CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs~solis

All About Melaka

[Copy link]
mamakcute This user has been deleted
Post time 24-1-2007 01:00 AM | Show all posts
continue:

#7



#8
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2007 09:19 AM | Show all posts
Tarikan baru Bandar Hilir
Oleh Siti Nor Saadah Md Yusof


Perkampungan Makanan Tradisional Newton hidang pelbagai juadah di samping serlah seni bina Melayu Melaka

MELAKA: Perkampungan Makanan Tradisional Newton di Bandar Hilir dekat sini, kini menjadi satu tarikan baru bagi pelawat dan pelancong yang berkunjung ke Melaka, negeri penuh bersejarah.

Perkampungan yang menyerlahkan seni bina tradisional Melayu Melaka itu, bukan saja menempatkan gerai makanan tradisional negeri Hang Tuah, malah kepelbagaian juadah dari beberapa negeri dan negara di rantau ini.

Dibuka pada Februari lalu, bangunan kayu itu dibina dengan kos kira-kira RM3.8 juta termasuk untuk hiasan dalamannya.

Lokasi perkampungan makanan ini dilihat begitu strategik iaitu berhampiran kawasan A Famosa dan bangunan merah Bandar Hilir, berhadapan dengan Dataran Pahlawan Megamall dan bersebelahan dengan Pusat Membeli Belah Mahkota.

Variasi juadah tradisional Melaka, daripada masakan Melayu, Cina, India, Baba Nyonya dan Portugis, adalah antara menu istimewa di perkampungan itu.

Menurut pemiliknya, Wong Choon Siong, perkampungan itu diwujudkan bagi memperkenalkan makanan tradisional yang pelbagai kepada semua pengunjung termasuk pelancong luar yang datang ke Melaka, selain untuk menampilkan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Katanya, terdapat 37 gerai di perkampungan itu, 12 daripadanya gerai makanan halal dan selebihnya makanan tidak halal yang memulakan operasi pada jam 11 pagi hingga 12 tengah malam.

"Orang ramai bukan saja dapat menikmati makanan tradisional Melaka seperti asam pedas, malah mereka juga boleh menikmati hidangan dari negeri-negeri lain seperti Perak, Johor, selain masakan ala Barat, Indonesia dan Thailand.

Harga makanannya pula amat berpatutan iaitu serendah RM3 hingga RM5, bergantung kepada hidangan yang diminta.

"Perkampungan makanan ini juga diibaratkan sebagai pusat sehenti para pengunjung yang ingin menikmati kesemua jenis makanan dari seluruh negara di bawah satu bumbung.

"Usah risau bagi mereka yang beragama Islam kerana gerai makanan halal diletakkan berasingan dengan gerai makanan yang tidak halal," katanya kepada Sentral.

Choon Siong berkata, pelanggan juga mempunyai banyak pilihan makanan berikutan peniaga di situ tidak dibenarkan untuk menjual menu makanan yang sama bagi setiap gerai.

Katanya, pihak pengurusan merancang untuk menampilkan persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional pelbagai kaum pada masa akan datang.

Sementara itu, pemilik gerai Asam Pedas Melaka, Suzana Zulkifli berkata, gerainya menyediakan pelbagai jenis masakan masyarakat Melayu antaranya asam pedas Melaka, asam pedas tetel, ayam masak merah, sambal belacan serta masak lemak rebung.

Menurut beliau, pelanggan boleh memilih untuk makan secara berhidang atau bercampur dengan harga serendah RM2.

Pemilik gerai 'Mak Long', Maznah Mohd Don, 60, pula berkata menu utama yang disajikan di gerainya ialah makanan yang terdiri daripada pelbagai jenis mee dan kuih-muih, antaranya, mee rebus, siam, bandung, soto dan pelbagai jenis kuih-muih seperti kuih bakar berlauk, badak berendam serta tapai.

Selain itu, gerainya juga turut menyediakan sejenis roti istimewa berintikan kentang dan telur dinamakan roti Bawean yang dikatakan berasal dari Jawa, Indonesia dan dimakan bersama sambal tumis ikan bilis.

