CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Peristiwa Bukit Kepong

[Copy link]
 Author| Post time 22-1-2007 11:05 AM | Show all posts
Muzium rosak

Oleh JUNITA MAT RASID

Ditenggelami air menyebabkan pelbagai peralatan dan artifak musnah

MUAR: Muzium Bukit Kepong di tebing Sungai Muar yang turut ditenggelami banjir baru-baru ini, perlu dibaikpulih segera untuk memelihara kepentingannya sebagai warisan bersejarah tanah air serta destinasi tumpuan pelancong.

Muzium itu, yang menyimpan sejarah keberanian polis menentang komunis, ditenggelami air sehingga paras bumbung, menyebabkan pelbagai peralatan, terutama gambar dan artifak sejarah peristiwa Bukit Kepong, musnah atau hilang dihanyutkan arus.

Tinjauan ke muzium itu selepas air surut mendapati, bilik pameran dan studio mini yang terletak di tingkat bawah bangunan yang dibina pada 1951 itu dipenuhi lumpur dan pelbagai peralatan rosak.

Selain itu, bumbung bilik air dan tandas yang terletak di kawasan muzium itu dihanyutkan arus, manakala pekarangan muzium dipenuhi sampah sarap. Secara purata kira-kira 50 pelawat mengunjungi muzium itu setiap hari, termasuk dari luar negara.

Muzium itu sebelum ini menempatkan Balai Polis Bukit Kepong yang mencatat peristiwa hitam serangan komunis pada 23 Februari 1950 yang dikenang sepanjang zaman.

Serangan yang mengorbankan 25 nyawa, termasuk 19 anggota polis dan polis bantuan (AP) itu turut dibantu oleh isteri yang terkorban apabila mereka bersama mengangkat senjata menentang musuh.

Bagi mengenang kejadian itu, ketika sambutan ulang tahun ke-50 peristiwa Bukit Kepong pada 2000, polis mengumumkan untuk menaik taraf balai itu menjadi muzium dengan kos RM4.1 juta.

Sementara itu, petugas Pondok Polis Bukit Kepong, Lans Koperal Rasul Wahab, berkata pihaknya tidak sempat menyelamatkan bahan sejarah di muzium itu kerana air naik dengan cepat, manakala anggota polis sibuk membantu menyelamatkan orang awam.

Katanya, dia hanya sempat menyelamatkan beberapa gambar sejarah, manakala berpuluh lagi gambar dan artifak musnah atau dihanyutkan arus.

揝aya cuba menyelamatkan gambar dan bahan sejarah dengan membawanya ke tingkat atas, tetapi tingkatan atas juga ditenggelami air. Namun kita bernasib baik kerana beberapa dokumen penting dan bahan sejarah peristiwa Bukit Kepong masih tersimpan elok di Muzium Polis di ibu negara,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2007 09:14 AM | Show all posts
ada member kat thread nie cakap pasal mat indera.  dr apa yang wa baca, mat indera nie guru agama yang cukup disegani oleh segenap lapisan warga johor.  seorang yang baik, warak dan pejuang bangsa melayu.  malah ketika beliau digantung inggeris di perak (tidak di johor), ramai orang melayu keluar ke balai polis-balai polis.

british yang tidak dapat menangkapnya melabelkannya sebagai pengganas.  adakah kita dizaman ini akan melabelkan beliau sedemikian juga?  dan adakah kita tahu peranan sebenar beliau dalam peristiwa bukit kepong?  sejarah hanya ditulis oleh mereka yang menang bukan mereka yang kalah.

harus diingat banyak pertubuhan berhaluan kiri seperti API telah diharamkan oleh british dan ramai anggotanya ditangkap dan dibunuh.  ini kerana british menganggap pertubuhan-pertubuhan ini buleh menyemarakkan penentangan rakyat kepada pemerintahan mereka.  pemimpin-pemimpin tempatan yang berkepentingan juga tidak selesa dengan suasana ini kerana ianya buleh mengugat kemewahan dan taraf sosial mereka.  tapi adakah kita tahu perkara ini?  sanggupkah kerajaan sekarang menerbitkan fakta, dokumen atau biografi mereka-mereka ini?

pada pandangan pejuang melayu seperti ini, anggota polis yang berkhidmat dengan inggeris dan bertindak kejam kepada mereka tidak ubah seperti talibarut penjajah.  pada mereka, anggota polis ini hanya alat kepada kekuasaan inggeris.

kita yang dilaga-lagakan oleh inggeris.  divide and conquer.  satu taktik yang cukup berkesan yang pernah digunakan oleh sekumpulan kecil manusia untuk menjajah hampir separuh dunia suatu ketika dulu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 09:49 AM | Show all posts
Entah lah...susah nak cakap pasal orang2 macam Mat Indera dan lain-lainnya. Dari satu segi mereka rasa itu sahaja cara untuk memerdekakan negara biarpun bersekongkol dengan orang yang berlainan fahaman dengan mereka.

