CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

SERAI

[Copy link]
Post time 25-1-2007 11:11 AM | Show all posts
Lepas baca semua commment yg serai adalah tanaman yg mudah ditanam , saya pun terasa mahu cuba tanam tapi saya stll newbie in gardening.
Saya ingin tanam serai dalam pasu kerana rumah saya takde garden, so apa yg patut saya buat pertama kali tanam serai ni.
Anyone boleh kongsi Step By Step untuk tanaman serai dm pasu.

Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2007 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by missjzz at 25-1-2007 11:11 AM
Lepas baca semua commment yg serai adalah tanaman yg mudah ditanam , saya pun terasa mahu cuba tanam tapi saya stll newbie in gardening.
Saya ingin tanam serai dalam pasu kerana rumah saya takde ...



saya rendam je serai dalam air....after few weeks akar2 dia akan keluar.....then after that, saya pindah tanam dalam pasu...alhamdulillah, menjadik...and dah semakin lebat keluar daun2 baru...cubalah!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2007 12:09 AM | Show all posts
Originally posted by fossil at 26-1-2007 11:31 AM



saya rendam je serai dalam air....after few weeks akar2 dia akan keluar.....then after that, saya pindah tanam dalam pasu...alhamdulillah, menjadik...and dah semakin lebat keluar daun2 bar ...


Terima kasih, saya akan cuba bila ke pasar beli serai.. Berapa serai harus saya rendam ( satu aje atau banyak banyak) Bila tanam serai dalam pasu , berapa dalam harus saya tanam...cukup cover akar akar  age atau cover 1/3 daripadanya. Bila rendam kena air banyak atau sikit air.

Bila dah pindah dalam pasu , adakah ia perlu siram banyak air dan perlu banyak matahari.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 02:00 PM | Show all posts
Serai pelbagai guna


SEKALI pandang, daun serai seperti lalang. Yang membezakan ialah aroma, perisa dan khasiatnya. Pokok serai adalah sejenis tumbuhan meliar, namun ada juga yang ditanam di kebun dan halaman rumah.





Mengikut istilah saintifik, serai pilihan itu dikenali sebagai `lemon grass'. Ia berbeza dengan serai perubatan dalam penjagaan kesihatan dikenali serai wangi atau `citronella'.

Dalam masyarakat Melayu, serai sering digunakan untuk menambah perisa dalam makanan bagi menambah kelazatannya. Bagi tujuan perubatan tradisional pula, ada tiga bahagian utama boleh dimanfaatkan iaitu akar, batang dan daunnya.

Khasiat serai wangi tidak terkira. Ia mampu melegakan kesakitan otot, bertindak sebagai anti septik dan digunakan secara aktif dalam dunia perubatan dan pembersihan tradisional sejak turun temurun.

Minyak serai wangi juga digunakan dalam rawatan aroma terapi yang didapati berkesan menaikkan semangat dan mengembalikan kesegaran minda.

Bagi kebanyakan wanita dulu, selepas melahirkan anak, bidan biasanya memandikan mereka dengan air serai wangi. Ia bertujuan menghilangkan bau hanyir selepas bersalin, bau badan serta meningkatkan kesegaran badan.


Kepentingan serai wangi:


Mengandungi pelbagai jenis minyak yang diperlukan tubuh badan manusia.


Ada beberapa campuran seperti citral, limonena dan methyl heptonen.


Haruman dan aroma yang terhasil daripada pokok serai ini sebenarnya disebabkan oleh limonena dan campuran citral yang terkandung di dalamnya.


Dua jenis bahan kimia lain daripada pokok serai iaitu campuran Cymbopogonol dan Cymbopogon.


Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati.


Citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian. Lilin atau gaharu yang dicampur minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 04:59 PM | Show all posts
mmmm..... x tau pulak serai boleh tanam dlm pasu... takpe... weeken ni nak kene try la...

size pasu camne? nak kene pakai pasu besar ke? tanah?

kat tepi rmh tu ada tanam serai tapi mcm stuck kat situ jer... tak gerak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 05:12 PM | Show all posts
Originally posted by ku_sha at 7-2-2007 04:59 PM
mmmm..... x tau pulak serai boleh tanam dlm pasu... takpe... weeken ni nak kene try la...

size pasu camne? nak kene pakai pasu besar ke? tanah?

kat tepi rmh tu ada tanam serai tapi mcm stuc ...


bole......pasu yg sedang2 jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2007 09:37 AM | Show all posts
errr..aaa....errr....
kat mana nak dpt serai wangi?? ada jual kat nurseri ke?

nak try la tanam serai wangi tu letak dlm rmh..... halau nyamukkkk....   tensen tul nyamuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2007 02:24 PM | Show all posts
baca page 3, ternampak serai kayu tuh
apa khasiatnya?

err err err kena selak page awal nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2007 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 8-2-2007 02:24 PM
baca page 3, ternampak serai kayu tuh
apa khasiatnya?

err err err kena selak page awal nih

tak tau ler syd.but ari tuh member balik kg ada org tua dok kunyah serai kayu mcm gitu jek..dia kata utk awet muder..no wonder or2 tua even umur seratus bdn still kuat lgk..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2007 10:13 PM | Show all posts
Originally posted by ku_sha at 8-2-2007 09:37 AM
errr..aaa....errr....
kat mana nak dpt serai wangi?? ada jual kat nurseri ke?

nak try la tanam serai wangi tu letak dlm rmh..... halau nyamukkkk....   tensen tul nyamuk...


