CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Abraham Lincoln & John F Kennedy. [merged:jofizo,you_are_the_1,suezluv]

[Copy link]
Post time 22-6-2006 02:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2006 08:00 AM | Show all posts
aku still rase it's a conspirasy ler.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 09:59 AM | Show all posts
Kennedy: Famili disumpah?

PUTERI Mahsuri, sebelum menghembus nafasnya yang akhir kerana dianiaya, telah menyumpahi Pulau Langkawi menjadi daerah kering tandus hingga tujuh keturunan.

Tempoh penyeranahannya telah tamat sebab itu Pulau Langkawi kini sedang membangun maju.

Dalam kehidupan orang Melayu setengah kurun dahulu sumpahan adalah sesuatu yang dianggap suci. Sekarang tidak lagi hatta sumpah memakai Quran pun tidak dianggap keramat lagi.

Politikus kerdil terutamanya pegawai dan korporat bersumpah sewenang-wenangnya sebagai satu helah, satu cara untuk memperdaya, menang dan menjadi sumber pendapatan. Mereka tidak lagi takut dikutuki Allah, menderita dan berasa aib kerana membuat sumpah bohong.

Dalam tiga puluh tiga tahun (1962-95) saya aktif dalam politik UMNO, negara dan Kelantan dan sebagai setiausaha politik kepada Tun Razak dan timbalan menterinya ramai yang bersumpah dengan saya sebagai wakil Razak atau atas nama saya sendiri.

Sepanjang ingatan saya hanya tiga orang sahaja yang melanggar sumpah: satu hidup merana, satu sudah meninggal dunia dan satu lagi masih ke hulu ke hilir berikrar yang dia tidak akan mematuhinya. Dia seronok kerana dia belum lagi kena makan sumpahnya sendiri atau sumpah orang lain.

Teringat saya kepada sebuah pepatah Yahudi tentang sumpah atau dalam bahasa Inggeris curse: ''a curse is not a telegram: it does not arrive so fast -- sumpahan bukan sepucuk telegram dia tidak sampai cepat''. Bidalan Yunani menyamakan sumpahan sebagai seekor keldai yang senantiasa mengekori gembalanya.

Kita orang Islam bersumpah terima jawatan atau buat ikrar dengan menyebut nama Allah, orang Cina bersumpah potong ayam -- berani melakukan sesuatu dan berani pula menderita sesuatu jika pengakuan ini bohong. Itulah kuat sumpah datang segera tetapi seperti kata peribahasa Yahudi dan Yunani mereka yang mungkir janji akan kena lambat laun. Kerana tulah ibunya, Si Tenggang menjadi batu. Ada orang kata sumpahan dongeng ramai pula percaya. Bagaimana anda?

Di Amerika Syarikat ramai orang percaya pada ''curse'' atau ''sumpahan'' walau pun mereka di mercu masyarakat siber dan IT (Teknologi Maklumat). Media, penulis dan pengarang Amerika Syarikat sependapat keluarga kaya dan termasyhur Kennedy (the Kennedy clan) adalah satu suku atau kerabat yang kena sumpah atau ''cursed''.

Dalam tiga dekad keluarga terkenal ini kerap ditimpa tragedi. Keluarga Kennedy dipenuhi tragedi dan juga kejayaan tetapi makalah ini ditumpukan kepada tragedi yang menimpa mereka.

Pada satu masa, terutamanya tahun 60-an keluarga Joseph Patrick Kennedy (1888-1969), jutawan berkali ganda (multi-millionaire) bekas Duta Amerika Syarikat di London (1938-40) dan ayah kepada John Fitzgerald Kennedy (atau JFK), Presiden Amerika Syarikat yang ke-35 (1961-63) dan orang pertama Kristian Mazhab Katolik dipilih presiden, dianggap ''keluarga pertama politik Amerika Syarikat atau America's ''first political family'' tetapi setelah JFK dibunuh di Dallas Texas 22 November 1963, suku Kennedy tidak sunyi dilanda tragedi akibat ''curse'' atau sumpahan.

