CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42026|Reply: 264

~MERGED~ Hang Tuah Keturunan Cina?

[Copy link]
Muhantih This user has been deleted
Post time 2-8-2003 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Hang Tuah Berbangsa Cina
Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang
Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat
sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang
disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu
dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang
dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan
semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar
bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan,
kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang
diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal
keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan
tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan
mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan
dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah
menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan
secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ˉbahasa
jiwa bangsaˇ dan ˉmanusia mati meninggalkan namaˇ . Bagaimana pula
kita hendak menafikan kenyataan ˉnama menunjukkan bangsaˇ. Bahasa
ˉnamaˇ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis
sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah
dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis
telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ˉnamaˇ manusia untuk
memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan
Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula
dengan ˉHangˇ. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa
Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada
suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari
China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ˉHangˇ telah
dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohammad. Yunus Ibrahim dari
Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ˉMelaka 1400-1511 Dari Aspek
Kemasyarakatan,ˇ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau
kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung,
Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ˉSejarah Melayuˇ edisi W.G. Shellabear penerbitan
Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang
Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China
telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang
Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari
China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya
nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ˉcampurˇ antara puteri Hang Li
Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan
telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan
tidak pula berlaku nama ˉPaduka Hang Mamatˇ sebagai penghargaan kepada
puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa
nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee
bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina
adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee
Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti
Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau
keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang
Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan
perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat
dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi
oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi
sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh
masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut
loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik
oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching.
Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah
memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500
orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ˉbiduanda Cinaˇ
juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk
Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang
memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah
keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama
Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas
sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang
Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan
pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini
meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini
berlaku antara pengarang ˉSejarah Melayuˇ dan pengarang ˉHikayat Hang
Tuahˇ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka.
Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang
Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang
kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan
kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ˉSejarah Melayuˇ telah menggunakan bahan dalam
penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu
penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta
hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ˉHikayat Hang Tuahˇ adalah lebih formal kerana
menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal
peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat
Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang
Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut
hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan
penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan
Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan
yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang
Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang
Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po
yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang
Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah
apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan
Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya
iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat
baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka
yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang
Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka
menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima
kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu
telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau
orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu
zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po
sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah
Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian
hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah
kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.
Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan
menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt
yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang
Melayu Jati.

[ Last edited by Andrea_Pirlo on 6-11-2003 at 09:28 AM ]

[ Last edited by  amazed at 4-10-2008 06:19 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2003 01:42 PM | Show all posts
hhmmmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2003 03:40 PM | Show all posts
Hmmm...... this is interesting. Kalau mcm tu, pahlawan hebat Hang Tuah bukanlah org Melayu jati. Mcm saya jugaklah ni. Okay, then I shd be proud of Hang Tuah then. Whatever it is, it's a fact bangsa Melayu sekarang adalah bangsa Melayu baru. So that's it.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2003 03:48 PM | Show all posts
kalau hang tuah berbangsa cina ... abis tu cam ner ngan fakta yg mengatakan hang tuah nie dr negeri kelantan? hang tuah pegi ke melaka utk blaja seni mempertahankan diri dan mencuba nasib di negeri org lain .... :stp: ...

walau aper2 pun, saya suka hang jebat .. ..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2003 05:19 PM | Show all posts
Hang Tuah dah jadi org Kelantan pulak dah! Hmmm...... Saya pun admire kat Hang Jebat sebab dia berani mempertahankan kebenaran & outspoken compared dgn Hang Tuah yg terlalu mendaulatkan seorg raja.

[ Last edited by Baiduri Othman on 2-8-2003 at 05:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2003 11:29 PM | Show all posts

salam Muhantih....

excellent !!!! bravo !!! marvellous. terima  kasih....dan juga kpd kekawan yg lain....juga..

how about Panglima Awang ???please ...some more of this ..please...bless you Sdr..bless you...

