View: 15706|Reply: 99
|
Dailog berkenaan para sahabat
[Copy link]
|
|
Dimasa Nabi s.a.w. masih hidup, Allah mewahyukan tentang wujudnya segolongan manusia dinamakan sebagai munafik, terakamlah didalam al-Quran diawal surah al-Baqarah tentang kewujudan golongan ini yang menyamar sebagai umat Nabi s.a.w. berpura-pura mencintai islam, bagaimanapun tanda-tanda untuk mengenalinya telah dinyatakan oleh Nabi s.a.w. dengan sifat berbohong sebagai satu ciri utama golongan tersebut. Golongan munafikin tersebut cuba menipu umat islam dengan membina masjid dinar tetapi wahyu diturunkan untuk menerangkan tentang kerosakan yang dibawa oleh mereka. Apabila ketua golongan munafikin ini meninggal dunia, wahyu telah diturunkan untuk melarang Nabi s.a.w. dari melakukan solat jenazah atas beliau.
Begitulah wahyu datang untuk membimbing umat islam bagaimana berinteraksi dengan golongan munafikin, wafatnya Nabi s.a.w. adakah menyebabkan golongan munafik juga wafat? semestinya tidak dan mereka terus dengan sifat kemunafikan mereka dengan menyiar-nyiarkan berita palsu dan fitnah atas Islam.
Persoalannya, adakah sahabat-sahabat Nabi s.a.w adalah golongan munafik dan Nabi s.a.w. telah gagal dalam pentarbiahan iman dan islam beliau sehingga sahabat-sahabat utama beliau telah berebut kuasa dari ahlul bait dan menafikan rukun imam iaitu imamiah seperti dinyatakan oleh golongan Syiah. Adakah Nabi s.a.w. tidak mengetahui bahawa Abu Bakar, Umar dan Usman adalah munafikin? sehingga sudi mengambil mereka sebagai bapa mertua dan menantu beliau, dan kemudian memilih Abu Bakar sebagai imam solat, nauzubillah sesungguhnya sekiranya benar mereka munafik, Nabi sendiri telah menyebarkan fitnah atas islam itu sendiri. Ataupun dakwaan-dakwaan itu sendiri merupakan fitnah dari golongan-golongan munafikin untuk merosakkan islam, malangnya dakyah-dakyah batil ini kemudiannya diteruskan oleh umat-umat islam yang terkeliru didalam mencintai Allah dan Rasul. Semoga Allah menunjukkan jalan pada kita semua
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kena ingat juga kitab hadis turut terlibat dgn AGENDA PEMERINTAH sbb tu tidak hairan kalau kitab ASWJ banyak puji Abu Bakar, Umar, Uthman sampai Muawiyah sekali sbb mereka PEMERINTAH. Mmg adat ahli sejarah dan org ramai (perawi) akan mengikut dan memuji PEMERINTAH kerana kalau melawan arus, mmg sengaja cari masalah. Kat Malaysia ni ada ISA, zaman Bani Umaiyyah dan Abassiyyah masa koleksi hadis ada PEDANG utk pancung.
apa kena mengena pengumpulan hadis dgn abu bakar umar dan uthman serta mu'awiyah krn zaman pengumpulan hadis oleh bukhari muslim bukannya pd zaman mereka....
kalau yg munasabah ialah anda mengatakan dlm kitab2 mereka memuatkan pujian2 terhadap khalifah umaiyyah dan abbassiyyah...kalaulah ada terdapat perkara tersebut dlm kitab2 hadis aswj dan yg pasti tidak terdapat perkara tersebut
kalau itu pandangan anda terhadap pengarang2 kitab hadis aswj sebagai pengampu atau pengecut kpd pemerintah maka saya biarkan anda berpandangan begitu krn anda tlh menyatakan pandangan syiah terhadap ulamak2 aswj
tapi bagi aswj mereka semuanya adalah ulamak2 yg ikhlas yg tidak gentar dlm menegakkan kebenaran walaupun leher2 mereka akan dipenggal
tapi bagi syiah tidak pelik mereka beranggapan spt yg tlh saya sebutkan terhadap ulamak2 aswj krn mereka telahpun beranggapan sedemikian bahkan lebih teruk lg terhadap org yg telah bermatian2 dlm membela agama ini bersama rasulullah s.a.w. dan zaman seterusnya iaitu sahabat2 r.a.
apakah anda lupa bhw dlm quran begitu byk pujian terhadap sahabat2 r.a. spt contohnya ayat ini yg bermaksud:
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.(at-taubah 100)
dan
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. (al-fath 29)
apakah anda akan mengatakan himpunan al-quran juga ada agenda pemerintah spt abu bakar,umar,uthman,mu'awiyah ataupun pemerintah bani umaiyyah atau abbasiyyah??? |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya ada pihak mengajak umat islam meninggalkan al-Quran dan kaedah bahasa arab sebagai bahasa al-Quran sebagai sumber rujukan muktamad dalam menyelesaikan masalah-masalah umat islam yang mendasar. Pengajak juga menyeru umat islam berhujah dengan cakap-cakap (hear say) manusia yang dirakamkan pada kitab-kitab lama yang tidak dapat disahihkan betul atau tidak penulisannya serta niat penulis kitab tersebut. Pengajak kemudian menyangka dengan kaedah tersebut beliau akan selamat didunia dan akhirat.
Sekiranya persahabatan antara Nabi s.a.w. dan Abu Bakar yang telah dinyatakan dengan jelas oleh Allah melalui wahyu yang diturunkan semasa peristiwa hijrah, ikatan kekeluargaan yang dijalinkan antara menantu (Nabi s.a.w. suami kepada Aisyah) dan bapa mertua (Abu Bakar bapa Aisyah, isteri nabi) dan juga pengantian Abu Bakar sebagai imam solat diakhir hayat Nabi s.a.w. boleh dibatalkan dengan merujuk pada kitab-kitab lama yang tidak dapat diketahui niat penulisannya atau diuji kesahihannya, maka bergembiralah sesiapa yang meninggalkan al-quran yang diwahyukan dengan bahasa arab dan berpeganglah pada kitab-kitab sejarah tulisan manusia. Sesungguhnya saya melihat sebahagian manusia telah memijak-mijak al-Quran untuk membenarkan penulisan-penulisan didalam kitab-kitab sejarah yang disukai mereka. Dimanakah akal dan iman dihati manusia tersebut? adakah apa yang dinyatakan dan ditunjukkan oleh Allah dan Rasul Allah itu memerlukan satu tafsiran yang berbeza dari apa yang dizahirkan dengan jelas oleh fakta-fakta yang ada.