Tragedi terakhir keluarga ini ialah kematian Michael Kennedy, 39 tahun Rabu 31 Disember 1997 kerana berlanggar pokok fir tatkala bermain ski (skiing) di Aspen, Colorado. Aspen, bandar peranginan terkenal lagi mewah adalah padang permainan (playing ground) bintang terkenal dunia hiburan, politik dan ahli bisnes terkaya Amerika dan dunia semenjak setengah abad dahulu.

Kennedy bercuti tahun baru di Aspen bersama keluarga dan sahabat handai. Kennedy dianggap ahli ski yang berpengalaman namun kemalangan berlaku juga. Mengikut Aspen Times tragedi berlaku sewaktu cahaya mulai pudar. Puteri Diana sering ke Aspen waktu hayatnya sepertilah juta bintang terkenal Gary Cooper (ingat the ''High Noon''?) dan Lana Turner. Tahun ini selain dari keluarga Kennedy yang bercuti menyambut Tahun Baru di Aspen terdapat bintang filem Jack Nicholson, Kevin Costner, Goldie Hawn dan Kurt Russell.

Aspen adalah tempat bercuti yang diidami ramai. Tempatnya indah, dingin, restoran dan butik benar-benar eksklusif dan banglo peranginan yang cantik bertaraf cukup mewah dan antarabangsa membarisi kaki pergunungan Aspen. Sebelum Aspen menjadi bandar peranginan ia sebuah bandar bijih timah seperti Ipoh, Kampar, Taiping dan Kuala Lumpur.

Rose Kennedy (mak JFK) yang melahirkan sembilan anak pernah menerangkan melalui program TVnya dalam tahun 60-an bertajuk ''Minum Kopi Bersama Keluarga Kennedy'' kejayaannya membesarkan anak-anak yang sihat dan keluarga yang teguh.

Semenjak itu, kematian, dadah, arak, seks dan perkahwinan yang gagal telah menghantui keluarga terkenal ini yang satu masa menjadi pujaan rakyat Amerika. Kata orang, tiada Kennedy yang boleh dipatah atau dikalahkan; mereka seolah-olah kebal!. Tetapi kini kemalangan dan nasib malang menimpa famili Kennedy yang mengikut ramai akibat ''the Kennedy curse -- sumpahan Kennedy''. Seolah kata seorang penulis Cathy Burke (New York Post 1 January 1998) semacam: sometimes, it's as if the ill wind blows from hell itself -- sekali-sekala seolah-olah tiupan angin malang datang langsung dari neraka.''

Michael Kennedy adalah anak kedua dari 11 adik beradik Robert Kennedy (1925-68) dan Ethel Kennedy. Robert Kennedy adalah bekas Peguam Negara Amerika Syarikat zaman abangnya JFK presiden dan bekas senator Amerika Syarikat mewakili New York telah ditembak mati (seperti abangnya) di sebuah hotel di Los Angeles.

Pembunuhnya Sirhan B. Sirhan, 24 tahun, seorang pendatang dari Jordan telah didapati bersalah dan dihukum mati melalui kamar gas dalam tahun 1969 tetapi hukuman itu tidak dilaksanakan. Abang JFK, Joseph Kennedy Jr terbunuh dalam peperangan Dunia Kedua dan adik perempuannya, Katheleen mati dalam nahas kapal terbang.

Apabila adik beradik dibunuh dalam jarak lima tahun ketika populariti dan kesayangan rakyat Amerika Syarikat kepada keluarga Kennedy menggunung tinggi tetapi setahun selepas peluru Sirhan mengambil nyawa Robert Kennedy ''kepesonaan'' (spell) keluarga Kennedy seolah-olah patah dan terhenti: Rakyat Amerika tidak kagum dan terpesona lagi dengan Kennedy kerana Senator Edward Kennedy (saya pernah berjumpanya waktu ia melawat Tun Razak awal 70-an) dan yang diramal satu hari akan mengikuti jejak langkah JFK ke Rumah Putih telah pula, seperti kata bidalan ibunda, malang tak berbau, terjerumus dalam satu skandal kemalangan kereta di pulau Chappaquiddick di Martha's Vineyard - sebuah pulau peranginan yang cantik di Massachusetts seperti Pulau Pinang dalam 50-an.

