CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: u_bigstudent

psikologi warna

[Copy link]
Post time 21-8-2006 03:50 PM | Show all posts
Merah Jambu

Makna

Menjadi simbol kasih sayang dan kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Memiliki sifat amanah dan berwawasan.

Bersifat negatif kerana menunjukkan tahap kematangan yang rendah dan mewakili perasaan yang sunyi dan sepi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 03:52 PM | Show all posts
Ungu (purple)

Makna

Gabungan fizikal dan spiritual dan mempengaruhi hati dan minda, semangat berdikari dan intuisi.  misteris, sensitif kepada kecantikan, bersifat artistik.

Warna ungu pucat dikaitkan dengan hubungan kerohanian dan kemanusiaan.

Ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.

Ungu yang pudar atau keruh menunjukkan kekuatan , imaginasi erotik yang tinggi. Memiliki keupayaan untuk menarik simpati tetapi sukar memahami orang lain.

Ungu kebiruan ( violet ) berkuasa meningkatkan semangat kerohanian (bathin ) melalui pemulihan secara ilusi atau perasaan cinta suci.

Terapi

Berkesan untuk merawat gangguan emosi, sakit mental, menenangkan.

Berkaitan dengan serebum korteks dan pusat system saraf.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:54 PM | Show all posts
Ungu ( purple )

Makna

Gabungan fizikal dan spiritual dan mempengaruhi hati dan minda, semangat berdikari dan intuisi.  misteris, sensitif kepada kecantikan, bersifat artistik.

Warna ungu pucat dikaitkan dengan hubungan kerohanian dan kemanusiaan.

Ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.

Ungu yang pudar atau keruh menunjukkan kekuatan , imaginasi erotik yang tinggi. Memiliki keupayaan untuk menarik simpati tetapi sukar memahami orang lain.

Ungu kebiruan ( violet ) berkuasa meningkatkan semangat kerohanian (bathin ) melalui pemulihan secara ilusi atau perasaan cinta suci.

Terapi

Berkesan untuk merawat gangguan emosi, sakit mental, menenangkan,

Berkaitan dengan serebum korteks dan pusat system saraf.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:56 PM | Show all posts
Magenta  (Merah Lembayung )

Terapi

Merawat kemurungan yang kronik dan masalah introvert
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 03:57 PM | Show all posts
Biru nila (Indigo)

Makna

Gabungan warna biru dan sedikit ungu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2006 04:01 PM | Show all posts
Kemurungan (depression )

Pudar memilih warna yang suram seperti hitam atau gabungan warna gelap.


Mania / gangguan emosi

Warna yang panas dan meriah. Merah dan jingga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2006 01:41 AM | Show all posts
skang suka warna coklat gelap... dengan hijau muda dan biru muda.
ada ke penerangan utk gabungan warna2 tu ek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2006 01:42 AM | Show all posts
warna maroon pon suka gak lately.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2006 03:19 AM | Show all posts

Reply #13 fleurzsa's post

bagusnya warna biru...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 04:30 PM | Show all posts
Warna adalah cahaya. Jika tiada cahaya maka tiada siapa jua yang boleh membezakan warna. Bersyukurlah kerana Tuhan telah menganugerahkan cahayanya untuk melihat nikmat kebesarannya yang berwarna-warni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2007 09:29 AM | Show all posts
>Rahsia yang tersirat dalam warna:

BIARPUN tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.


Merah - Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.


Merah terang - Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.


Merah jambu - Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.


Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.


Biru tua - Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.


Biru muda - Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.


Kuning - Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.


Kuning terang - Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.


Hijau - Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.


Kelabu - Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.


Hitam - Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.


Coklat - Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.


Ungu - Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 08:58 PM | Show all posts
teruja la biule baca.....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.071266 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list