CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ay4

epidural......

[Copy link]
Post time 19-9-2006 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by babymeow at 19-9-2006 01:14 PM


rasanye cam tu la dani. mamap pun hubby dia dok sebelah time ceaser tu...kan mamap??


hopefully gitu ler babymeow...dane ni peknen twins.  doc suruh try go for normal dulu.  kalo tak dpt, then terpaksa c section ler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2006 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by mamapotter at 19-9-2006 01:15 PM



I gave birth last friday (15 sept) emergency caeser..gune epi....so far ok..takde side effect ape2 pun and was very comfortable all the time.

:pompom::pompom: tahniah mama....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 05:20 PM | Show all posts
epi ni tak sakit, slalunya yang buat sakit when you ada slight move or the doc tak expert (tangan ketaq)....if that is the case, then you will suffer sakit pinggang...

i went for epidural twice, first baby Emergency C-Sect so memang tak sedar haper pun...tau2 baby dah kuar, sakit ya amat kat jahitan...2nd & third epidural so i can experience & tengok dorang dok robek2 perut....after that even the jahitan pun tak sesakit the first baby....
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 09:37 AM | Show all posts
Epidural kurangkan sakit bersalin
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

SAKIT bersalin memang sukar digambarkan. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu.

Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. Tuhan sahaja yang tahu. Patutlah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.

Kalaulah orang lelaki tahu macam mana sakit bersalin, alamatnya, semua pasangan suami isteri di dunia ini hanya punya anak seorang sahajalah...

Kenyataan ini turut diakui oleh Pakar Bius, Pusat Perubatan Kampung Bharu (KBMC), Dr. Farahah Osman yang menyifatkan kesakitan ketika melahirkan sebagai satu proses yang amat menyakitkan terutama bagi yang menimang cahaya mata pertama.

憫Malah, ia boleh menyebabkan tekanan emosi kepada ibu-ibu ditambah pula dengan pengalaman yang sering dikongsi oleh mereka yang pernah melalui proses melahirkan anak, sering kali dibayangi dengan cerita-cerita cemas yang mendebarkan serta mengerikan.

憫Bagi sesetengah wanita, pengalaman itu memungkinkan mereka berasa serik atau fobia untuk mengandung lagi,拻 ujar beliau.

Bagaimanapun, zaman di mana wanita tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menjerit kesakitan tanpa sebarang bantuan ubat-ubatan penahan sakit bersalin, telah lama berlalu.

Kini, teknik-teknik pengurusan kesakitan seperti yang paling popular, epidural, mampu menukar pengalaman menyakitkan menjadi lebih tenang dan terkawal, malah selesa.

Menurut Dr. Farahah, kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia).

憫Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.

憫Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius,拻 jelasnya.

Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini.

Mengulas lanjut, apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.

憫Kelebihannya adalah ia boleh diberikan secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih.

憫Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin,拻 kata Dr. Farahah.

Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu sebagai kaedah mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

Kegunaan epidural

1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.

2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.

3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.

4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

Secara praktikalnya, untuk tujuan pembedahan, ada dua lagi teknik pembiusan separuh yang lebih kerap digunakan iaitu kaedah spinal dan gabungan epidural bersama spinal (CSE).

憫Biasanya kaedah spinal digunakan untuk pembedahan yang agak singkat (1 ke 2 jam) dan kelebihannya adalah dari segi kesan yang lebih cepat dan efektif.

憫Sementara itu, teknik CSE digunakan apabila pembedahan mengambil masa yang lebih lama dan pesakit mendapat analgesia selepas pembedahan,拻 kata Dr. Farahah.

Dari segi teknik pembiusan adalah lebih kurang sama. Perbezaan adalah dari segi saiz dan jenis jarum dan kaedah spinal adalah tanpa dimasukkan kateter.

Kesan kesakitan bersalin terhadap ibu dan anak

Dr. Farahah memberitahu, kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal boleh juga mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.

憫Ini berlaku ekoran rembesan hormon- hormon seperti adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit. Apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

憫Ibu-ibu juga akan bernafas dengan pantas disebabkan oleh kesakitan tadi seterusnya mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan alkalosis kepada bayi yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan,拻 kata beliau.

Masalah ini, tambahnya, lebih membahayakan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami masalah jantung.

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya.

憫Dengan kaedah epidural ini, rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.

憫Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut,拻 jelas Dr. Farahah.