Pokok serai wangi jenis outdoor plant, tak boleh letak dlm rumah. Sekarang ada banyak commercial product pakai serai wangi sebagai insect repellant seperti lilin, lotion etc.
Produk-produk toiletries/haruman air freshener/minyak wangi yg ada wangian lemon di pasaran sebenarnya datangnya dari extract serai wangi, bukan dari actual buah lemon. Begitulah meluasnya kegunaan ekstrak tumbuhan ni dlm industri,memberi pulangan millions, walaupun ramai yg tak mengenali pokok tropika yg rupanya macam lalang saja.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:11 PM | Show all posts
sapa tau beza rupa serai wangi dgn lalang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:12 PM | Show all posts
petua tanam serai nak bagi gemuk2, jgn dipotong daun serai tu...biar je dia berjurai2...
hasilnya nanti pasti gemuk2 serai tu...
cuma satu jelah masalahnya....tak cantik mata memandang sebab semak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 12:14 PM | Show all posts
arwen pernah tengok rupa batu serai ni...ada orang buat cincin.  besar jugak batunya.
nampak mcm diamond tapi idakler secantik diamond.  lagipun batu serai ni takde nilai sangat pun kan.  member beli dlm rm30 je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2007 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by Arwen at 13-2-2007 12:12 PM
petua tanam serai nak bagi gemuk2, jgn dipotong daun serai tu...biar je dia berjurai2...
hasilnya nanti pasti gemuk2 serai tu...
cuma satu jelah masalahnya....tak cantik mata memandang sebab semak.


huhuhu arwen...ifa setujulah...ifa baru perasan benda nie minggu lepas...masa memula tanam member ifa pi potong2 daun dia...n then tanam..yg tapak tanaman kat sebelah dia tak potong pulak...bila tgk kan..yg tak dipotong daun nie lebih cepat pembesarannya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2007 06:29 PM | Show all posts
Serai biasa (ehh pokok pandan pulak yg interframe...kekek)



Serai wangi



Pokok serai ni kalau x nak dia merimbun sgt elok la ditanam dlm pasu...
boleh juga dijadikan pokok hiasan di halaman rumah
tapi kena rajin siram lee..

[ Last edited by  RabunMalam at 14-4-2007 06:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 06:10 PM | Show all posts
Wah, ada thread serai wangi di sini. Hami memang berminat untuk tanamnya di laman rumah ......untuk halau nyamok dan mungkin serangga2 yang lain juga. Tengah tunggu saudara untuk mendapatkannya. Juga ada perancangan untuk menanamnya di tanah2 keluarga yang kini terbiar di kampong sebagai tanaman kontan ataupun dia sahaja .............tengok tempat dulu. Insyaallah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2007 10:22 AM | Show all posts

Reply #76 hamizao's post

Bagus projek tue hami....GOOD LUCK!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by fossil at 26-1-2007 11:31 AM



saya rendam je serai dalam air....after few weeks akar2 dia akan keluar.....then after that, saya pindah tanam dalam pasu...alhamdulillah, menjadik...and dah semakin lebat keluar daun2 bar ...


fossil...

serai yg beli kat pasar tu ker?...nak cuba tanam gak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 02:28 PM | Show all posts
Originally posted by mass_mirza at 17-4-2007 11:06 AM


fossil...

serai yg beli kat pasar tu ker?...nak cuba tanam gak...




yup...yg beli kat pasar tu jee....skrg ni saya tak rendam dah...terus cucuk kat tanah...menjadi gak!! terus keluar daun2 baru after few days...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by razifah at 17-4-2007 10:22 AM
Bagus projek tue hami....GOOD LUCK!


TQ. Nanti kalau menjadi boleh Hami cerita/buat laporan. Sekarang ni tanah baru diterangkan dan akan dipagar dulu. Ada beberapa jenis tanaman kontan yang difikirkan...serai wangi, misai kucing dan pokok jarak. I am really looking forward kat projek ini. Kalau ada kemampuan memang ingin usahakan hingga mendapatkan minyak serai itu dan hingga ke pembuatan sabun wangi! Kena deam first.....!

[ Last edited by  hamizao at 18-4-2007 02:42 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066591 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list