Apabila orang bodoh berkata-kata akan zahirlah kebodohannya dan apabila orang munafik bersuara akan zahirlah apa yang dihatinya. Maka alangkah malang orang yang mengikutinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk maklumam semua, Pustaka Indonesia di jalan Masjid India sudah tidak wujud, sudah bertukar pada dua toko buku yang berbeza, yang ditingkat 2 Wisma Yakin menjadi Fajar Ilmu Baru Ent. alamat A2, Tkt 2, Wisma Yakin, Jln Masjid India, 50100 Kuala Lumpur. no telefon 03-26937360 atau pun 03-26981742, yang asalnya Pustaka Indonesia di no 12 masih ada tapi dengan nama berbeza, harap tidak confuse. Memang disana terdapat banyak rujukan tentang syiah termasuk buku-buku tulisan Hafiz Firdaus dan kalau ada yang berminat dengan kajian lebih detail bacalah buku Ensiklopedia Sunnah-Syiah (2 jilid) terdiri dari 1) Studi Perbandingan Aqidah dan Tafsir (jilid 1) 2) Studi Perbandingan Hadits dan Fikih (jilid II). Tulisan Dr. Ali Ahmad As-Salus, sangat baik untuk rujukan.
Syiah dan ASWJ sememangnya 2 aliran yang berbeza, bukanlah mazhab tetapi yang pasti salah satu bersumber dari golongan munafikin. Jadi aliran manakah yang benar? adakah Syiah atau ASWJ? bolehkah kedua-duanya benar. Bagi orang-orang yang berakal sihat pasti mudah menyatakan bahawa membatalkan aliran salah satu adalah jawapan yang sebenarnya. Persoalannya aliran yang manakah harus dibatalkan? apakah hujah pembatalan yang muktamad? adakah hujah berdasarkan kitab-kitab sejarah tulisan manusia ataupun wahyu yang terpelihara (al-Quran)? adakah dengan menggunakan emosi atau akal yang mengkaji? Bukankah Allah menyatakan didalam surah An-Nisa ayat 4:59 bahawa apabila berlaku perbezaan pendapat hendaklah merujuk pada Allah dan Rasul Allah, dan bukannya kitab-kitab sejarah tulisan manusia yang tidak diketahui benar atau sahih ceritanya.
Sebahagian besar persoalan ini telah pun dijawab ulamak2 silam dan saudara-saudara sekelian boleh juga menjumpai penulisan-penulisan yang diperbaharui oleh ilmuan zaman ini. Tetapi disini saya ingin menyatakan hujah-hujah yang akan saya sampaikan di Padang Masyar kelak dihadapan Allah, tidak gentar saya untuk berhadapan dengan Allah kerana saya telah mengambil hujah2 bersandarkan al-Quran yang jelas dan terang dan bukannya catatan sejarah tulisan manusia yang tidak dapat disahihkan seperti keinginan dan harapan segolongan manusia, bukankah meninggalkan Al-Quran sebagai rujukan itu sendiri adalah satu pendustaan yang membawa pada neraka (rujuk Surah Al-Araf 7:40), mengapa dalil-dalil al-Quran ditinggalkan dlm usaha mencari kebenaran?
Berikut adalah sebahagian hujah-hujah yang akan saya sampaikan.
1) Allah telah menyatakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq adalah sahabat Rasul Allah, seperti mana yang diwahyukan pada peristiwa hijrah. Sebarang takwilan dan tafsiran yang cuba menyatakan Abu Bakar seorg yang munafik adalah pemdustaan bagi saya, dan cerita tersebut berasal dari golongan munafikin yang cuba merosakkan islam.
2) Nabi s.a.w. telah menunjukkan Abu Bakar as-Siddiq sbg imam solat, amatlah mustahil Nabi Allah berusaha memfitnah islam dengan melantik seorang munafik sbg imam solat di akhir hayat beliau yang kemudian bergerak meghancurkan islam dari dalam sedangkan Allah dengan jelas mengingatkan akan bahaya golongan munafikin seperti dinyatakan pada awal surah al-Baqarah.
3) Allah telah menyatakan bahawa keredhaan Nya pada golongan Muhajirin dan Ansar, harap baca surah al-Taubah 9:100, sedetik sudah diketahui sesungguhnya Abu Bakar adalah muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi s.a.w.. Sesungguhnya amatlah mustahil untuk meyakini Abu Bakar itu seorang yang munafik dan dimasa yang sama seorang muhajirin yang diredhai Allah
4) Allah telah berjanji akan menjadikan golongan-golongan yang beriman dan beramal soleh sebagai khalifah Allah yang berkuasa dibumi seperti dinyatakan di Surah An-Nur 24:55, sesungguhnya janji Allah itu benar dan keimanan Abu Bakar itu benar apabila kekuasan dan kekuatan umat islam telah meluas, dakwah islam telah tersebar dan keamanan telah dicapai melalui perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah.
5) Kalau benar sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah kufur dan sesat secara beramai-ramai yang membawa maksud kegagaln tarbiah iman & islam Nabi s.a.w., mengapa Allah mewahyukan bahawa kejayaan telah berlaku atas dakwah Nabi s.a.w. dengan beramai-ramainya umat manusia menerima islam seperti pada Surah An-Nasr 1-3:110.
Cukuplah berberapa dalil yang jelas dan mudah untuk difahami tentang keimanan Abu Bakar as-Siddiq, satu perkara yang sangat asas didalam persoalan ASWJ dan Syiah, sekiranya golongan Syiah mengakui keimanan Abu Bakar maka batallah segala hujah-hujah dan fitnah mereka ttg masalah imamiah.
