CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MACD

Calon angkasawan yang paling layak utk Malaysia

[Copy link]
Post time 12-7-2006 01:28 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 7-7-2006 09:42 PM
I pun tak dengar apa2 update pasal pemilihan ni lagi. Tak sabar nak tahu.

Bulan depan la...lama tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2006 02:24 PM | Show all posts
ff: aku dah dapek offer masuk saringan pertama dulu tapi aku tolak :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 12:58 PM | Show all posts
Aku dgr vanajah antara yang konpem terpilih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 02:08 PM | Show all posts

Reply #103 kacang^soya's post

Mana dgr tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 03:28 PM | Show all posts

Reply #103 kacang^soya's post

Mana ko dengar tu? Aku org dalam pun tak tau apa2...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2006 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by MACD at 27-7-2006 02:08 PM
Mana dgr tu...

Ada forumer bg tau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2006 04:38 PM | Show all posts
Originally posted by padlie at 27-7-2006 03:28 PM
Mana ko dengar tu? Aku org dalam pun tak tau apa2...

Aku dgr dr forumer gak tatau la...tp kalo dia terpilih ok per...ko org dalam yek..takde dgr2 ke sesape terpilih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2006 05:33 PM | Show all posts

Reply #105 padlie's post

Hang orang dalam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2006 08:04 PM | Show all posts

Reply #108 MACD's post

Dalam Malaysia...... :lol
Dalam bumi pun boleh...
Gurau je...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:27 AM | Show all posts
dah announced by Pak Lah just now...

1. Dr Sheikh Muszaphar
2. Dr (Capt) Faiz

Congrats to them!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:28 AM | Show all posts
jangan lupa kul 11.30am nih, pak lah nak umum sape calon angkasawan

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:57 AM | Show all posts
Dr Sheikh Muszaphar dan Mohammed Faiz ke Moscow
04-09-2006 11:47:05 AM

Dua calon angkasawan Malaysia, doktor perubatan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juruterbang Mohammed Faiz Kamaluddin akan menjalani latihan terakhir selama 18 bulan di Star City Moscow, Russia, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Hanya seorang calon akan mengikuti ekspedisi ke stesen angkasa antarabangsa (ISS).


Dr Sheikh Muszaphar Shukor
(foto The Star)


Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Umur: 34 tahun (27 Julai 1972)
Pekerjaan: Doktor Perubatan, Hospital Universiti Kebangsaan
Status perkahwinan: Bujang
Pendidikan tertinggi: Sarjana Pembedahan Tulang, UKM

[ Last edited by  Syd at 4-9-2006 12:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-9-2006 11:57 AM
Dr Sheikh Muszaphar dan Mohammed Faiz ke Moscow
04-09-2006 11:47:05 AM

Dua calon angkasawan Malaysia, doktor perubatan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan juruterbang Mohammed Faiz Kamaluddin akan m ...

Dr Faiz Khaled ke Capt Faiz kamaluddin ...dedua lain org ...kongrets dr sheikh....
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 12:22 PM | Show all posts
itu laaa

tadi mstar tulis lain
now dah tulis lain


sat naaa

aku edit (ikut mstar)


Dr Faiz Khaleed
(foto The Star)

Dr Faiz Khaleed
Umur: 26 tahun (15 September 1980)
Pekerjaan: Pegawai Pergigian, Tentera Darat Malaysia
Status perkahwinan: Bujang
Pendidikan tertinggl: Ijazah Pergigian, UM
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 4-9-2006 12:22 PM
itu laaa

tadi mstar tulis lain
now dah tulis lain


sat naaa

aku edit (ikut mstar)

http://mstar.com.my/cms/storage/ ... eafe130-aa92237b/1/ ...

Tu la pasal...ramai yg konpius
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2006 03:25 PM | Show all posts
Tahniah
Dr. Sheikh!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-9-2006 09:22 AM | Show all posts

Utusan Malaysia 6/9/2006

Debaran angkasawan pertama negara
Oleh ZABRY MOHAMAD (WARTAWAN UTUSAN)

SIAPA yang bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama meneroka angkasa lepas sudah pun diketahui. Nama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin sebagai angkasawan pertama negara.

Pegawai perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) ini berjaya mengatasi tiga lagi calon yang sama-sama mara ke peringkat saringan terakhir iaitu pakar pergigian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diletakkan sebagai simpanan, Kapten Dr. Faiz Khaleed, 26, juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) Mohammed Faiz Kamaluddin, 34, dan satu-satunya wanita, S. Vanajah, 35.

Beliau dijadualkan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 2 September tahun depan selepas menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City, Rusia selama setahun bermula penghujung bulan ini.

Semestinya pemilihan Sheikh Muszaphar memperlihatkan beliau mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri berbanding calon-calon lain.

