CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Tanaman-tanaman yang memberi manafaat pada kita

[Copy link]
Post time 6-11-2006 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by nazurah at 22-9-2006 02:35 PM
yea betul tu amiizaa...org wat halau 'hantu'...


ni pic pokok sambung nyawa...





Pokok ni senang hidup, yerlah nama pun pokok sambung nyawa.  Buat ulam untuk ubat darah tinggi. dan kencing manis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 03:12 PM | Show all posts


Kawan kak iman (orang cina) dia kata lelaki tidak elok makan brokoli banyak2 kerana nanti susah mendapat zuriat.  Walallhhuwa'llam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 04:13 PM | Show all posts
tp bagus utk org pregnant...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 10:53 AM | Show all posts


pokok sepulih...tak tahu apa kebaikannya tp rumah org melayu mesti ada tanam pokok ni. yg i tahu org guna time merenjis or potong jambul jek...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 11:37 AM | Show all posts


Zurah, suburkan daun kesom sebelah pokok sepulih tu.

Kak iman baru ambil anak pokok sepulih masa balik kampong raya baru2 ni.  Belum alih dalam pasu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 11:45 AM | Show all posts
Pati tumbuh-tumbuhan bantu atasi masalah kulit
Oleh Nor Affizar Ibrahim


PENJAGAAN kulit muka adalah antara aspek penampilan diri yang penting. Satu cara terbaik untuk menjaga kulit ialah menggunakan bahan yang berasaskan sumber alam. Sejak dulu, sumber alam banyak mempengaruhi manusia dalam kehidupan, terutama dari segi kesihatan dan kecantikan.




Ini tidak menghairankan kerana alam semula jadi, termasuk flora dan faunanya, buah-buahan, sayur-sayuran, tanah dan galian ada keajaiban tersendiri. Ia terkenal sebagai penawar kepada pelbagai masalah yang dihadapi manusia, baik dari segi kesihatan mahupun kecantikan sejak lebih 4,000 tahun lalu.

Alam semula jadi menawarkan pilihan berkesan bagi memenuhi keperluan insan. Wanita Cina misalnya, secara tradisinya menggunakan air beras untuk mandi bagi memelihara kulit supaya licin dan cantik. Di India, kaedah rawatan secara tradisional dikenali sebagai Ayurveda, diamalkan wanitanya sejak turun-temurun. Bahan asli yang digunakan dalam perawatan Ayurveda seperti kayu cendana, kunyit, rumput laut, inai, lidah buaya, pegaga dan beratus-ratus herba lain memang terkenal dan boleh mengatasi pelbagai jenis masalah seperti kulit kering dan mengurangkan garisan kedut pada muka.

Begitu juga rawatan Nusantara Puteri Jawa yang memanfaatkan khasiat daripada pati limau purut dicampur bersama pegaga dan jarak kosta merah bagi membentuk campuran untuk meremajakan kulit.

Masyarakat di Barat pula menggunakan khasiat buah anggur yang dikatakan, mengandungi pelbagai jenis vitamin dan berfungsi mengurangkan garis halus, mengurangkan bintik hitam serta melembutkan permukaan kulit agak kasar.

Untuk itu, minggu ini Citra Cantik mengesyorkan beberapa produk yang menggunakan rumusan sumber alam bagi penjagaan kulit lebih sempurna.



1. Aloe untuk kulit sensitif

PENCARIAN rangkaian produk penjagaan kulit bagi anda berkulit sensitif kini menemui jawapan apabila The Body Shop memperkenalkan produk baru, Aloe yang dibuktikan secara klinikal serta diluluskan oleh pakar dermatologi. Produk ini diperkenalkan berikutan kulit sensitif memberi kesan kepada lebih separuh daripada penduduk di dunia iaitu kira-kira 60 peratus bagi wanita dan 70 peratus lelaki.

Sesuai untuk kulit sensitif, rumusan dalam Aloe diperkayakan dengan khasiat semula jadi aloe vera yang terkenal dengan kuasa penyembuhan dan hidrat. Tumbuhan ini mengandungi lebih 75 nutrien dan 200 kandungan aktif merangkumi 20 mineral, 18 asid amino dan 12 vitamin.

Istimewa, Aloe menggunakan aloe vera semula jadi bermutu tinggi yang ditemui oleh peladang Guastatoya di Guatemala melalui program Perdagangan Komuniti, pertama dilaksanakan dalam industri kosmetik. Untuk penjagaan kulit yang lengkap, diperkenalkan produk untuk wajah dan penjagaan badan serta mandian.