Ingin saya menyatakan disini satu kenyataan dari Allah tentang golongan munafikin seperti pada surah al-Baqarah (ayat 8 -15);
Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian", padahal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.
Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Dan bila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.
Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman", mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak tahu.
Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman." Dan bila mereka kembali kepada syaitan-setan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok".
Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.
Cukup lah dengan memahami ayat-ayat diatas untuk kita memahami karektor dan sebahagian ajaran-ajaran golongan munafikin iaitu;
1) Golongan munafikin bukanlah golongan yang beriman, meskipun mereka mendakwa mereka adalah golongan yang beriman.
2) Allah menyatakan ciri-ciri khusus yang dapat dikaji dari golongan munafikin iaitu sikap berTAQIYAH semasa bersama golongan beriman. Sesungguhnya INI ADALAH CIRI KHUSUS AJARAN SYIAH YANG MEMBEZAKAN NYA DARI ASWJ. Tiada siapa dapat menafikan disini, bahawa Taqiyah dianggap sebahagian dari agama oleh golongan syiah sehingga timbul begitu byk riwayat-riwayat palsu berkaitan amalan tersebut yang disandarkan pada keturunan Nabi Allah s.a.w.
Cukup setakat ini hujah saya, tidak tertarik saya dengan permainan emosi atau hujah-hujah berasaskan sangkaan dan cerita-cerita dusta dan diputarbelitkan oleh golongan munafikin. Maksud firman Allah di surah al-Taubah 9:30 " Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Laknat Allah terhadap kebohongan yang mereka ada-adakan"
Kalau ada yang berminat dengan buku-buku yang dinyatakan saya sebelum ini boleh membeli sendiri di Pustaka Fajar Ilmu, maaf ya Pustaka Indonesia dah tiada, no telefon pun saya dah sertakan.
Akhir kata, pedoman saya di dalam usaha ini hanyalah firman Allah seperti dinyatakan melalui Surah al-Fathir 19-22:35 yang bermaksud;
Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.
dan tidak (pula) sama gelap gulita dengan cahaya.
dan tidak (pula) sama yang teduh dengan yang panas.
dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.
Kamu tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan.
Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.
Dan jika mereka mendustakan kamu, maka sesungguhnya orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya); kepada mereka telah datang rasul-rasulnya dengan membawa mukjizat yang nyata, zubur, dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna.
Dan juga seperti dinyatakan pada Surah Yusuf 12:108
Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik".
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 29-6-2006 11:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah besar harapan saya agar saudara Gravedigger serta Pak Malau juga dapat menyatakan hujah-hujah nya dihadapan Allah nanti tentang permasalah ASWJ dan Syiah, harapan saya agar beliau dapat;
1) memberikan dalil-dalil kemunafikan Abu Bakar berdasarkan keterangan dalil al-Quran yang jelas, (maaf ya saya tidak terima tafsiran dan interpretasi hadis /kitab-kitab sejarah golongan syiah kerana saya menyakini intrepretasi tersebut adalah intrepretasi dan dustaan golongan munafikin)
2) menunjukkan ciri-ciri ajaran ASWJ yang dinyatakan oleh Allah melalui al-Quran sebagai ciri-ciri ajaran munafikin sebagaimana Allah telah menyatakan ciri-ciri kebatilan ajaran Christian (melalui dakwaan konsep trinity dan Nabi Isa a.s. anak Allah) dan juga kerosakan ajaran Yahudi (pembunuhan Nabi-nabi, pengubahsuaian Kitab-kitab dan penolakan mereka akan dakwah Nabi s.a.w.)
Tidaklah perlu nanti di Padang Masyar baru saudara mencari-mencari dalil diihadapan Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Anda adalah benar wahai serihartatie, maksud firrman Allah di surah al-Fath ayat 29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka, kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari karunia Allah dan keridaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir dengan mereka. Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.
Sesungguh Allah menyatakan dengan jelas tentang sahabat-sahabat Nabi seperti ayat diatas dan menariknya lagi Allah juga menyatakan kebencian pada sahabat-sahabat Nabi s.a.w. itu sendiri adalah tanda-tanda kekafiran (semestinya ia juga suatu tanda untuk mengenal ajaran-ajaran yang berasal dari golongan munafikin).
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 29-6-2006 09:47 AM ] |
|
|
|
|
|
|
anNaqiy This user has been deleted
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 29-6-2006 09:43 AM
Anda adalah benar wahai serihartatie, maksud firrman Allah di surah al-Fath ayat 29
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir ...
:setuju::setuju:......
Imam Malikbin Anas berkata " Sesiapa y hidup dalam keadaan hatnya dipenuhi kebencian kpd sahabat nabi SAW sesungguhnya ayat ini tepat untuknya ( iaitu mereka2 menjadi kafir berdasarkan ayat ini )
Imam Syafie berkata " Aku yakin orang yng mengkafirkan sahabat nabi SAW akan bertambah kekufurannya setiap hari kerana Allah berfirman
لِيَغِيظَ بِهِمُ ٱلْكُفَّارَ
( Tafsir Zaad al Masyir Ibnul Jauzi - tafsir surah al Fath ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 28-6-2006 04:55 PM
Berikut adalah sebahagian hujah-hujah yang akan saya sampaikan.
1) Allah telah menyatakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq adalah sahabat Rasul Allah, seperti mana yang diwahyukan pada peristiwa hijrah. Sebarang takwilan dan tafsiran yang cuba menyatakan Abu Bakar seorg yang munafik adalah pemdustaan bagi saya, dan cerita tersebut berasal dari golongan munafikin yang cuba merosakkan islam.
So...tafsiran kamu sajakah yang boleh terima???
2) Nabi s.a.w. telah menunjukkan Abu Bakar as-Siddiq sbg imam solat, amatlah mustahil Nabi Allah berusaha memfitnah islam dengan melantik seorang munafik sbg imam solat di akhir hayat beliau yang kemudian bergerak meghancurkan islam dari dalam sedangkan Allah dengan jelas mengingatkan akan bahaya golongan munafikin seperti dinyatakan pada awal surah al-Baqarah.
