|
salam.. liz nak tanya.. saya sebenarnya tak tau la kedudukan liz ni macamana.
Ada seorang ayah kandung tapi mcm tak ada.
Berdosa tak saya ni tak mendoakan dia, tak mengjengah dia, tak bertanya khabar.., Ntah hidup ntah mati..
tapi jika fikir2 apa yg dia dah buat pd liz, saya tak sanggup nak ngaku dia ayah saya.
tolong jawab yer.. t.kasih :tq: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mix_chinese's post
Wa'alaikumussalam Liz,
Saya tak lah nak beri hujah seperti Ustaz2 yang bertauliah kerana memang tak bertauliah bidang agama, malah bukan lah seorang ustaz. Cuma saya bersimpati dengan diri Liz yang ada ciri2 persamaan dengan saya sendiri. Saya anak kedua dari 6 beradik dan saya dibesarkan oleh Tok dan Tok Wan saya. So, ringkas cerita kurang rapat dengan Ayah dan Ibu saya... Ibu saya nak cuba close dengan saya sejak 2-3 tahun ni tapi tak realistik sebab rasa kasih sayang sejati tu kurang kerana tak bela saya sejak umur 6 bulan sehingga lah sekarang dipertengahan usia.. Ayah saya juga tidak rapat dengan saya, malah seolah anggap saya anak 2nd class dia saja, walaupun saya yang berkelulusan tertinggi antara semua 6 beradik. Terbaru dia tukar nombor h.p. pun tak beritahu saya, anak2 lain dia bagitau le.. kali terkhir berjumpa pun semasa Hari Raya tahun sudah je.
Jadi saya nak kaitkan berkenaan sikap saya yang kecil hati atas ketergamakan Ayah saya maka saya pun tak menjengahnya sejak sekian lama, lagi pun dia abaikan ibu saya yang tinggal seorang diri sedang dia asyik dengan isteri muda dia.. Memang lah Lin, orang yang tak mengalami keadaan sebegini tak akan rasa dan tahu. Mereka mungkin mudah je nasihat agar jangan belakangkan ayah kerana anak wajib ambik berat ibu bapa mereka, bla bla bla... Bagi saya, jenguk lah jika terdaya berbuat sedemikian, tetapi jika hati terlalu berat, maka do'akanlah agar Allah swt menunjukkan jalan yang sebenar dan kebaikan untuk diri anda dan Ayah Lin juga... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak mengutuk, tapi kenapa ada walau sekelumit rasa benci dan tak senang dengan bapa sendiri. fikirkan, kalau bukan kerana air mani yang ada pada bapa tu adakah kita akan lahir ke dunia sebagai seorang islam. tidak kah besar jasa dia tu. tak kan itu pun tak nak kenang. kalau lah air mani yang menjadikan kita tu keluar dari seorang yg bukan islam belum tentu lagi kita akan menganut agama islam. bersyukur dengan yg ni pun dah cukup besar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 kelat's post
Allah swt yang menentukan kita lahir di dunia... mani bapa tu sebab saja.. Mengenang jasa dan mentaati ibu bapa ada lunas-lunas dan batasan nya... tidak boleh taat kepada perkara dosa walaupun ianya bermaksud menderhakai... Kenang jasa bukan bermakna buat apa pun tak mengapa... |
|
|
|
|
|
|
|
dalam islam tidak pernah menghalang seseorang itu menziarahi asalkan kena pada kedaan dan suasana..malah menegah dalam soal memutuskan silaturahim.... tambahan mereka adalah ibu bapa kandung kita..kita laksanakan tangungjawab sebagai anak dan sebagai seorang muslim.... dalam islam amat dimurkai sekiranya seseorang itu memutuskan silaturahim dan tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari tanpa sebab.........
biarlah mereka tidak mengaku kita sbagai anak... tapi hakikatnya mereka tetap ibu bapa kita... insya allah...lama kelamaan akan terbuka hati mereka...dgan layanan yg tertib dan adab yg sopan..serta mendoakan mereka... insya allah |
|
|
|
|
|
|
|
saudara lax jangan cakap bab hakikat, kita bercakap bab zahir. kalau nak syarah bab hakikat bukan kat sini.