Dalam tahun 1969 Edward Kennedy telah dipilih ketua Majoriti Whip yang termuda dalam sejarah Dewan Senat Amerika dan waktu itulah juga satu kemalangan kereta telah berlaku di mana teman wanitanya (Mary Jo Kopechne) mati lemas tetapi dia selamat.

Nasib malang Mary Jo Kopechne telah memburu kerjaya siasahnya dan akhirnya cita-citanya mendiami Rumah Putih terkandas apabila peristiwa Mary Jo Kopechne memaksa Edward Kennedy menarik diri sebagai calon presiden tahun 1979.

Edward Kennedy bernasib baik kerana keluarga Kennedy kaya, terkenal dan berpengaruh kemalangan di Chappaquiddick tidak membebannya sebagai senator. Hanya lesen pemandunya sahaja digantung buat seketika. Mulai peristiwa Chappaquiddick, mitos Kennedy tidak mempesonakan lagi dan bintang keluarga ini pun mulai malap. Apalagi sebuah buku yang baru diterbitkan The Darkside off Camelot oleh Seymor M. Hersh, seorang penulis pemenang hadiah Pulitzer, telah membongkar bahawa JFK adalah kaki perempuan yang luar biasa dan obsesinya dengan wanita cantik telah menjejaskan urusan negara termasuklah asmaranya dengan Marylyn Monroe dan dengan 'perisik' mafia Judith Campbell Exner. Pembongkaran ini telah menjejaskan imej JFK dan keluarga Kennedy.

Legenda mereka ''kaki perempuan'' bermula dengan Joseph Kennedy yang menggunakan kekayaan untuk mengejar cita-cita politik atau sosial tanpa hati perut bagi mencapai matlamat mereka memberi parah kepada imej dan riwayat keluarga ini. Joseph Kennedy dituduh membeli undi, terutama di Chicago, bagi menjamin kemenangan anaknya melawan Richard Nixon dalam pilihan raya presiden Amerika tahun 1960 yang saya ikuti sebagai Fellow Congress atas jemputan Persatuan Sains Politik Amerika.


.....cnt......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2006 09:59 AM | Show all posts
Tahun 1973, anak sulung Robert Kennedy, Joseph Kennedy (kini seorang anggota Dewan Rakyat Amerika Syarikat) telah terlibat dalam satu kemalangan kereta menyebabkan seorang perempuan lumpuh seumur hidup dan anak Edward Kennedy, Edward Kennedy Jr berumur 12 tahun hilang sebelah kaki kerana barah.

Dua tahun selepas itu Exner mendakwa dia menggugur anak luar nikah dengan JFK. Filem dan buku-buku terus diterbit. Ada yang memuji dan ada yang menimbunkan keaiban kepada keluarga Kennedy.

David Kennedy, (abang kepada Michael) telah mati keseorangan di sebuah hotel di Palm Beach, Florida, kerana dadah. Tetapi tahun 90-anlah yang paling memalukan keluarga ini, sumpahan terburuk dan kerana perbuatan mereka sendiri. William Kennedy Smith (anak saudara JFK) dan maknya sekarang Duta Amerika Syarikat di Ireland, telah dituduh merogol di banglo keluarga Kennedy di Palm Beach tetapi dalam perbicaraan William telah didapati tidak bersalah, Joseph Kennedy telah meminta gereja Katolik membatalkan perkahwinannya dengan isterinya, Sheila Rauch Kennedy setelah 12 tahun bernikah kerana dia mahu kahwin lain dan dia berjaya. Sheila sebagai membalas dendam telah menulis sebuah buku The Shattered Faith -- Kepercayaan yang Hancur'' telah menggambarkan bekas suaminya adalah seorang pembuli yang menganggapnya narcissisis -- dia narsisistik; seorang ''dewa''.