Hehehee...ini hadis dari Aisyah tu kan..kan? Takkanlah anak sendiri nak memburuk-burukkan ayahnya kan...tentulah kalau berpolitik hadis ni nak mempromosikan ayahnya supaya ada alasan untuk jadi pengerusi parti. Umar sendiri pun pernah melantik seorang Imam dari seorang sahabat untuk sembahyang jemaah semasa dia sakit nak mati tapi taklah pulak sahabat tersebut jadi penggantinya.
OK mari kita lihat apa yang terjadi semasa waktu tu. Sehari sebelum Rasulullah saaw jatuh sakit Beliau telah membentuk satu ekspedisi perang yang dipimpin oleh seorang sahabat yang masih muda berumur belasan tahun. Ada sahabat-sahabat veteran yang engkar dan tak mahu ikut serta sehingga Rasulullah murka dan mengatakan 3 kali..."Laknat Allah untuk orang-orang yang meninggalkan tentera Usamah" (Ini bukan saja versi syiah tapi ada juga versi sunni membenarkannya). Pasukan tersebut telahpun bergerak dan sampai di suatu tempat yang bernama Jurf yang jaraknya sehari perjalanan dari kota Madinah (of course..naik kuda atau untalah waktu itu!). Subuh esoknya baru Rasulullah jatuh sakit dan sampai pendengaran pasukan jihad tadi serta terhenti perjalanan mereka.
Persoalannya....Kalau betul Abu Bakar disuruh oleh Rasulullah saaw untuk memimpin solat berjemaah maka adalah mustahil beliau yang ikut serta dalam pasukan itu boleh balik kembali ke Madinah seolah-olah begitu cepat sampai macam naik LRT saja atau pun Abu Bakar tak ikut serta dalam pasukan itu. Jika Abu Bakar tidak ikut serta maka jatuh lah laknat Allah padanya seperti yang diucapkan oleh Rasulullah dan ini menunjukkan mustahil seorang yang dilaknat oleh Rasullah sehari sebelumnya dilsuruh pulak menjadi imam selepas itu. Ishk..isk musykil kan? Tapi takpa lah sebab politik macam-macam boleh putaq belit beb!3) Allah telah menyatakan bahawa keredhaan Nya pada golongan Muhajirin dan Ansar, harap baca surah al-Taubah 9:100, sedetik sudah diketahui sesungguhnya Abu Bakar adalah muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi s.a.w.. Sesungguhnya amatlah mustahil untuk meyakini Abu Bakar itu seorang yang munafik dan dimasa yang sama seorang muhajirin yang diredhai Allah
Kenapa ayat 9:100 saja beb?? Kenapa tak teruskan lagi hingga yat 9:101 tu. Ini terjemahan nya...
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
Siapa orang-orang "A'raab" yang dikatakan munafik ini? Hehehee...ada pulak yang mengatakan bahawa maksud "A'raab" itu ialah orang Badwi tapi kalau ikut bahasa tentu sebutannya ialah 'Arabi" dan bukannya "A'raab". "A'raab" itu tentulah orang-orang Arab untuk membezakan dengan sahabat-sahabat dari golongan Habsyah yang diwakili Bilal, Rom diwakili Suhail, Farsi yang diwakili Salman dan Abu Zarr dari Ghiffari. Siapa pula orang-orang Arab tu sehingga Rasulullah pun tak tahu waktu tu?? Hah..ini quiz cepumas!
4) Allah telah berjanji akan menjadikan golongan-golongan yang beriman dan beramal soleh sebagai khalifah Allah yang berkuasa dibumi seperti dinyatakan di Surah An-Nur 24:55, sesungguhnya janji Allah itu benar dan keimanan Abu Bakar itu benar apabila kekuasan dan kekuatan umat islam telah meluas, dakwah islam telah tersebar dan keamanan telah dicapai melalui perlantikan Abu Bakar sebagai khalifah.
Memang betul umat Islam itu telah meluas dan kerajaan Islam telah berkembang tapi betul jugalah Syed Qutb mengatakan apabila hak dan kebenaran itu diketepikan maka jadilah umat Islam yang ramai itu seperti buih dan kerajaan sahabat waktu itu ketiadaan roh Islam. Ada pula sahabat yang mengasaskan dinasti kekeluargaannya pula beb!
5) Kalau benar sahabat-sahabat Nabi s.a.w. telah kufur dan sesat secara beramai-ramai yang membawa maksud kegagaln tarbiah iman & islam Nabi s.a.w., mengapa Allah mewahyukan bahawa kejayaan telah berlaku atas dakwah Nabi s.a.w. dengan beramai-ramainya umat manusia menerima islam seperti pada Surah An-Nasr 1-3:110.
Ente pastikah ayat itu hanya ditujukan pada waktu tu saja? Cuba baca baik-baik ayat tu dan rujuk pula mengapa ada banyak ayat-ayat lain yang mengatakan pada sahabat-sahabat "mengapa kembali kufur setelah beriman" dan banyak yang lain-lain lagi ayat mencerca sahabat-sahabat dalam Quran. Jangan rujuk satu surah saja beb..cuba-cuba kaitkan pula dengan surah-surah yang lain.
Siapakah yang boleh tafsirkan ayat-ayat Quran ni?? Tentu saja dari Ahlul-Bait Rasulallah saaw yang hampir ilmunya dengan Beliau dan bukannya ulama kepala gila seperti Ibnu Taimiyyah (ini kata Ibnu Batuttah tau) yang hanya nampak zahir saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah jelasnya akan aqidah yang dipegang oleh golongan-golongan syiah tentang sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan juga pandangan mereka tentang Aisyah ummul mukminin. Dan nyata jugalah tiada HUJAH-HUJAH YANG NYATA DAN JELAS diberi oleh pihak syiah, tiada satu pun dalil yang dihujahkan oleh saya dibalas dengan hujah yang lebih kuat (al-Quran yang sahih) melainkan dengan permainan kata-kata dan sangkaan sahaja. Nyatalah mereka akan menolak hadis-hadis apabila hadis yang diriwayatkan memberi kebaikan atas hujah ASWJ.