:bg::bg::bg::bg:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2003 01:22 AM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 2-8-2003 05:19 PM:
Hang Tuah dah jadi org Kelantan pulak dah! Hmmm...... Saya pun admire kat Hang Jebat sebab dia berani mempertahankan kebenaran & outspoken compared dgn Hang Tuah yg terlalu mendaulatkan seorg raja. ...



saya tau nie sebb baca dalam mastika tahun nie tp tak ingat bulan brapa dan juga kalau tak dlm cite misteri nusantara kot ....
skarang nie dah jelas n nampak bahawa hero melayu yg sebenar adalah hang jebat sebb hang jebat sanggup menegakkan keadilan dan menentang kejahatan. tak kisah ler walaupn hang jebat dipanggil derhaka ... hang jebat is the real hero to me ...


question: panglima awang tu sapa? ada sesapa leh bgtau?
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2003 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by fly_in_d_sky at 3-8-2003 01:22 AM:

saya tau nie sebb baca dalam mastika tahun nie tp tak ingat bulan brapa dan juga kalau tak dlm cite misteri nusantara kot ....
skarang nie dah jelas n nampak bahawa hero ...


panglima awang tu sebenarnya org pertama yg mengelilingi dunia...
nak tau lebih lanjut... sila ler ke thread... manusia plg awal mengililingi dunia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


The Kops This user has been deleted
Post time 3-8-2003 03:11 AM | Show all posts
ada yg ckp hg tuah ni org cina.. emm satu yg jadi muskil.. bukanka ikut hikayat melayu hg tuah dari bentan?secondly hg tuah dilahirkan di tanah melayu? ikut dari cerita hikayat hg tuah dari kecil dia dan sahabat berlima sudah khatam alquran?
Jgn lupa org melayu dulu suka ikut nama org yg terkenal.. ataupun nama org pendatang.maybe dari segi nama tu ayah mereka terikut nama saudagar cina yg bermastautin di Melaka
berapa jauh agaknya time zone antar puteri hg li po dan hg tuah?
satu lagi dikatakan bahawa hg li po tu bukan seorg puteri tetapi cuma dayang? sebab? ada hikayat ttg dinasti Ming yg tertulis di China yg maharaja ming tak pernah menunjuk muka puterinya ke pada org lain termasuk kaum kerabat yg lain.dikatakan maharaja ming juga tak pernah hantar puteri nya ke mana2 selain di istana/ bole jadi Puteri hg li po itu cuma dayang yg  kata org pintar di istana maharaja..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2003 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by nix79 at 3-8-2003 02:12 AM:
panglima awang tu sebenarnya org pertama yg mengelilingi dunia...
nak tau lebih lanjut... sila ler ke thread... manusia plg awal mengililingi dunia...


thanks sebb bgtau ...
info pasal panglima awang ... cam payah jer .. lgpun cite org2 lama .. kalau nak kene gi library .. baru leh ... ... sapa jadi cikgu sejarah sure tau .. expert lagi
Reply

Use magic Report

Andrea_Pirlo This user has been deleted
Post time 4-8-2003 12:42 PM | Show all posts
aku pon ada terbaca mastika, hang tuah org kelantan...ako baca tajuk kat paper, jer..tak beli mastika tue..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2003 12:57 PM | Show all posts
Originally posted by Andrea_Pirlo at 4-8-2003 12:42 PM:
aku pon ada terbaca mastika, hang tuah org kelantan...ako baca tajuk kat paper, jer..tak beli mastika tue..



baca kat mana2 pun sama .. asalkan ada cite n dlm bentuk info ...  
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2003 01:49 PM | Show all posts
salam,

bukan ke nama bapak dia Hang mahmud dan maknya bernama Dang merdu..takkan mak dengan ayahnya pun turut berbangsa cina..lagipun diceritakan bahawa hang tuah ni menguasai banyak bahasa dan adat seawal umur 10 tahun lagi contohnya seperti India, Cina dan Thailand..dia juga pandai mengaji al quran dan menguasai sedikit bahasa arab...
dari segi ilmu kepahlawanan, dia belajar dengan seorang tok guru bernama Aria Putra..