2. Khasiat delima dan betik dalam Shurah

PEMBERSIH muka Shurah menggunakan khasiat rumusan pati buah delima dan betik bagi membantu wanita menjaga wajah dan mengekalkan kejelitaan. Kedua-dua ramuan ini sudah lama terkenal sebagai bahan tradisional untuk menjaga kecantikan. Pati delima misalnya, bermanfaat melindungi kulit daripada penuaan kulit sebelum masanya dan menyuburkan, manakala pati betik berguna untuk menyuburkan kulit agar tampak sihat dan cantik.

Produk baru ini turut mengandungi pati likoris untuk mencerahkan kulit dan pelindung ultra lembayung bagi melindungi dari sinaran UV.

3. Watsons manfaatkan kebaikan timun

KHASIAT timun menjadi pilihan Watsons dalam penjagaan wajah dengan memperkenalkan, Watsons Cucumber Facial Foam. Rumusannya mengandungi pati timun bagi memastikan kulit sentiasa segar, halus dan kekal remaja.

Ia meresap ke dalam liang roma untuk menanggalkan kekotoran dan pada masa sama secara aktif memberikan keseimbangan pada jenis kulit berminyak dan kering.

Pati timun juga membantu kulit menjadi lembut dan melindungi kulit daripada terdedah pada pancaran matahari.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2007 09:46 AM | Show all posts
Herba bantu kurangkan sakit sendi


BUKTI menunjukkan amalan pemakanan seharian memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kita memberi perhatian kepada apa yang di makan demi kesihatan kita. Contohnya gout, iaitu masalah yang disebabkan oleh pengumpulan asid urik pada sendi.

Gout biasanya menjejaskan sendi ibu jari kaki, pergelangan buku lali kaki, sendi jari tangan, pergelangan tangan dan siku. Walaupun gout tidak merebak daripada satu sendi ke satu sendi yang lain, masalah ini mendatangkan kesakitan yang akan menjejaskan pergerakan dan aktiviti harian. Ini kerana pengumpulan asid urik akan menyebabkan keradangan pada tisu sekitar sendi yang terjejas menjurus kepada pembengkakan, kemerahan, rasa suam dan kejang.

Bagi mereka yang pernah mengalami gout, elakkan daripada mengambil makanan mengandungi purina yang tinggi seperti organ dalaman haiwan khususnya hati, buah pinggang dan sesetengah makanan laut. Pengambilan daging merah dan kekacang juga seharusnya dihadkan. Serangan ringan mungkin dialami dalam masa yang singkat, manakala serangan yang serius boleh berlanjutan selama beberapa hari atau minggu.

Dari segi perbandingan jantina, gout lebih banyak dialami lelaki terutama bagi yang berumur antara 40 hingga 50 tahun, manakala wanita lebih cenderung mengalaminya selepas menopaus. Minumlah air secukupnya untuk membantu penyingkiran asid urik daripada tubuh.

Berbanding dengan gout, artritis reumatoid boleh terjadi pada semua peringkat usia khususnya antara 25 hingga 50 tahun dan lazimnya di kalangan wanita. Artritis reumatoid adalah penyakit autoimun yang terjadi akibat sistem imun tubuh tidak berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Dengan kata lain, ia menyerang tisu sendi sihat yang menjurus kepada keradangan dan kerosakan sendi.

Begitu pun, artritis reumatoid bukan terhad kepada sendi, tetapi serangannya mungkin turut membabitkan tisu kulit, mata, paru-paru dan saluran darah. Rasa letih dan demam mungkin juga dialami oleh penghidap reumatoid artritis.

Pada peringkat permulaan, gejala artritis tidak begitu ketara. Rasa sakit atau kejang hanya dirasai selepas aktiviti fizikal yang agak lasak dan lebih bersifat sementara. Rasa sakit atau kejang ini boleh berlaku pada satu atau banyak sendi.

Bagaimanapun, sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, ia akan mempercepatkan perkembangannya. Ini kerana pergerakan yang berterusan akan menjurus kepada keradangan pembengkakan yang lebih serius. Rawatan awal dapat mencegah komplikasi serius seperti ketidakupayaan pergerakan dan kecacatan fizikal.