[ Last edited by kelat at 7-7-2006 03:41 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang anak rasa benci kepada bapa sendiri saudara Kelat. Contoh lah:
1) Dizalimi sejak kecil kerana bapa jenis 'haruan makan anak'...
2) Bapa gila betina dan abaikan anak2 serta ibu kepada anak2nya..
3) Bapa memang jenis brutal tak de fahaman Islam bab amanah yang Allah swt beri.. banyak lagi lah.
Kamu mungkin mempunyai bapa yang baik... sebab itu susah nak dalami perasaan anak yang 'dizalimi'... Saya dah sebut awal2 lagi... Bukan saya nak sentuh bab hakikat (memang lah mungkin ada yang tak akan faham), tapi menyentuh bahawa 'mani bapa' bukan lah lesen besar untuk menganiayai anak-anak..
Persoalan nya berdosa kah? Seperti tajuk forum ini... maka cuba rumuskan bahawa semasa Perang Badar, begitu banyak anak dan bapa di pihak yang berlainan semasa perang. Namun Rasulullah s.a.w. tidak menghalang anak menghunus pedang menghadapi bapa yang derhaka kepada Allah swt... Tapi Rasulullah s.a.w. meminta biarlah orang lain yang bertetak dengan bapa si anu, jangan pula anak bertetak dengan bapa sendiri... tetapi jikalau terpaksa mempertahankan saudara Islam, maka anak pun boleh lah penggal kepala bapa.. Bapa si anu, tak boleh berkata "Sebab mani aku kau lahir di dunia dan haram kau derhaka kepada aku!" Kenapa?? Kerana derhaka kepada Allah swt adalah lebih besar... dan anak tidak berdosa dalam keadaan itu. Saya pernah mendengar ceramah radio... Bukan anak saja boleh menjadi derhaka, bapa dan ibu juga boleh dikira derhaka kepada anak2 jikalau mengabaikan mereka... patuh anak kepada ibubapa bukan lah sempadan tak bertepi saudara...
[ Last edited by Laxamana. at 8-7-2006 09:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
DOSA TAK?
Assalamualaikum Liz....
Apa khabar? Amacam sekarang? Masih marah pada ayah lagi? Jangan le macam tu... bukan apa... yang tertekan dan tak tenang Liz jugaaa.... Maafkan le kesalahan ayah Liz... jika boleh ajak le dia ke jalan Islam... InsyaAllah Liz akan bertemu kebahagiaan yang sebenar... |
|
|
|
|
|
|
|
saudara lax mengkiaskan dengan perkara yang tak sepatutnya. tak berlaku adil tu. sekarang bukan masalah mempertahan kan agama tetapi menghubungkan silaturrahim. dua keadaan yang berlainan.
rasa benci tu satu perkara. kalau bapa melakukan kesalahan terhadap anak, adakah anak mengharap bapa akan meminta maaf. selagi tak diberi hidayah oleh tuhan sampai bila bapa akan berjumpa dengan anak. adakah anak dengan egonya menunggu ayah melutut dihadapannya. biarlah dosa2 yang ditanggung oleh bapa tu jadi urusan tuhan. bukan kita yang nak menghukum.
bila ditanya berdosakah? kenapa nak tunggu sampai berdosa dulu baru nak berhenti. nak berkasih-sayang pun tunggu sempadan kalau dah sampai tahap berdosa baru nak bermula berkasih-sayang.
nak kata dizalimi, habis tu nak balas balik kezaliman dia. sampai bila nak selesai. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 kelat's post
Betul.. bukan tak betul saranan saudara... Saranan yang cukup baik... tapi di dalam Islam bukan satu option tu saja dibenarkan. Saya dah terangkan sedikit. Bukan pada keadaan mempertahankan agama atau berjihad saja... "Taati lah ibu bapa kamu selagi tidak disuruh atau membawa kepada membuat perkara salah lagi berdosa.." Pernah dengar tak, lebih kurang begitu..? Taat kepada Tuhan saja yang tak bertepi.. selainnya ada batas2... |
|
|
|
|
|
|
|
betul. taat dan patuh pada ibubapa tu tak boleh lebih dari taat dan patuh pada Allah dan Rasul. kalau perempun, bila dah kawin ibubapa dah jatuh no 4. kena taat pada suami lebih dari ibubapa, walau mereka yang besarkan. tapi kita cerita bab menjalinkan balik hubungan.