Aku ada takrifan untuk orang-orang macam arwah Mat Indera - 'pejuang yang terkeliru'.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2007 04:23 PM | Show all posts
kalo kiyai salleh.. salah satu amalannyer adelah ayat 4..
kalo mat indera pulak.. salah satu amalan dia ayat 5..
ape ayat 5 tu?
mintak maap.. aku pon tak tau.. cube mintak ngan seseorang.. tapi dia tak bagitau..
nanti aku cube nak korek lagi ngan sorang tua di semerah

lagi satu ade citer pasal mat indera... mase askar gurka/fiji (tak pasti) serang dia kat jementah. dia hanya menyorok belakang pokok jer.. bile askar tu dtg tengok dia takde kat situ..padahal memang tak nampak dia melarikan diri..

sekian terima kasih...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2007 04:52 PM | Show all posts
aku ingat lagi dialog jins shamsudin sbg sarjan jamil dlm bukit kepong..

"kami oarang orang polis tak akan menyerah!!
biar kamai mati di sini!!
bukit kepeong menjadi kubur kami!!"

dialog tu menaikkan bulu roma aku bila mengingatkannya..
semanagat berani pejuang negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 04:05 AM | Show all posts
huhu..aku dok kat felcra bukit kepong..klu nk g bukit kepong nie dlm 10 minit jek..coz umah atuk aku kat area tue gak...slalu aku lalu situ...aku bangga jadi anak johor..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-4-2007 12:47 PM | Show all posts
aku setiap kali main citer bukit kepong kat tv mesti tak miss tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2007 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by finding at 28-3-2007 04:52 PM
aku ingat lagi dialog jins shamsudin sbg sarjan jamil dlm bukit kepong..

"kami oarang orang polis tak akan menyerah!!
biar kamai mati di sini!!
bukit kepeong menjadi kubur kami!!"
...


Setiap kali lalu kat tempat kejadian... berdiri bulu tengok pasal teringatkan skrip ni le.... sahdu pun ada... Al-Fatihah untuk pejuang-pejuang yang terkorban semasa peristiwa itu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2007 10:39 AM | Show all posts
lepas nih aku tak perlu tertunggu tunggu bile nak kuor citer bkt kepong kat tv.. sebab aku dah dpt vcd bukit kepong... hahahahhahaha suker nyer aku.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 01:45 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Out of topic jap. Ada member I cite, masa dok hostel dulu, ada sorang ustaz ni suka kejutkan student sembahyang Subuh guna hailer. Tiap pagi kedengaran le suaranya:

揝emua pelajar dikehendaki turun ke surau sekarang!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 12:05 PM | Show all posts
dulu aku sekolah kt jb.. time cuti je aku selalu balik rumah pak sedara aku kt muor..
dia mmg asal org bukit kepong..mmg  selalu balik kg dia.. dia citer masa dato' jins shooting
filem bukit kepong tu time kenduri kawin dia.. ada lg gambor dia jemput dato' jins kenduri..
kalo aku pi rumah dia mesti nk tgk album tu..

p/s w/pun aku bkn org johor tp aku bangga sbb dah sampai bukit kepong.. kalo ada citer bkt
kepong aku nak ajak anak aku tgk sama2.. citer leftenan adnan & sarjan hassan dia dh penah tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 10:55 PM | Show all posts
Saya orang baru dalam thread ni. rasa terpanggil nak respon kerana saya memang orang sana. kampung saya bernama kampung Jawa. Lokasinya dua batu sebelum sampai ke Bukit Kepung dan dua batu ke arah Lenga.  waktu penggambaran filem dijalankan saya darjah empat. lokasi balai polis betul-betul bersebelahan dengan sekolah saya iaitu Sekolah Inggeris, Lenga.  tiap-tiap hari berduun-duyun orang melihat penggambaran filem ini. saya juga hampir tiap-tiap hari dapat melihat Jins Shamsudin dan pelakon-pelakon lain. Ramai extra adalah kawan-kawan saya.

            itu tak penting. apa yang paling penting, nilai sejarah ini tidak harus luntur dari jiwa setiap rakyat Malaysia.  Bukit Kepong dan kampung-kampung sekitarnya sehingga hari ini tidak banyak berubah. Keadaan inilah yang menyebabkan memori kepada sejarah silam sukar luntur dari ingatan kami. Kawasan pinggir hutan, jeti di Lenga, sungai Muar di tepi Bukit Kepong adalah saksi perjuangan pahlawan-pahlawan Bukit Kepong.