Kajian juga menunjukkan kerosakan berlaku dengan cepat dalam tempoh lima tahun yang pertama. Semua jenis artritis, sama ada osteoartritis, reumatoid artritis atau gout akan menyebabkan keradangan dan kesakitan. Kesemua artritis ini menjejaskan kualiti kehidupan dan keluarga serta menimbulkan perasaan rendah diri, putus asa, kerisauan dan gangguan emosi.

Pengambilan saderi (celery) dalam pemakanan harian bukanlah sesuatu yang asing dan ia bermanfaat untuk masalah artritis dan reumatisme. Di Barat, saderi banyak digunakan dalam masakan terutama pada musim sejuk kerana mempunyai bahan antitoksik, yang dikenali sebagai tonik pembersih khususnya selepas kebekuan musim sejuk.

Masyarakat Roman dan Greek menggunakannya untuk membersihkan darah dan masyarakat dulu juga percaya ia baik untuk saraf. Dari segi khasiat pemakanannya ia mengandungi Vitamin C dan potassium, berkalori rendah dan tanpa lemak. Selain itu ia kaya dengan sumber serat.

Keseluruhan pokoknya adalah bersifat perangsang dan menyubur, yang secara tradisinya digunakan untuk membantu melegakan keradangan saluran kencing, artritis serta ketegangan saraf, manakala pati bijinya digunakan sebagai diuretik, yang digunakan untuk menyingkirkan asid urik berlebihan daripada badan seperti gout.

Halia sudah lama digunakan terutama dalam perubatan ayurvedik untuk melegakan keradangan dan kesakitan sendi. Begitu juga dengan gabungan beberapa herba lain seperti guaiacum, sarsaparila dan cili benggala untuk kesan sinergistik.

Mandi dengan air panas sebelum tidur membantu melegakan kekejangan dan kesakitan. Berjalan kaki adalah antara senaman yang baik untuk kebanyakan penghidap artritis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2007 11:12 AM | Show all posts
Hangatkan semula kehidupan seks anda

RAMAI yang merungut kehangatan hubungan intim semakin lesu apabila usia meningkat. Adakah anda turut mengalami masalah yang sama?

Sekiranya keadaan ini menjadi masalah yang boleh merenggangkan hubungan mesra suami isteri, adakah anda mengambil langkah yang sewajarnya untuk memperbaikinya sebelum terlambat?

Berjalan sambil berpegang tangan, menonton wayang, makan malam romantik yang diterangi cahaya lilin bukan terhad kepada pasangan muda-mudi.

Tetapi, ia juga patut diamalkan oleh pasangan yang telah lama menjalani kehidupan berumah tangga kerana ia boleh merapatkan kemesraan di antara pasangan.

Isyarat dan bahasa tubuh juga boleh digunakan untuk menyampaikan rahsia tersirat kepada pasangan. Cara sentuhan, ciuman, senyuman boleh menyampaikan maksud yang mendalam untuk meluah dan menambat hati pasangan.

Tip-tip berikut boleh diamalkan untuk membantu anda dalam usaha menyuburkan kemesraan anda dengan pasangan.

1. Pasangan anda tentunya memiliki kelebihan-kelebihan tertentu yang menyenangkan anda. Hargai kelebihan tersebut dengan puji-pujian ikhlas sama ada semasa anda berdua-duaan atau semasa di hadapan rakan-rakan, keluarga atau anak-anak. Elakkan daripada merendah-rendahkan pasangan anda.

2. Sekali sekala pergilah bercuti berdua- duaan ke tempat-tempat menarik dan romantik. Nikmatilah cuti anda seperti semasa anda berbulan madu. Sekiranya anda menggunakan sepenuhnya saat begini tentunya ia akan mengimbau kenangan lalu yang boleh membangkitkan kemesraan. Ambil kesempatan ini untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pasangan anda.

3. Tampil cergas dan bertenaga apabila berhadapan dengan pasangan. Mandi dengan air suam ditambah dengan beberapa titisan minyak aroma terapi ke dalam tab mandi anda untuk merangsang dan merehatkan minda. Untuk melegakan otot-otot yang kepenatan, anda boleh memasukkan setengah cawan epsom salt (boleh diperoleh di farmasi) ke dalam air mandian.