kalau dah tak sanggup sangat, sampai nak tengok muka bapa pun meluat sampai nak termuntah, minta ampun pada tuhan la banyak2. ujian untuk kita sebenarnya tu. pastu minta ampun untuk ibubapa sekali.
seorang guru saya sarankan, paling kurang hadiah 40x al-ikhlas setiap hari untuk ibubapa. kalau ibubapa dah meninggal tu lebihkan lagi. 100x setiap hari.
semoga dapat membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tau dia bapa saya dan tanpa dia saya tak wujud. Itu semua saya akui.
Tapi cukuplah sekadar saya bgtau di sini, jika dia mati esok2, saya tak akan rasa apa2.. Jika berjumpa pun mcm jumpa kawan2.. takde 'feel' seorang "anak & bapa"
Cuma nak tanya wajibkah saya ni mendoakan dia? Sbb everytime lepas sembahyang, mulut ni tak terkeluar perkataan nak mendoakan dia. Berattt sangat2... |
|
|
|
|
|
|
|
saranan saya:
1. minta ampun pada tuhan kerana tidak ada rasa nak berterima kasih pada orang yang berjasa pada kita.
2. minta ampun juga pada tuhan akan dosa bapa pada kita. lepaskan beban perasaan bapa berdosa pada kita tu.
3. hadiahkan al-ikhlas 40x untuk ibubapa setiap hari.
yang lainnya serah pada tuhan. tak mesti benda wajib saja, baru kita nak buat. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
ramai dah bagi nasihat dan pedoman
jadi saya pun nak cuba sekali
kot kot boleh diterima
cuba fikir fikirkan
sekiranya kita BUAT DOSA
TUHAN terus MARAH dan BUANG KITA
apa perasaan kita MASA ITU
dan SELEPAS ITU
DAN SETERUSNYA ITU
DAN HINGGA KE SEKIAN HARINYA......
aku sendiri tak tau
tapi
TAKUT betul kalau TUHAN TINGGALKAN AKU
rasa rasa cam dah MAMPUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by mix_chinese at 8-7-2006 10:54 AM
Saya tau dia bapa saya dan tanpa dia saya tak wujud. Itu semua saya akui.
Tapi cukuplah sekadar saya bgtau di sini, jika dia mati esok2, saya tak akan rasa apa2.. Jika berjumpa pun mcm jumpa k ...
Liz... nampaknya masih terbuku dihati perasaan tu... tidak mahukah Liz berusaha memperbaiki hubungan itu.... bukan untuk dosa pahala... tetapi untuk Allah swt... boleh tak Liz maafkan ayah Liz kerana Allah yang minta Liz buat sedemikian... Atas kasih kepada Allah, Liz maafkan le ayah Liz... Tanpa kemaafan, hubungan kasih sayang tak mungkin ada... nak doakan pun terasa seperti hampas... Liz... hidup ini umpama roda... bayangkan jika kita berbuat salah dan anak kita tak mahu maafkan kita... Mungkin ayah Liz tak ada kesedaran... tapi kita yang ada kesedaran ini yang perlu membetulkan keadaan. Hidup ini pendek... jadi hargai dan pergunakan ianya sebaik mungkin untuk kehidupan yang abadi diakhirat kelak.... Yang lepas adalah sejarah, masa depan adalah harapan.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak cakap wajib,harus,makruh atau haram...saya tak berani..cos sy bukan seorang yg berjak untuk menjatuhkan hukuman tersebut tetapi... kita digalakan mendoakan ibu bapa kita dgn perkara2 yg baik... tangungjawab sebagai anak terhadap ibu bapa kita.... biarlah mereka tak laksanakan tangungjawab mereka terhadap kita... bnyk berzikir dan berwirid dgn ikhlas... insya allah... hati kita akan lembut malah mungkin rasa nak menangis..... dan timbul dalam hati.."kenapa ibu bapa ku jadi bergini,seharusnya aku sebagai anak mendoakan mereka supaya terbuka hatinya untuk beribadat mahupun melakukan ma'aruf...dan tinggalkan kemungkaran...tapi selama ini aku sia2kan..... aku patut bersyukur dgnnya aku dpt lahir dan lihat bumi ini...kalau tiada mereka mungkin tiada aku lihat bumi yg indah ini....sesunguhnya doa yg baik kepada ibu bapa adalah doa anak2 yg soleh dan solehah...." |
|
|
|
|
|
|
Insect1 This user has been deleted
|
Rasanya aku pernah dengar time berdoa tu lebih afdal kita mendoakan saudara seagama dahulu, pastu ibu bapa kita dan barulah doakan diri kita sendiri. So bapa Lin setidak tidaknya masuklah golongan yang kedua tu. Kalau tak dianggap bapa, kot2 masuk dalam golongan pertama tu ler. Logik ke ... hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by f@uzi at 9-7-2006 09:08 PM
Liz... nampaknya masih terbuku dihati perasaan tu... tidak mahukah Liz berusaha memperbaiki hubungan itu.... bukan untuk dosa pahala... tetapi untuk Allah swt... boleh tak Liz maafkan ayah Liz ...