Rancangannya hendak masuk pilihan raya gabernor Massachusetts tahun lepas tersempit dengan penerbitan buku Sheila tetapi yang membunuh peluangnya menjadi gabenor Massachusetts ialah skandal seks Michael (yang meninggal di Aspen) dengan seorang pengasuh keluarganya yang bawah umur dan kerana ketagihan arak Michael. Pada suatu ketika legenda telah dipupukkan bahawa Michael adalah bintang yang akan muncul bagi menebuskan nama baik keluarga dan dinasti politik dari Boston ini.

Michael telah dituduh mengadakan hubungan seks dengan pengasuh anaknya. Dia telah ditangkap basah oleh isterinya sendiri, Victoria. Pengasuh di bawah umur itu adalah anak sahabat karibnya, Paul dan June Verrochi. Buat beberapa ketika ''rahsia'' tidak terbongkar. Bersekedudukan dengan mereka yang bawah umur adalah satu kesalahan jenayah besar di Amerika Syarikat, iaitu sebelum 16 tahun. Kennedy telah menyalahkan ketagihan arak dan seks atas perbuatannya.

Setelah dia di ''pulihkan'' dari ketagihan arak dan seks dia meneruskan juga hubungan seks dengan pengasuh itu. Akhirnya Victoria ''berpisah'' dengan Michael. Apabila berita ''skandal seks'' ini menjadi berita hangat di dalam media Amerika Syarikat Michael telah menyembunyikan diri. Abangnya Joseph Kennedy telah memohon maaf kepada keluarga Verrochi atas dosa adiknya. Keluarga Verrochi, penyokong kuat keluarga Kennedy memberitahu polis mereka tidak mahu kes terhadap Michael diteruskan kerana mereka tidak mahu cerita anak mereka dibongkar di mahkamah. Joseph Kennedy berkata dia tidak boleh membiarkan lagi kelakuan buruk Michael.

Keluarga Verrochi berkata perbuatan buruk Michael telah melukakan hati mereka, suatu perbuatan seperti harap pagar, pagar makan padi, satu pecah amanah sebagai seorang sahabat dan jiran. Jabatan Peguam secara rasmi tutup kes itu. Michael memohon maaf. Namun begitu Joseph Kennedy menarik diri dari menjadi calon dalam pemilihan gabenor Massachusetts.

Mendiang Michael selain daripada memutuskan tali ambisi (cita-cita) abangnya mahu jadi gobenor dan mungkin ke tempat yang lebih tinggi lagi telah mendapat perhatian dan komen pedas dari sepupunya, John Kennedy Jr. (anak lelaki Presiden Kennedy) dan pengarang Majalah George yang menggelarkan Michael sebagai poster boy for bad behaviour -- jadi budak poster kerana perangai buruk''.

Setakat ini dua anak Presiden Kennedy (JFK) (1917-63) hasil pernikahannya dengan Jacqueline Kennedy, iaitu Caroline (lahir 1957) dan John (lahir 1960) tidak terjerumus dalam apa-apa skandal. Kedua telah berkahwin,, nampaknya semua bahagia dan mempunyai kerjaya teguh.

Sama-sama berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia dan keramat ini semoga pada masa hadapan pun tiada keluarga atau dinasti politik kita terjangkit dengan ''curse'' (sumpahan) yang telah terlekat pada keluarga Kennedy.