Mari kita merujuk pada ayat peristiwa hijrah tersebut dan saudara-saudara bole menilai sendiri, saya menggunakan terjemah pada http://quran.al-islam.com/Targam ... amp;l=eng&t=mal
Sila rujuk surah at-Taubah 9:40
(Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Apabila Allah telah menyatakan bahawa Abu Bakar r.a. adalah sahabat Nabi s.a.w. dan Allah berserta dengan Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. maka itulah pegangan kita ASWJ tidaklah kita mempertikaikan kenyataan Al-Quran yang telah jelas.
Tentang masalah keuzuran Nabi s.a.w. semasa angkatan jihad didalam perjalanan maka berapa lamakah Nabi s.a.w. telah uzur sebelum wafatnya? adakah Nabi s.a.w. terus wafat selepas sahaja uzur? jika ya maka bagaimana Abu Bakar sempat sampai ke Madinah dan terus dilantik menjadi Khalifah sebaik sahaja Nabi s.a.w. wafat? oleh sebab peristiwa tersebut bersumberkan Hadis maka tidaklah saya berminat untuk berbahas panjang kerana saya tidak berminat berbahas dengan golongan syiah bersumberkan Hadis.
Tentang ayat ke-100, surat at-Taubah, ayuh kita buka semula bukan hanya ayat 100 tetapi ayat 101 DAN 99,
99] Dan sebahagian dari orang-orang A'rab itu ada yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan memandang apa yang mereka dermakan (pada jalan Allah itu) sebagai amal-amal bakti (yang mendampingkan) di sisi Allah dan sebagai (satu jalan untuk mendapat) doa dari Rasulullah (yang membawa rahmat kepada mereka). Ketahuilah, sesungguhnya apa yang mereka dermakan itu adalah menjadi amal bakti bagi mereka (yang mendampingkan mereka kepada Allah); Allah akan masukkan mereka ke dalam rahmatNya; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Disini Allah menyatakan berimannya sebahagian orang-orang Arab akan risalah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. dan Allah memasukkan mereka kedalam rahmatnya, tiadalah dijanjikan Allah akan mereka syurga tetapi dinyatakan sifat Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani yang dimiliki Nya,
[100] Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
Disini Allah menunjukkan secara jelas akan keredhaan Allah kepada golongan yang dinamakan Muhajirin dan Ansar, juga ayat ini menyatakan golongan tersebut disediakan syurga yang telah dijanjikan kepada mereka
[101] Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'rab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
Disini Allah menyatakan kewujudan golongan Arab munafik disekeliling Nabi s.a.w. dan bahkan terdiri dari sebahagian penduduk kota Madinah dan kepada mereka dijanjikan azab yang pedih.Mereka ini berada disamping orang-orang Arab yang beriman dan golongan Muhajirin dan Ansar yang diredhai dan dijanjikan syurga. Adakah terlalu sukar untuk memahami NAS-NAS YANG TERANG DAN JELAS INI bahawa terdapat beberapa golongan yang dinyatakan oleh Allah kepada Rasul Allah iaitu golongan yang beriman tetapi cuma dijanjikan dengan ampunan dan rahmat, golongan muhajirin dan ansar yang dijanjikan keredhaan dan syurga serta golongan munafik yang dijanjikan azab yang pedih.
Tentang surah An-Nur 24:55 mari kita lihat sepenuhnya
[55] Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
Wahai saudara-saudara sekelian, betapa bodohnya hujah yang disampaikan, apakah si penghujah telah buta fakta sejarah? apakah penghujah telah lupa dizaman saidina Abu Bakar dan saidina Umar lah telah jatuhnya 2 kuasa besar dunia iaitu Rom dan Parsi dan ditangan ASWJ (Muhamad al-Fatih) telah jatuh kota Byzantine yang dijanjikan akan menjadi milik kaum muslimin. Aneh sungguh mengapa dihujah dengan kata-kata Sayid Qutb? Apa yang dikatakan oleh Sayid Qutb semestinya berkaitan umat islam masakini yang lemah dan bermasalah bukannya umat islam dizaman sahabat-sahabat Nabi yang diakui oleh sejarah dunia penguasaan dan kecermelangannya.
Nyata sekali tiada HUJAH YANG JELAS mampu diberi oleh golongan Syiah selain dari tuduhan-tuduhan dan sangkaan yang berasakan cerita-cerita dan tafsiran mereka yang menyeleweng, sudahlah hujah-hujah saudara sheir'ali gagal dijawab dengan Hujah yang lebih baik, hujah saya dari seorang awam pun tidak mampu dibalas. Berharap sangat saya ingin melihat hujah-hujah ilmiah dan akedemik syiah dan bagaimana agaknya mereka memutar belit nas-nas al-Quran yang sahih supaya sesuai dengan nafsu mereka.
Mari saya berikan satu lagi nas yang SAHIH DARI AL-QURAN tentang keimanan Abu Bakar as-siddiq r.a., firman Allah disurah al-Anfall 8:74
[74] Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.
Sedarlah saudara-saudara sekelian bahawa Abu Bakar r.a. adalah golongan lelaki yang terawal memeluk islam dan beriman pada Nabi s.a.w., Abu Bakar r.a. adalah sahabat Muhajirin yang berhijrah bersama-sama Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. adalah ahli Badar yang berjihad dijalan Allah. Cukuplah penyempurnaan Abu Bakar r.a. dalam ketiga perkara tersebut menunjukkan kesahihan iman Abu Bakar r.a.
Dan bacalah surah al-Hadid :10 yang bermaksud;
[10] Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
Siapakah yang boleh mengatasi sifat dermawan Abu Bakar r.a. didalam menafkahkan hartanya dan kemudian berperang disamping Nabi s.a.w.? cukuplah keredhaan Allah atas beliau dan janganlah kita menyambung-nyambungkan pendustaan golongan munafikin.
