CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Icahn

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

[Copy link]
Post time 4-10-2006 09:23 AM | Show all posts
Dia la ni bukan dah siap ada private jet ke? Hat yang Tun Det naik masa p holiday few months ago?.. and i heard oso,.. pasal hi-way yang tak jadi buat tu actually dia yang nak biaya.. tapi sebab dia bukan kroni pak lah kot?.. maka projek tu tak jadik.. aku dengar citer lah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2006 04:12 PM | Show all posts
aku bangga ngan Syed Mohktar..allah murahkan rezeki kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 02:23 AM | Show all posts
aku pernah gak keje ngan cina ... memang extreme rajin .....tapi aku berenti keje sambung balajar ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2006 07:50 AM | Show all posts
die ni pernah supply revision book ngan bg tuisyen free  kat skolah aku dlu..
memang sangat berterima kasih r kat die..
skang adik aku plak yg dapat tuisyen ngan buku rujukan free dari yayasan die..
semoga tuhan murahkan rezeki die..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2006 01:41 AM | Show all posts
siapa yang boleh huraikan sejarah keluarga Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary..
dari atuk sampai kat dia ...
yang saya tau ayah dia orang Oman..kalau silap tolong betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by DanIno at 8-9-2006 05:24 PM
Originally posted by rasyid at 11-12-2004 11:57 PM:
ermm
kalau aku tak silap la kan
si syed mukhtar tu seblom dia kaya kerja dia seludup beras
ermm
dasyat gak kan

rasyid ni sama ada dia  ...


BUKAN SELUDUP BERAS TAPI MENJALANKAN PERNIAGAAN IMPORT BERAS.SELAIN TU BELIAU TURUT MEMBANTU DATUK NYA MEMBAWA MASUK LEMBU DARI THAILAND KE MALAYSIA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2006 09:47 PM | Show all posts
Selepas Tun Mahathir ..Dia nie org MELAYU kedua yang aku respek......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 10:53 AM | Show all posts
Originally posted by tinangol_csm at 26-10-2006 01:41 AM
siapa yang boleh huraikan sejarah keluarga Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary..
dari atuk sampai kat dia ...
yang saya tau ayah dia orang Oman..kalau silap tolong betulkan



dia nih low profile. tak banyak pasal sejarah famili dia. tapi dulu penah terbaca kat satu paper BM nih.
nak kena carik balik.

just jupe yang nih jerk;

Profile - Syed Mokhtar al-Bukhari

The richest ethnic Malay in Malaysia.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary is currently the richest bumiputra corporate figure with many interest in diversified business areas which include transportation and logistics, plantations, property development, defense and armory as well as engineering and power generation.  He is also a symbolic figure that holds philosophy that 'education does not guarantee success in life, but hard work does', and he's a walking proof of that.  

Syed Mokhtar al-Bukhari  was born into a mid-low class family in north of peninsular Malaysia; whose house was without necessities and luxuries. His highest education was only until form five, and he never went to university. But that doesn't mean he's lacked of knowledge. A whole lot of his knowledge and experience was gained through his own entrepreneurship experience during his youth time.

Due to his family's mediocre-to-poor background, Syed Mokhtar al Bukhary had to step into the working world in his early life, while pursuing his primary and secondary studies. Syed Mokhtar helped his mother planting and selling vegetables in the market and also selling roti canai. His numeric knowledge was used to help his father in doing daily book keeping.

After finishing school, Syed Mokhtar helped his father in breeding cow business but only to see the business washed away by foot and mouth disease. Nevertheless, he took over the business and start over by selling meats. He then move on to packaging the meats and start selling them wholesale. His determination paid off and the business started to take off.

As his determination starting to skyrocket, he quickly moved to expand into diversification of other businesses. His next big move was in the logistics business, with initial goal to transport their trading materials. More success followed and he moved to rice trading business. He worked even harder after awarded the rice trading license from Lembaga Padi Negara, and was later awarded successions of supplier contract government-linked corporations. As the saying goes, 'the harder you work, the luckier you get'.

