CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: fleurzsa

Tun Abd Ghafar Baba

[Copy link]
Post time 8-4-2009 10:26 PM | Show all posts
Kalian jangan lupa juga jasa Allahyarham membawa Umno ke sabah....walaupun pada ketika itu perkembangan politik Sabah begitu panas dengan sentimen anti semenanjung dan kekuatan PBS....
Hasilnya baru saja kita lihat sekarang..kemunculan Datuk Shafie Afdal sebagai tokoh sabah dalam majlis tertinggi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2009 06:44 PM | Show all posts

TUN GHAFAR DALAM KENANGAN

AL-FATIHAH
mengenang 3 tahun permergian Allahyarham Tun Ghafar ke rahmatullah...

AMIN
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 04:29 PM | Show all posts
Gaya 'politik kampung' kekuatan Ghafarr

Oleh Nasir Abd Wahab
anasir@bharian.com.my

GAYA 'politik kampung' yang menjadi amalan Allahyarham Tun Ghafar Baba wajar dijadikan panduan oleh pemimpin zaman ini kerana dengan sikap itulah Umno kekal stabil, manakala pemimpinnya terus disanjung, biarpun ada segelintir kemudian dicemuh angkara bercakaran sesama sendiri akibat merebut kedudukan serta kuasa politik.

Malah bekas Timbalan Presiden Umno itu yang meninggal dunia tiga tahun lalu, tidak pernah menganggap kuasa politik sebagai 'cek kosong' untuk mencapai segala hasrat peribadi dalam membantu ekonomi sanak-saudara dan kroni dalam apa juga urusan.

"Baginya, rakyat di kampung dan ceruk desa itulah yang lebih layak dibantu terlebih dulu," kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Othman Mohamad dalam satu majlis pengkisahan mengenai perjuangan Tun Ghafar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, baru-baru ini.Katanya, ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berdepan masalah mencari tokoh untuk dilantik sebagai timbalannya – sebelum akhirnya membuat keputusan melantik Allahyarham, Ghafar mengambil masa menerima tawaran itu kerana bimbang bahunya tidak tergalas amanah berat itu.

"Saya yang ketika itu berkawan rapat dengan anak Allahyarham, iaitu Tamrin memberi semangat supaya beliau menerima jawatan ditawarkan itu. Allahyarham sentiasa kelihatan tenang ketika memikirkan tawaran itu dan akhirnya, membuat keputusan menerimanya – itupun selepas syarat yang dikenakan kepada Dr Mahathir dipenuhi.

"Apa syaratnya kepada Dr Mahathir? Beliau hanya meminta Dr Mahathir memberikannya portfolio Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jawatan itu mempunyai nilai sentimental kepadanya... biarpun sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau tetap mahu dekat dan terus diterima masyarakat kampung.

"Inilah yang wajar dicontohi oleh pemimpin sekarang. Jika dulu Allahyarham Tun Ghafar mengambil masa agak lama untuk menerima jawatan Timbalan Perdana Menteri, berbeza dengan pemimpin sekarang yang seolah-olah berebut nakkan jawatan itu," katanya.

Majlis pengkisahan itu diadakan sempena genap tiga tahun Allahyarham meninggal dunia pada 24 April lalu. Ia dianjurkan Arkib Negara dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Melaka.

Sesi pengkisahan ini dipengerusikan ahli sejarah terkenal, Prof Datuk Zainal Kling. Selain Othman, dua lagi ahli panel ialah rakan karib Ghafar iaitu bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Rahman Ya'akub dan bekas Menteri Kerjaraya dan Kemudahan Awam (1972-1978), Datuk Seri Panglima Abdul Ghani Gilong.

Othman berkata, perwatakan Allahyarham Ghafar sebagai pemimpin yang begitu dekat dengan orang kampung, sekali gus sebati dalam jiwanya, mungkin disebabkan beliau sendiri dilahirkan daripada keluarga miskin, selain pernah menjadi saksi dan mangsa diskriminasi zaman kolonial lantas membuatkannya berazam membela nasib orang miskin menerusi gerakan siasah menentang penjajah.

Katanya, Allahyarham menyertai politik seawal usia 15 tahun dan sejak itu tidak pernah menyesal memperjuangkan nasib orang Melayu dan kemudian kaum lain apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

"Sebaik negara merdeka, beliau melihat kesusahan orang kampung, khususnya orang Melayu dan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian terlebih dulu. Inilah menyebabkan beliau dan keluarganya yang besar itu memilih jalan hidup seperti orang kampung ketika menjadi Ketua Menteri Melaka selama lapan tahun atas arahan Tunku Abdul Rahman, bermula pada 1959, biarpun pernah menolak tawaran pertama sebelum itu.