Apa pun kita lakukan untuk mengejar cita-cita, cubalah jangan menganiaya orang kerana sumpah orang yang teraniaya lazimnya dimakbulkan Allah, lambat laun kalau pun tidak penganiaya itu sendiri, satu atau beberapa orang dari keturunannya akan menerima bala juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 04:45 PM | Show all posts
Kennedy Jr. mati akibat kesilapan sendiri

JOHN Kennedy Jr. atau nama timangannya John John adalah seakan-akan putera mahkota bagi bangsa Amerika.

Walaupun rakan dan taulan menyifatkan John sebagai 'lelaki biasa', namun beliau mempunyai penampilan yang menarik, kaya dan rentetan hidup penuh dengan kehilangan luar biasa, berserta dengan keistimewaan tinggi.

John, lelaki matang bersifat tenang dan yakin, yang diisytiharkan mati dalam nahas pesawat, masih tersemat erat pada fikiran kebanyakan warga Amerika sebagai anak kecil berumur tiga tahun yang memberi penghormatan kepada keranda ayahnya, Presiden AS, John Kennedy, yang dibunuh pada 1963.

'Malang keluarga Kennedy kerana baka.'

Peristiwa itu diimbas kembali oleh pemberita dan pengulas selepas pihak berkuasa mengumumkan semalam bahawa John, 38, dipercayai mati dalam nahas pesawat dua hari sebelum itu, bersama-sama isterinya, Carolyn Bessette Kennedy dan iparnya, Lauren Bessette.

Dilahirkan pada 25 November 1960, hanya beberapa hari selepas bapanya menyandang jawatan Presiden AS, John pertama kali memikat hati orang-orang Amerika melalui gambarnya yang sedang bermain di bawah meja Presiden di Oval Office, White House, ketika Presiden baru itu melakukan tugasnya.

Selepas upacara mengebumikan bapanya, John Kenedy Jr. sekali lagi perlu berdiri pada upacara pengebumian - kali ini pengebumian bapa saudaranya, Robert, yang dibunuh semasa berusaha merebut jawatan Presiden pada 1968, ketika itu John berumur lapan tahun.

Orang awam Amerika menyifatkan anak kecil yang bermain-main di Oval Office sebagai budak yang membesar menjadi seorang lelaki tampan, pewaris kepada imej glamor ibu, Jacqueline Bouvier Kennedy, dan bapanya.

Dan daya tarikannya hanya berkembang apabila, 1996, beliau berkahwin dengan Carolyn, seorang wanita jelita berambut perang yang disifatkan sebagai pasangan ideal bagi John.

Bagaimanapun kehidupannya, sungguhpun dikelilingi dengan kekayaan dan kemasyhuran, juga merupakan gambaran kehilangan yang kejam.

Adik lelakinya, Patrick Bouvier Kennedy, mati hanya tiga bulan selepas dilahirnya pada 1963; bapa saudaranya, Joseph Patrick Kennedy Jr., mati pada 1944 dalam nahas udara semasa Perang Dunia II; emak saudaranya, Kathleen Agnes Kennedy mati dalam nahas pesawat pada 1958.

Sepupu John, David Anthony Kennedy mati akibat mengambil dadah berlebihan pada 1984, dan seorang lagi sepupunya, Michael Kennedy - anak lelaki Robert Kennedy - mati pada usia 39 tahun dalam kemalangan ski di Colorado, pada Januari 1998.

Menurut pakar genetik molekul di Israel, Richard Ebstein, keluarga Kennedy bukan disumpah oleh nasib mereka tetapi oleh gen penerima risiko yang membuatkan manusia bersikap sembrono dengan kelajuan, dadah dan cinta.

Ciri warisan itu, katanya, mungkin memainkan peranan dalam mendorong anggota-anggota keluarga Kennedy terbabit dalam kegiatan yang 'menurut gerak hati, penuh dengan bahaya dan cabaran, serta merebut peluang'.

Walaupun Ebstein tidak pernah menguji mereka, namun beliau yakin bahawa sejarah keluarga Kennedy memberikan banyak bukti yang menunjukkan mereka memiliki gen berkenaan.