4. Buatlah urutan untuk pasangan anda dengan terapi aroma dalam suasana yang romantik. Segarkan bilik tidur anda dengan bauan yang bersifat afrodisiak (untuk merangsang keingingan seksual) bagi merangsang emosi seperti vanila, sandalwood, ros dan sebagainya.

5. Jangan malu untuk memberi ciuman dan pelukan mesra yang disertai rasa kasih sayang dan penghargaan walaupun sudah berusia. Ia seharusnya menjadi amalan setiap pasangan suami isteri.

6. Sekali sekala tinggalkan nota ringkas di rumah atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pasangan. Luahan ungkapan bermakna yang ikhlas pasti dapat menyentuh hatinya.

7. Hadiahkan sesuatu yang istimewa, terutamanya pada hari-hari istimewa seperti hari lahir dan hari ulang tahun perkahwinan. Ia tentunya menjadi saat manis yang boleh dikenang.

8. Perbaiki kualiti komunikasi anda. Sekiranya sebelum ini anda kerap bertengkar akibat perkara yang remeh-temeh, ubahlah kepada perbualan yang bermakna, seperti kata-kata perangsang dan tunjukkan yang anda mengambil berat dan menghargainya sebagai pasangan hidup anda.

9. Sediakan ruang untuk berbincang tentang sebarang masalah yang dihadapi. Jangan mementingkan ego masing-masing. Lafaz maaf tentunya membantu meredakan ketegangan. Amalkan sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.

10. Ubahlah penampilan sekiranya perlu. Sekiranya berat badan anda berlebihan, cuba usahakan untuk mendapatkan berat badan yang sepatutnya. Pakailah baju yang disenangi pasangan dan ceriakan penampilan anda supaya tidak bosan dipandang mata.

11. Mengurangkan pengambilan daging membantu mengekalkan kebolehan seksual. Kajian mendapati punca utama bagi lelaki golongan muda yang mengalami masalah gangguan pengaliran darah di arteri adalah pengambilan daging lembu yang berlebihan terutamanya jenis berpanggang dan daging pada bahagian tulang rusuk yang berlemak dan berkolesterol tinggi. Di samping itu, tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.

12. Jika anda atau pasangan mempunyai masalah kesihatan seksual, jangan cuba berselindung tetapi berbincanglah secara jujur. Masalah-masalah ini boleh diperbaiki dengan pengetahuan yang mencukupi, nasihat dan sokongan daripada pasangan dan juga bantuan diet dan pemakanan tertentu.

Herba-herba seperti Horny goat weed, Ginkgo, Puncture vine, Ginseng, Muira puama, Withania dan Damania mungkin dapat meringankan masalah yang dihadapi.

Horny goat weed telah dibuktikan mempunyai kesan seperti testosteron yang dapat merangsangkan saraf deria dan menggalakkan penghasilan sperma.

Sementara itu, bagi kaum wanita, Horny goat weed membantu mengurangkan kelesuan dan ketidakselesaan seks, terutamanya bagi mereka yang sudah menjangkau usia menopaus.

Ginkgo menggalakkan kesan oksida nitrik bagi merehatkan dinding salur darah supaya aliran darah dapat ditingkatkan. Dengan itu, Ginkgo meningkatkan kebolehan mencapai dan mengekalkan ereksi apabila menerima rangsangan seksual.

Ginseng menggalakkan aliran darah ke tisu-tisu vagina. Pengikatannya pada sel penerima hormon dapat meningkatkan tenaga batin.

Puncture vine memperbaiki masalah disfungsi erektil dengan meningkatkan tenaga batin dan menyeimbangkan hormon untuk kitaran haid yang tetap dan seterusnya meningkatkan kesuburan wanita.

Muira puama pula membantu mengekalkan ketegangan zakar sewaktu aktiviti seks manakala Withania merangsangkan saraf untuk mengatasi masalah disfungsi erektil akibat daripada kelesuan.

Ia turut meningkatkan tenaga dan berfungsi sebagai tonik untuk melawan stres. Damania turut dikenali sebagai tonik perangsang seks dengan meningkatkan kepekaan saraf dan merangsang keinginan seks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2007 12:53 PM | Show all posts
Misconceptions about herbs

Ancient Wisdom, Modern Science


Just because herbs are deemed natural, it doesn抰 mean that they抮e totally safe for consumption.

OLD myths are hard to dispel. And when it comes to herbs and herbal supplements, the misconceptions are endless. Surely herbs offer potential alternatives to other medications and have indeed become popular.  