            walaupun telah lebih sepuluh tahun saya menetap di Pulau Pinang, tiap kali memperkenalkan diri kepada orang di sini, saya akan katakan bahawa saya ialah orang Johor, kampung saya bersebelahan dengan Bukit Kepong.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:27 AM | Show all posts
ramai juga pellakon dalam bukit kepong tu bekas-bekas polis dari kajang....termasuk yang jadi komunis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 07:09 PM | Show all posts
Pelakon filem tu memang ramai sangat dalam ratusan orang. kebanyakannya askar dari kem Bakri Muar.  pada masa tu Lenga jadi macam tapak pesta. orang terlalu ramai nak tengok penggambaran dijalankan terutamanya pada bahagian paling akhir filem itu iaitu  ketika balai polis dibakar. kehadiran helikopter dari jarak rendah menjadi tumpuan penduduk sekitar muar. beribu orang berkumpul pada masa tu di pekan lenga. happening sungguh.

detik itulah membuat seluruh malaysia buka mata dan peta di mana letaknya Bukit Kepong. kampung yang dahulunya dikatakan orang tempat jin bertandang kini sudah jadi monumen sejarah penting dalam kalendar sejarah Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 09:40 AM | Show all posts

Reply #114 cikguhani's post

cikugu hani org muo? skang nih ade balik muo ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 04:56 PM | Show all posts
huh best thread ni ...... pertama kali tengok filem ni kat rtm . masa tu baru darjah 6 .. memang nangis tengok .. masa tu aku cakap kat mak aku nak jadi askar hapus kan bandit ... memang tersentuh ... bila teringat dialog2 filem tu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2007 06:47 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 7-6-2007 09:40 AM
cikugu hani org muo? skang nih ade balik muo ke tak?
.

yap, saya orang Muar. Lebih tepat lagi kampung saya Kampung Jawa, lebih kurang dua batu dari Bukit Kepong. Macamana pun, saya sudah sebelas tahun mengajar dan menetap di Pulau Pinang. Rasanya sampai pencen duduk kat sini, sebab suami orang sini dan ada buat rete sikit-sikit kat sini.

macamana pun, tiap kali memperkenalkan diri pada orang, saya tetap akan kata saya orang Johor. Jiwa johor dan jiwa Jawa saya sangat kuat.  Apabila mengajar, pelajar yang baru kenal saya akan kata saya ni cakap macam orang KL.  Walau dah sepuluh tahun ngaja kat Penang sleng Johor yang ada ek tu dan sleng Jawa saya masih kuat.

anyway kalau Muor76 nak kongsi info tentang kampung halaman dengan saya, amat saya alu-alukan.  Perbincangan tentang Bukit Kepong ni menaikkan semangat saya. maklumlah, tahun ni kita genap 50 tahun merdeka, lagipun sekarang angin sambutannya mula terasa.  ada apa-apa yang menarik di Muar  yang muor76 boleh beritahu saya?

saya pernah sekali balik ke muar naik bas. keliru dengan stesen bas yang menghala ke Kepong. Rupa-rupanya stesen dekat pasar dah jadi stesen bas ekspress. rupanya dah ada pelabuhan di muar. rupanya kemboja jual kain tepi sungai dah pindah ke tempat lain. orang jual mee bandung tepi sungai dah tak ada. mee bandung kat stesen bas ekspress dah tak sesedap mee bandung tepi sungai dekat jambatan dulu. ah,...rindunya kampung halamanku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:42 PM | Show all posts

Reply #117 cikguhani's post

ermmm lame yerk cikgu tinggalkan muor.. patut ler identiti org muor tak bape nampak dlm posting cikgu... mungkin sebab dah bergaul ngan org penang kot..
saya pon lebih kurang 12 tahun merantau tempat org... tapi identiti org muor masih tak hilang.. dan sib baik wife pon org muor.. so lagi ler identiti tu nampak..

ermm jom ler join org muor n johor kat thread johor...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 8-6-2007 12:42 PM
ermmm lame yerk cikgu tinggalkan muor.. patut ler identiti org muor tak bape nampak dlm posting cikgu... mungkin sebab dah bergaul ngan org penang kot..
saya pon lebih kurang 12 tahun merantau t ...



ada ke thread Muar?  muor76 buat la satu thread untuk muarean.  saya suka sangat le nak join. dah ramai member nanti boleh le kita buat rombongan ke Bukit Kepong. dalam perjalanan ke sana singgah rumah mak saya makan nasi ambeng. best oi, satu talam empat orang, siap bungkus lagi, makan kat rumah.

banyak memori saya tinggalkan kat muar. balik kampung pun setahun sekali. balik pun bukannya lalu jambatan muar, terus masuk tol pagoh. dalam sepuluh dua belas tahun ni ada le dua tiga kali turun muar.

banyak bende boleh bincang tentang kampung halaman kita tu. memori kat tanjung, sekolah SAB, bas stand kat pasar dll...alamak...rindu la..eh muor76 pun perantau jugak ke. duk di mana sekarang ye.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2007 12:15 PM | Show all posts

Reply #117 cikguhani's post

Wa...memang betul la cikgu dah lama tak balik kampung....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:08 PM GMT+8 , Processed in 0.113498 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list