Mmg saya dah cuba usahakan..bukan sekali.. tapi beberapa kali.. dari sebelum kawin lagi sehingga saya nak kenalkan bakal suami.., atuk yg jaga saya pun selalu suruh jumpa ayah. Tapi apakah perasaan anda semua jika ayah kata " Jika liza telefon office, jangan bagitau anak, bagitau sedara telefon".. Saya tak tau nak jawab apa, bila telefon office ayah, officemate dia kata, takkan anak tak tau nombor handphone ayah sendiri..? !! Jika bawa saya keluar pun, dia akan jumpa di tempat2 tersembunyi dgn alasan takde sesiapa nampak kami berjumpa.
Sehingga pernah saya pernah telefon rumahnya, bila saya perkenalkan diri.. dia kata tak kenal sapa liza, salah nombor.. terus letak telefon.. Tapi tak lama kemudian, dia hubungi saya daripada public phone..
Alasan: ayah harap kamu faham, makcik kau ada tadi...ayah taknak kecikkan hati makcik kau..
Tuhan saja tau perasaan saya masa tu... Mcm hina dan bodoh sangat sbb terhegeh2 menagih kasih sayang seorang ayah..Since hari tu saya serahkan pd tuhan.. saya harap Tuhan faham knp saya tak sanggup doakan bapa saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
biarpun nampak mcm terhegeh and hina..tapi biarlah disisiNYA kita tetap mulia...!!! and dapat menjadi anak2 yang soleh dan solehah..... mungkin terasa sakitnya hati..tapi kita tekadkan mugkin ada yg lebih teruk dari kita.... kita manakan tahu....sekurang-kurangnya kita tahu kita ader ibu dan bapa.... tetapi mcm mane ngan anak pungut ( maaf )... sekian lama mereka cuba mengerti diri mereka kenapa dilahirkan didunia dan dibuang begini... hidup merempat... menagih kasih sayang yg tidak penah muncul..... tetapi saudari lebih baik jika dibandingkan dgn mereka..... |
|
|
|
|
|
|
f@uzi This user has been deleted
|
Originally posted by mix_chinese at 10-7-2006 02:59 PM
Mmg saya dah cuba usahakan..bukan sekali.. tapi beberapa kali.. dari sebelum kawin lagi sehingga saya nak kenalkan bakal suami.., atuk yg jaga saya pun selalu suruh jumpa ayah. Tapi apakah p ...
Dari kisah Liz ni... saya faham perasaan Liz... sedih + hampa + kecewa + dll... saya turut simpati... namun saya masih nampak masih ada jua kasih ayah Liz pada Liz... namun akibat ketidak upayaannya... dia terpaksa menyembunyikannya... untuk masa ini saya hanya mampu mendoakan kebahagian Liz... semoga suatu hari kelak Allah merapatkan semula Liz dengan Ayah Liz... semoga kasih sayang kedua anak dan ayah terserlah tanpa gangguan... buat masa ini ... Liz tumpukan perhatian Liz untuk mendekati Allah... InsyaAllah... Allah akan membantu Liz menyelesaikan masalah Liz... |
|
|
|
|
|
|
| |
|