Ini kerana daripada 11,275 permohonan yang diterima sejak dibuka kepada orang ramai dari 13 Oktober 2003 sehingga 31 Disember 2003, Sheikh Muszaphar berjaya ke peringkat saringan terakhir sehingga terpilih.

Namun, untuk sampai ke tahap yang dilaluinya hari ini bukan mudah.

Daripada jumlah kesemua permohonan tersebut, hanya 894 calon disenarai pendek untuk menjalani saringan peringkat pertama, iaitu larian sejauh 3.5 kilometer (km) yang perlu ditamatkan dalam tempoh tidak lebih 20 minit.

Saringan tersebut telah diadakan di Kuantan, Pahang diikuti lima lokasi lain iaitu Kluang, Johor; Kuching, Sarawak; Kota Kinabalu, Sabah; Butterworth, Pulau Pinang dan Subang, Selangor.

Hanya 59 orang berjaya melepasi ujian berkenaan termasuk dua wanita.

Selesai kesemua ujian, sekali lagi mereka disaring dan pada 16 Januari lalu, 27 orang terpilih untuk meneruskan cabaran ke peringkat berikutnya.

Mencabar

Peringkat ini dilihat agak mencabar kerana menggunakan peralatan-peralatan yang sama digunakan juruterbang serta anak kapal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam latihan yang sememangnya cukup asing buat semua calon.

Salah satu peralatan tersebut ialah kebuk tekanan yang menyaksikan calon diuji dengan suasana ketika berdepan dengan ketinggian melebihi 7,000 meter di mana paras oksigen cukup terhad.

Namun, paling mencabar ialah apabila mereka berdepan ujian daya tindakan graviti (daya-G) menggunakan peralatan dikenali sebagai High Performance Human Centrifuge (HPHC).

Beberapa calon pengsan kerana tidak berupaya menghadapi daya-G yang sering dilalui juruterbang tempur ketika melakukan manuver secara tiba-tiba pada kelajuan cukup tinggi.

Selain itu, mereka juga terlibat dengan sesi renang yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu ujian apungan dan ujian terjun dari paras tinggi selain tugasan-tugasan berkumpulan dan kelas bahasa Rusia.

Hasil ujian selama lima hari itu menyaksikan sembilan orang tersingkir.

Sebahagian ujian yang mereka tempuhi merupakan modul latihan yang sama dijalani oleh anggota-anggota Pasukan Khas Laut (Paskal).

Difahamkan terdapat beberapa calon pada peringkat ini menarik diri kerana tidak mampu untuk meneruskan cabaran.

Pada peringkat ini jugalah calon-calon yang pernah dianggap favourite atau pilihan utama tersingkir kerana dalam keadaan penat dan tertekan, segala tindakan yang mereka lakukan memperlihatkan personaliti sebenar masing-masing sama ada memenuhi ciri-ciri sebagai seorang angkasawan.

Pada Februari 2006, lapan orang berjaya melepasi saringan ketujuh itu diikuti empat calon terakhir yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani ujian perubatan terperinci kira-kira dua minggu di Rusia yang dikendalikan Agensi Angkasa Rusia (RSA).

Sehinggalah pada 4 September lalu, penantian rakyat Malaysia berakhir apabila Sheikh Muszaphar diumumkan sebagai angkasawan pertama negara sementara Faiz sebagai calon simpanan.

Mohammed Faiz tidak dipilih oleh Panel Pemilihan Calon Angkasawan Negara yang dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar kerana gagal dalam ujian perubatan sementara Vanajah mengalami tekanan ketika ujian daya-G.

Penghantaran angkasawan ini ke angkasa lepas nanti bukan sekadar membawa nama negara tetapi juga budaya Malaysia.

Antaranya makanan kegemaran rakyat negara ini seperti roti canai, sate, teh tarik dan durian turut akan dibawa ke angkasa lepas.

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini giat mencari kaedah untuk menyesuaikan keempat-empat makanan itu dengan keadaan mikro graviti yang wujud di angkasa lepas.

Terdapat juga cadangan untuk membawa batik ke angkasa lepas.

Selain itu, penghantaran angkasawan negara beragama Islam ke ISS juga diharap dapat meneroka cara tepat untuk menunaikan solat di angkasa lepas.

Penghantaran angkasawan pertama negara dengan kos RM95 juta merupakan sebahagian daripada program mengimbangi pemerolehan 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dari Rusia yang ditandatangani pada 5 Ogos 2003.

Di bawah program berkenaan, angkasawan Malaysia tidak akan semata-mata berperanan sebagai 憄enumpang
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2006 09:30 AM | Show all posts

woooo.....

menariknye... harap2 semua berjalan lancar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2006 11:48 PM | Show all posts

Utusan Malaysia, 23/9/2006

Muszaphar, Faiz akur tak kahwin sepanjang misi angkasawan
PUTRAJAYA 22 Sept. ? Kedua-dua calon angkasawan negara akur dengan kontrak yang tidak membenarkan mereka mendirikan rumah tangga sehinggalah program angkasawan pertama negara tamat.