"Akibat sikapnya itu, Tamrin bersama adik beradiknya yang lain terpaksa berbasikal atau menaiki bas ke sekolah di Banda Hilir, biarpun ayahnya ketika itu sebagai Ketua Menteri diberikan kereta rasmi kedua, tetapi Allahyarham melarang anaknya menggunakannya sesuka hati.

"Oleh itu, Tamrin dan adik beradiknya yang lain terpaksa berbasikal bersama kawan-kawannya dari kediaman mereka di Peringgit ke Malacca High School (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka) di Banda Hilir setiap hari dan hidup serba sederhana," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak memuji bakat serta kebolehan Allahyarham Ghafar menguasai permainan golf.

Katanya, menerusi kebolehan itu, membolehkan beliau bertemu dan bercampur gaul dengan pemimpin hebat Eropah, termasuk dari England ketika era 1950-an.

"Pada zaman itu, golf dikaitkan dengan imej sukan dan aktiviti sosial masyarakat kolonial. Sesiapa boleh bermain sukan ini, maka berpeluang bergaul dengan orang besar dan pemimpin negara. Tentunya keistimewaan dimiliki Allahyarham ini banyak membantu beliau pada masa itu," katanya.

Abdul Rahman berkata, selain hebat di lapangan golf, satu lagi keistimewaan Allahyarham Ghafar, ialah sifat dan gayanya yang gemar sesuatu urusan dipermudahkan tanpa mengabaikan hasilnya.

"Ketika hayatnya, beliau seorang yang amat ringkas. Jika mempengerusikan mesyuarat, ia tidak mengambil masa terlalu lama. Walaupun perjalanan mesyuarat itu singkat, beliau mengutamakan pelaksanaan hasil daripada agenda mesyuarat itu," katanya.

Bagi Abdul Ghani pula, jasa terbesar Allahyarham Ghafar ialah kejayaannya mengembangkan Umno ke Sabah selepas mendapati politik di negeri itu tidak lagi stabil akibat konflik dibawa pembangkang, didalangi Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitinggan pada awal 1980-an.

"Pada awal 1980-an, beliau kerap datang ke Sabah mengadakan program penerangan mengenai kemasukan Umno ke Sabah.

"Beliau menyatakan bahawa mustahaknya rakyat Sabah bersatu dan menyertai Umno. Biarpun ada yang tidak suka dengan kehadirannya, tetapi sikap tegasnya dan gaya seriusnya memperkatakan sesuatu isu politik membolehkan Umno bertapak kukuh sehingga sekarang," katanya.

Umno akhirnya bertapak di Sabah pada 21 Februari 1991.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 06:59 PM | Show all posts
Edited by jkkkj at 3-9-2022 11:15 PM

41# sent626

Sebagai antara orang yang bertanggungjawab membawa UMNO ke Sabah pada tahun 1991,tentunya Allahyarham Tun Ghafar Baba akan berasa gembira sekiranya beliau berpeluang menyaksikan kejayaan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menjadi anak Sabah pertama memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 02:17 AM | Show all posts
......en Abdul Ghaffar Baba ni mmgla sejarahnye tidak mendapat liputan tersohor spt ahli politik msia lain; ttp bg mrk yg mengikuti secara teliti perkembangan politiknye, aku yakin mrk setuju bhw beliau sebenarnyelah negarawan msia tulen......aku percaya beliau sepatutnye telah lama dilantik sbg perdana menteri msia.....rekodnye sbg naib presiden umno selama 25 thn (1962-1987) & timb presiden selama 7 thn (1986-1993) sepatutnye da cukup memberikannye kerusi pm msia; ttp dinafikan oleh permainan politik dr m & anwar.....aku tetap ingat waktu tu dr m kata lebih kurang begini maksudnye; kalau da rase nak kalah tu,......(utk rekod: dr m ada meminta maaf secara terbuka selepas itu)

..........jadi beliau pun mengundurkan diri sbg timb presiden di prkt pencalonan lagi; malah media banyak membandingkan resume beliau dgn bakal calon satu lagi yg menggambarkannye sbg kekampungan, baik dr segi perwatakannye & kebolehannye berbahasa inggeris.....aku yg mengikuti perkembangannye tika itu merasa sgt terguris hati; sudah tentu apatah lagi beliau......aku tahu ramai penduduk luar bandar yg miskin adelah penyokong tegarnye.....sebab tula dr m pandai mengambil beliau sbg tpm msia menggantikan musa hitam, bila msia dlm crisis.......krn beliau ramai pengikut dlm umno.......tapi tu la, bila dr m da kuat & msia da stabil; ibarat habis madu, sepah dibuang..........beliau tersingkir dr jawatan tpm diganti anwar....

