts
Pada tahun 1891, Jose Rizal telah mengeluarkan novelnya yang terkemuka El Filibusterismo. Ianya merupakan sebuah novel revolusi yang penuh degan kepahitan dan pilihan perkataan yang penuh perasaan. El Filibusterismo merupakan satu amaran kepada kuasa Sepanyol bahawa sekiranya tuntutan pemimpin 杙emimpin sederhana tidak diendahkan maka pergerakan itu dipimpin oleh puak-puak pelampau yang mana akan membawa kepada kekerasan dan pertumpuhan darah.

Orang Sepanyol merasa terharu dengan tindakan tersebut namun tidak berbuat apa-apa. Di Filipina puak-puak paderi telah merancang untuk membunuh Rizal. Penulisan Rizal menyebabkan orang-orang Filipina merasai bahawa mereka adalah satu bangsa dan dengan itu telah menyatupadukan segala unsur yang tidak puas hati menjadi satu suara yang berpadu dalam usaha memperbaiki keadaan buruk yang dialami oleh mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:47 PM | Show all posts
Jose Rizal tidak berpuas hati dengan menulis sahaja oleh itu beliau kembali semula ke Filipina dalam tahun 1892 bagi menumpukan segala usaha untuk kebebasan orang Filipina dan memimpin sendiri pergerakan nasionalis Filipina. Beliau telah menggesa orang-orang Filipina bersatu mengambil tindakan bersama. Beliau telah membentuk Liga Filipina supaya orang Filipina dapat dilindungi dengan berkesannya dari kekejaman dan ketidakadilan.

Perjuangan Liga Filipina  sebagai :

i.        Menyatukan seluruh gugusan Pulau Filipina.

ii.        Membela diri dari segala macam ancaman, kekerasan dan ketidakadilan.

iii.        Saling bekerjasama di antara semua kaum-kaum dan di kalangan anggota ke pulauan Filipina.

iv.        Menggalakkan sistem pertaniaan, perniagaan dan pendidikan yang lebih baik dan bermutu.

v.        Mengkaji dan menunut perubahan-perubahan baru dalam sosial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:51 PM | Show all posts
Hal ini jelas membayangkan Jose Rizal berjuang berdasarkan semangat reformasi  iaitu menunut beberapa pemulihan politik dan sosial daripada pihak pemeritah sepanyol. Jose rizal tidak pernah melaungkan suara dan semangat revolusi atau menuntut kemerdekaan melalui kekerasan dan pertumpahan darah.

Tuntutan dan perjuangan kebanyakan mereka yang terdiri daripada golongan pertengahan bukan melalui keganasan fizikal tetapi menerusi landasan perbincangan secara diplomasi dan saling memahami di antara pihak-pihak yang terlibat. Perjuangan bercorak sederhana dan amat berdiplomasi.  Kesemua ini telah ditolak oleh pemerintah Sepanyol yang menganggap puak reformis ini sebagai orang-orang yang merbahaya dan pengkhianat terhadap Sepanyol.

Tiga hari kemudian beliau telah ditangkap dan dibuang ke Dapitan. Beliau telah dibicarakan dan didapati bersalah dan ditembak mati dalam tahun 1896.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:55 PM | Show all posts

Pemberontakan Menentang Sepanyol

Pembunuhan Joze Rizal merupakan titik peralihan dalam evolusi pergerakan nasionalis Filipina. Gagasan  Marcelo De Pilar mengenai nasionalisme revolusioner telah muncul.  Sikap tidak peduli pihak Sepanyol telah meyakinkan para nasionalis tentang perlunya ada tindakan yang lebih radikal.

Dalam bulan Julai tahun 1982 sebuah pertubuhan sulit bernama Katipunan telah ditubuhkan di Manila. Pertubuhan ini mempunyai dua tujuan iaitu untuk memeperolehi kemerdekaan secara kekerasan dan menyatukan semua rakyat Filipina menjadi satu negara. Pengasasnya ialah Andres Bonifacio dari keturunan miskin , yatim piatu semasa berumur empat belas tahun dan belajar sendiri.  Bersama-samanya ialah Emilio Jacinto, juga dari keturunan miskin tetapi mempunyai pendidikan universiti Penyokong-penyokong kesatuan ini adalah rakyat jelata.  

Hanya beberapa orang golongan ilustrado yang  sanggup menjadi ahli. Mereka takut terlibat secara langsung dalam usaha-uasaha revolusiner ini. Pertubuhan ini telah diarahkan oleh sebuah majlis tertinggi, yang bertugas melalui majlis tempatan di tiap-tiap wilayah dan bandaraya tetapi kuasa sebenar adalah dalam tangan majlis pentadbiran sulit yang terdiri daripada  tiga orang anggota.

Pemimpin-pemimpin itu telah berhubung dengan Jose Rizal di Dapitan dalam bulan Julai tahun 1896. Rizal dengan tegas enggan menyokongnya dan menyatakan orang-orang Filipina perlu diberi pendidikan terlebih dahulu sebelum terlibat dengan tunjuk perasaan besar-besaran menentang kerajaan penjajah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 12:58 PM | Show all posts
Pertubuhan Katipunan sangat digemari oleh rakyat biasa dan Bonifacio yang kurang berpendidikan tetapi merupakan pemimpin ulung yang akan membebaskan mereka dari penindasan politik. Bagi mendapatkan penyertaan petani dan penduduk-penduduk Bandar, Bonifacio menjelajah beberapa wilayah.