Wahai saudara-saudara sekelian berpegang teguhlah pada nas-nas yang sahih dan keterangan yang nyata dan bukannya sangkaan-sangkaan manusia dan fitnah golongan munafikin, telah berfirman Allah pada surah al-Hadid 57:9
[9] Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 3-7-2006 05:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ahmadi bangi wrote :
) memberikan dalil-dalil kemunafikan Abu Bakar berdasarkan keterangan dalil al-Quran yang jelas, (maaf ya saya tidak terima tafsiran dan interpretasi hadis /kitab-kitab sejarah golongan syiah kerana saya menyakini intrepretasi tersebut adalah intrepretasi dan dustaan golongan munafikin)
salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbaitnya...
wahai saudara jika begini lah sifat yang saudara amalkan di dalam berdialog mana mungkin akan menemui jawapan, kita kalau nak berdialog sumber pertama untuk kita lihatkan kebenaran kepada orang lain adalah sumber dari mazhab orang itu sendiri, jadi bila anda berdakwah atau berdialog mereka langsung akan tidak mahu mendengar hujjah anda dengan alasan yang sama. Inilah konsep yang digunakan oleh orang syiah diambil bukti kebenaran dari yang hendak didakwah. Wahai saudara jika kita dipihak yang benar jgn risau bahawa hujjah lawan itu ditambah dan sebagainya pasti akan temui kebenaran kerana janji allah untuk membantu orang yang berada di pihak yang benar.
Wahai ust ahmad, kita haruslah menanamkan sifat keterbukaan dan sedia menerima kebenaran ketika berdakwah jgnlah kita jadi seperti orang-orang wahabi yang mana tercermin sifat pengikut khawarij pada zaman rasulallah di dalam setiap pengikut wahabi kini yang mana mereka itu ego tidak mahu mendengar pendapat orang dan menfitnah tanpa hujjah. Sedangkan allah berfirman
?...orang-orang yang mendengar pandangan dan mengikut yang terbaik daripada pandangan tersebut, mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah dan orang-orang yang memiliki mata hati yang jelas?.
Maaflah ust ahamad jika saya ada terkasar bahasa dan mengecilkan hati ust.
jadi dengar dahulu pandangan pihak lain, jgn risau kebenaran berada di mana sahaja. MARILAH KITA BERDOA AGAR ALLAH MEMAMPAK NUR KEBENARAN AGAR KITA TIDAK TERSESAT SELEPAS IA MEMBERIKAN PETUNJUK.. ILLAHI !!!
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Apa lah yang susah sangat nak nampak bahawa ada golongan sahabat yang kembali kufur setelah beriman... perang antara Saiyidina Ali selaku Khalifah untuk menghapuskan Mu'awiyah dan tentera nya sudah tentu ada salah satu pihak yang beriman dan satu nya kembali kufur. Perjuangan Khalifah Ali yang tidak selesai selepas Siffin belum ada noktahnya... Adakah kemelut kufur setelah beriman ini sudah selesai setelah itu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Laxamana. at 3-7-2006 09:01 PM
Apa lah yang susah sangat nak nampak bahawa ada golongan sahabat yang kembali kufur setelah beriman... perang antara Saiyidina Ali selaku Khalifah untuk menghapuskan Mu'awiyah dan tentera nya sudah ...
Segolongan TIDAK YAKIN dengan kekufuran Mu'awwiyah terhadap Ali. Sehingga mereka hanya YAKIN terhadap FADHAIL MUAWWIYAH & YAZID yang dikarang oleh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila Islam berkembang ke seluruh Semenanjung Arab... maka mula lah masing2 memasang cita2... mula lah meleleh air liur... antara yang bercita2 keduniaan dan bercita2 mencari keredhaan Allah selaku penyambung tugas Rasulullah s.a.w. adalah jelas sekali. Bab memilih Imam setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. bukan main agak2 saja atau tunggu 80-100 tahun baru nak bentuk mazhab dsbnya... |
|
|
|
|
|
|
carikubur This user has been deleted
|
Originally posted by Gravedigger at 2-7-2006 12:10 PM
OK mari kita lihat apa yang terjadi semasa waktu tu. Sehari sebelum Rasulullah saaw jatuh sakit Beliau telah membentuk satu ekspedisi perang yang dipimpin oleh seorang sahabat yang masih muda berumur belasan tahun. Ada sahabat-sahabat veteran yang engkar dan tak mahu ikut serta sehingga Rasulullah murka dan mengatakan 3 kali..."Laknat Allah untuk orang-orang yang meninggalkan tentera Usamah" . Pasukan tersebut telahpun bergerak dan sampai di suatu tempat yang bernama Jurf yang jaraknya sehari perjalanan dari kota Madinah (of course..naik kuda atau untalah waktu itu!). Subuh esoknya baru Rasulullah jatuh sakit dan sampai pendengaran pasukan jihad tadi serta terhenti perjalanan mereka.
Persoalannya....Kalau betul Abu Bakar disuruh oleh Rasulullah saaw untuk memimpin solat berjemaah maka adalah mustahil beliau yang ikut serta dalam pasukan itu boleh balik kembali ke Madinah seolah-olah begitu cepat sampai macam naik LRT saja atau pun Abu Bakar tak ikut serta dalam pasukan itu. Jika Abu Bakar tidak ikut serta maka jatuh lah laknat Allah padanya seperti yang diucapkan oleh Rasulullah dan ini menunjukkan mustahil seorang yang dilaknat oleh Rasullah sehari sebelumnya dilsuruh pulak menjadi imam selepas itu. Ishk..isk musykil kan? Tapi takpa lah sebab politik macam-macam boleh putaq belit beb!
Dan di antara orang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifat munafik; engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.
Siapa orang-orang "A'raab" yang dikatakan munafik ini? Hehehee...ada pulak yang mengatakan bahawa maksud "A'raab" itu ialah orang Badwi tapi kalau ikut bahasa tentu sebutannya ialah 'Arabi" dan bukannya "A'raab". "A'raab" itu tentulah orang-orang Arab untuk membezakan dengan sahabat-sahabat dari golongan Habsyah yang diwakili Bilal, Rom diwakili Suhail, Farsi yang diwakili Salman dan Abu Zarr dari Ghiffari.
Soalan: tolong jawab dengan ikhlas.
Adakah semua pengikut Syiah berpegang dan yakin dengan sejarah diatas dan cara tafsir ayat diatas?