But then we must remember that herbs have had a longstanding relationship with humans for thousands of years. Fossil records date human use of plants as medicines at least to the Middle Paleolithic age some 60,000 years ago. Long before scientists began investigating nature抯 chemicals and the living creatures that synthesise them, human beings were making extracts, tinctures, and other preparations from plants and animals.  

Here are some samplers on the popularity of the usage of herbs and herbal supplements. According to the World Health Organization (WHO), almost 80% of the world抯 population has incorporated medicinal plants into their primary modality of health care.  

  
The potency of herbs varies with the conditions they are cultivated under.
The remaining 20% of the world抯 population also depends on plant products for health care. In Germany, roughly 600 to 700 plant-based medicines are available and are prescribed by approximately 70% of German physicians. About 25% of prescription drugs dispensed in the United States contain plant extracts or active ingredients derived from plants.  

Out of a total of 520 new drugs approved for commercial use between 1983 and 1994, 30 were new natural products and 127 were chemically modified natural products. Needless to say, they are also the breeding grounds for much of good as well as bad information.  

And if you are one of those millions who have reaped the benefits of herbs and herbal supplements or are intending to use herbs to better your health, we bust some common myths to help you use them wisely.  

Remember, the right knowledge helps you use herbs correctly and live well.  

  
Storage conditions can affect the quality and potency of herbs.
Herbs can be taken as and when needed and you still can reap its benefits  

This is not always true. Although herbs are natural ingredients, and they抮e seldom habit-forming, when they are taken for healing a particular ailment, they have all the norms of a medications. They too owe their healing abilities to the many bioactive ingredients contained in them.  

And like other medicines, when herbal medications are consumed, they too are metabolised by the liver and then absorbed into the blood stream to exert their effects. This means that their bioavailability varies with time.  

Hence, herbs and herbal supplements must be taken as per the advice of your healthcare professional. When certain herbs are consumed for their wellness promoting, nourishing properties, they can be taken at periodic intervals as and when required.

The older the herb, the better its the potency  

This is not true. This is a myth based on the experience and belief that herbs, being natural, do not have any expiry period or shelf life. Except alcoholic beverages, all herbal preparations have a specified shelf life, which is emphasised in Ayurveda from the earliest times. Please go through the shelf life of the herbal product as specified by the manufacturer and use preferably within the use-by-date.

  
The health benefits of herbs are due to the presence of bioactive ingredients contained in them.
Herbs are nothing but vitamins  

Herbs are not just vitamins. While certain herbs also contain vitamins or pro-vitamins when they are fresh, they contain many bioactive ingredients which are responsible for their health benefits. For example, garlic contains 揳llicin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2007 09:13 AM | Show all posts
Bahan anti-HIV ditemui dalam tongkat ali

KUALA LUMPUR 11 April

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2007 11:16 AM | Show all posts
Tumbuhan herba penghias laman
Oleh Siti Nur Almizan Aripin




Wakaf milik Ahmad Shukri, Umibaizurah suntikan konsep tropika

HEMBUSAN angin sepoi bahasa menjamah wajah ketika bersantai di wakaf dua tingkat milik pasangan suami isteri, Umibaizurah Mahir @ Ismail, 31, dan Ahmad Shukri Mohamed, 38.



Ia sungguh mendamaikan. Pengalaman itu sukar dinikmati jika menghuni perumahan di tengah kota namun kreativiti pasangan artis visual itu menyuntik konsep taman tropika bersama binaan wakaf dua tingkat berjaya membangkitkan seribu satu kelainan di laman Studio Patisatu yang terletak di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

Memiliki kediaman teres dua tingkat lot tepi, pemiliknya bijak memanfaat keluasan halaman dengan binaan wakaf dua tingkap yang dijadikan studio di tingkat bawah manakala ruang atas dijadikan tempat istirahat sekali gus berjaya melengkapkan dekorasi laman.

Malah, keindahan landskap di kediaman ini turut terserlah dengan pemilihan pokok pelbagai fungsi yang memenuhi laman misalnya tumbuhan herba seperti pegaga, pecah gelas dan serai; pokok buah-buahan seperti mangga dan pisang serta pokok hiasan yang berbau harum seperti kesidang, harum sundal malam dan melur.