Spekulasi tersebar luas menyatakan nahas pesawat John pada Jumaat lepas adalah akibat sikap biadapnya.

Beliau mempunyai sedikit pengalaman sebagai juruterbang, membeli pesawat berkuasa itu yang beliau terbangkan hanya beberapa bulan lalu dan memilih untuk tidak mendaftarkan rancangan penerbangan bagi perjalanan dari New Jersey ke Vineyard, Martha, meskipun membabitkan laluan di ruang udara laut.

John turut memilih untuk terbang meskipun jarak penglihatan agak terbatas yang tidak menggalakkan juruterbang yang lebih berpengalaman daripada melakukan penerbangan yang sama dan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan di kaki yang mengehadkan kemampuannya untuk mengawal pesawat.

Pernah disifatkan oleh People Magazine sebagai 'lelaki paling seksi di dunia', John Kennedy Jr. mengahwini Carolyn Bessette, pegawai seranta fesyen, pada majlis perkahwinan mengejut yang amat peribadi di Georgia. Mereka tidak mendapat anak.

Tidak seperti beberapa anggota lelaki lain dalam keluarga Kennedy yang meluncur licin ke dalam arena politik, John Kennedy Jr. mengelakkan laluan itu kerana ingin melibatkan diri dengan bidang lain sebagai editor majalah politik dan selebriti 'George', yang dilancarkan pada 1995.

Beberapa laporan berita menyebut, beliau telah mula berunding secara senyap mengenai kempen bagi merebut kerusi Senat AS.

Seperti kakaknya, Caroline, John tidak bersifat angkuh sebagaimana kebanyakan selebriti dan tokoh politik, tetapi sebaliknya menyambut kehadiran orang-orang yang tidak dikenali dengan ungkapan ''Hai, saya John'' dan menghulurkan tangannya.

Sikap ini dipercayai memikat hati warga New York dan peminatnya di seluruh dunia. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 12:16 AM | Show all posts
betul aku sejarah dunia akan berulang setiap 100 tahun... ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2007 12:31 PM | Show all posts
wah kebetuln yg menarikkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2011 06:14 PM | Show all posts
Kennedy Jr. mati akibat kesilapan sendiri

JOHN Kennedy Jr. atau nama timangannya John John adalah ...
Syd Post at 21-7-2006 16:45


klu tgk dr JFK Lost : Home Video kat astro 555 sikap John-john ini mgkn diwarisi dr ayah die kot. humble...
tp nasibnya umo tak panjang.
klu tgk dlm astro, mase die umo tiga tahun, die kuar ke depan dr celah2 crowd, tabik hormat ke keranda ayah die. comel je.
tp tu arr kesian, mati muda juge.
tinggal kakak die sorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2011 10:33 AM | Show all posts
suezluv Post at 21-3-2006 01:18




nampak sangat dia  dah 'standby' nak kene tembak.... WTF
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 03:14 PM | Show all posts
klu tgk dr JFK Lost : Home Video kat astro 555 sikap John-john ini mgkn diwarisi dr ayah die kot ...
ice98 Post at 10-10-2011 18:14



    haah aku pun tgk..  mcm x sangka dia nh panjang umur (panjang gak aa )
banyak sangat sakit . silap aku yg idup skang sorang je .. adik dia pompuan
(intermediate family  dr 11 orang ) ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:23 PM | Show all posts
haah aku pun tgk..  mcm x sangka dia nh panjang umur (panjang gak aa )
banyak sangat sak ...
outcast Post at 11-10-2011 15:14

tu la... cam rilek je die ek? pas tgk video tu, aku jadi sedih. cam rse kesian sgt. tu yg buatkan aku gigih nak baca tiap rencana pasal die. die ngan adik die, bobby (robert) kene tembak. sbb title Presiden. aku rase pesaing die dlm politik yg tembak. ntah2 keturunan george bush.  huhu~~
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:23 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 04:39 PM | Show all posts
tu la... cam rilek je die ek? pas tgk video tu, aku jadi sedih. cam rse kesian sgt. tu yg buatkan  ...
ice98 Post at 11-10-2011 16:23