Minta jawaban daripada semua warga Syiah di forum ini jawab. Bukan Gravdigest sahaja.
carikubur cuba cari jawaban je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cukuplah bagi saya apa yang dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya
Surah al-Hadid 57:9
Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
Dan pada Surat al-Taubah 9:100
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.
tiadalah berminat saya untuk berhujah dengan kisah-kisah sejarah yang diputar belit dan nafsu-nafsi manusia, ikut sedap mulut dan angan-angan, ADAKAH WAJAR SEBAGAI SEORANG YANG BERIMAN PADA WAHYU ALLAH UNTUK MENINGGAL NAS-NAS AL-QURAN DAN BERPEGANG PADA KISAH-KISAH SEJARAH YANG DITAFSIR MENGIKUT NAFSU GOLONGAN MUNAFIK?
SIAPAKAH ANDA SEMUA WAHAI MANUSIA-MANUSIA YANG TERPENGARUH DENGAN AJARAN BATIL GOLONGAN SYIAH UNTUK MEMBATALKAN NAS-NAS AL-QURAN YANG SAHIH DAN TERANG? ADAKAH KITAB-KITAB SEJARAH YANG ANDA IMANI MERUPAKAN HUJAH YANG TERANG DISISI ALLAH?
APAKAH SAYA PERLU MEMAHAMI PEMIKIRAN GOLONGAN-GOLONGAN MUSYRIKIN HINDU SEBELUM SAYA MENYATAKAN BAHAWA AJARAN HINDU ITU BATIL, CUKUPLAH BAGI SAYA KENYATAAN-KENYATAAN DAN FIRMAN ALLAH DIDALAM AL-QURAN YANG MEMBATALKAN PENYEMBAHAN BERHALA SEBAGAI PEGANGAN SAYA. TIDAK BERMINAT DIHATI DAN AKAL SAYA UNTUK MENDENGAR HUJAH-HUJAH DAN FALSAFAH HINDU SEBELUM SAYA MEMEGANG PENDAPAT BAHAWA HINDU ITU AJARAN SESAT.
KALAU HEBAT SANGAT KITAB SEJARAH YANG ANDA PEGANG DAN MENJADI SEBAB BAGI ANDA SEMUA MENGHUKUM PERSAHABATAN ANTARA GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR DENGAN NABI S.A.W. MAKA DISINI SAYA INGIN MENANYAKAN SATU MASALAH PERSELISIHAN YANG BERLAKU DI BUMI MALAYSIA PADA MASA KINI. ADALAH DIHARAP GOLONGAN SYIAH DAPAT MEMBERI JAWAPAN YANG TEPAT DAN BENAR DAN BUKANNYA BERDASARKAN ANGAN-ANGAN DAN SANGKAAN;
1) PADA 1998 TELAH BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA TUN DR. MAHATHIR DAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM, TELAH BERLAKU TUDUH MENUDUH DAN BERBAGAI PERSANGKAAN, SAYA BERTANYA DIANTARA MEREKA BERDUA YANG MANAKAH YANG BENAR? BERIKAN HUJAHAN YANG BENAR SAHAJA DAN BUKANNYA AGAKKAN DAN SANGKAAN ATAU BERDASARKAN 'CERITA-CERITA RAKYAT' YANG DISEBARKAN.
2) TELAH BERLAKU KECAMAN OLEH TUN DR MAHATHIR PADA DATO SERI ABDULLAH TENTANG PENTADBIRAN PM SEKARANG, MAKA NYATAKANLAH PADA SAYA SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH SERTA HUJAHANNYA SEKALI. PASTIKAN ANDA MEBERI PENGHAKIMAN YANG BENAR DAN BUKANNYA SANGKAAN
PASTI ANDA SEMUA BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MUDAH DAN TEPAT SERTA BENAR KERANA PERISTIWA TERSEBUT MERUPAKAN PERISTIWA MASAKINI DAN BUKANNYA PERISTIWA MASA LAMPAU. KALAU TIDAK MASAKAN ANDA SEMUA MENJADIKAN PENULISAN-PENULISAN SEJARAH MANUSIA YANG BELUM TENTU BETUL ATAU TIDAK SEBAGAI ASAS PENGHAKIMAN ANDA SEMUA BAGI MENGKAFIRKAN GOLONGAN MUHAJIRIN DAN ANSAR YANG TELAH DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH.
WASSALAM
[ Last edited by ahmadi_bangi at 4-7-2006 09:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #129 carikubur's post
Islam merupakan agama yang bersifat kamil wa kamalat ( sempurna dan menyempurnakan) . Islam merupakan way of life yang terbaik bagi manusia kerana ia meliputi semua segmen dalam kehidupan manusia. Ianya menepati dan bersesuaian dengan fitrah kemanusiaan... namun perlu dipimpin, dipandu oleh orang yang selayaknya... yang tahu sebaiknya apa itu Islam... selepas Rasulullah s.a.w., perlu ada orang yang selayaknya untuk meneruskan amanah kepimpinan dalam Islam. Namun ada yang lebih yakin bahawa Mu'awiyah, Yazid dan anak cucu nya lebih alim malah tidak berpaksikan keduniaan dan layak dari anak cucu yakni Ahlul Bait Rasulullah s.a.w.
Ingatilah firman Allah dalam surah annisa' ayat 50 :
Tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 23-5-2006 06:40 PM
SYARAT2 NYA TIDAK BOLEH KUTUK_MENGUTUK DAN MAKI_MAKI SEMUA DALIL DAN BAHAS HANYALLAH DARI AkAL AL_QURAN DAN HADiS TIDAK BOLEH MELALUI PERASAAN. YANG WAKIL DARI ASWJ 2 KENELAH SENTIASA MEMBALAS JGN SEKECAP JE BILA DAN X BOLEH NAK BERARGUMENTASI BOLEH CARI PEGANTI UNTUK TOLONG X BOLEH BELAH MCM 2 AJE TINGGAL TANPA KHAbAR. MESTI TERUS MENERUS.
SAYA MENTA SEJEPAT MUNGKIN WAKIL ASWJ UNTUK TAMPIL!!!!!!