Ahmad Shukri berkata, idea untuk menerapkan konsep tropika di laman kediamannya banyak dipengaruhi idea rumah Melayu lama yang menggunakan tumbuhan sekitar rumah bertujuan mencantikkan halaman selain boleh digunakan dalam kehidupan harian.

揔ami percaya setiap pokok mempunyai kelebihannya. Seperti yang terdapat di sini, kebanyakannya adalah pokok berdaun kerana daun dapat berfungsi dengan baik sebagai penapis bagi menghalang habuk masuk ke dalam kawasan kediaman.

揃egitu juga dengan pemilihan pokok hiasan berbau iaitu bagi membekalkan keharuman semula jadi hanya melalui bungaan yang ada,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2007 09:23 AM | Show all posts


Belamcanda chinensis
IRIDACEAE
leopard flower
China. Bitter, cool, antipyretic, antitoxic, liquifies sputum. For cough and wheezing, sore throat, rice field dermatitis.



AMARYLLIDACEAE
bakong, rumput tembaga suasa
SE Asia to Pacific, seashores. Leaves used in poultices for joint pain, sometimes with pepper and gendarusa for fevers, lumbago, headaches, swellings. Chewed roots can induce vomiting.




Datura fastuosa
SOLANACEAE
kecubung
Widely distributed village plant. All parts poisonous, particularly seeds, but occasionally used as an internal medication for lack of virility. Most common criminally used poison, rendering subject insensible without killing him. Crushed seeds administered in coffee / tea.


ada banyak lagi yg boleh dikongsi bersama di www.rimbundahan.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2007 12:56 PM | Show all posts
eh, mcm biasa laaa
tgk pokok tuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 03:54 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 6-11-2006 03:08 PM



Pokok ni senang hidup, yerlah nama pun pokok sambung nyawa.  Buat ulam untuk ubat darah tinggi. dan kencing manis.



Daun pokok sambung nyawa ni sedap sesangat dibuat ulam.  Betulllll......rasa lemak2 gitu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2007 10:34 AM | Show all posts
Kenali ulam: Cemperai mampu ubati ulser, sakit sendi
Bersama Ismail Saidin


Cemperai
Champerela manillana
Keluarga:Opillacea




CEMPERAI adalah sayuran tradisional yang amat digemari. Pucuk dan daun mudanya boleh dimasak lemak, masak manis atau dimasak mengikut resipi tradisional.

Selain sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang. Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang.

Sayuran berkhasiat tinggi ini semakin hari semakin dilupakan. Kebanyakan generasi muda tidak lagi mengenali tanaman ini.

Pokok cemperai adalah jenis pokok renek dan pokok bersaiz kecil setinggi empat meter. Daunnya ovat, bujur atau lanseolat berukuran 4

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2007 11:39 AM | Show all posts




Daun jarum tujuh bilah untuk barah, sakit kepala

Terdapat banyak jenis spesies Pereskia di dunia ini iaitu lebih kurang 15 hingga 20 spesies. Pereskia saecnarosa atau jarum tujuh bilah, tergolong dalam kumpulan kaktus yang merupakan pokok kecil yang boleh mencecah ketinggian 3 hingga 6 meter. Mempunyai bunga yang berwarna oren. Pokok ini dipercayai berasal dari Brazil, Paraguay, Uruguay dan Argentina. Pokok ini mempunyai daun yang pendek (lebih kurang 4 inci atau 10sm) dan mempunyai jarum yang sangat tajam pada batangnya (sama seperti kaktus). Yang menariknya, jarum yang terdapat pada sepanjang batang berjumlah tujuh bilah, yang menerangkan dengan jelas perkaitan di antara nama dan sifat fizikal pokok ini.

Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.

Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.

Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.

Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).

Sumber: Utusan Online
28 Dec 2004

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2007 12:29 PM | Show all posts

Reply #136 Syd's post

Tq Syd tepek info tu kat sini. Lepas ni sibuk nak carik pokok ni pulak..mana nak beli ekk..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 02:58 AM | Show all posts

akar ginseng jawa (Talinum paniculatum Gaertn.)




khasiat :

tambah air susu ibu
lemah syahwat
bisul
menambah nafsu makan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by chipsmore789 at 25-6-2007 02:58 AM
khasiat :

tambah air susu ibu


Ini yg saya paling suka, boleh tambah susu ibu...
Mana nak dpt nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-6-2007 10:07 AM | Show all posts
agak2 ada jual tak?
bagus benda mcm nih tanam kat umah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.132853 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list