...............aku masih ingat lagi beliau pernah diutus secara mengejut ke luar negara menyelesaikan isu sensitif yg x diketahui umum, & siapa lagi yg bersusah payah mengadap raja2 melayu semasa krisis perlembagaan 1983 & 1992-93 yg melibatkan raja2 melayu.......banyak krisis diselesaikan tapi boss yg dapat nama.......aku harap kisahnye akan terus tersemat dlm sejarah msia yg gemilang.......al-fatihah utk beliau, en Abdul Ghaffar Baba......aku rasa beliau lebih senang dgn panggilan tanpa gelaran ini krn aku suka melihat beliau dlm pakaian ceremonial di parlimen tanpa ade memakai sebarang bintang kebesaran....lambang seorang negarawan tulen yg perlu dicontohi setiap orang...
Last edited by laxmanall on 21-1-2013 02:49 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 02:23 AM | Show all posts
......sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Ghafar_bin_Baba

Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang guru lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris]]) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMM diharamkan oleh kerajaan British.
Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato

Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan 'Hidup Melayu' ditukar kepada 'Merdeka' , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri Aishah Ghani. Catatan Tunku dalam bukunya 憫Political Awakening拻 penyertaan Ghafar dan ramai bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluar UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empat kali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.

dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap dengan pendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi.Pada 1983 , Dr Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja dilanjutkan kepada 60 hari.
Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.
Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2013 02:34 AM | Show all posts
.... malah beliau juga dikatakan terlibat di belakang tabir dlm menangani isu perjanjian damai dgn komunis.......
sumber : http://wasiatpejuang.blogspot.com/2011/09/kisah-ghaffar-baba-dan-komunis.html

Rabu, 7 September 2011
KISAH GHAFFAR BABA DAN KOMUNIS

Saya mengenali Ghafar Baba ketika kami sama-sama bergerak dalam PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya). Beliau bergerak aktif dalam PKMM bahagian Melaka. Ketika saya menghadiri kongres KMM di Melaka pada tahun 1946, Ghafar Baba dan kawan-kawan PKMM Melaka menghadiahkan saya satu tongkat sebagai kenang-kenangan. Setelah PKMM diharamkan oleh penjajah, Ghafar Baba dan ramai kawan dalam PKMM memasuki UMNO untuk meneruskan perjuangan. Pada tahun 1981, Ghafar Baba dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sejak itu saya sebagai rakan seperjuangan lama selalu menghantar siaran-siaran terbitan PKMRM kepada beliau sebagai tatapan..

Pada tahun 1985, Haji Mokhtar datang berkunjung ke pangkalan Rejimen Ke-10 di Sukhirin untuk menemui kakak iparnya Abu Samah Mohd Kassim. Dalam pertemuan itu, Haji Mokhtar telah mengemukakan pendapatnya tentang menamatkan perang melalui cara ala-Baling, maksudnya menamatkan peperangan melalui perundingan damai. Berkenaan masalah itu, pimpinan Rejimen Ke-10 telah mengadakan pengkajian dan penelitian. Kami menyerahkan perkara itu kepada Abu Samah supaya membuat laporan dan minta petunjuk kepada Dewan Sentral Komiti Utara Malaya (DCCUM). Akan tetapi tiada perkembangan yang positif.

Pada bulan Jun 1985, saya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-10. Dalam mesyuarat itu, saya telah membentangkan masalah mencari cara menyelesaikan peperangan seperti cadangan yang telah dikemukakan oleh Haji Mokhtar. Saya ada cara sendiri kalau perkara itu dipersetujui iaitu menghubungi Ghafar Baba sebagai rakan seperjuangan lama. Mesyuarat sebulat suara menyetujui pandangan saya tersebut. Dengan itu, atas nama peribadi dan Rejimen Ke-10, saya mulai membuka hubungan dengan Ghafar Baba.

Surat pertama saya bertarikh 25 Jun 1986 telah dihantar kepada Ghafar Baba melalui Haji Mokhtar. Isinya agak panjang, hampir 3 muka huruf mesin taip roman di atas kertas bersaiz legal. Isi kandungannya hanyalah menyampaikan tahniah dan harapan kepada beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri atas nama rakan seperjuangan yang telah lama berpisah.

Ghafar Baba telah membalas surat itu dengan suratnya yang bertarikh 7 September 1987. Dalam suratnya Ghafar telah maju selangkah mengusulkan menghantar wakil mengadakan perjumpaan bagi mencari jalan menamatkan peperangan.

Setelah mendapat jawapan dari Ghafar Baba, saya segera membuat laporan dan memperolehi restu dari DCCUM. Lepas itu saya menghantar Majid menghubungi pegawai tentera Thai yang selalu mengadakan hubungan dengan kami. Apabila Majid memberitahu mereka bahawa kami akan mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, pegawai tentera Thai merasa terkejut, lantas mereka mengemukakan berbagai soalan. Majid menjelaskan satu persatu kepada mereka. Pada masa itu juga, mereka menelefon atasannya. Kesimpulannya pihak tentera Thai sudi memberikan sebesar-besar dukungan dan bantuan dan berharap perundingan itu berjaya menamatkan peperangan.