Seorang lagi pemilik gerai, Khairul Anuar Mohd Nor, menyatakan gerainya memilih untuk menyajikan hidangan ala Thai kepada pelanggan.

Selain menu utama iaitu pelbagai jenis tom yam, gerainya turut menyediakan 21 jenis nasi goreng mengikut selera pelanggan.

Seorang pelanggan, Norashikin Hassim, 30, berpendapat berada di perkampungan makanan itu seolah-olah berada dalam suasana kampung disebabkan hiasan dalamannya direka berkonsepkan ciri kekampungan.

"Saya tertarik melihat hiasan atap di setiap gerai yang diperbuat daripada daun mengkuang. Ini adalah satu tarikan yang unik yang mana seni bina rumah yang terdahulu ditampilkan semula.

"Selain itu, terdapat juga hiasan dinding yang memaparkan pelbagai kebudayaan masyarakat, selain sejarah mengenai negeri Melaka," katanya.

Kewujudan perkampungan makanan ini juga bertepatan dengan usaha kerajaan negeri untuk memperkenalkan Melaka sebagai 'Syurga Makanan Sedap' selain menjadikan negeri ini destinasi pelancongan unggul bersempena Tahun Melawat Malaysia 2007.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2007 12:04 AM | Show all posts

melaka waterworld resort bukit katil

http://shw.fotopages.com/13868104.html


entah kenapa tak reti pulak kita nak upload gambar nie ... u can go to this link

kita baru je pi resort nie kira ok lah jugak ... biasa biasa je... tak dapat jalan ke bandar melaka

[ Last edited by  duri_mawar at 24-3-2007 12:20 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 12:55 PM | Show all posts
Salam semua

Makmok nak tanya -

Ramadhan tahun lepas, Kerajaan Melaka ada buat promo in S'pore pasal Bazar Melaka 24 hours. Then ada kluar kat Berita Harian S'pore pasal dorang bukak 24 hrs shopping centre macam Mustafa Centre kat S'pore. Siap dorang tarik Mustafanya workers lagi. Adakah ini 1 tempat yg sama? Then where is e location?

Sesiapa yg tahu atau pernah ke sana, boleh beri feedback tak?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by duri_mawar at 24-3-2007 12:04 AM
http://shw.fotopages.com/13868104.html


entah kenapa tak reti pulak kita nak upload gambar nie ... u can go to this link

kita baru je pi resort nie kira ok lah jugak ... biasa biasa  ...



mawar,
berapa harga room kat resort ni??
ingat June ni nak wat family gether2 kat sini arrrrr
meaceh
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2007 11:09 PM | Show all posts

Reply #185 cranko21's post

minah kalau jenjalan melaka suke gi makan kat gerai. roti canai cecah asam pedas ikan pari atau daging tetel. fuyoo superbb... atau ada masa gi cari roti john yang sedap kat tg ****** tu. byk gerai nasi dgn asam pedas macam macam jenis ikang kat pasar borong depa tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2007 12:21 PM | Show all posts
Originally posted by minahleter at 30-3-2007 11:09 PM
minah kalau jenjalan melaka suke gi makan kat gerai. roti canai cecah asam pedas ikan pari atau daging tetel. fuyoo superbb... atau ada masa gi cari roti john yang sedap kat tg ****** tu. byk ger ...



dulu2 kalau balik kpg kat masjid tanah suka makan mee banjir kat simpang.
tapi now dah tak de dah gerai mee banjir tu.. hehehehe

kalau asam pedas, mmg asam pedas melaka lain sket kan.. siap ada rempah tumis dia..
mmg menendang rasanya.. hehehehehee

roti john pulaks.. suka makan yg di jual di pasar2 malam.. panjang sebantal roti perancis tu baru RM2.50
puas makan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2007 07:17 PM | Show all posts
Originally posted by cranko21 at 31-3-2007 12:21 PM



dulu2 kalau balik kpg kat masjid tanah suka makan mee banjir kat simpang.
tapi now dah tak de dah gerai mee banjir tu.. hehehehe

kalau asam pedas, mmg asam pedas melaka lain sket kan. ...