Wahai golongan syiah manakah janji-janji anda? atau ucapan-ucapan tersebut hanyalah TAQIYAH? harap segala hujah-hujah saya yang bersumberkan dalil-dalil al-Quran dapat dibalas dengan hujah-hujah berdalil al-quran jugak yang mampu menasakhkan apa yang telah dinyatakan oleh Allah berkenaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w., perlulah dalil itu menyatakan dengan jelas bahawa Allah telah membatalkan janji-janji syurga pada golongan-golongan Muhajirin & Ansar dan kemudian mereka tidak diredhai dan dilaknati oleh Allah. Hmmmm... agak2nya mampukah golongan Syiah mendapatkan dalil-dalil tersebut dari al-Quran, maaf saya belum menjumpai dalil tersebut buat masa ini.
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 4-7-2006 09:27 AM
Cukuplah bagi saya apa yang dinyatakan oleh Allah melalui firmanNya
Surah al-Hadid 57:9
Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, ke ...
Engko ni takyah berforum lah kat sini! Lebih baik ajer ko buat blog ko sendiri dan ajaklah saper-saper yang minat untuk membaca pendapat ko yang syahdu tu kat ruangan ko sendiri ataupun kalau ko tak puas hati juga lebih baik ajak main lawan pedang saja.
Buat apa perlu layan kalu ko dah tulis ........
tiadalah berminat saya untuk berhujah dengan kisah-kisah sejarah
SIAPAKAH ANDA SEMUA WAHAI MANUSIA-MANUSIA YANG TERPENGARUH DENGAN AJARAN BATIL
APAKAH SAYA PERLU MEMAHAMI PEMIKIRAN
TIDAK BERMINAT DIHATI DAN AKAL SAYA UNTUK MENDENGAR HUJAH-HUJAH
Hehehehe...kalau betullah ustaz sanjungan Ibnur ni...kesian aku tengok kat pelajar-pelajar yang kena sempitkan pemikiran mereka lebih-lebih lagi pelajar-pelajar sekolah tu. Aku nasihatkan ko pi lah sambung belajar ambil degree dan bukan setakat sijil perguruan agama saja beb!
[ Last edited by Gravedigger at 4-7-2006 01:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf saudara-saudara sekalian, saya tidak berminat menjadi HAKIM akan peristiwa yang berlaku 1400 tahun silam, ini kerana;
1. Saya tidak berada ditempat kejadian yang menyaksikan bagaimana peristiwa tersebut berlaku
2. Saya tidak ingin berlagak dan berpura-pura mengetahui sepenuhnya apa yang berlaku
3. Saya tidak tahu ditahap apakah pelapor sejarah telah menulis sepenuhnya kejadian yang berlaku untuk memahami apa yang sebenar-benarnya terjadi
4. Saya amat yakin tiada seorang pun didunia ini buat masakini yang benar-benar mengetahui dan jelas dengan apa yang sebenarnya berlaku kerana tiada saksi hidup yang masih hidup lagi
5. Perbahasan masalah tersebut berdasarkan tulisan-tulisan sejarah dan hadis telah pun dilakukan oleh ulamak-ulamak silam dan penulis masakini seperti Hafiz Firdaus dan lain-lain, saya tak berminat bersikap 'Cut' & 'Paste' dalam menyampaikan hujah
6. Maklumat dan hujah isu berkaitan telah pun diberi oleh sahabat-sahabat yang lain dalam reply sebelum ini
7. Adalah keyakinan saya bahawa saudara shaikh hanya mampu 'Cut & Paste' hujah-hujah yang dibacanya dari kitab-kitab golongan syiah dan bersikap buta tuli apabila hujah yang lebih baik disampaikan (telah saya kemukakan nas-nas sahih dan terang tentang keredhaan & janji syurga oleh Allah kepada golongan Muhajirin & Ansar yang dianggap telah jadi kuffur oleh Syiah)
8.Penghujahan dengan golongan syiah tentang masalah tersebut tidak akan membawa kemana-mana
9.Golongan syiah masih belum menjawab balas soalan-soalan asas yang sy kemukakan, iaitu dalil-dalil dan nas al-quran yang sahih yang dapat membatal dalil-dalil sahih yang telah saya kemukakan.
10. Kalau saudara-saudara sekalian berminat untuk mengkaji sendiri boleh mendapatkan maklumat dari buku yang telah saya syorkan sebelum ini, dimukasurat 117-130, 'Bab III - Kesalahan-kesalahan terhadap fakta-fakta sejarah zaman khulafak al-rasyidin yang perlu diperbetulkan semula'.
Saya masih menunggu maklumbalas golongan syiah apakah dia dalil-dalil sahih dari al-Quran yang membatalkan keredhaan Allah kepada golongan Muhajirin dan Ansar seperti dinyatakan sebelum ini, saya tidak menerima pena-pena tulisan manusia lebih tinggi kedudukannya dari wahyu yang dinyatakan melalui al-Quran.
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 6-7-2006 06:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas nabi Muhammad dan AhlulBaitnya...
Wahai ust bukankah kita harus mengenal sejarah seperti kata Mahathir "Orang yang tidak mengenal sejarah, dia tidak cintakkan negara" itu untuk negara kalau sejarah islam, bukankah dari sejarah kita dapat pelajaran, bukankah dari sejarah kita memperbaiki diri kita. Semasa saudara kecil dahulu saudara tidak tahu api itu panas maka saudara sentuhnya dan terasa panas, dan bermula dari itu saudara dapat satu pengajaran bahawa dilain masa api tidak boleh disentuh kerana akan menyakitkan kulit. Apakah saudara akan melupakan sejarah itu dan sentiasa menyentuh api, kerana lupa sejarah bahawa api itu panas, lantas begitu juga dengan sejarah, kita akan mengenal siapa musuh dan siapa kawan, itulah kehebatannya sejarah yang mengandungi pelbagai intisari yang tersendiri.
Saya ingin bertanya Ust Ahmad, Ust mengatakan sudah membaca buku dialog-sunni syiah lebih 12 tahun dahulu, boleh saya tahu lagi buku syiah apa lagi yang telah saudara baca. Saya bukan bermaksud apa-apa cuma ingin mengetahui.
ust laman web yang ust berikan mengenai buku itu saya telah melusuri dan malangnya tidak dapat saya membukanya kerana "page can t found". Harap saudara dapat memberikan yang baru. saya teringin sangat untuk membacanya..
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|