Ubat bius ini akan dialirkan secara berterusan melalui kateter yang dimasukkan tadi dan kesannya dapat bertahan selama yang diperlukan iaitu sehingga proses kelahiran selesai.

Katanya lagi: 憫Satu lagi kelebihan pembiusan epidural adalah, ia juga dapat digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan cesarean bagi ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan anak secara normal di mana, ubat yang lebih tinggi dosnya diberikan melalui kateter yang sama. Jadi ibu-ibu tidak perlu diberikan suntikan bius untuk kali kedua.

憫Selain itu, dengan kaedah epidural, pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu-ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.拻

Kaedah ini juga, kata Dr. Farahah, amat digalakkan untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau praeklamsia dan juga penyakit jantung.

Sebelum kaedah epidural diberikan, pakar bius akan memastikan tiada halangan atau kontraindikasi untuk kaedah ini contohnya masalah pembekuan darah, infeksi di tempat bius atau dalam darah, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Kesan pembiusan epidural kepada ibu

Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang

Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.

憫Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.

憫Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

憫Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural,拻 terang Dr. Farahah sambil menambah, walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Pening?

Dr. Farahah menjelaskan, pening boleh berlaku sekiranya cecair spinal terkeluar semasa melakukan epidural iaitu apabila lapisan dura tercucuk oleh jarum epidural.

憫Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan oleh tekanan cecair dalam otak yang berkurangan.

憫Ia biasanya pulih dengan sendirinya dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu,拻 ujar beliau.

Komplikasi ini dapat dikurangkan sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama yang baik semasa prosedur dijalankan, juga bergantung kepada kepakaran atau pengalaman doktor yang melakukannya.

Kesimpulannya

* Sakit adalah sebahagian proses bersalin

* Reaksi kepada kesakitan adalah berbeza-beza bergantung kepada pengalaman, pelajaran dan ketahanan mental ibu-ibu

* Epidural adalah cara yang konsisten berkesan dengan kesan sampingan yang minimum kepada ibu dan bayi

* Setiap ibu berhak menggunakan kaedah epidural

* Berbincanglah dengan pakar sakit puan dan pakar bius untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 08:50 PM | Show all posts
sokong epi!!
sokong banak caeser!!!
dah terang2 nampak next banak pun nak zasssssss gak!!!

[ Last edited by  mamapotter at 16-4-2007 08:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 12:25 AM | Show all posts
first baby amik epi...15 hrs labour, sakit jiwa. Mmg boleh gelak gelak tapi bielr nak teran tu problem. Tapi alhamdulillah okay sebab imagine ourself dekat toilet tengah neran sembelit. heheheh.

Scond time (baru last 4 weeks ) mmg takmo amik sebab nak rasa puas sakit macam mana. Alhamdulillah...senang kali ni bersalin. 4 cm dilate tanpa disedari.Tapi biler tang nak teran tu la problem sebab tak pernah rasa kan. So its like my firsttime bersalin ajer. Dr pun dah tension. Tapi alhamdulillah berjaya juga. Penat dr tu ajar aku teran. Hahhaha. PAtutla susah...anak aku 4 kg!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2007 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by mamapotter at 16-4-2007 08:50 PM
sokong epi!!
sokong banak caeser!!!
dah terang2 nampak next banak pun nak zasssssss gak!!!




happynyer dia.....gelak sakan!....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 11:09 AM | Show all posts
leena pun ambik epidural for 1st baby
mmglah ikut planning xnak ambik tp pakai gas x jln.....
xder rs apa2 effect pun.....sakit pun dah x tertanggung, maybe hilang fokus
itu yg jd xleh control sakit so, ambiklah epidural...

biasa org kata kalau ambik epidural chances kena vakum/forceps tinggi sbb x rs nak teran but to me alhamdulillah proces nak push senang n sekejap sgt....:pray:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2007 12:12 PM | Show all posts
takutnye baca u all nye posting pasal epi ni.....
white makin konpius la nk amik epi ke x... sbb ade baru ni kwn white ckp epi nye side effect teruk sgt,...
sampai dah 2 minggu after deliver dier still menggigil2..xtau apa sebabnye... tpb ile baca dlm forum ni.. ramai yg kata side efect xde la teruk camtu.... ermmmm camne ye?? ade 2 versi yg berlainan ni... konpius lak white... need helps plzzzzzzzzzz