Mereka berkata, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 sudah lama berusaha memujuk kami berunding dengan mereka secara baik-baik dan mendengar polisi pihak Ketumbukan Ke-4, akan tetapi semuanya ditolak dengan berbagai alasan. Sekarang kami bersetuju mengadakan perundingan dengan pihak Malaysia, mereka sangat gembira dan berharap akan berjaya menamatkan peperangan. Setelah itu, pihak tentera Ketumbukan Ke-4 telah mengeluarkan surat kebenaran untuk wakil kami keluar dari hutan.

Dengan kerjasama yang baik dari pihak tentera Thai, saya yakin kami boleh mengadakan perundingan dengan Ghafar Baba dan menjamin masalah keselamatan wakil-wakil saya.

Melalui perhubungan surat menyurat antara saya dan Ghafar Baba, akhirnya kami bersetuju menghantar wakil mengadakan perundingan. Ingin saya terangkan di sini bahawa perundingan ini adalah titik permulaan perundingan damai. Perundingan ini hanya mewakili saya dan Rejimen Ke-10 dengan Ghafar Baba yang mewakili kerajaan Malaysia. Selain itu juga pihak wakil tentera Thailand ikut serta dalam perundingan. Saudara Haji Mokhtar menjadi orang tengah yang mempertemukan wakil saya dan wakil Encik Ghafar.






Last edited by laxmanall on 21-1-2013 02:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 10:19 AM | Show all posts
al- fatihah utk Allahyarham Tun Ghafar baba.... baik betul dia.... sanggup undur diri demi nak tengok melayu tak pecah belah... ade lg ke skang ni semacam dia ni? yg sygkan kaum sendiri dan negara... yg dok nampak skang... ramai berebut2 jawatan adelah.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2013 03:36 PM | Show all posts
tun ghafar baba, satu jea yg paling aku ingt,
die tak nak terima ape2 anugerah.. dapat tun tue pown mahatahir yg pujuk kan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2013 05:15 PM | Show all posts
laxmanall posted on 21-1-2013 02:17 AM
......en Abdul Ghaffar Baba ni mmgla sejarahnye tidak mendapat liputan tersohor spt ahli politik msi ...

harap maaf kalau saya mencelah.. pada pendapat saya Dr. Mahathir tidak terlibat dalam perletakan jawatan Pak Ghafar, sebaliknya dia sendiri yang meletak jawatan setelah kurang mendapat pencalonan daripada bahagian berbanding Anwar Ibrahim. Beliau meletakan jawatan setelah menulis seutus surat  kepada Dr Mahathir sebelum Pak Ghafar berlepas ke Korea. Sebelum itu Pak Ghafar memberi pesan kepada  pembantunya untuk mengutus surat tersebut pada Dr. Mahathir setelah Pak Ghafar kembali ke tanah air kerana katanya dia takut orang Korea tidak akan melayan kedatangannya ke sana jika tahu dia sudah meletak jawatan. Pak Ghafar meletak jawatan katanya kerana takut Bangsa Melayu berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang menyokongnya serta Anwar Ibrahim. Untuk rekod, Anwar Ibrahim yang ketika masih dianggap sebagai anak yang masih terlalu muda menyatakan pada Pak Ghafar bahawa beliau sekali-kali tidak akan bertanding merebut  jawatan Timbalan Presiden (menentang Pak Ghafar). Namun sikap Anwar Ibrahim yang tamak telah menyebabkan Pak Ghafar kalah dalam pencalonan kerana umum mengetahui Anwar Ibrahim seorang yang bijak berpidato dan pandai menghasut orang ramai. Sikap merendah diri dan sederhana Pak Ghafar telah menyebabkan dia mudah  dibaham oleh Anwar Ibrahim. Setahu saya juga Dr. Mahathir telah menyatakan bahawa walau  Pak Ghafar kalah dalam pemilihan tersebut, dia tetap akan melantik  Pak Ghafar menjadi Tim. Perdana Menteri dan Tim. Presiden, namun ditolak oleh  Pak Ghafar. Untuk pengetahuan, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Tan SriMuhyiddin Yassin dahulu juga menyokong Anwar Ibrahim.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:21 PM | Show all posts
Bagus dia ni .. ada dua Bachelor of Art
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2013 12:38 PM | Show all posts
al fatihah tuk tun ghaffar...

si anak muda tuh ANWAR PELIWAT yg skrg sedang memecahkan org melayu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2013 03:00 AM | Show all posts
jkkkj posted on 26-6-2007 01:43 AM
Si pencurik tu jenis manusia tiga suku kot.Atau pun dia seorang yang jakun dengan keris agaknya. ...

matpek kot.. nk jual ke besi buruk. dpt gak wit

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.093404 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list