Golongan sederhana telah merayu kepada golongan kelas menengah bagi mendapat sokongan. Bonifacio telah menyeru rakyat jelata dan telah menyebarkan semangat nasionalisme di kalangan mereka. Beliau telah mendorog pengikut-pengikutnya supaya menjalankan pemberontkan menentang regim  Sepanyol dalam usaha untuk mendapatkan matlamat-matlamat nasionalis. Beliau telah membawa pergerakan nasionalisma ini kepada satu langkah yang besar satu langkah mendekati pencapaian. Beliau telah berusaha bersunguh-sungguh tetapi tidak dapat mencapai kejayaan sepenuhnya kerana tidak mendapat soikongan daripada golongan ilustrado yang berpendidikan tinggi.

Golongan ilustrado berpendapat bahawa mereka ynag mempunyai pendidikan dan kaya sahaja yang mampu dan berhak menjadi pejuang kebebasan. Jose Riza telah menulis dari penjara pada tahun 1896 揗anifesto kepada orang Filipina tertentu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2005 12:59 PM | Show all posts
Persedian-persediaan telah dibuat walaupun tanpa sokongan golongan ilustrado bagi mengadakan pemberontakan pada tahun 1896. Persediaan  seperti berlatih untuk berperang, mengekalkan kesetiaan penyokong, perancangan yang teliti dan sulit sebelum pemberontakan itu dapat dilaksanakan.

Walau bagaimanapaun rahsia tentang Katipunan dan rancangan pemberontakannya telah terbongkar apabila seorang wanita membuat pengakuan kepada seorang paderi. Paderi telah memberitahu kerajaan mengenai pengakuan wanita itu. Kerajaan Ssepanyol telah membuat beberapa penangkapan tetapi kebanyakan pemimpin Katipunan telah melarikan diri ke Balintawak kerana telah mendapat maklumat penangkapan mereka.

Gesaan telah dibuat supaya Jose Rizal dijatuhkan hukuman bunuh atas tuduhan memberontak, menghasut dan mengadakan perhubungan haram. Dia telah ditembak mati pada Disember tahun 1896.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 01:00 PM | Show all posts
Teriakan pemberontakan di Balintawak dalam bulan Ogos 1896 merupakan satu teriakan pertama bagi revolusi itu. Dalam masa beberapa hari sahaja teriakan itu telah bergema di kawasan-kawasan yang berhampiran  seperti Manila, Pampanga, Laguna, Nueva Ecija, Batangas, Bulacan, talac dan Cavite.

Revolusi Filipina tahun 1896 merupakan satu pemberontakan bersenjata orang Filipina  buat pertama kalinya dalam mencapai kemerdekaan. Revolusi itu mempunyai sebab asas dan sebab langsung iaitu penganiaayaan yang dilakukan oleh pegawai Sepanyol, kegagalan Sepanyol bagi mengadakan pemulihan yang diminta oleh rakyat, penyiksaan pemimpin yang telah mempertahankan hidup rakyat yang tertindas, prasangka bangsa dan perbezaan terhadap rakyat dan keinginan mendapatkan semula kemerdekaan yang telah dinikmati oleh nenek moyang mereka.

Ramai golongan ilustrado telah terpaksa mengikuti pemberontakan itu kerana mereka telah dituduh terlibat dalam pemberontakan dan kerana kemarahan mereka terhadap pembunuhan Jose Rizal. Peperangan yang pertama meletus di San Monte pada 30 hb Ogos 1896.  Iia dipimpin oleh Bonifacio dan Jacinto telah menyerang angkatan Sepanyol yang mengawal tempat simpan ubat bedil. Mendapat tentangan yang hebat Bonifacio terpaksa berundur.

Seterusnya sepanjang bulan September berlaku beberapa pemberontakan di Bulacan, Batangas, Laguna, Pampanga dan daerah yang lain. Di luar Luzon pemberontakan di Passi pada bulan September dan di Negros pada bulan Oktober.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 01:01 PM | Show all posts
Tidak lama kemudian wilayah Cavite telah menjadi medan peperangan. Pada masa itu muncul seorang pemimpin revolusi yang baharu iaitu Emilio Aguinaldo. Pada 31 Ogos 1896, sehari selepas Bonifacio menyerang San Juan del Monte, Aguinaldo mengetuai pemberontakan di Kawait.

Dia telah berjaya mengalahkan panglima Sepanyol dan memenangi banyak lagi perjuangan. Dia dianggap sebagai pemimpin oleh pemberontak Cavite. Banyak pertempuran telah berlaku diantaranya yang paling banyak menumpahkan darah berlaku di Zapote pada Februari 1897 dan pertempuran hebat di Perez Dasmarinas pada 3 Mac 1897.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2005 01:01 PM | Show all posts
Setelah banyak berjuang bersama-sama, akhirnya berlaku persengketaan di antara Bonifacio dan Aguinaldo untuk menjadi ketua pemimpin. Bonifacio sudah mula tidak disukai ramai kerana dia kalah dalam peperangan. Dia boleh mengelolakan gerakan revolusi dengan baik tetapi kurang bijak untuk menjadi pemimpin tentera .

Aguinaldo lebih disukai kerana beliau seorang askar yang pandai dan berjaya dalam peperangan. Ekoran ini berlaku perpecahan di kalangan Katipunan. Bagi penyokong Bonifacio markasnya di Imus dan penyokong Aguinaldo di San Francisco de Malabon. Pada 31 hb. Oktober 1896, Aguinaldo mengeluarkan satu manifesto menyatakan bahawa matlamat Revolusi  ialah kebebasan dan kemerdekaan  .Beliau mencadangkan ditubuhkan satu pemerintahan yang baru.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073431 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list