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed menganggap perkara tersebut bukan satu masalah malah menyedari ia adalah baik bagi membolehkan mereka memberikan sepenuh tumpuan kepada misi program tersebut.

?Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan fokus kepada misi utama program tersebut iaitu melaksanakan tugas untuk negara.

?Bagi saya, kami tidak kisah (tidak dibenarkan berkahwin), ini adalah komitmen kami sepanjang waktu,? katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari anjuran isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bagi meraikan kedua-dua calon angkasawan itu di kediamannya di Sri Satria di sini hari ini.

Sheikh Muszaphar diminta mengulas kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis baru-baru ini yang menyebut kedua-dua calon angkasawan itu tidak dibenarkan berkahwin dalam tempoh mereka menjalani program angkasawan negara itu.

Ini bagi memastikan kedua-duanya dapat memberikan fokus kepada program tersebut.

Kedua-duanya akan bertolak ke Rusia, Selasa ini bagi menjalani latihan selama 12 bulan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City sebelum salah seorang daripada mereka dipilih menyertai misi ke angkasa lepas pada 2 September tahun depan.

Sheikh Muszaphar juga buat pertama kali membuka rahsia apabila mengaku beliau sudah berpunya dan perkara yang paling istimewa yang akan dibawa ke Rusia nanti ialah foto buah hatinya itu.

?Saya akan tunggu sehingga dua tahun lagi (untuk berkahwin) dan dia faham itu semua,? katanya.


Kata beliau, sebenarnya banyak lagi pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi melaksanakan misi negara sebagai seorang angkasawan termasuk kerjaya sebagai doktor dan para pesakitnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sementara itu Faiz pula berkata, pihaknya menganggap perjanjian larangan berkahwin yang telah ditandatangani sebelum ini adalah sesuatu yang baik.

?Kita tahu bukan itu sahaja, banyak lagi pengorbanan yang perlu dilakukan dan saya memahaminya, jadi tidak ada masalah,? katanya.

Doktor gigi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bagaimanapun enggan memberikan ulasan mengenai perancangannya untuk berumah tangga.





Siapa yg tuduh dia gay tu eloklah bertaubat sempena bulan Ramadan ni....:lebai:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2006 11:49 PM | Show all posts

Utusan Malaysia, 23/9/2006

Najib ucap selamat jalan kepada 2 calon angkasawan
Oleh: HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 22 Sept. ? Kerajaan mengucapkan selamat jalan kepada dua calon angkasawan negara yang akan berlepas ke Rusia, Selasa ini bagi menjalani latihan fasa terakhir sebelum seorang daripada mereka dipilih menyertai misi ke angkasa lepas pada 2 September tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya bangga dengan semangat dan kegigihan yang ditunjukkan oleh kedua-dua calon, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Kapten Dr. Faiz Khaleed semasa sesi latihan.

?Saya mengucapkan selamat kepada kedua-duanya. Mereka akan memasuki fasa latihan yang lebih mencabar.

?Namun saya yakin, berdasarkan kepada pemilihan yang begitu ketat dan profesional bahawa kedua-duanya mempunyai kemampuan dan kewibawaan,? katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tenga hari yang dianjurkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor bagi meraikan kedua-dua calon angkasawan tersebut di kediamannya, Sri Satria di sini hari ini.

Majlis tersebut juga bagi meraikan anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (Bakti) dan jawatankuasa Malam Amal Semai Bakti kerana berjaya menganjurkan program amal tersebut pada 18 September lalu.

Hadir sama ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis; Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dan Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda, Tan Sri Rozali Ismail.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan percaya kedua-dua calon angkasawan tersebut mempunyai kekuatan mental, fizikal dan kerohanian bagi membolehkan mereka menyempurnakan segala tugas yang ditentukan oleh kerajaan ketika berada di angkasa lepas kelak.

Dalam pada itu, Jamaluddin berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan Rusia dalam kunjungannya ke negara itu bulan depan bagi memuktamadkan perjanjian mengenai penyelidikan yang bakal dilaksanakan oleh angkasawan pertama negara ketika di angkasa lepas.

?Buat masa ini saya akan mendapatkan perakuan daripada Kabinet untuk membolehkan kita memuktamadkan bentuk perjanjian dengan Rusia berkenaan penyelidikan yang akan dilaksanakan,? katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, kementerian terbabit juga akan mengadakan perbincangan mengenai peluang kedua-dua calon angkasawan pulang bercuti ke tanah air termasuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kedua-duanya akan menjalani latihan di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, Star City selama 12 bulan sebelum berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Bagaimanapun kedua-duanya difahamkan tidak akan dibenarkan keluar dari kem latihan dalam tempoh tiga bulan sebelum misi angkasa lepas itu dilancarkan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.077896 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list