    x silap aku , JFK  the 1st president born in 21st Century
   and the only Catholic .. kalo tgk gamba kepala dia lepas kene tembak mmg kesian
  bersepai ...  and  kisah Jac, the widow ..waktu angkat sumpah Presiden Johsson
Jac pakai baju  yg masih ada darah JFK ..   ...
sedih kan.. Robert  rapat sejak JFK masuk untuk President election , gap derang 8-9 tahun
JFK paling rapat ngan Kathleen , mati  eksiden kapal terbang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:01 AM | Show all posts
x silap aku , JFK  the 1st president born in 21st Century
   and the only Catholic .. ka ...
outcast Post at 11-10-2011 16:39


JFK lahir 1917...21st century mula 2000 / 2001...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 08:02 AM | Show all posts
tu la... cam rilek je die ek? pas tgk video tu, aku jadi sedih. cam rse kesian sgt. tu yg buatkan  ...
ice98 Post at 11-10-2011 16:23


Yang tembak Bobby tu Arab....Bush tu arab ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply 54# alphawolf


    hehe salah 20th century ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 09:38 AM | Show all posts
Yang tembak Bobby tu Arab....Bush tu arab ke?
alphawolf Post at 12-10-2011 08:02


maksud aku die upah budak kelahiran Jordan tu... macam bese la politik. dorg takkan nak kotorkan tgn sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:40 AM | Show all posts
Post Last Edit by ice98 at 12-10-2011 09:44
x silap aku , JFK  the 1st president born in 21st Century
   and the only Catholic .. ka ...
outcast Post at 11-10-2011 16:39


tgk kat mane gambar JFK tu? cer tepek kat sini.... nak tgk jugak.
Dorg rapat mase pegi lawatan berminggu tu, JFK baru sedar yg adik die tu penting dlm misi die nk jadi Presiden.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 09:44 AM | Show all posts
tgk kat mane gambar JFK tu? cer tepek kat sini....
ice98 Post at 12-10-2011 09:40


dr en. wiki
   
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by ice98 at 12-10-2011 10:28

Reply 59# outcast

errkkk... {:1_126:} dlm gmbr atas tu JFK yg real ke? senyum je??
but anyway, thank you very much.

aku pon refer dr en. wikit2 tu jugak. tp tak smp lagi kot tang gambar ni. ok jugak kita kongsi2 citer psl JFK kat sini.
at 1st shot tu mst dorg ingat dpt diselamatkan lagi. sayangnya dorg yg lain tak perasan bunyi tembakan.
harap pada pengalaman conally tu pernah jadi askar n hunter, yg kenal beza bunyi gunshot @pun bunyi firecracker... tp die dlm pada nak tgk keadaan JFK yg dh senget tumbang ke bini die, die pon terkene tembak gak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
YgBenarLagi pokok tumbang menghempap kenderaan
Views : 0 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 16358 Replies : 431
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 107050 Replies : 1547
Darsa Fried Chicken minta maaf berhubung komen rasis terhadap 'type C'
AbahmungDarsa Fried Chicken minta maaf berhubung
Views : 8150 Replies : 104
eCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Laluan Kepada Projeka Apartmen Mewah.Anda teruja?
YgBenareCurve Bakal Dirobohkan Untuk Beri Lalua
Views : 8029 Replies : 45
Klinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya.Netizen panas hati
YgBenarKlinik Kesihatan Dipenuhi Warga Rohingya
Views : 19642 Replies : 23
Dato Seri Mahadi 34 tahun
akumakDato Seri Mahadi 34 tahun
Views : 105606 Replies : 133
Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun bangunan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)
ultra78Penduduk imbau nostalgia lebih 20 tahun
Views : 7756 Replies : 6
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 61567 Replies : 2848

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.434173 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list