p/s..perdebatan mengenai bangsa Hang Tuah ni memang sudah lama diperkatakan...
Reply

Use magic Report

The Kops This user has been deleted
Post time 4-8-2003 02:02 PM | Show all posts
kalo ikut byk nama org melayu lama mcm nama cina
cthnya
melur=mei liu
intan=eng tan
dbsnya la.
Kalo betul Tuah org cina , takkan wujud kata hikmat "takkan melayu hilang didunia"
maybe secara kebetulan tuah dikatakan org cina kot emm..
p.s teringat cerita P.Ramlee yg berkaler tajuk Hang tuah. Perh filem yg paling byk seniman dan seniwati berlakon heheh
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2003 02:18 PM | Show all posts

hmm

..salam..
yg cakap berbangsa cIna ni adalh hypothesis sorg sarjana sejarah ..( i think kat permuallan thread ni kot??) ..cuma dia propose a hypothses based on..sumber dia kot?? tapi di abagi tak , hypothesis yg  bercanggah ttg ..teorinya itu? menarik tau H ang Tuah ni....so kalau dia Chinese to start with, so sape yg Islamkan dia? okay kalau soalan ni tak relevant then tak pa...tapi itulah...kurangay keesedaran utk ducumenting bebende mcm ni...pada zaman Melaka....hai...nilah ...kan senang kalau ..Tun Perak ..buat ...biographical ..account about this Hang TuAh....

[ Last edited by mbhcsf on 4-8-2003 at 02:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2003 02:19 PM | Show all posts
setuju dengan kops..

anyway siapa yang mula-mula kata yang Hang tuah ni berbaangsa cina ye?...
Inilah masalahnya kalau sejarah ni tak ditulis dalam whatever bentuk sekalipun...jadi kita tak ada bukti untuk menafikan apa juga bentuk andaian yang dibuat...kalau orang nak cakap Hang Tuah tu berbangsa Hindu pun kita tak ada bukti untuk menidakkannya(maaf ye)..
Sejarah ni kalau tak ditulis akan lenyap begitu saja..mungkin oarang tua masih boleh mengingatinya tetapi bagaimana kalau sudah bertukar dari satu generasi ke satu generasi yang lain..mungkin cerita bawaan mulut ini akan berubah...mungkin faktanya akan berkurang atau bertokok tambah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sekzchan This user has been deleted
Post time 5-8-2003 10:43 PM | Show all posts
****
bahasa awok x seswai..sorri, yer....

[ Last edited by Andrea_Pirlo on 5-9-2003 at 01:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2003 02:40 AM | Show all posts

Hmmm...



Dalam pemerhatian aku kat topik dan thread ka sini baru aku perasan satu benda... Banyak worang zaman dahulu ada starting nama Hang... Mungkinkah satu kebetulan atau Hang ni ada bermaksudkan keturunan or someting...? Boleh jadi juga Hang ni bermaksud dia ni memang keturunan cina... Hang Li Po...? Hang Tu Ah...? Hang Je Bat... Bla la bla...

Ataupun memang Hang Tuah atau Hang atau bla bla bla tapi masih mengekalkan nama Hang tu sebagai melambangkan keturunan mereka...?


[AURA]  [EFEK]  [NOTA]
Hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2003 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by sekzchan at 5-8-2003 10:43 PM:
dats no such thing as bangsa hindu lah doink!Hindu is a religion dungu!



proud asian...watashi chu gokujin


huh..kasarnya bahasa...bagi salam/intro pun tak...:agr:
sorry pasal bangsa tu..actually youre right!..bangsa is Indian and Hindu is religion...sorry...

Apabila kamu dihormati dengan suatu perhormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa. sesungguhnya Allah merperhitungkan segala sesuatu...
Reply

Use magic Report

tarabas This user has been deleted
Post time 8-8-2003 12:07 PM | Show all posts

????

?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.206414 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list