kalo tak salah kekadang asam pedas depa ni memacam di bubuhnya. minah penah tanya depa kata bergantung. kekadang ada bubuh kerisik sikit, kekadang diletaknya halba..minah kalau dapat can makan angin kat melaka setahun  sekali, memang tak miss cari asam pedas. suka cuba macam macam gerai, yg tak berapa pedas tu minah hirup aje kuahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2007 01:16 PM | Show all posts
tetiba rasa nak balik melaka pekena asam pedas mak... pekena ikan bakar umbai... arghhh.... bila la dapat balik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2007 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by lipsofanangel at 1-4-2007 01:16 PM
tetiba rasa nak balik melaka pekena asam pedas mak... pekena ikan bakar umbai... arghhh.... bila la dapat balik nih...



untungnya badan angel orang melaka, boleh order jer asam pedas kat mak!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #185 cranko21's post

kita org belanja .. segan pulak nak tanya berapa harga ...awak boleh call offcie dia kot ... rasa nya dlm rm250 - 3rooms ... macam ala ala apartment lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2007 12:25 PM | Show all posts
salam semua
sapa ada no telefon chalet2 kat pangkalan balak tu..
aku rasa cuti panjang ni macam nak pi mandi sana la
tenkiuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2007 12:00 AM | Show all posts

Reply #191 duri_mawar's post

nie gambar watercity resort yang kami pegi tempoh hari





[ Last edited by  duri_mawar at 5-5-2007 12:02 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 04:46 PM | Show all posts
nak tanya la...
kalu gie ke melaka ni.. apa barang yang kite bleh bawak balik untuk jadi souvenier ?
selain dari keychain ?...
mungkin ada benda lain yang nampak pelik tapi tak brapa mahal laaa..
tq...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 05:08 PM | Show all posts

Reply #194 yiyie's post

kita kalau pi melaka selalu bawak balik
a) cencalok (kat kl punya tak segar) melaka punya cencalok merah & nampak segar.
b) kuih kemboja yang warna hijau ... tapi kuih yang best kat pasar alor gajah ... bukan kat bandar melaka
c) sos kuah kueh udang alor gajah ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2007 05:17 PM | Show all posts
kita kalau gi melaka mesti singgah pekan alor gajah dulu (tol simpang empat) pi makan kuih udang & masak lomak cili padi. Kalau nak merasa makan org N9 / or kuih orang n9/ minang pi kat pekan alor gajah. kat seremban pun kalah - seremban banyak kedai mamak




kuih udang alor gajah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2007 05:17 PM | Show all posts
Dekat cuti.com.my ada buat promo untuk Hotel Puri Melaka. Ada sapa2 yang pernah dok sana? Nampak interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 10:25 PM | Show all posts
asam pedas kat ne yg best di melaka ek?boleh sesape bg address n cara2 nak g tempat tu x?selalu g mkn ikan bakar jek...kalo g melaka asyik2 ikan bakar mcm xde mkn lain jek...my parents kalo weekends or cuti suke gi jln2 cari mkn...
the only thing yg aku tau selain ikan bakar n tempat2 bersejarah ialah perabot antik...parents aku beli ngn HJ YUSUF.die ni restorer perabot antik la...mat salleh pun byk beli dr die. g direct umah die, workshop die pun dpn umah die jek...name kpg die x igt lah coz dh besa2 gini mane de nak ikut2 parents jln2 lg so dh lame gak x gi kpg tu...lgpun skrg die dh ade cawangn d plaza ampang
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 03:15 PM | Show all posts

Reply #198 miszserena's post

AKU NAK PEGI FISHING KT PENGKALAN BALAK NEXT MTH, SO BOLEH TAK SAPA2 BAGI INFO, CHALET2 YG BERHAMPIRAN DGN PENGKALAN BALAK DAN BERAPA HARGA NYA?
Reply

Use magic Report

reem07 This user has been deleted
Post time 31-5-2007 09:41 PM | Show all posts
.............Hi,
Ingat nak pi A Famosa...........
Apa yang menarik di animal safari?Boleh cerita sikit tak kpd sesiapa yg pernah pi?
Ada sesiapa yang pernah menginap di A Famosa (water world).Makan camna?Harga ok tak?
TQ

[ Last edited by  reem07 at 31-5-2007 09:43 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.078759 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list