[ Last edited by  whiteroselady at 8-5-2007 10:13 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 02:22 PM | Show all posts
saya kena induce khamis nih, 1st baby...pun tgh kira-kira nak ambik epidural ke tak psl doc kata baby besar takut jugak nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2007 07:05 PM | Show all posts
i amik epi for my 2nd and 3rd child.. rasanya la, less stressful sebab contraction saya sebelum amik epi mmg cpt dan kuat.. yelah waterbag pecah je, 10 mins apart dah rasa nak bersalin.. kuat betul contraction

mmg less stressful, doc pun expert.. i tabik la ngan anesthetist tu.. dia pandai suntik, lagipun org ckp suntik epi sakit, tapi bila pk balik, i tak sedar pun sakit ke tak, sebab contraction lagi teruk...

tang sakit blkg tu, cuma 2 hari lepas bersalin je. tapi sebab SIL pernah advise mintak hot waterpack dari nurse untuk tuam kat blkg tempat dicucuk epi tu, so jadi ok la.. n dah tak sakit blkg pun. ada baca kat utusan ruangan kesihatan, epidhural mg terbukti bukan penyebab sakit blkg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 10:35 PM | Show all posts
manis sj selongkar topik ni balik sbb baru berbual dgn seorang kenalan br yg biasa ambil epi utk anak sulungnya.

Kisahnya....

dia memilih utk ambil epi untk anak sulung sbb tak mau sakit. so.. memang tak sakit langsung katanya. tp bila time nak teran, dia tak tau nak teran camana. bila dah lama  sgt, kesan epi dah kurang dan doc tambah lg suntikan epi, tp bb tak keluar-keluar jg sbb dia tak rasa nak teran dan tak tau nak teran camana. then bila bb nak lemas, dia kena wat c-sec. lepas balik rumah dia cam gila meroyan (mungkin side effect atau faktor lain, wallahualam). dia kata rasa cam nampak bumbung nak runtuh dll. puas gak la berubat cara2 kampung, baru ilang.

pendapat dia kata epi krg sesuai utk first bb sbb dgn tak rasa sakit mmbuatkan ibu tak tau nak teran camana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #76 manisma's post

actually manis.. from my experience la, it is based on pakar bius tu, mungkin dia terlebih bagi epi..
sebab i pakai epi, i boleh rasa lagi contraction, sebab pakar bius tu tak letak banyak so that we know when it's time to push out the baby

alhamdulillah, mmg bagus la pakar bius tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 10:21 AM | Show all posts
cadangnya nak try epi gak for my 2nd ni, tp risau juga x tau camner nak teran, coz masa 1st baby, czer..mmg tak sempat nak rasa teran2 tu ..contraction rasa ..tp 'feel' utk teran x rasa..tgk lah camner..cuba dulu agak2 sakit nya tu masih boleh diterima xder lah nak ber epi..kalau agak2 sakit x tertanggup..amik lah juga gamaknyaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 11:12 AM | Show all posts

Reply #75 limau_nipis's post

sy pon kena amik epidural jugak masa bersalin anak 1st..yerla dah kena ceasar kan.
sakit masa dia cucuk tuh sikit jer..bolehla tahan lagi.

cuma sekarang nih since mengandung 2nd baby nih, belakang sy skt sangat..
esp kat atas tulang pinggul belah kanan..rasa mcm ada sharp pain kat situ..
mmg time tido tu kena alas bantal belah kanan..nak pusing punyerla seksa..tambah2 lagi perut dah besar nih.
ada tny dr, tp dr ckp kurang kalsium..tp xder pulak dia kasik kalsium suh mkn..

ada org ckp itu efect dr epidural..iyeker??rasanya masa 1st baby dulu xder pulak skt pinggang..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 11:45 AM | Show all posts
lily harap2 lily xyahla amik epidural nanti.. lily due bulan 2 thn dpn.. sian nanti hubby nk byr mahal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2007 01:52 PM | Show all posts

Reply #79 lady_mqnetic's post

SAYA pon slalu sakit belakang sekarang ni.... makin besar perut makin kerap sakit.. tapi

anak sulung dulu takde amik epdural pon. bersalin normal jer
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by lady_mqnetic at 24/8/07 11:12 AM
ada org ckp itu efect dr epidural..iyeker??rasanya masa 1st baby dulu xder pulak skt pinggang..


takdelah.. ok jer saya amik epidural.. untuk ilangkan rasa sakit belakang tu, sentiasa la tuam ngan hot water pack.. tambah2 lepas bersalin nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 04:14 PM | Show all posts
braper ek kos epi ni kt spital krajaan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 04:35 PM | Show all posts
mcm nk amik epi gak utk 2nd baby ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.132535 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list