He currently holds shareholder-ship in Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), BERNAS, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn Bhd and many others. Even becoming the talk of the country, Syed Mokhtar, most of the times tried to lay low. He is rarely available for press interview and remains elusive in the world of publicity. Instead, he focuses his work on philanthropist's work and is passionate with his charity foundation under the name of al-Bukhary Foundation.

Al-Bukhary Foundation helped to build Islamic Art Muzium valued at RM70 millions as well as building many mosques and charity establishments in Kedah, Perak and across the country.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2006 11:46 AM | Show all posts

harap yang nih, boleh terangkan dgn panjang lebar.....

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.   
TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal抯.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama.

Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.

Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.

Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.

Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu.

Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar.

Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras.

Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 11:46 AM | Show all posts

sambungan.....

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.

Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.

Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor.

Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan.
Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.

Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.
Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.

Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta
Reply

Use magic Report

diariz This user has been deleted
Post time 6-1-2007 03:00 PM | Show all posts
He has been selected. He's 1 in a million people in M'sia who have reached this stage from the sad & poor story. Not many...must be the selection! Kat luar sane cukup ramai yg hardworking..dedicated...optimistic..never giving up, almost all disipline they have and carryout to become a succesful businessman/women. They went to mosque and pray 5 times daily. They always remember of Allah, do the right things...helping people. But why??? Why they didn't get the dreams?

[ Last edited by  diariz at 6-1-2007 03:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by diariz at 6-1-2007 10:00 AM
He has been selected. He's 1 in a million people in M'sia who have reached this stage from the sad & poor story. Not many...must be the selection! Kat luar sane cukup ramai yg hardworking..de ...


Keturunan Syed Al Bukhari mana ada yang miskin. Kebanyakannya semua kaya2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 10:05 AM | Show all posts
huih...aku salute giler dengan dia nih!!!!!!!!
sedar akan masa kesusahannya yang dahulu,kerana dengan usaha,maka ALLAH bagi dia kesenangan hasil dari dugaan yang dia tempuhi dahulu...
maka sekiranya kita berusaha dengan gigih,tanpa mengira apa pun masalah.....bangkit dari kesusahan dan terus berusaha,insya allah akan berjaya.....!!!tak macam yang lain lain,jutawan bodoh jer....
Reply

Use magic Report

diariz This user has been deleted
Post time 9-1-2007 01:57 PM | Show all posts

Reply #52 earthfault's post

Klu camtu nape buat sad story mase nak profiling Tan Sri? U can read at another threads.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2007 10:24 AM | Show all posts
salute lah kalau ada usahawan yang camnie
kalau bleh aku nak jd camnie gaks
saham dunia ada
saham akhirat pon ader
syed byk type kan cam  al-attas,al-buhkhary,macam2 lagik
kalo bleh aku nak tgk byk usahawan islam cam nie
takderlah kalo kaya kawin ngan artis
low class tul
Reply

Use magic Report

diariz This user has been deleted
Post time 10-1-2007 12:43 PM | Show all posts

Reply #55 remizati's post

Tu orang kaya yg keja glamour dunia. Glamour akhirat xminat..sbb x nampak dgn mata. Like Tan Sri...he's got wider vision.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 01:36 AM | Show all posts
Insan Melayu Kaya yang humble yang sejati. contohilah beliau
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 08:57 AM | Show all posts
Yayasan Albukhary sumbang RM5j bantu mangsa banjir



JOHOR BAHRU 30 Jan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2007 09:41 AM | Show all posts
yang aku tahulah dia ada bagi duit utk tuisyen bagi budak2 melayu yg miskin.. dia bagi kat sekolah dengan membayar upah kat guru2 yg mengajar tuisyen.. bukan semua budak dapat cuma budak2 yg terpilih jea.. kira budak2 yg x mampula.. aku rasa ini sumbangan dia bagi membangunkan org2 melayu daripada peringkat bawah kira daripada peringkat sekolah.. ini baru dikatakan melayu tolong melayu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 31-1-2007 12:36 PM | Show all posts
syed mokhtar ni dermawan sebab ikut cakap mak dia..mak dia kata..duit yg kita dapat tu bukan 100% mikik kita..ada bahagian orang skit..so kite kena bersedekahla bila dapat income lebih..dunia pun dapat akhirat apatah lagi..bravo syed mokhtar..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 04:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066121 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list